Monday, 29 March 2010

Muka Buku

Salam.


Al-kisah si mukabuku [baca:facebook].

Pro dan Kontra tetap wujud. Terpulang si pengguna mengoptimumkan penggunaannya.

Berkongsi mukabuku dengan si 'buayafren' ataupun 'gelifren' dijadikan trend. Ha ha. Hubungan yang belum pasti itu sibuk dihebahkan. Suami isteri pun masih ramai yang berbeza muka buku mereka, tahu?

Berbalas komen mengenai gambar yang di'tag' yang boleh dikatakan panjang sehingga meleret-leret antara lelaki dan perempuan [baca:musliMIN-musliMAT], timbul sedikit terkilan.

Gambar seketul dengan gaya macam-macam mengundang rasa bangga pabila komen-komen memuji berderet-deret masuk ke peti.

Imam Syafi’i rohimahumulloh berkata :

Barangsiapa yang mengangkat-angkat diri secara berlebihan, nescaya Allah akan menjatuhkan martabatnya


Eh! Aku bukan sarkastik, cuma mengingatkan diri sendiri. Kalau mahu sama-sama beringat, marilah.

Pesan aku : Ingatkan aku bila aku lupa.

Daurah Media : Facebook for Dai'e - Wasilah Dakwah Masa Kini.

Satu idea yang bagus tu bro! Kita anjurkan daurah tajuk ni ikut kawasan jom? He he..

Ahha.. terbukti lah sebenarnya. Di sebalik keburukan, banyak lagi kebaikan yang boleh digunakan melalui media elektronik.

Pilihan di tangan anda.

8 comments:

[S+U].K.K.R said...

Cik Su,

Cam pernah dengar je tajuk Dauroh tu.. Tapi di mana ye.. Silent reader heh..

Hoho

.:Srikandi :. said...

[S+U]

Ha ha.. Dah nama orang media kan.. Kita baca je la apa orang dok post dalam group tu..

Nak nyampuk tak manis dipandang.. Hehe.. Jangan mare..

So, bila dauroh ni? =p

Anonymous said...

"Berbalas komen mengenai gambar yang di'tag' yang boleh dikatakan panjang sehingga meleret-leret antara lelaki dan perempuan [baca:musliMIN-musliMAT], timbul sedikit terkilan."

betul...
tapi cuba perati tengok persatuan "islam" dalam utm ni...
antara ajk laki ngan perempuan 2 ada yg duk sembang meleret-leret...
gelak sampai terbahak-bahak pun ada...
bincang apa kejadahnya 2...
tak payah cakap orang lah...
angkat sampah depan mata 2 dulu...

.:Srikandi :. said...

Cik Ano:

Terima kasih atas komen jelas anda. Itu yang saya 'kilan' kan.

Sembang meleret. Saya tidak rasa itu definisi ukhuwwah yang sebenar.

Mari tolong angkat sampah itu?

Mereka [baca sekali lagi:musliMIN-musliMAT] faham 'perkara' itu barangkali 'terlupa'
Kot?

Apatah lagi yang individu di luar lingkungan mereka, yang mereka anggap 'tidak faham'.

Moga saya, dia, kamu, mereka dan seisi umat Islam dapat menerima kefahaman sepenuhnya.

Allahu'alam.

Anonymous said...

terlupa 2 kalau sekali-sekala ok la jugak...
sy ada pengalaman dgn salah seorang antara pemimpin tertinggi persatuan islam(sekarang dah ex)ni...
amat galak bersembang dgn perempuan...
dalam kelas pun lebih suka duduk dkt ngan perempuan...


perbincangan muslimin dan muslimat perlu dibuat berasingan...
lantik pasangan yang sudah berkahwin untuk berurusan antara ajk muslimin dan muslimat...
maudu' perbincangan pun lebih sampai...

jgn ingat individu luar ni buta atau bengap sangat cik khairiah...

.:Srikandi :. said...

Salam.

Cik Ano datang lagi:

Saya fikir anda salah faham tentang post saya kali ini. [Adakah terlalu berkias untuk difahami?]

Post ini:Peringatan buat diri saya terlebih dahulu, kemudian teguran untuk mereka yang menggelarkan diri mereka 'musliMIN-musliMAT', terutamanya barisan pimpinan persatuan Islam [itu yang saya kiaskan di entri ini] di UTM yang anda telah sebutkan di komen pertama. Kondisi gurau senda mereka membimbangkan.

Untuk makluman Cik Ano, persatuan Belia Islam Nasional [PEMBINA](NGO)yang saya sertai memang mengutamakan perbincangan yang berasingan antara lelaki dan perempuan.

Dan, saya selesa dengan kondisi itu.

Haha. Baik, kalau masih kabur, mari saya sampaikan teguran direct saya. Pimpinan Persatuan Islam, jika terbaca, sila berlapang dada.

Kalian, minta jaga ikhtilat. Takut sesiapa yang membaca komen gurau senda di gambar kalian akan jelik dan mengecop, "Alah, pakai kopiah, tudung labuh, perangai serupa kita yang tak pi usrah ni." Maka, minta sama-sama jaga imej Islam, boleh?

Eh, bahasa sopan macam mana lagi perlu saya guna untuk menegur?

Kalau cik Ano nak baca kisah selanjutnya, sila rajinkan diri jenguk halaman ini.

http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/

Afwan. Saya bukan orang kuat ahli persatuan Islam di UTM ni. Saya cuma mengenali orang-orang kuatnya dari jauh sahaja.

Maaf. Saya bukan holier than thou seperti sangkaan anda. Diharap jangan kata saya menganggap orang luar buta dan bengap, kerana saya masih makhluk Allah yang sebaris dengan mereka dan tidak pernah layak untuk menghukum. [Ke anda yang anggap begitu? =p]

Harap anda jelas.

Budi bahasa budaya kita.

Baiki diri dan serulah orang lain.

Allahu'alam.

Anonymous said...

terima kasih atas pencerahan yg diberi...

"Alah, pakai kopiah, tudung labuh, perangai serupa kita yang tak pi usrah ni."

ramai orang boleh buat baik tapi x ramai yg bole tinggal benda2 x baik...

.:Srikandi :. said...

Sama-sama.

Baca teliti dan hadam isinya itu penting.

Terjahlah dengan beralas. Islam Melayu itu penuh adat sopan dan tatasusila. Kalau bukan kita, siapa lagi yang sudi menjaganya?

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Saya juga sedang belajar menjadi hamba kesayangan Allah.

Moga mendapat manfaat.

Wassalam.