Showing posts with label Kampus dan Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Kampus dan Pendidikan. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Tahun lepas, 2 minggu Ramadhan di negara orang, 2 minggu penuh bersama keluarga. Bahagia.

Tahun ini, hujung minggu penuh program. Sempat 4-5 kali berbuka di rumah bersama mak abah. Curi-curi masa, agar tarbiyah tetap terjaga. Bahagia juga. Alhamdulillah.

Aku yakin, Ramadhan kita, kita yang tentukan. Tidak cukup sekadar sebulan sebelum. 3 bulan sebelum mungkin? Lagi bagus, setahun awal persediaan.

Ramadhan 2013 di Malaysia ini, mencabar. Kepala penuh. Banyak perkara aku perlu langsaikan. Aku percaya, perancangan rapi penting supaya semuanya lancar. Dah lama sangat aku berhutang. Janji untuk menjadi Muslim profesional itu perlu disegerakan. Terima kasih kepada yang bertanya.

Doa aku sepanjang Ramadhan. Kalian, doakan sama lah ya. Kebangkitan membela agama itu satu keutamaan. Sampai bila aku tersekat ditakuk lama? Aih.

Malam al-Qadr. Izinkan aku bertemu dengannya,Ya Allah.

Mengenangkan sifat Mu, aku jadi malu. Tapi aku tahu, aku perlu terus merayu.


Esok aku ada temuduga. Perak, Sabah dan Sarawak bukanlah pilihan aku. Mohon Allah tunjukkan yang terbaik untuk aku. Agar aku dapat menyumbang kepada Ummah. Apa cara sekali pun.

Sebelum akhir tahun ini. Mac tahun depan. Jun tahun depan. Diri, fokus ya. Semoga ini bukan angan-angan Minah Jenin.

Aku percaya keberkatan Ramadhan.

Doakan.

Allah, permudahkan.

Monday, 31 December 2012

Ilmu

Assalamualaikum.

2012 makin tiba ke penghujungnya. Blog ini masih begini. Kusam dan suram. Tak berseri. Mungkin akibat daripada penulisnya sendiri. Kedangkalan ilmu yang membuatkan keterbatasan perkongsian. Adakah mungkin 2013 mengubah segalanya?

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ - عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ 


96;4-5 : "Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."


وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ وَيُعَلِّمُڪُمُ ٱللَّهُ‌ۗ وَٱللَّهُ بِڪُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬

2; 282 : "...Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Cantik!

Semua orang takut bila peperiksaan menghampiri. Rasa segala masa yang ada, nak dikorbankan depan nota-nota, bersengkang mata bagai, pendek kata sesungguhlah kononnya nak mencapai skor empat rata tu.

Tapi malang sekali, rupanya banyak masa 'terkorban' depan muka buku - hapdet status sedang study, dalam pengicau - hapdet kicauan tengah stress menghadap pelbagai teori ciptaan saintis. Ehem?

Tambah malang, bila cik puan murobbiyah mesej jemput hadir halaqah, usrah dan daurah, masing-masing ligat memberi alasan yang dirasakan kukuh. "Exam esok kak!" Ehe, cik puan murobbiyah baca mesej adik-adik sambil sengih lebar. Dalam hati kata, "Dah agak dah! Saje nak test power." Weehu.

Cuba.. cuba baca balik ayat kat atas tadi tu? Apa perasaan? *Hmm. thinking*

Ilmu itu milik Allah. Mohonlah padaNya. Niatkan ikhlas keranaNya. Lapangkan dirimu untuk mengagungkanNya.

Allah kata Dia ajar manusia apa yang manusia tak tahu.

Bertaqwa dulu, nanti Allah bagi ilmu tu. Pejam mata je. Petik jari je ha. Semudah ABC, inshaAllah.

Pusing-pusing pulak. Okay, pesanan saya,

1- Jangan pernah beri alasan untuk menghilangkan diri dari wasail-wasail tarbiyyah yang sebenarnya membantu proses menguatkan jiwa kita. Tambah ilmu jugak.

2- Jaga hubungan dengan Allah (bertaqwa). Cemane? Qiam, dan tunaikan hak-hak seorang hamba kepada Penciptanya.

Hm, silalah digest sendiri point-point di atas. Sebenarnya nak cakap...

Gantungkan harapanmu 100% pada Allah S.W.T. beserta usaha dan doa mengiringi.


Nah, belajar dari pesan Nek Mah.

Selamat Maju Jaya!

**Sape tak paham, boleh tanya.


Tuesday, 29 June 2010

Kontraktor

Salam.

Apa khabar nikmat iman, Islam, masa lapang, kesihatan dan segala? Harap kheir belaka.

Pelajar sains bicara tentang kontraktor. Asingkah?

Sedikit lah. Tapi, kali ini mahunya bicara tentang 'sebuah' kontraktor.

PEMBINA.

Kalau orang tanya siapa PEMBINA, saya fikir saya punya jawapan. PEMBINA itu kontraktor. Percaya atau tidak?

Haruslah percaya. Tugas kontraktor sendiri adalah untuk membina bukan? Bina bangunan. Uniknya di sini, ruang lingkup tugas PEMBINA adalah membantu membina, membentuk jati diri, sahsiah, peribadi seorang belia untuk menjadi mukmin yang unggul dalam mencari redha Ilahi.

Kalaulah bahan binaan kontraktor bangunan itu simen, batu-bata mahupun cat, maka bahan binaan kontraktor PEMBINA pula adalah ukhuwwah kasih sayang yang terbentuk hasil pertemuan halaqah, kembara, seminar, riadah, solat jemaah, buka puasa bersama dan pelbagai.

Kalau orang kata, platform lain pun macam tu jugak. Namun, saya kira istimewanya PEMBINA ini kerana PEMBINA bersemangat tampil sebagai kontraktor belia, merangkap kontraktor ummah. InsyaAllah. Bukankah melihat pemimpin akan datang, lihatlah pada belianya?


PEMBINA ini bercawangan di seluruh Malaysia.

Jenguk-jenguklah laman yang utama : http://pembina.com.my

Ini cawangan yang saya sertai : http://pembinajohordt.wordpress.com

Oh, mari jadi kontraktor yang mengajak kepada kebaikan!

Promosi masuk kampus? Haha.. Tidaklah. Hanya cuma baiki diri dan seru orang lain.

Satu peringatan mungkin :

"Kalau kita tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya kita akan disibukkan dalam keburukan. Kalau kita tidak mengisi ruang dengan sesuatu, maka ruang itu pasti akan diisi dengan sesuatu yang lain. Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting."

Doakan urusan di UTM itu bakal mendapat jawapan positif. Amiin.

Wallahua'lam.


Wednesday, 23 June 2010

Kendong atau Kejar?

Salam.



Ini mungkin entri yang amat ringkas.

Fenomena biasa memilih wasilah dakwah.

Hanya untuk difikirkan dengan akal, direnung dengan mata hati.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Bagi yang suka bertelagah, malulah mengaku ikhwah akhawat mahupun muslimin muslimat.

Itu bukan peribadi kita.

Harapnya nada ini tidak keras untuk dihadam.

Nah, sekarang mahu kendong atau kejar?

Dua-dua lah. Kendong dan kejar.

Mardhatillah. Bukankah itu matlamat kita?


فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ

"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." [Al-Maidah:48]

Iyalah, moga Allah redha.

Thursday, 4 June 2009

Biarkan kugapai

Assalamualaikum..

Moga dalam rahmat Ilahi hendaknya.

Dahulunya, kerapkali soalan tentang cita-cita ditanya. "Awak nak jadi apa bila besar nanti?" soal cikgu saya. "Doktor."ringkas jawapan saya ketika di bangku sekolah rendah. Sekarang pun kalau ditanya pada pelajar sekolah rendah, majoriti jawapan yang diterima mengikut skema. Tak doktor, cikgu. Profesion ini nampaknya sangatlah popular di kalangan mereka. Tambahan pula, itu harapan kebanyakan ibu bapa pada anak-anak mereka.

Naik tingkatan, ditanya lagi. "Apa cita-cita kamu?" Kali ini jawapan saya saintis. Sebabnya saya berada di aliran sains, hanya meminati kimia tetapi tidak fizik dan biologi. Tika itu, otak hanya menafsirkan saintis hanya perlu ilmu kimia sahaja. Aduhai, dhoif sungguh pemikiran waktu tu. Di zaman matrikulasi, Alhamdulillah pendirian saya masih lagi tegar, saya mahu jadi saintis. Berkat catatan A dalam subjek kimia yang tercatat pada slip peperiksaan matrikulasi, saya berkeputusan untuk mengambil jurusan kimia di universiti. Dan teruslah saya belajar dalam kos Kimia Industri di UTM selama 3 tahun.

SAMBUNG BELAJAR


Tempoh 3 tahun dah tamat. InsyaAllah, takde aral, Ogos ni sarung jubah konvo la semua graduan UTM. MySpaceHehe.. Semua orang sibuk apply kerja, saya pun apply jugak. Orang sibuk isi borang master, saya pun isi jugak. Sebenarnya, niat hati nak sambung belajar tu lagi tinggi. Lagi-lagi bidang forensik kegemaran saya baru diperkenalkan. Alhamdulillah, permohonan diterima sudah. Mak tanya, "Siapa lagi yang mohon kos yang sama?" "Entah la.. Tak kenal pun. Budak U lain kot." Mak sambung risau, "Boleh ke kau belajar sorang-sorang? Nanti takde kawan nak mintak tunjuk ajar.." Orang jawa, 'aku-kau' tu biasalah. "Aih..mak tak percaya anak mak sorang ni ke? InsyaAllah buleh punye la." Yakin tu penting kan? Walaupun sikit je..MySpace

PENGARUH TV

Pernah tonton CSI? Siri televisyen ini la yang membuatkan saya teruja dengan ilmu kimia forensik. Angah kata saya terkena pengaruh TV bila dapat tahu kos yang saya ambil untuk Master ni. Alah.. takpelah. Pengaruh yang tak memudaratkan pun kan.. Memotivasikan ada lah.. Hehe.. Dasar keras hati punya budak.

5 stooges

Banyak jugak komen, nasihat yang saya terima.

"Ko berani ke nak amik forensik ni? Bedah sana, bedah sini. Bau busuk mangsa lagi." MySpace

"Awak kena berani tau. Lagi-lagi kes high profile. Kalau lemah semangat, kerja tak menjadi nanti. Jangan biar orang ambil kesempatan." MySpace

Semangat yang mulanya berapi, terasa kian disimbah air. Mujur ada semangat yang ditiup kembali oleh Ummu Saif apabila keraguan saya tentang kerjaya ahli forensik diutarakan.

"Buat kerja kita betul-betul. Setelah puas berusaha, kita bertawakkal. Bukankah itu konsep semua amalan pekerjaan."

Bait nasihat dari seorang doktor yang membuatkan saya lega.MySpace
Bolehlah tidur lena lepas nih.MySpace

Berkali petunjuk diminta, saya yakin ini jalan yang perlu dipilih.

“ Kamu membuat perancangan, dan ALLAH juga membuat perancangan, dan ALLAH lah sebaik-baik perancang”

Niat saya sekiranya berjaya melepasi tahap Master ini, saya mahu menjadi seorang pakar forensik dengan membantu golongan yang tertindas. Doa ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat semua amat saya harapkan. Dan kini bila ditanya sekali lagi, "Kamu mahu kerja apa?" saya dah punya jawapan yang pasti, "Pakar forensik."

Doakan kejayaan saya dalam bidang ini dan doakan saya sentiasa thabat dalam perjuangan.

Semoga diberkati Allah. Moga dipermudahkan.

Wednesday, 27 May 2009

Nilai Pendidikan


Assalamualaikum.

Moga ditetapkan nikmat Iman dan Islam kita hari ini.

Baru-baru ini, filem LASKAR PELANGI yang mengambil jalan cerita dari karya penulis Andrea Hirata benar-benar mengangkat martabat kepentingan pendidikan sedari peringkat rendah lagi. Tahniah buat warga kerja filem Indonesia yang terbukti mampu menghasilkan filem yang bermanfaat dan sesuai untuk semua golongan umur. Bukanlah niat untuk mengagungkan filem luar lebih daripada filem-filem Malaysia, namun itulah hakikat industri perfileman masa kini. Anak muda remaja disogokkan dengan filem ala-ala Remp-it, Bohsia yang kadang hanya menyumbang kepada kerosakan peribadi walaupun mesej asalnya adalah untuk kesedaran para muda-mudi supaya tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat itu. Terpulang kepada individu bagaimana mereka menterjemah filem-filem terbabit sama ada yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan teladan ataupun sebaliknya.

Nabi S.A.W. sabdanya : "Tidak berlaku saat kiamat melainkan tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)." -Ibn Mas'ud-



Berbalik kepada nilai pendidikan di Malaysia, bermula dari alam sekolah rendah, sekolah menengah, diikuti peringkat matrikulasi dan seterusnya kehidupan di universiti, adakah benar peluang pendidikan itu diguna sebaik mungkin? Cukupkah kecemerlangan akademik berjalan seiring dengan kecemerlangan nilai modal insan yang wajar dititikberatkan? Syukur ada pelajar seperti Nik Nur Madihah mencatat kejayaan 20A SPM 2008 walaupun hidup serba kekurangan. Mujur juga lahirnya Najmil Faiz, mahasiswa Asia yang melakar sejarah membentangkan hasil kajiannya kepada anggota Parlimen United Kingdom di London. Namun, masih ada segelintir mereka yang berseragam sekolah sibuk melepak di kompleks membeli-belah, dan lihat sahaja berapa banyak kes pelajar sekolah dibuli malahan membuli guru sehingga pernah mengorbankan nyawa.

Tidak kurang juga mahasiswa harapan bangsa, pelapis pemimpin negara tersungkur di pertengahan pengajian lantaran daripada kesilapan yang dilakukan. Pergaulan bebas, ditangkap khalwat, kekeliruan identiti [golongan lelaki lembut] menyumbang kepada salah satu kerapuhan nilai murni. Adakah begini pendidikan mengajar kita? Suka saya mengimbas adegan dalam filem Laskar Pelangi dimana Lintang yang merupakan pelajar pintar terawal mendaftar di SD Muhamadiyah Gantong turut menjadi pelajar terawal menamatkan persekolahan setelah peninggalan kedua orang tuanya menjadikan tanggungjawabnya sebagai anak sulung bertambah berat dalam mengurus keluarga. Di sini dapat dilihat bagaimana kesusahan itu menjadikan seseorang lebih menghargai peluang berbanding mereka yang berada di zon selesa akan terus leka tanpa sedar.


Justeru, saya fikir langkah bijak pihak GAMIS dalam menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara sebagai salah satu solusi atau permulaan mahupun titik tolak kepada penerapan nilai Islam dalam sistem pendidikan yang dilihat kian tenggelam dimakan arus kemodenan. Generasi muda perlu didekati dan dididik melalui pendekatan yang terbaik seperti firman Allah yang bermaksud,
"Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan peringatan yang baik." (An-Nahl:125)"

Mungkin isi kandungan kongres ini mampu menjadikan nilai pendidikan lebih dihargai, warga pendidik lebih dihormati selagi mana ianya tidak dipandang enteng oleh pihak-pihak terlibat baik golongan pelajar, mahasiswa, ibu bapa mahupun kerajaan itu sendiri. Usaha ini tidak mustahil akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa sekiranya mempunyai gandingan tenaga kerja yang mantap dan saling menyokong. Walaupun impaknya mungkin bukanlah diperoleh dalam jangka masa pendek, namun diharapkan memberi kesan dalam tempoh jangka masa panjang bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja berpendidikan, malahan lengkap dengan aset sahsiah yang tinggi. Dengan asas sistem pendidikan yang berteraskan agama, barulah masyarakat dapat dihindarkan daripada sebarang kemelut dan gejala moral yang meruncing pada masa mendatang. InsyaAllah.

Monday, 12 January 2009

Selamat Mengundi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari mengundi hampir tiba. Kalau di luar bahang pilihanraya di Kuala Terengganu dirasai, tak kurang hebat juga suasana di UTM sendiri. Penulis teringat nak memulakan post ni dengan sebuah hadis :

Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Riwayat Muslim

Saya rasa cukup jelas untuk dihadam maksud hadis ini dan tak memerlukan penerangan lanjut. Dan saya fikir, mereka yang bertanding untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar tentunya sudah arif tentang apa yang bakal mereka tempuhi masa akan datang. Bukan hanya bermain kata, melemparkan manifesto-manifesto perjuangan, tapi bila tiba masa sewajarnya - janji itu hanya tinggal janji. Bersedialah kamu untuk menjawab di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

Berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Tak salah saya fikir, kalau setiap kelebihan dan kelemahan digabungkan menjadi satu kekuatan untuk satu tampuk kepimpinan. Cumanya, perlulah amalkan sikap toleransi, tak perlu taksub pada sesuatu. Rasulullah sendiri berdakwah dengan cara berhikmah, mengapa tidak kita ikuti qudwah hasanah sebegitu?

Orang luar mungkin kurang jelas dengan isu yang saya cuba sampaikan di sini. Saya harap mahasiswa warga kampus yang bakal keluar mengundi esok hari, undilah calon yang anda fikirkan berkaliber. Jangan pilih atas dasar paras rupa sebab pepatah Inggeris ada mengatakan, "Don't judge a book by its cover".

Untuk mereka yang bakal menang, laksanakan amanah sebaik mungkin. Jangan hanya pandai menuding, musyawarah lah untuk menyelesaikan masalah. Jadikan sesi kepimpinan antum satu kenangan termanis dan rapatkanlah ukhuwah Islamiyyah antara antum. Wallahua'lam.

"I'm and I'll always stand on my own principle"

Sunday, 11 January 2009

Bahang Pilihan Raya Kampus!

Sejak penamaan calon bermula 8 Januari yang lalu, keadaan sekitar UTM dirasakan semakin hari semakin hangat!

Rapat Umum, perang poster, edar flyers dan pelbagai usaha dilakukan oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai inisiatif untuk meraih undi dari warga kampus. Masing-masing cuba menonjolkan kelebihan diri masing-masing bagi menggalakkan mahasiswa memangkah mereka pada hari buang undi Selasa nanti.

Melihat fenomena apa jua jenis pilihanraya, penulis terasa ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung yang sudi melawat blog ini. Pilihanraya dianjurkan bagi memilih calon pemimpin dan semestinya pemimpin yang unggul dan berkualiti mahu dilahirkan.

Perbezaan pendapat itu rahmat. Ia membantu mematangkan pemikiran lebih-lebih lagi dalam proses membuat keputusan. Perbezaan ideologi atau idealisme kadang mencetus perbalahan kecil sesama sendiri. Penulis menulis dari skop yang umum. Jangan disebabkan perbalahan, perpecahan berlaku.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“ Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain”.
( Riwayat at-Tabarani )

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat unggul sebagai pemimpin. Dan seseorang muslim yang memimpin juga perlu mendapatkan pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu agama yang menjadi keperluan asasi. Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan diceburi secara sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas.

Jangan takbur dan merasa diri sentiasa betul. Kadang, kita harus terbuka dalam menerima pandangan luar. Bukankah manusia sentiasa melakukan kesilapan? Mungkin dengan teguran berhikmah, mampu meminimakan kesalahan yang manusia bakal lakukan..

Nak melihat kepimpinan masa akan datang, lihatlah pemudanya. Nah, masa anda untuk menilai.

"I'm and I'll stand on my own principle"

Wednesday, 7 January 2009

Pengumuman : Pilihanraya Kampus

Sesi kepimpinan MPP UTM 07/08 telah pun dibubarkan dan berakhir pada 5 Januari 2009 yang lalu.

Penamaan calon dan buang undi untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia sesi baru akan diadakan pada masa terdekat.

Penamaan calon : 8 Januari 2009

Tarikh pengundian : 13 Januari 2009

Sempena pelantikan baru wakil suara mahasiswa, saya mewakili barisan pimpinan MPPUTM sesi 07/08 ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan sepanjang tempoh pimpinan kami. Diharapkan muka baru pemimpin mahasiswa dapat menggalas amanah sebaik mungkin dan meneruskan perjuangan dengan cekal di samping menambah baik usaha MPP sesi lepas dalam menangani isu kebajikan warga kampus. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kalian. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di samping hamba-hambaNya.

Salam perjuangan Mahasiswa!

KHAIRIAH HJ. OTHMAN
MANTAN EXCO JABATAN PENERBITAN DAN MAKLUMAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2007/2008 UTM


Nukilan edisi pertama : Endeavours

Saturday, 3 January 2009

Tahniah Mahasiswa Prihatin


Alhamdulillah demonstrasi aman telah sukses diadakan di perkarangan Masjid Sultan Ismail.

Kita tak mengatakan bahawa dengan menganjurkan demo untuk Palestin dari Malaysia ini mampu memberi keamanan kepada rakyat mereka di sana.

Kita juga tak dapat beri jaminan dengan demo yang dilakukan oleh pelbagai pihak selama berhari-hari mahupun bertahun-tahun di sini mampu menghentikan serangan rejim Zionis terhadap umat Islam di sana.

Cumanya demo yang dilaksanakan salah satunya bertujuan memberi informasi kepada masyarakat supaya kita lebih prihatin dengan keadaan saudara seakidah kita di Palestin. Agar kita terus memberi sokongan dan bantuan semaksimum mungkin kepada saudara seagama. Dan berdoalah kita seinfiniti mungkin kerana doa itu senjata utama umat Muhammad.

Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”

Takbir! Allahu Akbar!

Dapatkan berita lanjut : http://pmiutm.blogspot.com/

Friday, 5 December 2008

Selamat Datang Delegasi Universitas Andalas!

Menyambut delegasi Perwakilan Pelajar dari Universitas Andalas yang lebih dikenali sebagai BEM dimulakan dengan sesi diskusi di Dewan Seminar FKM. Kami berbincang serta bertukar pendapat mengenai mahasiswa, pengurusan dan kehidupan mereka di sana.

Sepanjang sesi itu, saya tertarik dengan satu budaya yang diamalkan di kampus mereka. Setiap asrama akan dikejutkan setiap subuh untuk solat berjamaah! Fuhh..tabik spring!! Kalau di sini, saya rasa fenomena itu cuma saya alami ketika zaman sekolah menengah dahulu.. Ada juga saya utarakan soalan, tidakkah mereka merasa sukar untuk membangunkan pelajar pada waktu subuh.. Dan jawapannya, "Alhamdulillah, setakat ini nggak ada. Ini salah satu cara memotivas diri kami sendiri. Kalau selalu dilatih, ya pastinya nggak punya masalah kok." Hebat..Hebat mahasiswa UNAND ini.. Ayuh mahasiswa Malaysia! Kita serap budaya ini untuk perkasa Islam di kampus negara tercinta!

Malamnya, persembahan dari pihak UTM dan UNAND diadakan dengan tujuan mengenali kebudayaan negara masing-masing. Satu persembahan menarik dari mereka ialah tarian piring di mana piring akan dipecahkan di akhir tarian dengan anggota badan. Ngeri! Mujur tiada sebarang luka. Dan sekali lagi apabila ditanya apakah rahsianya, jawab mereka, "Hanya perlu fokus yang tinggi. Kalau nggak fokus, piringnya nggak akan pecah." [Kan bagus kalau fokus begitu diaplikasi dalam pembelajaran. =) ] Saya tanya lagi adakah pernah mereka terluka atau berdarah selepas memecahkan piring dengan kaki, tangan dan kepala? "Alhamdulillah tidak pernah. Pokoknya kita kena percaya bahwa kita takkan terluka maka kita takkan terluka." Oh..begitu..baru saya ngerti~

Malam yang terasa singkat, rupanya akan berakhir dengan perpisahan. Sibuk bertukar nombor kontak, bergambar mahu kenang-kenangan dan segala macam. Pastinya ini pengalaman yang menarik buat kami di UTM dan mereka dari Andalas..

Di dewan menanti persembahan

Mahasiswa UNAND tunjuk bakat

Piring yang dipecahkan guna kaki

Gabungan wakil pelajar UTM dan UNAND

Wednesday, 5 November 2008

Salam Imtihan..

Selamat berjuang rakan-rakan sekalian
Moga usaha kita membuahkan kejayaan..Insya Allah


::Waktu-waktu genting yang jangan diganggu::

(",)

"Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapa pun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan"

Sunday, 5 October 2008

Tahniah NC Baru UTM!


JOHOR BAHRU: Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Inovasi (P&I) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu ini.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat UTM dalam satu kenyataan berkata, Zaini akan menggantikan Prof Tan Sri Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali yang tamat tempoh perkhidmatan esok.

Mohd Zulkifli memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Zaini mula berkhidmat di UTM pada 1988 sebagai staf akademik, seterusnya dilantik sebagai pensyarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) pada 2001 hingga 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli mulai 2006 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor P&I mulai Mac 2007.

Zaini juga adalah Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar dan pernah menjadi Naib Presiden Air Kebangsaan pada 2004 hingga 2006 dan kini menjadi ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - Bernama

dikopi dari bharian.com.my

Maaf Datuk..saya terlewat ucap tahniah..Esok ada majlis meraikan perlantikan Naib Canselor baru UTM..

Semoga azimat " Malaysia's Premier University in Engineering and Technology" terus menjadi kebanggaan warga UTM.

Thursday, 4 September 2008

USM Is Malaysia's Apex University

PUTRAJAYA, Sept 3 (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) was Tuesday chosen for the Accelerated Programme for Excellence (Apex), beating three other universities, including the country's oldest, the University of Malaya (UM).

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said USM was selected based on the university's transformation plan and its preparedness to make changes to its proposal paper.

"The selection for the Apex programme is not only based on past achievements and excellence, but more on the planning for the future and whether the university is able to achieve a world-class status within the stipulated period of five years," he said when announcing USM's selection for the programme.

During the five-year period, USM must be able to put itself among the world's Top 100 universities and among the Top 50 by 2020, he said.

He was confident that USM would be able to achieve a world-class standard.

"Let's see how USM fares and then we will decide whether to choose another for the programme," he added.

Mohamed Khaled said USM's selection for the programme did not mean that other universities were sidelined.

On the other hand, this should spur them to further improve their position, he said when asked why UM was not selected.

Nine public universities nationwide had submitted their application for the programme but only four -- USM, UM, Universiti Putra Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia -- were shortlisted.

USM's winning proposal paper is titled "Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow".

The Apex university programme is proposed in the National Higher Education Strategic Plan where universities will be divided into three groups namely Apex University, Elite University and Competitive University.

An Apex university is a university of excellence used as a yardstick in higher education worldwide.

Under the programme, the Apex university was promised autonomy in finance, service scheme, management, student intake, study fees and determining the top leadership.

DIKOPI khas dari BERNAMA

## UTM tak berpeluang mendapat gelaran APEX Universiti.. Usah patah semangat, UTM kian dikenali sebagai Research University.. Usaha Lif Kejayaan~Saya sayang UTM!

Saturday, 23 August 2008

Kebangkitan Mahasiswa

Gelaran "Mahasiswa Lesu" rasanya tidak lagi relevan untuk dipakai. Akhir-akhir ini, gelombang ‘tsunami’ mahasiswa bangkit memperjuangkan hak mereka kerap menghiasi dada akhbar malah mungkin boleh dikatakan ‘menambah kerja pak polisi’ supaya ‘tsunami’ yang melanda berada di peringkat terkawal.


Selepas demonstrasi pelajar UiTM berhubung isu kuota pengambilan pelajar bukan Bumiputera, Parlimen pula menerima kunjungan dari pihak GMMA mendesak pemansuhan AUKU segera dilaksana. Mereka mahu bukti bahawa pindaan AUKU yang diusulkan sekian lama bukanlah sekadar kosmetik semata-mata.

Wednesday, 20 August 2008

Ajal Tidak Mengira Tempat

Sumber : http://www.bharian. com.my/

JENAZAH Allahyarham Abdullah Halos, 55, (gambar kecil) diusung keluar dari pusat Kesihatan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, Skudai selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika menunggu masuk ke Dewan Sultan Iskandar bagi upacara konvokesyen anaknya, Mohd Fairuz Abdullah, 23, semalam.


JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk melihat anak sulung lelakinya menerima ijazah pada Konvokesyen Ke-41 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia kira-kira 100 meter sebelum memasuki Dewan Sultan Iskandar universiti itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bekas Timbalan Pengarah Pos Malaysia Johor, Abdullah Halos, 55, dikatakan rebah ketika berjalan bersama isteri dan tiga anaknya selepas meletakkan kereta berhampiran tasik UTM, kira-kira 400 meter dari dewan berkenaan.


Pasukan perubatan UTM yang kebetulan berada di kawasan itu, membawa Abdullah ke Pusat Kesihatan UTM dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.


Anaknya, Mohd Fairul, 23, berkata ketika itu beliau bersiap di belakang dewan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari.


"Saya terkilan ayah tidak sempat melihat saya menerima ijazah. Namun, kami reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya, " katanya.
**Patutlah saya terdengar siren ambulan pusat kesihatan yang bunyinya agak kalut.. Rupanya ada musibah di sebalik kegembiraan konvokesyen yang berlangsung. Takziah diucapkan pada keluarga arwah. Kami seluruh warga UTM mendoakan mudah-mudahan roh arwah turut ditempatkan bersama-sama golongan yang bertaqwa. Berita kematian yang kerap didengar akhir-akhir ini malah berlaku dekat dengan saya, mungkin memberi petunjuk supaya saya lekas bertaubat padaNya. Ya Allah, berkatilah kehidupanku dan umat Islam di segenap pelusuk dunia ini. Amin ya Rabbal 'Alamin...

Monday, 28 July 2008

Konvensyen MPP-"Mahasiswa Pewaris Kepimpinan Negara"

Hujung minggu akhir-akhir ni saya kerap berada di luar UTM. Kadang-kadang terdengar gak rungutan keluarga, rakan-rakan yang menyatakan ketidakpuasan hati lantaran lama tak dapat spend time sama-sama. Maaf, bukanlah saya sengaja cumanya saya cuba menyeimbangkan antara tugas sebagai anak, pelajar biasa dan pemegang amanah sebagai pemimpin walaupun mungkin tidak dapat memuaskan hati banyak pihak.

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.” (Muslim)

25-27 Julai 2008 yang lalu, saya dan beberapa Exco MPP UTM yang lain telah berpeluang menyertai Konvensyen MPP SeMalaysia 2008 yang bertempat di Bangi. Apa yang saya lihat selain isu perkauman yang menjadi perdebatan hangat, mungkin boleh saya katakan isu hedonisme juga menjadi fokus pemimpin mahasiswa yang hadir. Pada pendapat saya yang saya kira dipersetujui ramai, biarlah warga kampus lebih didedahkan dengan aktiviti ilmiah berbanding kegiatan hiburan yang menguasai kampus la ni agar tidak timbul lagi soal anti-intelektualisme di kalangan pelajar. Kehangatan konvensyen lebih dirasai pada sebelah malam 26hb apabila tokoh pemimpin yang diundang benar-benar mengundang kontroversi. Maklumlah, lain orang lain cara penyampaiannya. Pandangan saya, YB ni memang cukup berani dan lantang dalam pengucapannya, mungkin boleh diterima orang tapi tidak saya kerana saya rasakan beliau cukup kasar dan kurang rasa hormatnya terhadap pandangan orang lain. (Pada pandangan saya yang mudah simpati ni laa...)

Namun pada jangka masa konvensyen yang singkat, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 berusaha menghempas-pulas tenaga dan idea bagi menghasilkan resolusi yang akan diserahkan pada majlis penutup kepada Datuk Mohd Idris Haron selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I. Lima resolusi tersebut telah menyentuh isu berkenaan Ekonomi dan Infrastruktur, Pentadbiran dan Masa Depan Negara, Isu Komuniti, Keluarga dan Gender di Malaysia, Perubahan Iklim, Kestabilan dan Isu Penduduk Luar Bandar, serta Isu Kesihatan dan Kreativiti Masyarakat Malaysia. Diharapkan hasil resolusi tersebut mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan untuk kebajikan bersama mahasiswa khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Monday, 14 July 2008

Kepimpinan

I spent my previous weekend on CASFUMAL – Career Summit for Future Malaysian Leaders which organized by UTP at Pan Pacific KLIA Hotel. The whole program were conducting in English. Besides of getting knowledge about career through leadership, all of the LEADER also have an opportunities to build up their confidence to improve their English in communication. I’m being so lucky to be the selected one to participate in this beneficial program as UTM’s delegates. If in IPT we’re exposed to the LEADERSHIP as a student, but in CASFUMAL we learn how to be a good leader in a work place.

Mrs. Shidah Ahmad from Agilent Technologies who is responsible for the first talk explain about the KEY INGREDIENTS. It needs *Continuous Learning, *Perseverance, *Communication,*Diversity,*Courage and *Innovation. While for the next session, speaker from SCOMI Group, Ms. Ruswati was talk about GLOBAL LEADERSHIP-Globally Competitive, Globally Recognized and Globally Brand.

For the dinner ceremony, university delegates were sat separatedly at different numbers of table and the speaker for that night should be Mr. Tony Fernandes, CEO from AirAsia, but he can’t make it and was replaced by Mr. Azrai Othman. Talking about the achievement of AirAsia, up side down of their company,services and so on were quite inspire. I’m also quite shocked when I’ve met da twin of Daus UTHM from UTP, the same look, style and share the same name. God, such a coincidence! Hehe, sori Daus if u’re reading diz, I exposed the mystery I found~ =P. The session were quite hot when students leader keep asking about the ticket cost, good service and etc especially involving the student’s welfare.. Poor Mr. Azrai but luckily he can answered all the question slumberly..hehe (^,^)

The next morning, opening ceremony was attended by Minister of Higher Education, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin as officiator before proceed with the next session with the Country President of Motorola, Executive Chairman of Nadicorp, Mr. John Chang and finally Manager director of Sarawak Shell. Fuhh..8 session finally done at 6.30 pm on 13th July. A lil bit exhausted but we can learn a lot of thing about career through leadership from those excellent people in corporate companies. Hurm..there’s some meaning of Leader in the prospects of career for we to look thru :
• LEADER- to create an environment that will cause others to take actions that will create extra ordinary value to our customers.
• GLOBAL LEADERSHIP – Leaders who have global perspectives that combines the most sophisticated business knowledge with cultural sensitivity and awareness is essentially motivational leadership.
• Leaders speak, others listen!

And also some quote :
•“When the going gets tough, the tough gets going.”
•“Inside each problem, there is a solution. Inside each solution, there is an opportunity.”
•“Happiness is not a reward-it is a consequences. Suffering is not a punishment- it is a result.”
Bagi saya, kehidupan kita boleh dikatakan akan wujud seorang ketua yang diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Memberi ketaatan (kepada yang berhak) adalah wajib selama ia tidak termasuk dalam perkara maksiat atau perkara yang boleh membawa maksiat sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (Surah Al-Nisa' 4: ayat 59).
Wallahua'lam..

Thursday, 10 July 2008

Pakej Harga Makanan


Berikutan harga minyak yang naik, pastinya para peniaga yang terkena tempiasnya turut terpengaruh untuk sama menaikkan harga barangan. Fenomena yang melanda warga kampus sudah semestinya kenaikan harga makanan yang menjadi fokus utama. Jadi demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa, satu mesyuarat khas untuk pengusaha makanan sekitar UTM telah dihadiri oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar bagi sama-sama menetapkan kadar harga makanan mengikut kesesuaian kehidupan pelajar dan pada masa yang sama memberi pulangan kepada peniaga. Maaf kerana saya tidak dapat sertakan senarai harga makanan yang telah dipersetujui, namun maklumat-maklumat tersebut boleh didapati dari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa masing-masing selain di premis perniagaan itu sendiri. Andai kata anda tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dikenakan, segera laksanakan langkah-langkah seperti berikut :


1. Mengambil gambar makanan yang dibeli sebelum sempat dimakan.
2. Meminta resit sebagai bukti bayaran untuk aduan.
3. Dan sekiranya tidak mendapat kerjasama, boleh terus berhubung dengan En. Fauzi dari Pejabat Harta Bina.

Mudah-mudahan dengan pengawalan harga makanan ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban warga kampus sekalian. Sebarang masalah, boleh disalurkan terus kepada pihak kami di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang terletak di hadapan CIMB Bank. Respon anda amat dialu-alukan.

Bantu kami untuk bantu anda”