Assalamualaikum.
Akhir-akhir ini terasa ingin berkongsi seperkara. Pendekatan yang mula disambut baik. Entah perasan sendiri, atau sememangnya kenyataan, wallahu'alam. Tetapi, saya tetap optimis mengambilnya sebagai satu semangat untuk terus bekerja mencapai matlamat.
Turun naik iman dan semangat kadang melelahkan. Menghentikan perjalanan yang baru separuh. Gunung yang dinaiki belum tiba di puncaknya, dek kerana handbrake yang ditarik, menyebabkan pusingan roda selesa berada di posisi bawah.
Namun, Alhamdulillah, perkara-perkara positif yang berlaku di sekeliling kembali membantu menyuntik kembali ruh perjuangan. Masih ramai yang memerlukan tuntunan dalam melintas jalan penuh kenderaan. Masih ada segelintir yang meraba-raba mencari suis dalam kegelapan pekat malam. Hah, wajarkah kita cuma melihat tanpa sedikit huluran bantuan? Ayo, mainkan peranan di kala percubaan kehadiran kita mula diterima.
Matlamat kita, mardhatillah. Mengajak yang lain juga sama-sama mengejar redha Allah. Yang tersungkur, kita sambut. Yang terlena, kita kejut. Yang terdedah, perlahan-lahan kita cuba balut. Jahiliyah pula, cubalah kita cabut. Moga keizzahan Islam terus rancak berdenyut!
Sahabat yang dirahmati Allah..
Mungkinkah target tentera 313 kita bakal menjadi kenyataan?
InsyaAllah.
Bekerjalah, berusaha, berdoa, bertawakkal.
Yakinlah.
"Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah."
Teguhkan langkahmu hai Ansorullah..
Kum faanzir!

No comments:
Post a Comment