Assalamualaikum...
Moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan peningkatan Iman dan menebarkan kesyumulan Islam.
2009 bakal berlabuh. Tahun Hijrah sudah kira-kira 8 Hari. Apakah sudah berpuas hati dengan diri sendiri? Iman, amal, taqwa, azam, cita-cita, semangat-bagaimana? Hey diri, sila buat peningkatan menjelang 2010! Tahun baru, azam baru? Oh, perlu yang terbaekk!!

Ada satu fenomena yang menggusarkan hati. Dalam filem-filem Melayu, penyakit ini diistilahkan sebagai 'mulut longkang'. Sebagaimana benci untuk mendengar, begitu juga benci untuk menyebut istilah itu sebenarnya. Tapi, mutakhir ni gejala buruk yang satu ini nampaknya makin menjadi. Bermusim agaknya. Izinkan saya menulis untuk peringatan buat diri sendiri dan menegur yang di luar sana. Secara general yang pasti.
Sedih melihat percakaran yang berlaku. Susahkah bagi mereka yang CUKUP faham untuk memberi faham kepada orang yang dianggap TIDAK faham? Ini bukan. Tuduhan dilempar ke sana ke sini. Saling berbalas. Penuh amarah, dendam, tak berhemah. Budi bahasa entah ke mana. Perbezaan pendapat itu perlunya diraikan, bukan sampai memudaratkan. Sabda Nabi S.A.W. :
Hey sahabat, ingat!
Kita? Dijentik sikit, melatah tak henti-henti. Heboh sana-sini. Kalau rasa sangat benar, jelaskan yang benar. Secara baik. Tak perlu menyakiti satu sama lain. Nak gegado tarik-tarik rambut, tarik tudung, tarik baju? Tak ada faedah hatta sekelumit pun! Eh, kita kan dah matang, dewasa.
Tarbiyah membentuk fikrah. Ayuh, berlapang dadalah.
Sempena Tahun Hijrah yang belum lama berlalu, eloklah kita berhijrah.
Ku saaangaaat suka kedamaian.
Sesungguhnya perbuatan jahat dan ungkapan keji bukanlah daripada (ajaran) Islam. Islam seseorang yang paling baik ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. [Riwayat at-Tirmizi]Tak pasti, apakah kepuasan yang diperoleh dari pertengkaran? Tak ada!
Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sengit dalam bertengkar.Oh, gelombang sudah mula terasa. Pernah mengalaminya satu masa dulu. Hanya melihat sebagai seorang non-partisan namun tidak bermakna tiada pendirian. Ditekankan, cuma menyebelahi perkara-perkara haq, dan menolak segala jenis kebatilan. Si mumaiyyiz pun sudah mampu membezakan antara yang baik dan buruk, kita patut lebih cerdik lagi. Kan?
Hey sahabat, ingat!
Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.Lupakah? Nabi berdakwah dibaling batu, dibaling najis, dicaci tak terkira banyaknya, tapi Baginda masih mampu tersenyum. Tak melatah, malah tindakan Baginda sentiasa berhemah dan berhikmah.
Kita? Dijentik sikit, melatah tak henti-henti. Heboh sana-sini. Kalau rasa sangat benar, jelaskan yang benar. Secara baik. Tak perlu menyakiti satu sama lain. Nak gegado tarik-tarik rambut, tarik tudung, tarik baju? Tak ada faedah hatta sekelumit pun! Eh, kita kan dah matang, dewasa.
Tarbiyah membentuk fikrah. Ayuh, berlapang dadalah.
Sempena Tahun Hijrah yang belum lama berlalu, eloklah kita berhijrah.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr r.a. : Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud, "Seorang Muslim adalah seorang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah S.W.T. [Riwayat Bukhari]Itulah sebaik-baik orang yang berhijrah.
Ku saaangaaat suka kedamaian.
Wallahua'lam.
[Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-34 buat Mak Abah tersayang!]
No comments:
Post a Comment