![]() |
| Muka yang rasa nak bagi sebuku tapak tangan *ganasnye* |
Nampak tulisan kat atas tu?
"We are all Allah's children."
Naudzubillahimindzalik. Penulis dan pemegang board itu, aku kira wajib untuk bertaubat dan mengucap syahadah mengakui bahawa hanya Allah yang Maha Esa itu yang layak disembah.
Aku sarankan juga untuk beliau yang namanya ber-'binti' untuk mengulangkaji semula surah al-Ikhlas dengan sebaik-baiknya. Terang dan jelas firman Allah S.W.T. sejak sebelum penciptaan manusia itu sendiri. Allah itu tunggal. Mari, aku beri maksud surah tersebut.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad); "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa
[2] "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
[3] "Dia tidak beranak, dan Dia tidak pula diperanakkan"
[4] Dan tidak ada sesiapun yang serupa denganNya."
Atau, mungkin bahasa Melayu aku tidak difahami. Nah, ini translasi kepada bahasa Inggeris.
[1] Say, "HE is Allah, (who is) ONE,
[2] Allah, the Eternal Refuge
[3] HE neither begets NOR is born
[4] Nor is there to Him any equivalent
Ehem. Mungkin lebih clear kot?
Surah paling basic dalam pembentukan akidah. Hanya empat ayat. Aku ulang. EMPAT SAHAJA. Memang sebenarnya mudah untuk difaham. Hendak atau tidak saja. Allah itu ESA. Esa itu maksudnya satu, tunggal. Allah tempat bergantung harap sang manusia fakir. Allah tak beranak. Dan bukan juga anak sesiapa. Allah itu, tiada siapa yang mempunyai persamaan dengan Dia. Boleh faham?
Lagi satu, belum lagi mahkamah putuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan bukan Islam, sudah timbul caca merba begini. Maka, apakah jangkaan kita sekiranya kalimah Allah bebas digunakan di mana saja, merujuk apa jua?
Ini bukanlah nak kata orang Islam kedekut, kata eksklusif kalimah Allah untuk mereka sahaja. Tetapi, adakah kita sanggup berlapang dada sekiranya wujud individu atau kumpulan yang menyatakan Allah juga Tuhan mereka dengan kepercayaan konsep Triniti yang menyatakan Allah itu TIGA? Tiga weh. TIGA.
Ada orang kata, macam mana nak berdakwah kepada orang bukan Islam macam ni. Belum apa-apa, kita dah tutup pintu untuk mereka kenal Islam. Eh, entah macam mana rasanya nak bagi paham orang macam ni.
Ada juga yang kata, lepas ni tak boleh la diorang cakap 'Alhamdulillah' etc, sebab dah tak boleh guna kalimah Allah.
Heh. Orang ni tak paham. 'Sebut' dengan 'guna' itu berbeza gaya bahasanya. Lain. Totally lain.
Okay. Okay. To make it simple. Kepercayaan orang Islam bahawa Allah itu SATU, dengan kepercayaan orang Kristian contohnya bahawa Tuhan (yang depa nak refer pada Allah jugaak tu) mereka itu TIGA adalah sangat bercanggah. Tak boleh diterima akal. Bak kata Elyana si penyanyi, 'tak tercapai akalku'.
Tapi kan, aku rasa, orang-orang yang pemikirannya terikat dengan blok kepartian, akan cenderung untuk, "Yeah, let them use. It shouldnt be a big problem, what..." Kot [?]
Huwargh. Banyaaak lagi kerja aku tak buat rupanya. Ceh. Ini semua salah aku. Dah. Off laptop sekarang dan pergi edar flyers tentang kepentingan memelihara penggunaan kalimah Allah.
Mereka sibuk berdakyah, tapi kau masih duduk, tidak berdakwah?





















