Sifat Peribadi Muslim


Mu’min perlu memulai amal dakwah dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri mu’min ialah:
1. Kuat tubuh badan [Qawiyyul Jismi]
  • Dakwah – amanah dan tanggungjawab besar – perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah s.a.w menitikberatkan soal ini. Maksud hadis: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesanan ustaz Hasan: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada tubuh badan.
2. Akhlak yang mantap [Matinul Khuluq]
  • Akhlak kita ialah al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh ustaz Hassan dalam kewajipan da’i iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3. Berpengetahuan luas [Mutsaqqoful Fikri]
  • Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
  • Perlu bersumberkan kepada al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
  • Pesan ustaz Hassan: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
  • Mampu membaca al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salafussaleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berdikari [Qodirun 'alal Kasbi]
  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidah jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Aqidah yang sejahtera [Salimul Aqidah]
  • Redha dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi.
  • Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,menjauhi dosa dan syubhat.
6. Ibadah yang sahih [Shahihul Ibadah]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya.
  • Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
  • Tidak melampau (syadid) atau berkurang, tapi wasatiah (pertengahan).
7. Mampu melawan nafsu [Mujahadatun Linafsihi]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  • Tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mengamalkan Islam.
  • Da’i mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menepati waktu [Harishun 'ala Waqtihi]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
  • “Aku adalah makhluk baru”, menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusan urusannya [Munazhamun fi Syu'unihi]
  • Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
  • Da’i perlu kepada jadual harian yang tersusun.Berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai.
  • Melakukan urusan mengikut keutamaan.
  • Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Bermanfaat untuk orang lain [Naafi'un Lighoirihi]
  • Da'i umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
  • Da’i adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung pada da’i.
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Da’i berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.