Saturday, 3 January 2009

Tahniah Mahasiswa Prihatin


Alhamdulillah demonstrasi aman telah sukses diadakan di perkarangan Masjid Sultan Ismail.

Kita tak mengatakan bahawa dengan menganjurkan demo untuk Palestin dari Malaysia ini mampu memberi keamanan kepada rakyat mereka di sana.

Kita juga tak dapat beri jaminan dengan demo yang dilakukan oleh pelbagai pihak selama berhari-hari mahupun bertahun-tahun di sini mampu menghentikan serangan rejim Zionis terhadap umat Islam di sana.

Cumanya demo yang dilaksanakan salah satunya bertujuan memberi informasi kepada masyarakat supaya kita lebih prihatin dengan keadaan saudara seakidah kita di Palestin. Agar kita terus memberi sokongan dan bantuan semaksimum mungkin kepada saudara seagama. Dan berdoalah kita seinfiniti mungkin kerana doa itu senjata utama umat Muhammad.

Dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah s.a.w bersabda,:”Orang Islam itu saudara orang Islam, ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak.”

Takbir! Allahu Akbar!

Dapatkan berita lanjut : http://pmiutm.blogspot.com/

No comments: