Wednesday, 12 August 2009

Terus mengejar bas...[part I]


Assalamualaikum.. Kabare iman? Harap-harap waras sahaja ya.

Ahh.. Pelik eh tajuk kali ni? Saya cuba menambah post yang sangat menarik dari sahabat seperjuangan saya, *KAK NA*. Dia punya hobi pelik, 'suka tengok orang kejar bas' [berlari sambil kejar bas]. Ohh.. kenapa hobi ini yang dipilih?

Sahabat saya, *MERPATI HIJAU* juga mengaku pernah menebalkan muka melambai-lambai pakcik bas sambil berlari-lari anak demi untuk ke kelas. Alhamdulillah, berjaya menaiki bas! Pasti langkahnya sopan sekali seperti tuan empunya diri yang saya kenali. Hehe...

Bukan apa. Pagi tadi ketika kelam kabut melangkah ke makmal, saya ternampak seorang pelajar juga kelam kabut berlari-lari dengan fail dan botol air di tangan. Berlari-lari mengejar bas yang baru saja berlalu di sebelah saya. Dia nampak keletihan. [Eh, bas tak berhenti? Kesian budak tu..] Melihat susuk tubuh bas jauh meninggalkan, pelajar tadi lantas berpaling dan meneruskan langkah tanpa mengharap lagi pada bas. Antara lambat tapi masih hadir ke kelas, atau terasa kecik ati dan malas lantas ponteng kelas? [Jangan salah faham, saya tidak mengata pelajar ini. Kerana saya yakin, beliau rajin dan cemerlang di dalam kelasnya. Sila teruskan bacaan.]

Eh.. Hobi Kak Na bukan suka-suka tahu. Ada mesej berselirat di situ. Cuba rungkaikan. Dan di post kali ini juga begitu. Silakan bersabar untuk Terus mengejar bas [part II]. Saya akan terangkan kekusutan yang wujud nih. Usah pening-pening. ^_^

Sampai bertemu lagi. InsyaAllah.

No comments: