Saturday, 16 March 2013
Pasca
Itu istilah untuk penggunaan telefon bimbit. Mahu topup kredit atau pakai bil.
Pelajaran pun macam tu.
Beramai-ramai, berbondong-bondong sudah ke fasa pasca.
Aku pun, kalau kumpul-kumpul, boleh jadi 100 kali sudah ditanya soalan yang sama.
Fasa ini takkan aku capai selagi aku tak fokus untuk meng-apply dan mencari sponsor.
Pembaca, sila doakan kerajinan dan rezeki buat aku. Doakan sungguh-sungguh.
Puan pengarah, saya minta maaf kalau terpaksa mengundur diri lebih awal.
Sahabiah (PAU) yang aku sayang, di saat kalian sudah berdua, bertiga, atau berempat, aku mohon diri untuk terbang berdikari. Puas hati sudah melihat saat kalian bahagia itu.
SEPTEMBER. Itu target aku.
Malaysia, selamat berbahagia.
Aku berharap, ini bukan propa. BUKAN.
Tapi satu desakan untuk aku berusaha. DESAKAN, tahu?
Niat aku, bukan untuk gelaran.
Tapi semoga profesionalisme aku nanti mampu mendorong manusia lurus ke jalan Allah.
Sekian.
Monday, 31 December 2012
Ilmu
2; 282 : "...Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Cantik!
Bertaqwa dulu, nanti Allah bagi ilmu tu. Pejam mata je. Petik jari je ha. Semudah ABC, inshaAllah.
Pusing-pusing pulak. Okay, pesanan saya,
1- Jangan pernah beri alasan untuk menghilangkan diri dari wasail-wasail tarbiyyah yang sebenarnya membantu proses menguatkan jiwa kita. Tambah ilmu jugak.
2- Jaga hubungan dengan Allah (bertaqwa). Cemane? Qiam, dan tunaikan hak-hak seorang hamba kepada Penciptanya.
Hm, silalah digest sendiri point-point di atas. Sebenarnya nak cakap...
Gantungkan harapanmu 100% pada Allah S.W.T. beserta usaha dan doa mengiringi.
Nah, belajar dari pesan Nek Mah.
Selamat Maju Jaya!
**Sape tak paham, boleh tanya.
Friday, 5 December 2008
Selamat Datang Delegasi Universitas Andalas!
Sepanjang sesi itu, saya tertarik dengan satu budaya yang diamalkan di kampus mereka. Setiap asrama akan dikejutkan setiap subuh untuk solat berjamaah! Fuhh..tabik spring!! Kalau di sini, saya rasa fenomena itu cuma saya alami ketika zaman sekolah menengah dahulu.. Ada juga saya utarakan soalan, tidakkah mereka merasa sukar untuk membangunkan pelajar pada waktu subuh.. Dan jawapannya, "Alhamdulillah, setakat ini nggak ada. Ini salah satu cara memotivas diri kami sendiri. Kalau selalu dilatih, ya pastinya nggak punya masalah kok." Hebat..Hebat mahasiswa UNAND ini.. Ayuh mahasiswa Malaysia! Kita serap budaya ini untuk perkasa Islam di kampus negara tercinta!
Malamnya, persembahan dari pihak UTM dan UNAND diadakan dengan tujuan mengenali kebudayaan negara masing-masing. Satu persembahan menarik dari mereka ialah tarian piring di mana piring akan dipecahkan di akhir tarian dengan anggota badan. Ngeri! Mujur tiada sebarang luka. Dan sekali lagi apabila ditanya apakah rahsianya, jawab mereka, "Hanya perlu fokus yang tinggi. Kalau nggak fokus, piringnya nggak akan pecah." [Kan bagus kalau fokus begitu diaplikasi dalam pembelajaran. =) ] Saya tanya lagi adakah pernah mereka terluka atau berdarah selepas memecahkan piring dengan kaki, tangan dan kepala? "Alhamdulillah tidak pernah. Pokoknya kita kena percaya bahwa kita takkan terluka maka kita takkan terluka." Oh..begitu..baru saya ngerti~
Malam yang terasa singkat, rupanya akan berakhir dengan perpisahan. Sibuk bertukar nombor kontak, bergambar mahu kenang-kenangan dan segala macam. Pastinya ini pengalaman yang menarik buat kami di UTM dan mereka dari Andalas..
Friday, 17 October 2008
Sah! PRK UTM pada Januari
Sumber : Utusan Malaysia-17/10/08JOHOR BAHRU 16 Okt. - Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi 2008/2009 yang sepatutnya diadakan bulan ini ditunda Januari tahun depan bagi membolehkan penuntut memberi tumpuan kepada peperiksaan akhir semester.
Timbalan Pendaftar, Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, Nor Azizah Ismail berkata, keputusan itu dibuat kerana tarikh pilihan raya terlalu hampir dengan peperiksaan akhir semester sesi 2007/2008.
"Peperiksaan akhir semester dijadual berlangsung selama 21 hari mulai 3 November ini dan seminggu sebelum peperiksaan adalah minggu ulang kaji.
"Kita tidak mahu tumpuan pelajar terhadap peperiksaan akhir terganggu kerana terpaksa membahagikan masa untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nor Azizah berkata, pihaknya juga mengambil kira kebajikan penuntut beragama Hindu yang perlu membuat persiapan menyambut Deepavali pada 27 Oktober ini.
Sementara itu, katanya, pilihan raya kampus tidak dapat diadakan selepas peperiksaan akhir memandangkan cuti pertengahan semester pula akan bermula.
"Selepas peperiksaan tamat, pelajar akan mula pulang ke kampung masing-masing dan pengundian tidak dapat dijalankan tanpa penglibatan mereka,'' katanya.
Bagaimanapun, katanya, tarikh sebenar pilihan raya kampus belum ditetapkan lagi.
Adakah mungkin sejarah semua calon menang tanpa bertanding bakal berulang?? Nantikan..
Thursday, 28 August 2008
Ramadhan & Ambang Kemerdekaan

Agak ketara dapat dilihat perbezaan pada sambutan kemerdekaan tahun ini. Hambar. Tak ramai yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang seperti tahun sebelumnya. Namun, biarlah Ramadhan yang bakal tiba lebih meriah sambutannya. Bukanlah hendak menafikan keraian hari 31 Ogos, kerana kita masih lagi rakyat Malaysia. Tetapi alangkah baik kiranya kita menggabungkan sambutannya dengan awal Ramadhan. Barangkali boleh dibuat kelainan. Buang konsert di dataran, kita gantikan dengan doa selamat di masjid-masjid. Lebih afdhal dan barakah ana kira. Daripada menggalakkan maksiat di ambang kemerdekaan, penemuan kondom di merata tempat dan segala macam lagi, lebih baik kita satukan hati masyarakat Malaysia, umat Islam dengan mengingati kebesaran Yang Maha Esa. Kalau bukan dengan izinNya, Malaysia belum tentu dapat mengecapi nikmat kebebasan yang hampir menjejak 51 tahun ini.
Agak mengharukan apabila minda anak muda remaja masa kini terjajah pemikirannya tetapi mengaku negaranya merdeka. Adakah sambutan kemerdekaan itu sewajibnya disambut dengan pelbagai kemeriahan dan aktiviti yang melalaikan? Apakah hari kemerdekaan yang mereka sambut tidak lebih dari berseronok mendengar nyanyian artis terkenal sambil menyaksikan letupan bunga api berwarna warni menghiasi langit malam? Bertepuk tampar, berpegangan tangan merupakan perkara biasa pasangan pada abad ini lebih-lebih lagi dalam suasana hiruk-pikuk sambutan kemerdekaan. Ditegur, dikatakan kolot. Mana pergi pegangan agama mereka? Pergaulan sosial yang meningkatkan jumlah bilangan bayi yang lahir luar nikah kadangkala dipandang enteng bagi sesetengah pihak. Apakah di Malaysia ini persekitarannya membenarkan berlaga pipi lelaki dan perempuan ketika bertegur sapa? Malang sungguh kiranya fenomena begini berlaku. Sah! Rakyatnya masih dibelenggu penjajahan.
Apa yang lebih diharapkan, biarlah sambutan kemerdekaan disambut sederhana dan berpada menandakan kita tetap menghargai jasa pengorbanan pejuang negara. Elakkanlah sambutan yang melalaikan, yang mengundang kewujudan syaitan perantaranya. Yang penting, ana ucapkan Marhaban ya Ramadhan!

Saturday, 23 August 2008
Kebangkitan Mahasiswa
Selepas demonstrasi pelajar UiTM berhubung isu kuota pengambilan pelajar bukan Bumiputera, Parlimen pula menerima kunjungan dari pihak GMMA mendesak pemansuhan AUKU segera dilaksana. Mereka mahu bukti bahawa pindaan AUKU yang diusulkan sekian lama bukanlah sekadar kosmetik semata-mata.

