Friday, 21 August 2009

Terus mengejar bas... [part II]

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.. Dalam kesibukan, saya cuba menulis sambungan Terus mengejar bas...[part I]

Rasanya mungkin ada yang bingung nih.. Maka saya petik contengan yang dikreditkan pada KAK NA..

Aneh.

Akhir-akhir ni aku ditimpa kesukaan yang aneh. Ntah boleh dikatakan sebagai kesukaan atau tak, tapi bila terjumpa ‘perkara’ tu, aku suka. Suka dalam erti kata kagum dan respek. Mungkin sebab tak ramai orang yang boleh bertindak macam tu. Mungkin perkara tu jarang ada sebelum ni ( adakah ada kaitan dengan kebanjiran mendadak foreigner disini??)

Ayo, ditebak..

Ok, aku suka tengok orang kejar bas. (Baca : berlari kejar bas). Suka. Suka tengok orang yang berani. Perkara simple, tapi berapa ramai orang yang berani buat, especially orang kita. Kalau nak pergi kelas, situasi tu betul menampakkan riak keikhlasan. Suka tengok potensi dalam diri orang-orang nih yang sanggup apa sahaja untuk mempertahankan hak mereka. Bagaimana kalau mereka orang yang komited dalam iqamatuddin? Tentu hebat. Ya, mungkin potensi tu yang aku suka lihat.

Haha.. aneh kan? Perkara remeh yang tak terfikir oleh orang lain.

Uh, terima kasih atas pemikiran yang 'remeh' itu.

Bagaimana.. Ku kira pasti udah faham kan?

Bagi yang semangat mengejar bas, teruskan. Bagi yang ketinggalan bas, jangan putus asa. Masih boleh. Sila tunggu bas lain, oke?

Yang dah ada dalam bas, tolong tengok-tengok ke luar tingkap, kot-kot ada sahabat wa sahabiah yang melambai-lambai kemengahan di belakang bas.

Hoho.. Mahu kejar bas dalam bulan RAMADHAN? Jom!

Dan untuk Kak Na wa Merpati Hijau.. Tunggu lah ana, bas ana lambat sikit nih.. Boleh kan?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung."-[Al-Maidah:35]
Uhuk.. Keluar topik sikit.. Warga Permatang Pasir, mudah-mudahan jauh dari fitnah dan kata-kata kurang elok di bulan barokah ini ya..

Akhir kata, tuan punya blog nak ucap Selamat menunaikan ibadah puasa!

"Tarbiyyah didahulukan, Taqwallah diutamakan"

*ismirieya
*Madrasah Tarbiyah Ramadhan Kareem 1430H

2 comments:

kakna said...

Yang remeh-remeh menjadi sangat penting ditangan seorang pemikir macam ukhti. Terima kasih kerana memahami walaupun tak terluah, dan mengembangkan isi yang tak terfikir.

Pertama mengenai kesungguhan kita memperjuangkan kebenaran, mengarahtujukan perjalanan bas.

Kedua mengenai sikap kita menanggapi 1. golongan yang berlari-lari anak mengejar bas dan 2. golongan yang tercicir.

Ketiga mengaitkan dengan bulan Ramadhan ni. Oh sangat tepat olahan ini pada masanya.

Jzkk ukhti, mengingatkanku.

.:Srikandi :. said...

Pengalaman mengajar kak..

Bas masih kosong, apa salahnya ajak ramai-ramai kasi sendat itu bas.

Alhamdulillah, punya hasilnya Ramadhan kali ini.