Friday, 4 May 2012
Syukur
Monday, 20 February 2012
Sekarang
Tuesday, 31 August 2010
1000 bulan
(2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
(3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
(4) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan ruh Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
(5) Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.
1000 bulan.
Malah lebih baik.
Janji Tuhan.
Erk, para perempuan selalu berdoa.
Moga kami sempat ditemukan dengan malam idaman.
Andai Ramadhan 1432 H belum pasti buatku.....
Wednesday, 21 July 2010
Pelangi

Mari mengecat pelangi Islam.
Sambutan meriah kepada Encik Ramadhan.
Encik Ramadhan, kami ucapkan Ahlan!
Ayuh bercakap dengan keinginan.
Setelah asyik diberi suntikan..
Mana mungkin kita terus hidup dalam kelalaian..
Kan?
Moga percubaan ini menjadi titik permulaan.
Ya Allah, sampaikan kami pada keindahan Ramadhan!
Amiin~
Sunday, 14 March 2010
Petanda Positif

Assalamualaikum.
Turun naik iman dan semangat kadang melelahkan. Menghentikan perjalanan yang baru separuh. Gunung yang dinaiki belum tiba di puncaknya, dek kerana handbrake yang ditarik, menyebabkan pusingan roda selesa berada di posisi bawah.
Namun, Alhamdulillah, perkara-perkara positif yang berlaku di sekeliling kembali membantu menyuntik kembali ruh perjuangan. Masih ramai yang memerlukan tuntunan dalam melintas jalan penuh kenderaan. Masih ada segelintir yang meraba-raba mencari suis dalam kegelapan pekat malam. Hah, wajarkah kita cuma melihat tanpa sedikit huluran bantuan? Ayo, mainkan peranan di kala percubaan kehadiran kita mula diterima.
Matlamat kita, mardhatillah. Mengajak yang lain juga sama-sama mengejar redha Allah. Yang tersungkur, kita sambut. Yang terlena, kita kejut. Yang terdedah, perlahan-lahan kita cuba balut. Jahiliyah pula, cubalah kita cabut. Moga keizzahan Islam terus rancak berdenyut!
Sahabat yang dirahmati Allah..
Mungkinkah target tentera 313 kita bakal menjadi kenyataan?
InsyaAllah.
Bekerjalah, berusaha, berdoa, bertawakkal.
Yakinlah.
"Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah."
Teguhkan langkahmu hai Ansorullah..
Kum faanzir!
Tuesday, 2 March 2010
TAMRIN Beliawanis
Tak nampak jelas? Sila klik gambar untuk proses pembesaran.B.A.T.U B.A.T.A
Curious, rasa ingin tahu?
Ayuh sertai TAMRIN Beliawanis PEMBINA Johor.
Nantikan surprise dari kami!
^_^
Friday, 15 January 2010
Agenda Bangsa yang Harus Dilakar
Thursday, 3 September 2009
Berlalulah sudah Ramadhan.....

WoOps! Nanti dulu..
Haa..Sabar sat.. Usah la disambung tajuk entri saya kali ini dengan lirik lagu raya yang sedia popular tu ya.. Tiada kaitan.
Sedar tak? Bukan apa, saya cuma nak highlightkan yang sekarang kita sudah pun menjalani ibadah puasa selama 13 hari. Kalau bijak perhitungannya, fasa pertama sudah berlalu kan? Oh, apa perasaan? Gembira kerana Ramadhan kali ini lebih mantop dari tahun lepas? Atau sama saja keadaannya? Tak pun, THE WORST Ramadhan? Huh, muhasabah...muhasabah.. Alhamdulillah, saya punya jawapan yang unik tapi dirahsiakan lah.. ^_^
Seringkali kita dengar ungkapan ini dalam ceramah-ceramah memuliakan Ramadhan.
Ramadhan itu di awalnya RAHMAT, di pertengahannya KEAMPUNAN, dan penutupnya BEBAS dari API NERAKA
Sampai ketemu lagi. Punya test esok, proposal lagi. Jadi saya berhenti dulu. Moga Allah menerima setiap amalan kita. Amiin.
p/s: Nih, sedikit buah tangan untuk tatapan umum. Silakan baca link ini. =)
Friday, 21 August 2009
Terus mengejar bas... [part II]
Assalamualaikum.. Dalam kesibukan, saya cuba menulis sambungan Terus mengejar bas...[part I]
Rasanya mungkin ada yang bingung nih.. Maka saya petik contengan yang dikreditkan pada KAK NA..
Aneh.
Akhir-akhir ni aku ditimpa kesukaan yang aneh. Ntah boleh dikatakan sebagai kesukaan atau tak, tapi bila terjumpa ‘perkara’ tu, aku suka. Suka dalam erti kata kagum dan respek. Mungkin sebab tak ramai orang yang boleh bertindak macam tu. Mungkin perkara tu jarang ada sebelum ni ( adakah ada kaitan dengan kebanjiran mendadak foreigner disini??)
Ayo, ditebak..
Ok, aku suka tengok orang kejar bas. (Baca : berlari kejar bas). Suka. Suka tengok orang yang berani. Perkara simple, tapi berapa ramai orang yang berani buat, especially orang kita. Kalau nak pergi kelas, situasi tu betul menampakkan riak keikhlasan. Suka tengok potensi dalam diri orang-orang nih yang sanggup apa sahaja untuk mempertahankan hak mereka. Bagaimana kalau mereka orang yang komited dalam iqamatuddin? Tentu hebat. Ya, mungkin potensi tu yang aku suka lihat.
Haha.. aneh kan? Perkara remeh yang tak terfikir oleh orang lain.
Bagaimana.. Ku kira pasti udah faham kan?
Bagi yang semangat mengejar bas, teruskan. Bagi yang ketinggalan bas, jangan putus asa. Masih boleh. Sila tunggu bas lain, oke?
Yang dah ada dalam bas, tolong tengok-tengok ke luar tingkap, kot-kot ada sahabat wa sahabiah yang melambai-lambai kemengahan di belakang bas.
Hoho.. Mahu kejar bas dalam bulan RAMADHAN? Jom!
Dan untuk Kak Na wa Merpati Hijau.. Tunggu lah ana, bas ana lambat sikit nih.. Boleh kan?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung."-[Al-Maidah:35]Uhuk.. Keluar topik sikit.. Warga Permatang Pasir, mudah-mudahan jauh dari fitnah dan kata-kata kurang elok di bulan barokah ini ya..
Akhir kata, tuan punya blog nak ucap Selamat menunaikan ibadah puasa!
*ismirieya
*Madrasah Tarbiyah Ramadhan Kareem 1430H
Wednesday, 12 August 2009
Terus mengejar bas...[part I]

Assalamualaikum.. Kabare iman? Harap-harap waras sahaja ya.
Sahabat saya, *MERPATI HIJAU* juga mengaku pernah menebalkan muka melambai-lambai pakcik bas sambil berlari-lari anak demi untuk ke kelas. Alhamdulillah, berjaya menaiki bas! Pasti langkahnya sopan sekali seperti tuan empunya diri yang saya kenali. Hehe...
Bukan apa. Pagi tadi ketika kelam kabut melangkah ke makmal, saya ternampak seorang pelajar juga kelam kabut berlari-lari dengan fail dan botol air di tangan. Berlari-lari mengejar bas yang baru saja berlalu di sebelah saya. Dia nampak keletihan. [Eh, bas tak berhenti? Kesian budak tu..] Melihat susuk tubuh bas jauh meninggalkan, pelajar tadi lantas berpaling dan meneruskan langkah tanpa mengharap lagi pada bas. Antara lambat tapi masih hadir ke kelas, atau terasa kecik ati dan malas lantas ponteng kelas? [Jangan salah faham, saya tidak mengata pelajar ini. Kerana saya yakin, beliau rajin dan cemerlang di dalam kelasnya. Sila teruskan bacaan.]
Eh.. Hobi Kak Na bukan suka-suka tahu. Ada mesej berselirat di situ. Cuba rungkaikan. Dan di post kali ini juga begitu. Silakan bersabar untuk Terus mengejar bas [part II]. Saya akan terangkan kekusutan yang wujud nih. Usah pening-pening. ^_^
Sampai bertemu lagi. InsyaAllah.
Thursday, 16 April 2009
Berubah Untuk Mengubah

Bagaimana seorang manusia yang mengejar pangkat, kemudian dianugerahkan gelaran Prof. pada usia muda namun masih belum pandai mengaji ketika umur 41tahun [kalau tak silap ana]. Alhamdulillah, berkat saranan mujahidah sayap kiri perjuangan sang suami supaya bangun bertahajud sebelum beliau menulis, membuatkan beliau terfikir. Ajakan si isteri untuk menunaikan haji, menimbulkan getaran di hati beliau. Tak sia-sia usaha si isteri menyedarkan suami, bilamana si suami mengambil langkah sedikit demi sedikit untuk berubah. Solat dilakukan, haji dilaksana.

Dan berkat pengalaman haji juga merubah peribadi beliau! Minta dijauhkan dari perasaan riak takabbur ketika mengarang buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, benar-benar mampu menyampaikan isi hati penulis kepada pembaca. Ana terkesan. Pesan beliau berkali-kali - tanamkan semangat bangun sepertiga malam untuk bermunajat, solat berjemaah tiap kali masuk waktu dan solat dhuha di pagi hari. Wah, bagusnya kalau ada environment begini kan?
InsyaAllah, jika beliau mampu, kita pasti mampu. Ana cuba! Kita cuba! Erk...Ya Allah permudahkan urusan hamba-hambaMu.. Ya! Berubah untuk mengubah! Macam Hj. Muhd Kamil ini... Beliau berubah, dan mengajak orang untuk berubah...
Saturday, 4 April 2009
Dah nak exam lah~
Tuesday, 6 January 2009
Hari Asyura
| Hadith : |
| Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Muslim)
|
SEJARAH
Hari 'Asyura merupakan hari yang ke sepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Saidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
| Hadith : |
| Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Muslim) |
Pesan Rasulullah: Jangan meniru Yahudi
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Ahmad)
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :
i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.
ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah S.A.W berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. [lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301]. Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
sumber: www.islam.gov.my




