Monday, 31 August 2009

Merdeka dan Sejarah



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

Bicara tentang kemerdekaan Malaysia, pastinya punya sejarah yang terlipat rapi di sebalik peristiwa penting negara ini. Antara mahu atau tidak untuk kita melihat sejarah itu.. Bencikah? Sukakah? Melihat dengan mata hati atau dengan pandangan kosong?

Namun lebih suka saya mengingatkan pembaca dan diri sendiri, hadamkah kita dengan sejarah Islam? Saya belum, masih belajar dan mengkaji lagi. Ada sesetengah sahabat yang membenci kehadiran subjek Sejarah. Tak suka menghafal katanya. Tapi tak salah untuk tahu kan? Dengan tahu, kita tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah berlaku. Dengan tahu juga, kita mampu meningkatkan perkara yang baik menjadi lebih baik, cemerlang gred A++ mungkin.

Tak perlu celoteh panjang. Bulan puasa kena kurangkan cakap, banyakkan zikir. Saya berhenti setakat sini dahulu. Persoalan mengenai SEJARAH dan KEMERDEKAAN JIWA kita saya tinggalkan untuk renungan bersama.

Selamat beramal.

Wassalamualaikum.

2 comments:

kakna said...

Merdeka dan sejarah.
Ha ha, kita seolah-olah bercakap tentang dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Tetapi yang sebenarnya dalam sejarah kita belum terlipat didalamnya merdeka.

Macam orang yang mengaku dapat mengahsilkan suatu tenaga baru, padahal apa yang berlaku hanyalah transformasi-transformasi bentuk tenaga dan mungkin juga jisim.

Penjajahan daripada nyata fizikalnya kepada yang tidak nyata. Musuh yang asalnya didepan mata kini menggunakan jurus melesapkan diri. Mana yang lebih bahaya menurutmu?

.:Srikandi :. said...

Uh,bila 'orang fizik' berbicara..hehe

Hm, betullah kak na.

Kalau mata bisa melihat, pasti dinyah awal-awal musuh itu..

Kurasa musuh yang punya 'ilmu ghaib' itu lebih bahaya.. Makan dalam orang kata..

Pendapatmu?