Showing posts with label Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Prihatin. Show all posts

Monday, 20 February 2012

Sekarang


*Gambar dari mana entah*

Gambar di atas adalah pertanyaan seorang guru kepada anak muridnya.

Siapa idola mereka. Dan berikut adalah senarai jawapannya.

Sob sob. T_T

Speechless.

Eh, bukan idola. Sepatutnya, contoh terbaik. Qudwah hasanah.

Tiada lagi Muhammad S.A.W.

Tiada juga para sahabat.

Tiada pula tabi' tabi'in.

Hatta 'Ayah Saya' pun tiada.

Salah siapa?

Ya, salah kita.

Salah aku saja mungkin.

Silap seorang yang mengaku dai'e tetapi tidak bekerja melaksanakan amanah.

Culas, malas, sambil lewa, tidak bersungguh!

Ini sebenarnya peringatan buat aku.

Supaya aku betul-betul bergerak untuk mendapat syurga Firdausi untuk kerehatan abadi nanti.

Hah, apa tunggu lagi. Gerak lah. Nanti? 

Sekarang! Ya, sekarang!


Yaa aiyyuhal muddaththir
Hai orang-orang yang berselimut

Qum Faanzir
Bangunlah, lalu berilah peringatan!

Eh, penegasan dari Allah itu tahu? 
Ayuh, segera.

Ya Allah, berkatilah, redhailah.

Friday, 22 October 2010

Langkah Kaki

 Tolong ingatkan aku

Terkadang dalam melangkah, ada kalanya kita melaju.

Adakalanya kita tersadung. Mungkin juga terjatuh, kemudian bangkit semula. Atau, terjatuh yang tidak bangun-bangun lagi.

Semua bergantung pada si pelangkah, bagaimana mencorakkan langkah kakinya.

Beberapa sahabat berkongsi, meluahkan isi hati. Heh, mujur saya sudah selesai melalui fasa puncak (menyiapkan tesis). Dapatlah saya layankan aduan manja mereka dengan kasih sayang yang melangit. Sekurang-kurangnya, peranan saya sebagai sahabat masih dipercayai, masih dihargai. Dan haruslah jaga kebajikan kawan-kawan, baru sesuai dengan maksud nama yang diberi. (",)

Mengadu kelelahan meneruskan derapan. Mengadu 'ter'stress dengan persekitaran. Mengadu 'ter'hilang punca setelah bermula.

Itu semua normal. Allah datangkan ujian bukan suka-suka.

Musibah dan ujian itu sebenarnya mahu menyedarkan kita tentang nikmat Allah, mendekatkan diri padaNya. Jadi, apa lagi yang layak dibuat kalau bukan bersyukur kepada Allah dengan mengingatiNya setiap detik waktu. Kan?

Saya juga tak terlepas dari tekanan. Bila dibuka al-Furqan-, ayat 286 surah Al-Baqarah sering memotivasi diri. "La yukallifullahu nafsan illaa wus'ahaa"-Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dan ayat itu juga dibekalkan kepada sahabat, memujuk sang hati dengan janji Allah.

Bersangka baik dengan Allah. DIA nak kita kuat. DIA nak kita belajar erti kehidupan.

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." [3:139]


Kadang-kadang 'ter'mengeluh jugak. 'Ter'lupa Allah tu sentiasa berada di sisi. Mengawasi hambaNya. Terang-terang Allah dah pesan,

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" [40:60]

Haa.. boleh la tambah lega lagi sikit. Allah memang nak kita bergantung harap pada Dia sepenuhnya. Tetapi setelah berusaha, barulah boleh bertawakal. Kalau tak menanam, manakan nak dapat hasil tuaian?
 
"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal."[3:159]


Oh, moga segala rintangan yang dihadapi meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." [65:2-3]

Nah, sekarang masa untuk meneruskan langkah. Allah tu memang pemurah. Kalau kita cintakan Dia, Dia pasti membalas cinta hambaNya.

Kalau berduka lara, ambillah wuduk, bacalah Quran. Tadabbur ayat cinta dariNya. InsyaAllah, pasti akan terawat segala kesedihan.

"Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa." [3:138]

Jangan cuma meminta diringankan ujian, pintalah juga dikurniakan kekuatan iman untuk mengharungi cabaran.

Tulisan ini pasti juga untuk rujukan semula aku bila kesedihan itu datang bertamu.

Wednesday, 2 June 2010

Pembebasan

Dear Muslimin & Muslimat :




Masih memilih untuk berpeluk tubuh?

Friday, 25 December 2009

Pengakhiran 2009 yang bagaimana?


Assalamualaikum...

Moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan peningkatan Iman dan menebarkan kesyumulan Islam.

2009 bakal berlabuh. Tahun Hijrah sudah kira-kira 8 Hari. Apakah sudah berpuas hati dengan diri sendiri? Iman, amal, taqwa, azam, cita-cita, semangat-bagaimana? Hey diri, sila buat peningkatan menjelang 2010! Tahun baru, azam baru? Oh, perlu yang terbaekk!!

Ada satu fenomena yang menggusarkan hati. Dalam filem-filem Melayu, penyakit ini diistilahkan sebagai 'mulut longkang'. Sebagaimana benci untuk mendengar, begitu juga benci untuk menyebut istilah itu sebenarnya. Tapi, mutakhir ni gejala buruk yang satu ini nampaknya makin menjadi. Bermusim agaknya. Izinkan saya menulis untuk peringatan buat diri sendiri dan menegur yang di luar sana. Secara general yang pasti.

Sedih melihat percakaran yang berlaku. Susahkah bagi mereka yang CUKUP faham untuk memberi faham kepada orang yang dianggap TIDAK faham? Ini bukan. Tuduhan dilempar ke sana ke sini. Saling berbalas. Penuh amarah, dendam, tak berhemah. Budi bahasa entah ke mana. Perbezaan pendapat itu perlunya diraikan, bukan sampai memudaratkan. Sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya perbuatan jahat dan ungkapan keji bukanlah daripada (ajaran) Islam. Islam seseorang yang paling baik ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. [Riwayat at-Tirmizi]
Tak pasti, apakah kepuasan yang diperoleh dari pertengkaran? Tak ada!
Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sengit dalam bertengkar.
Oh, gelombang sudah mula terasa. Pernah mengalaminya satu masa dulu. Hanya melihat sebagai seorang non-partisan namun tidak bermakna tiada pendirian. Ditekankan, cuma menyebelahi perkara-perkara haq, dan menolak segala jenis kebatilan. Si mumaiyyiz pun sudah mampu membezakan antara yang baik dan buruk, kita patut lebih cerdik lagi. Kan?

Hey sahabat, ingat!
Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.
Lupakah? Nabi berdakwah dibaling batu, dibaling najis, dicaci tak terkira banyaknya, tapi Baginda masih mampu tersenyum. Tak melatah, malah tindakan Baginda sentiasa berhemah dan berhikmah.

Kita? Dijentik sikit, melatah tak henti-henti. Heboh sana-sini. Kalau rasa sangat benar, jelaskan yang benar. Secara baik. Tak perlu menyakiti satu sama lain. Nak gegado tarik-tarik rambut, tarik tudung, tarik baju? Tak ada faedah hatta sekelumit pun! Eh, kita kan dah matang, dewasa.

Tarbiyah membentuk fikrah. Ayuh, berlapang dadalah.

Sempena Tahun Hijrah yang belum lama berlalu, eloklah kita berhijrah.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr r.a. : Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud, "Seorang Muslim adalah seorang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah S.W.T. [Riwayat Bukhari]
Itulah sebaik-baik orang yang berhijrah.

Ku saaangaaat suka kedamaian.

Wallahua'lam.


[Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-34 buat Mak Abah tersayang!]

Wednesday, 8 July 2009

keSIBUKan

Assalamualaikum..

Sehatkah nikmat Iman dan Islam hari nih? Mudah-mudahan terus dipelihara.

Mahap sungguh kerana membiarkan laman sesawang ini terus bersawang untuk beberapa minggu. Alhamdulillah, beres sudah urusan mendaftar kembali sebagai MAHASISWA UTM pada 2 Julai yang lepas. Mujur masih ada sahabat-sahabat seperjuangan yang sedia membantu dan terus berada di sisi saat diperlukan di kampus ini. Terima kasih ya!

Lebih kurang 2 hari berada di kelas baru, boleh dikatakan majoriti sahabat dari universiti lain. Wah, kawan baru! Dengan jumlah 14 pelajar satu kos, tak lama proses taaruf dijalankan. Sekejap je dah boleh get along. Alhamdulillah sekali lagi..


Bermula semester baru, bererti perlu punya perancangan baru. Perancangan tak kira dari sudut mana sekali pun, ianya memerlukan keazaman dan komitmen yang tinggi. Setakat merancang tanpa dilaksana, mana mungkin bisa dituai hasilnya. Hmm.. risau juga nih. Perjalanan jurusan ini nampaknya bakal mengambil sedikit masa yang biasanya saya luangkan untuk aktiviti yang lain. Hiyah! Kena kerja keras plan jadual molek-molek lah sem ni. Takkan ku biar semangat itu luntur. Ayuh!!


Sahabat-sahabat seperjuangan..

Mohon dikejut diri ini sekiranya terleka. Pinta digegar seketika seandainya terlupa.

Mudah-mudahan kesibukan ini tidak menimbulkan masalah pada gerak kerja kita semua.

Agar kita dapat terus yakin melangkah dengan jumlah yang ramai.

Moga kesibukan ini tidak menambahkan fitnah manusia di akhir zaman.

Agar mereka yang memerlukan terus mendapat bimbingan dan sokongan.



"There is somebody we need to care in our life"

Wednesday, 25 March 2009

Al-Fatihah...

Salam takziah buat rakan seperjuangan mantan Exco MPP UTM 07/08, saudara Muhamad Solehudin bin Syafie atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Kami rakan sejabatan sentiasa mendoakan semoga Lehud terus tabah mengharungi baki kehidupan di bumi UTM. Tak lupa didoakan mudah-mudahan roh arwah ditempatkan bersama para solehin dan dijauhkan dari azab kubur. Amin..

Saturday, 14 February 2009

C.I.N.T.A. saya untuk siapa?


"Ketinggalan zaman la ko nih.. Aku dah sempat tukar pakwe 5 kali, ko masih single and available je?? Majulah sikit krie oii!!" [Erk..Perlukah aku begitu wahai sahabatku? Uh, takpelah kot.. ]

CINTA tu lumrah.. Perasaan yang memang wujud pada setiap insan, cuma bagaimana cara kita menyalurkannya sama ada pada yang betul atau sebaliknya. Bak kata TGNA dalam karyanya 'Kisah Cinta Dalam Al-Quran-Mengenal Cinta Meraih Allah', cinta boleh diibaratkan sebagai duit dan pisau. Bila mana disalahgunakan untuk tujuan kejahatan, maka ia akan membinasakan pemiliknya. Namun, sekiranya tahu untuk memanfaatkan perasaan cinta dengan menyerahkan cinta pada PemilikNYA, mereka akan berbahagia selama-lamanya.

Sinonim dengan tarikh 14 Februari, 'pasangan yang berperasaan' terikut-ikut untuk sama meraikan hari Valentine tanpa tahu asal-usul sambutan tersebut. Ada juga yang berkongsi cerita keseronokan menyambutnya dengan teman teristimewa. Bila ditegur, dikatakan cemburu. Maklumlah, nasihat datang dari seorang yang tidak berpunya dan tidak berpengalaman. Tu pasal la mereka tak mau endah sangat..

Kalau macam tu, ada sikit perkongsian la yang saya dapat dari dunia teknologi tanpa sempadan ni.. Cuba-cubalah jenguk untuk tambahkan pengetahuan kita. Nak tahu lebih, boleh carik sendiri ye.. [ ^_^]
  1. Valentine Day
  2. Sejarah V.D
  3. Artikel BH
Mudah-mudahan selepas ini, hati mereka yang kosong telah terisi dan hati yang penuh dengan kemaksiatan, mulai suci. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah barat yang mahu memesongkan akidah umat Islam. Berpegang teguhlah atas agama yang dijanjikan syurga buat kita!

"Ya Allah, jauhkanlah kami dari fitnah dunia"

[C.I.N.T.A. pertama saya buat ALLAH]

Wednesday, 4 February 2009

Bila Manusia Hilang Nikmat ISLAM

Salam ukhuwah fillah..

Kali ini ada cerita hangat..Cuba lihat gambar di bawah :





Wah..bangga benar wanita ini mengaku dirinya sudah keluar Islam dan menggunakan nickname - MURTAD MAMA. Fuhh.. Hot MAMA la nampak gayanya nih. Sempat singgah ke sesawang http://syurga-islam.blogspot.com sebelum tak dapat dijengah lagi hari ini. Macam-macam dakyah sesat yang depa dok kabar kat situ, dengan tujuan yang satu - merosakkan akidah umat Islam! Haissh..ada jugak sekutu Adibah Ahmad rupanya. Sempat jugak ana terjah isi-isi kandungan blog tu yang 100% tak boleh pakai! Kenyataan MURTAD MAMA mengenai kehidupannya sejak dari kecil sehingga keluar Islam, cerita mengenai ketidakselesaannya memakai hijab dan kegagalannya belajar Al-Quran. Ana yakin jikalau orang yang baru ingin menimba ilmu tentang Islam dengan pegangan yang masih belum kuat, akan terpengaruh dengan posting-posting dusta di blog ini.



Berani-berani sang penulis itu memburuk-burukkan peribadi Rasulullah. Biarlah blog ini terkubur selamanya. Mudah-mudahan kesucian dan martabat agama ISLAM dapat dipelihara daripada fitnah akhir zaman.

"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu."

Thursday, 22 January 2009

Sejauh Manakah Perubahan?


Assalamualaikum..

Hari ni hari black attire di kawasan kampus. Sedap gak mata memandang segerombolan umat berpakaian hitam dok jalan berkumpulan. Smart! Nampak seragam je. Oops! Tapi ni bukan black metal ye, cumanya menunjukkan rasa keterpedulian kita terhadap serangan di Gaza nu. Kredit buat pimpinan Kelab Iqra' UTM yang mencetuskan idea tu.

Pagi-pagi tadi juga terdengar siaran radio IKIM yang membincangkan isu Palestin ni tapi dari sudut lain sikit. DJ dok cerita la, tanya pendapat pendengar apakah yang mereka ingin suarakan setelah majlis angkat sumpah BARRACK OBAMA dah pun selamat berlangsung. Maklumlah, khabarnya Obama sudi mendengar suara dari negara kecil [Malaysia ni kecik je ropenye] selepas lama berdiam diri dari membincangkan isu ini dengan alasan jawatan yang masih belum rasmi. Lagipun, rasanya manifesto-manifesto yang Obama laungkan dulu la yang mampu mengangkat kedudukannya sekarang sebagai Pak Presiden kulit hitam pertama di Amerika. Bak kata laporan kat Berita Harian, Obama tanggung tugas berat pulih imej AS di mata dunia. Nah, sekarang waktu bekerja kamu!

Rasanya, ramai juga yang berharap Obama mampu lakukan perubahan besar lebih-lebih lagi dalam menangani isu dunia. Wajarkah semua bergantung harap pada Presiden Obama itu? Janganlah terlalu berharap, takut-takut terkecewa di kemudian hari. Laksanakan usaha sedaya kita. Yang penting, kita sayangkan agama kita! Saudara kita!

Oh! Lagi satu sebelum terlupa, ana nak ucapkan Selamat Hari Ulangtahun buat Kakanda Angah di Melaka tanggal 22 Januari setiap tahun..Kini dah menginjak 28 tahun usia tua.. Moga kehidupan yang dilayari bersama famili dilimpahi barokah untuk menuju syurga abadi. Amin~

Friday, 9 January 2009

SOLAT HAJAT PALESTIN

Mari berdoa sepenuh hati buat saudara kita di sana !

Agenda : Solat Hajat untuk Palestin [anjuran PPIPS]

Jam : 8 pagi

Tarikh : 10 Januari 2009 [Sabtu]

Tempat : Padang Kawad UTM

Muslimin, Muslimat dijemput hadir.

Saturday, 3 January 2009

Tahniah Mahasiswa Prihatin


Alhamdulillah demonstrasi aman telah sukses diadakan di perkarangan Masjid Sultan Ismail.

Kita tak mengatakan bahawa dengan menganjurkan demo untuk Palestin dari Malaysia ini mampu memberi keamanan kepada rakyat mereka di sana.

Kita juga tak dapat beri jaminan dengan demo yang dilakukan oleh pelbagai pihak selama berhari-hari mahupun bertahun-tahun di sini mampu menghentikan serangan rejim Zionis terhadap umat Islam di sana.

Cumanya demo yang dilaksanakan salah satunya bertujuan memberi informasi kepada masyarakat supaya kita lebih prihatin dengan keadaan saudara seakidah kita di Palestin. Agar kita terus memberi sokongan dan bantuan semaksimum mungkin kepada saudara seagama. Dan berdoalah kita seinfiniti mungkin kerana doa itu senjata utama umat Muhammad.

Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”

Takbir! Allahu Akbar!

Dapatkan berita lanjut : http://pmiutm.blogspot.com/

Tuesday, 30 December 2008

Peduli Ummah!



BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.

Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

– Agensi

Baca lagi :

Saudara seIslamku..

Andai aku diberi peluang membantu jihadmu, tak mungkin aku sia-siakan peluang itu..
Andai aku punya waktu, takkan kubiarkan mengalirnya darahmu..
Ya Allah! Satukan hati kami memerangi musuh agamaMu..
Tetapkan iman kami agar terus berada di jalanMu..
Kurniakan syurga buat mereka yang syahid merinduiMu..
Moga Islam sentiasa berada di mercu!

Saturday, 15 November 2008

Idola Kecil : Hedonism Terkini

Pendidikan yang diberi ibu bapa itu penting. Anak-anak itu ibarat kain putih yang perlu dicorak sebaik dan secantik mungkin. Baru-baru ini, rancangan realiti untuk kanak-kanak - Idola Kecil dianjurkan dan dikelolakan oleh TV9. Apa pendapat sahabat sekalian?

Memetik sedikit petikan akhbar,

  • Ibu Syaza Farzana Shahrul Ridhwan (Syaza), Farah Wahida Mohd Jenun, 39, berkata program mencungkil bakat kanak-kanak Idola Kecil itu dilihat begitu positif dari segala aspek.“Saya melihat program ini bukan semata-mata untuk menjadikan mereka sebagai penyanyi profesional tetapi lebih kepada melatih keyakinan diri semua peserta yang terbabit.
  • “ Ia juga diadakan tepat semasa musim cuti sekolah yang dapat mengisi masa lapang mereka daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah,”
  • Bagi Nazrah Ahmad Nordin, 39 ibu kepada Ridzuan Haqiem Rusli atau Haqiem, melihat kecenderungan yang ditunjukkan anaknya sejak kecil dia menyediakan set karaoke di rumah.

    “Saya tidak menghalang minat yang ditunjukkan asalkan ia tidak melalaikan. Kita harus terus menyokong perkara yang baik dilakukan mereka dan bukannya menghalang.
  • Bagi Laila Mail, 40 ibu kepada Nur Natasya Ilyanis Idris atau Tasya, adalah satu kerugian sekiranya membiarkan saja bakat kanak-kanak ini terpendam begitu saja tanpa mengambil tindakan lanjut.

    “Sejak Tasha berusia empat tahun lagi saya sudah dapat rasakan dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Walaupun pada masa itu dia masih belum pandai membaca tetapi dalam usia seperti itu dia sudah pandai menghafal lagu yang popular.

Terharu rasanya dengan kenyataan para ibu bapa seperti di atas. Mungkin dah tiada cara lain nak melatih keyakinan anak-anak barangkali?

Alangkah mulia kiranya anak yang pandai menghafal lagu popular tika usia masih muda dibentuk supaya mampu menghafal surah-surah Al-Quran..

Bagaimana rancangan realiti begini dikatakan tidak melalaikan anak-anak kecil?

"Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah." - bak kata lirik lagu Raihan. Biarlah kanak-kanak yang masih suci bersih didedahkan dengan ilmu bermanfaat. Suara yang sedap, merdu, nyaring biarlah disalurkan pada tempat yang betul.

Lagi indah andainya telinga ini mendengar alunan kalam suci mahupun nasyid dibandingkan dengan lagu yang menjerit2.

Pohonku, mudah-mudahan umat Muhammad segera sedar dan bangkit dari kesilapan. Sama-sama kita berubah mengembalikan kemuliaan Islam itu.

"Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

Friday, 14 November 2008

"Stupid Fatwa Everywhere??"

"Tomboy is not a crime!"

"Short hair who care, stupid FATWA everywhere!"

"They can't control men, so they control women.."

Memalukan sungguh betul laungan2 dan dialog sebegitu. Segolongan kecil bukan Islam berdemo cuba membantah kenyataan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan. Dan lebih memalukan lagi, contoh yang diberi merujuk kepada individu MELAYU beragama ISLAM iaitu Sharifah Amani berkenaan tindakannya membotakkan kepala dalam filem Mualaf. Semuanya gara-gara pertikaian mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini, yang mengeluarkan kenyataan mengharamkan perlakuan ‘pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki.

Kini berlaku sejarah! Tidak pernah berlaku dalam mana-mana isu yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan, ditentang oleh orang Islam. Mereka akur kerana umat Islam sendiri faham bahawa fatwa yang dikeluarkan adalah demi kemaslahatan umat Islam dan menjaga kepentingan umat agar tidak tergelincir daripada landasan.



Namun sekelompok kecil yang tidak faham ini terus menerus menyalahkan fatwa yang dibuat yang sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan umat Islam. Dikatanya ingin mengongkong kebebasan wanita dalam berpakaian dan pergaulan. Hey, tidak benar itu! Sememangnya itu yang wajar bagi kami, umat Muhammad.

Ya.. Memang benar mereka tidak faham. Kerana mereka bukan beragama Islam. Yang beragama Islam sendiri kadang-kadang masih keliru. Nah, kita cuba fahamkan mereka. Agama itu bukan penyekat tetapi penyelamat manusia sejagat dan pemandu kepada umat manusia untuk terus patuh kepada nilai yang ditetapkan oleh Allah.

Dipetik dari Berita Harian - Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, “Kita nasihatkan bukan Islam khususnya yang membantah fatwa merujuk tokoh agama masing-masing mengenai isu ‘pengkid’ atau isu lain dan tidak memperlekehkan ketetapan dibuat badan agama yang tidak dianuti mereka,” katanya.

Nah..jangan bertindak terburu-buru ya.. Fikir sebelum bertindak.. Dan sewajarnya, umat Islam sendiri harus tunjuk contoh yang baik kepada mereka di luar sana.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung”. (S 3:104)

Khairiah Hj. Othman
BSc Industrial Chemistry
Research University. UTM Skudai

Wednesday, 10 September 2008

Tragedi di library

Hari ke sepuluh Ramadhan. Mengukir satu cerita di library.

Sedang khusyuk menelaah buku mencari bahan untuk PSM, kedengaran bunyi yang mengganggu salur telinga. Err..bunyi nangis ke gelak tuh?? Gelak tanda gembira, nangis tanda bersedih. Saya perlahankan volume radio handset, dan pasang telinga leklok.

Aiseh, orang nangis nih..Kat mane??

Cari punya cari...Rupanya orang yang dok depan meja saya je. Wajar tak saya bertindak?

Arghh..Tak tahan sudah! Rasa kasihan membuak-buak ni.

Camne nak dekat dengan dia ni? Silap-silap kena marah lak. Aha! Saya bingkas bangun, pura-pura letak buku di rak, balik ke meja semula dengan buku yang baru di tangan. Okeh! Peluang baik punya..Saya mengorak langkah berlagak berani pi ke meja student tadi tu..

"I'm sorry..Are u okay miss?"


Dengan mata yang besaq, merah dan penuh air mata, dia pandang tepat pada saya. Dia terkejut, saya sedikit takut. 'Ya Allah, tolong lah jangan marah saya.'

Dia senyum tawar."Oh, I'm okay."

"Sure?" saya tanya untuk kepastian.

"Ya..ya..I'm sure,"balas dia lagi. Apabila handset dia berbunyi, saya terus berlalu.

Gaya macam student India, tapi macam foreigner pun ye jugak..Kesian dia, tensen agaknya. Rupanya ada orang lagi dahsyat tensennya dari saya..

Alangkah bagusnya kalau saya dapat dengar masalah dia..Bantu redakan tekanan dia..

It's my pleasure to lend my ears..All da best girl!

Thursday, 28 August 2008

Ramadhan & Ambang Kemerdekaan



Antara MERDEKA dan RAMADHAN, mana satu lagi penting?

Agak ketara dapat dilihat perbezaan pada sambutan kemerdekaan tahun ini. Hambar. Tak ramai yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang seperti tahun sebelumnya. Namun, biarlah Ramadhan yang bakal tiba lebih meriah sambutannya. Bukanlah hendak menafikan keraian hari 31 Ogos, kerana kita masih lagi rakyat Malaysia. Tetapi alangkah baik kiranya kita menggabungkan sambutannya dengan awal Ramadhan. Barangkali boleh dibuat kelainan. Buang konsert di dataran, kita gantikan dengan doa selamat di masjid-masjid. Lebih afdhal dan barakah ana kira. Daripada menggalakkan maksiat di ambang kemerdekaan, penemuan kondom di merata tempat dan segala macam lagi, lebih baik kita satukan hati masyarakat Malaysia, umat Islam dengan mengingati kebesaran Yang Maha Esa. Kalau bukan dengan izinNya, Malaysia belum tentu dapat mengecapi nikmat kebebasan yang hampir menjejak 51 tahun ini.

Agak mengharukan apabila minda anak muda remaja masa kini terjajah pemikirannya tetapi mengaku negaranya merdeka. Adakah sambutan kemerdekaan itu sewajibnya disambut dengan pelbagai kemeriahan dan aktiviti yang melalaikan? Apakah hari kemerdekaan yang mereka sambut tidak lebih dari berseronok mendengar nyanyian artis terkenal sambil menyaksikan letupan bunga api berwarna warni menghiasi langit malam? Bertepuk tampar, berpegangan tangan merupakan perkara biasa pasangan pada abad ini lebih-lebih lagi dalam suasana hiruk-pikuk sambutan kemerdekaan. Ditegur, dikatakan kolot. Mana pergi pegangan agama mereka? Pergaulan sosial yang meningkatkan jumlah bilangan bayi yang lahir luar nikah kadangkala dipandang enteng bagi sesetengah pihak. Apakah di Malaysia ini persekitarannya membenarkan berlaga pipi lelaki dan perempuan ketika bertegur sapa? Malang sungguh kiranya fenomena begini berlaku. Sah! Rakyatnya masih dibelenggu penjajahan.

Apa yang lebih diharapkan, biarlah sambutan kemerdekaan disambut sederhana dan berpada menandakan kita tetap menghargai jasa pengorbanan pejuang negara. Elakkanlah sambutan yang melalaikan, yang mengundang kewujudan syaitan perantaranya. Yang penting, ana ucapkan Marhaban ya Ramadhan!


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

Hidupkan malam-malam bulan keberkatan kali ini dengan qiamullail, tadarus, dan aktiviti mendidik jiwa. Kerana hanya pada masa ini, peluang kita mengumpul pahala cukup terbuka luas untuk meng’cover’ dosa-dosa lepas. Pastikan target kita untuk khatam Al-Quran dan terawih setiap malam tercapai pada Ramadhan ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita? Dan mungkin juga kita tidak sempat bertemu Syawal kelak? Ajal dan maut di tangan Tuhan. Nasihat buat teman-teman dan diri ana sendiri, “Amar Makruf Nahi Munkar”. Wallahua’lam.

Sunday, 10 August 2008

AJAL- Bersediakah kita??

AL-Fatihah buat Allahyarhamah Hanan, student 2SPI, Kolej Tun Fatimah. Takziah buat keluarga arwah.

Khabar duka yang disampaikan sahabat maghrib tadi sebaik saya pulang melawat datuk di HSA benar-benar meremangkan bulu roma.

"K-rie..budak yang kita tolong masa dia demam waktu MHS dulu baru meninggal tadi,"beritahu Yanti perlahan tapi cukup jelas untuk difahami maksudnya.

"Innalillah,"jawab saya sepatah. Jantung tersentap, darah dirasakan tak begitu stabil. Tangan hampir melepaskan barang yang dipegang. Benarkah saya kini di alam nyata? Sungguh, sukar untuk saya percaya!

Khabarnya, motor yang ditunggang dilanggar sebuah kereta. Bangkai motor terporosok di bawah kereta. SubhanAllah, saya tak dapat bayangkan betapa teruknya situasi itu. Benarlah, ajal di mana-mana bak kata pepatah 'Malang tidak berbau'.

Saya ralat! Kenapa? Kerana saya kenal individu terlibat..Siapa mereka? Mereka junior saya..Anak buah saya ketika MHS 07/08..Ala bukan rapat pun,junior je..Bukan soal rapat atau tidak..Kami sudah ada ukhwah..Saya rasakan kemanisan ukhwah itu..Senyum dan tegur ketika berjumpa walaupun sudah tamat sesi MHS..dan mereka dah pun melangkah ke tahun 2 pengajian..Bukan senang nak kekalkan ukhwah begitu..

Jikalau benar apa yang rakan saya khabarkan, saya lega..arwah sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir. Saya doakan semoga arwah ditempatkan bersama para solehin kerana arwah yang saya kenal memang baik. Rakan-rakan, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah ye..

Entah kita sudah bersedia atau tidak ketika Izrail siap siaga menjalankan tugasnya..hanya kita mampu menjawabnya..

Pesan buat diri dan sahabat sahabiah sekalian agar memperdalamkan lagi kefahaman kita tentang Islam yang syumul ini. Persiapkan diri kita! Moga segala amalan dan taubat diberkati-Nya. Amin~

Monday, 28 July 2008

Konvensyen MPP-"Mahasiswa Pewaris Kepimpinan Negara"

Hujung minggu akhir-akhir ni saya kerap berada di luar UTM. Kadang-kadang terdengar gak rungutan keluarga, rakan-rakan yang menyatakan ketidakpuasan hati lantaran lama tak dapat spend time sama-sama. Maaf, bukanlah saya sengaja cumanya saya cuba menyeimbangkan antara tugas sebagai anak, pelajar biasa dan pemegang amanah sebagai pemimpin walaupun mungkin tidak dapat memuaskan hati banyak pihak.

Dari Abdur Rahman bin Samurah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Hai Abdur Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.” (Muslim)

25-27 Julai 2008 yang lalu, saya dan beberapa Exco MPP UTM yang lain telah berpeluang menyertai Konvensyen MPP SeMalaysia 2008 yang bertempat di Bangi. Apa yang saya lihat selain isu perkauman yang menjadi perdebatan hangat, mungkin boleh saya katakan isu hedonisme juga menjadi fokus pemimpin mahasiswa yang hadir. Pada pendapat saya yang saya kira dipersetujui ramai, biarlah warga kampus lebih didedahkan dengan aktiviti ilmiah berbanding kegiatan hiburan yang menguasai kampus la ni agar tidak timbul lagi soal anti-intelektualisme di kalangan pelajar. Kehangatan konvensyen lebih dirasai pada sebelah malam 26hb apabila tokoh pemimpin yang diundang benar-benar mengundang kontroversi. Maklumlah, lain orang lain cara penyampaiannya. Pandangan saya, YB ni memang cukup berani dan lantang dalam pengucapannya, mungkin boleh diterima orang tapi tidak saya kerana saya rasakan beliau cukup kasar dan kurang rasa hormatnya terhadap pandangan orang lain. (Pada pandangan saya yang mudah simpati ni laa...)

Namun pada jangka masa konvensyen yang singkat, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2007/2008 berusaha menghempas-pulas tenaga dan idea bagi menghasilkan resolusi yang akan diserahkan pada majlis penutup kepada Datuk Mohd Idris Haron selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I. Lima resolusi tersebut telah menyentuh isu berkenaan Ekonomi dan Infrastruktur, Pentadbiran dan Masa Depan Negara, Isu Komuniti, Keluarga dan Gender di Malaysia, Perubahan Iklim, Kestabilan dan Isu Penduduk Luar Bandar, serta Isu Kesihatan dan Kreativiti Masyarakat Malaysia. Diharapkan hasil resolusi tersebut mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan untuk kebajikan bersama mahasiswa khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Thursday, 10 July 2008

Pakej Harga Makanan


Berikutan harga minyak yang naik, pastinya para peniaga yang terkena tempiasnya turut terpengaruh untuk sama menaikkan harga barangan. Fenomena yang melanda warga kampus sudah semestinya kenaikan harga makanan yang menjadi fokus utama. Jadi demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa, satu mesyuarat khas untuk pengusaha makanan sekitar UTM telah dihadiri oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar bagi sama-sama menetapkan kadar harga makanan mengikut kesesuaian kehidupan pelajar dan pada masa yang sama memberi pulangan kepada peniaga. Maaf kerana saya tidak dapat sertakan senarai harga makanan yang telah dipersetujui, namun maklumat-maklumat tersebut boleh didapati dari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa masing-masing selain di premis perniagaan itu sendiri. Andai kata anda tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dikenakan, segera laksanakan langkah-langkah seperti berikut :


1. Mengambil gambar makanan yang dibeli sebelum sempat dimakan.
2. Meminta resit sebagai bukti bayaran untuk aduan.
3. Dan sekiranya tidak mendapat kerjasama, boleh terus berhubung dengan En. Fauzi dari Pejabat Harta Bina.

Mudah-mudahan dengan pengawalan harga makanan ini, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban warga kampus sekalian. Sebarang masalah, boleh disalurkan terus kepada pihak kami di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar yang terletak di hadapan CIMB Bank. Respon anda amat dialu-alukan.

Bantu kami untuk bantu anda”

Monday, 30 June 2008

Jihad Fisabilillah


Media massa memaparkan pelbagai bentuk penindasan dan penyembelihan dialami oleh umat Islam Gaza.

Kelaparan, kehausan, kesejukan, kegelapan, kekurangan makanan,ubatan, petrol dan elektrik diputuskan, serangan roket dan meriam, dicederakan, pembunuhan, gertakan dan kepungan serta pelbagai kemusnahan merupakan senario kehidupan harian mereka.

Kezaliman ini dilakukan tanpa henti oleh penceroboh Zionis dengan restu, sokongan dan senjata Amerika. Di mana umat Arab, Islam & Antarabangsa?? Cukupkah dengan hanya membisu??

ADAKAH LOGIK Gaza terus dikepung dan disekat, namun umat Islam dan Arab hanya menonton jenayah dahsyat ini, seolah-olah ia tiada kaitan dengan mereka?!

ADAKAH LOGIK penyembelihan terus berlangsung saban hari di Gaza, sedang Negara Arab dan Islam hanya berpeluk tubuh hanyut dengan kemewahan, seolah-olah di Gaza bukannya Arab, muslim mahupun manusia?!

ADAKAH LOGIK situasi di Gaza memuncak sehingga ke tahap mereka memohon kain kafan dikirim buat mengkafani jenazah mereka yang terkorban, lantaran kehabisan pelbagai sumber makanan, minuman, ubatan, elektrik serta lain-lainnya?!

ADAKAH LOGIK kedatangan presiden AS disambut dengan penuh meriah tiada tolok bandingnya sedangkan dia adalah musuh utama dan dalang pembunuhan di Gaza, Palestin, Iraq, Afghanistan dan lainnya?!

BAGAIMANAKAH jiwa dengan rasa senang hati sanggup bergelak tawa, bergurau senda bahkan berdansa dengan mereka yang menjadi punca darah umat kita menyembah Bumi, saudara kita terkepung, negara kita musnah dan kekayaan kita dirampas?!

Hentikan SEKATAN, Hentikan PEMBUNUHAN, Hentikan KEPUNGAN !!

Bantulah Gaza!!

Ayuh sahabat!

Tatkala kita bersama, pasti Islam agung semula!!