Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

2014




2008 - 2014

Aiwah. Semacam belasungkawa. 

Bukanlah. Ini awal tahun Masihi untuk muhasabah diri. Enam tahun. Umur untuk masuk sekolah rendah. 

Titik permulaan itu sentiasa berlegar-legar di ruang minda aku. Bila asa sedikit putus, aku cuba putar kembali memori indah itu. Saat-saat berkumpul mengingati Allah itu indah. Manis. Lalu aku lontarkan soalan buat diri sendiri, "Ketika engkau sibuk mencari, Allah bagi peluang untuk kau mendekati. Adakah sekarang dengan sedikit ujian yang Allah turunkan, kau cuba menjauhi??"

2014 adalah permulaan satu kehidupan baru yang memerlukan baaaanyaak persediaan. Emosi, fizikal, spiritual, ketangkasan dan sebagainya. Serba-serbi. Perlu lebih organize, supaya tiada aspek yang keciciran. Dakwah, kerjaya, pelajaran, keluarga, masyarakat, jemaah, dan sebagainya. Semuanya demi redha Allah.

Ketentuan Allah itu pasti yang terbaik buat kita kerna Dia yang menciptakan. Kekacauan masa lalu, Allah gantikan dengan ketenangan masa hadapan. Sesungguhnya ia menuntut kesabaran dan pengorbanan. Dan Allah mengikut sangkaan hambaNya. Maka... Sila bersangka baik. :)

Yang penting, alhamdulillah. Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Hiks. 

Ohoi. A year older meyyh. Terima kasih pada Pencipta. Aku berharap aku akan sentiasa menjadi seorang yang bersyukur dan bertaqwa pada yang Maha Esa. Amin!

Aku pun percaya aku dah matang. Walaupun pakcik makcik ada yang tegur, "Form berapa dik?" Hehe. Nak buat macam manaa.. Sentiasa nampak muda sebab comel sangat macam budak sekolah. 

Haha. Jangan marah. Orang yang cakap. Aku, layankan saja. 

Okay. Kita hidup dengan tujuan yang serius. Dunia cuma jambatan ke akhirat. Aku akhiri cerita awal tahun dengan kalam Allah untuk kita renungkan bersama : 

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepadaKami?"- Surah Al-Mu'minun : 115

Sunday, 5 August 2012

Umrah Ramadhan

Assalamualaikum.

Izinkan saya mencoret sesuatu di sini. Untuk tatapan masa akan datang barangkali. Panjang tau. =)

Alhamdulillah, Ramadhan ke-2 berada di bumi barokah Madinah al-Munawwarah. Hajat yang saya simpan mulai beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah, Allah sudi makbulkan pemergian 2 minggu itu. 21/7-4/8/2012. Hajat di hati mahu sebulan. Saya fikir, sebulan di sana memang kena kuat mental, emosi dan fizikal dari awal. Hehe. Kesabaran teruji di bulan Ramadhan. Sungguh.

Rombongan kami di Perkuburan Baqi'

Suasana di Madinah tenang. Alhamdulillah, masjid dekat dengan hotel. Pada saya, cuaca di Madinah sedikit bahang daripada Mekah. Hidung kering dan berdarah itu situasi biasa, tapi tak sakit. Berbuka di masjid pun menarik, ramai berebut-rebut memberi hidangan berbuka walau cuma beberapa ketul kurma dan air teh halia. Mewah sikit, dapat la roti dan yogurt. Biasanya saya akan berbuka dengan air zam-zam saja sebelum balik makan di hotel. Hajat nak belajar makan kurma tahun ni masih belum berjaya. Oh!

Masjid tak pernah surut dengan orang ramai. Subhanallah, tempat di mana berkumpulnya insan yang mencintai Allah S.W.T. Lambat sikit pi masjid, tak dapat tempat la jawabnya. Berterawih dengan keadaan padat, berbuka puasa tanpa juadah, itu perkara-perkara yang sudah diberi persediaan awal. Haha. Redha saja. Asalkan dapat keberkatan, alhamdulillah cukup.

Nah, ramai bukan? Saya dan kakak pernah berbuka di luar. 

Madinah dan sekitarnya dibangunkan setiap tahun. Ada saja pembangunan baru. Kali ini ada payung yang memayungi jemaah di kala waktu panas. Gambar atas tu waktu maghrib, payung dah kuncup. Gambar bawah ni waktu tengahari, payung kembang. (",)

Ini emak dan kakak

2 hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah. Kami bertolak petang, sampai di sana malam. Perjalanan lebih kurang 6-8 jam macam tu. Singgah di Bir 'Ali untuk niat umrah. Sampai di Mekah, ke hotel kemudian baru buat umrah. Selesai umrah dalam jam 3 pagi, terus kami bersahur di Masjidilharam saja. Hotel agak jauh, 900 langkah abah kata. Nak kena daki bukit sikit, fuhh.. Memang berpeluh. Tapi tu lah cabarannya. Waktu puasa, kena baaaaanyak sabar.

Tawaf di Baitullah, pusingannya luas. Sebab orang ramaaaai sangat. Hoho. Lagi-lagi waktu malam. Kami biasanya akan ambil pusingan kecik sikit, tak berapa penat, habis pun cepat. Kena rempuh tu perkara biasa. Maklumlah, orang Malaysia ni kecik, depa semua besau. Ada sekali tu, terpisah dengan abah dan kakak. Saya berdua dengan emak. Kesian mak, dok kena penyek dengan orang mana tah. Bayangkan la kepala mak bawah ketiak depa yang pakai ihram. Ohhooi.. Kesian mak den tau. Teringat keadaan yang sama masa mak nak cium Hajarul Aswad masa tahun 2004 dulu. Isk.. Isk.. Tak apa, tarbiyah tu. Kena sabar lagi kan. ^_^

Kami suka suasana di sana. Di sinilah tempat kita nak fokus ibadah. Nak dok kat masjid taknak balik hotel pun takpa. Seronok. Macam-macam gelagat kita jumpa. Yang buat kita senyum sorang-sorang. Yang buat kita geleng kepala. Heh, in a short word, seronok!

Oh ya, ziarah-ziarah di tempat bersejarah mengingatkan saya sirah Rasulullah S.A.W. Bagaimana Asma' Abu Bakr dengan kandungannya pergi bawa makanan semasa Rasulullah bersembunyi. Bagaimana para pejuang mempertahankan Islam sehingga syahid di bumi bertuah. Huu.. Sob-sob jugak.

Sebenarnya... A lot things to share, tapi nanti panjang sangat. Nanti kita story lagi lah kalau diizinkan. Tengoklah gambar-gambar ni. Dan... Mari pasang niat lagi. 

Ya Allah, izinkan kami kembali beribadah di bumi barokah Mu ini. Ameen ya Rabb.

Mak dan abah, lepas umrah waktu Subuh

Singgah di tempat persembunyian Rasulullah 

Sampai jumpa lagi


Wednesday, 2 May 2012

Return

Assalamualaikum.

This picture tell us everything. In the end, it is about Allah and us. Only.

Eceh. Kita manusia, selalu ada perasaan minta dibalas kan?

Contohnya, kalau tengah memandu, orang depan bagi signal nak masuk lane kita, serta merta kita perlahankan kenderaan bagi laluan. * In a certain condition.

Lepas tu, bila turn kita nak ke kanan atau kiri lane, kita harapkan orang belakang faham dan bagi laluan pada kereta kita bila signal dipasang. Dan-dan masuk lane je, orang belakang sikit punya kuat dok *hon*hon*. Ceh! Pastu dalam hati sibuk bertelagah. 'Apa daa.. Dah bagi signal, pepaham la kasi orang masuk.. Takdak perasaan memahami betul lahh..'

Heh, kan? Okeh, itu adalah saya. Jarang-jarang. Tapi pernah berlaku. Erk. Ya Allah, maafkan saya. T_T

Haha. Kita buat baik dengan orang, tapi kita tak boleh harapkan dia akan juga buat baik dengan kita.

Kita selalu nak tolong orang, tapi kita tak boleh sandarkan harapan yang orang lain akan selalu nak tolong kita.

Kita rasa nak cepat-cepat maafkan orang dan minta maaf, tak mau dendam dan sangka buruk, tapi orang lain mungkin tak macam tu. Mereka mungkin perlukan masa untuk rasionalkan sesuatu perkara.

Mudahnya, kita tak boleh anggap orang lain akan mampu jadi seperti apa yang kita sangkakan, apa yang kita lakukan.

Sebab, setiap orang punya personaliti berbeza. Dan perbezaan itu satu rahmah, untuk kita saling melengkapi.

Ia juga adalah sebab untuk kita saling menerima sahabat kita seadanya. Kelebihan dan kekurangannya.

Dear self, jangan pernah minta balasan. Berkhidmatlah seikhlasnya. Sebarkan kebaikan dengan basah. Seiring dengan namamu. Bergantung haraplah pada Allah.

Moga Allah redha dengan segala usahamu.

Ya Allah, dalam tika aku cuba memperbaiki hubungan denganMu, bantulah aku perbaiki hubunganku sesama manusia.

Moral of the story... Just being good in your whole life. To people, to Allah's creation.

Saturday, 17 March 2012

Life lesson




16 March is a Friday. People said, its a "Jumaat yang barokah."

Last year, it was my first day working at GCSSB. And, it is now a year. Yes, a YEAR. It is going to be end soon. Don't know when. But it is confirmed.

This day, Allah tests me with something that I think I still can face it.

I know, it's a reminder for me to remember Him. Knowing that He is too close. Knowing He is always by myside every second I need Him.

Handzalah was broken down. My BenQ gone. I'm blurred. It shed my tears. Luckily, akhawat were always there for supporting me.

I'm trying to be calm and cool like nothing happen. Astaghfirullah.

Dear akhawati, jazakumullahukhayr for the dua's.

Dear Mr. thief/thieves, I pray someday Allah will bring the light for you to feel the greatness of Islam, and how proud to be a Muslim. A true Muslim.

No 'maksiat', no crimes.

Please do not harm others and let me be the last victim of yours, last Friday.

You don't really know if you actually blocking someone da'wa's work. The importance of that stuff to them.

I pray, everything gonna be OKAY.


Because I know Allah is always there. 

InnAllahama'assobirin.

So, be patient.

Only then, you can called yourself SRIKANDI. :')



Monday, 17 January 2011

Generasi Quran

Salam.

Hari tu berkunjung ke rumah Safiyyah dan Uswah. Atuk dan nenek dah rindu sangat. Sekejap pun jadi lah.

Masa nak makan malam, Safiyyah pun sibuk-sibuk duduk sekali. Ummi kata Yah dah makan. Tapi dia saja nak raikan tetamu jugak kot. Teman Atuk, Nenek, Mak De, Cik Tina dengan MakCu dinner.

"Yah dah sekolah kan. Baca doa makan." Semua orang tadah tangan tunggu Safiyyah baca doa.

Yah angkat tangan. "Allahumma bariklana amin!" Tangannya meraup wajah.

"Aik, habis dah ke Yah baca doa? Sekali lagi lah."

"Allahumma bariklana amin!" Yah ulang sekali lagi.

Haha! Semua orang gelak. "Wah, boleh cut doa pulak eh?"

'Ya Allah, berkatilah kami padanya'. Heh? Boleh diterimalah.

Good job Safiyyah. Nanti bila jumpa Abi, dah boleh baca full doa siap dengan maksud eh. 3 bulan lagi!

Oh, itu cerita si kecik. Belajar untuk masa depan.

Hari pertama tahun Masihi yang lepas, sempat menjenguk masjid Larkin. Ruang solat wanita ada 2 orang. Kelas mengaji berlangsung rupanya. Seorang ustazah, seorang lagi muridnya yang sebaya.

Jarak dekat mengizinkan perbualan mereka didengari. Bukan pasang telinga okeh? Hihi..

Sebenarnya, kagum dengan semangat 'murid' ustazah tu. Bersungguh dia membetulkan bacaan yang kurang di sana sini. Ustazah pun sempat memuji atas peningkatan bacaan 'murid'nya itu. Paling tidak, ia menambah semangat yang belajar. Terharu oh.

"Hah, Alhamdulillah. Dah semakin baik bacaan awak minggu ni. Nanti balik, praktis banyak kali kasi lagi lancar." Sokongan diberi kepada pelajarnya.

"Ye ke ustazah? Alhamdulillah. Saya harap saya dapat belajar banyak lagi. Jangan la saya mati dulu sebelum saya pandai ni. Tak kisahlah orang nak cakap dah tua baru nak belajar ke, saya tak kisah. Buat benda baik, buat apa nak malu kan Ustazah?"

Uhh.. tersentap jiwa. Di posisi menghadap kiblat, saya 'amin' kan hasrat makcik tu.

Dan ini cerita yang dewasa. Belajar sebagai bekal menemui Tuhannya.

Semoga lebih ramai pemuda-pemudi yang bergelora kehidupannya, kembali pada Al-Quran dan sunnah.

Umur bukan alasan untuk terus belajar.

Ini Khair Isyraf. 
MakCu doakan hari ulangtahun kali ini membawa barokah dalam keluarga kamu.
Jadi anak soleh.
Cepat-cepat pandai ngaji.


Wednesday, 1 December 2010

Menangis

Seorang tabiin yang merupakan murid kepada Abdullah bin Mas'ud iaitu Sufyan Athauri telah menghitung-hitung butiran dosanya sepanjang ingatannya maka terhasillah padanya jumlah dosa yang pernah dilakukan olehnya ialah sebanyak 21 ribu dosa. Maka bercucuran air matanya sambil berbisik :
Ini adalah pada hitunganku. Apatah lagi yang aku terlupa untuk menghitungnya tetapi dihitung oleh Allah yang Maha Menghitung.
Lalu berazamlah Sufyan Athauri untuk beristighfar bagi setiap dosanya itu. Lantas apabila beliau mula beristighfar bagi setiap dosanya tersebut, maka teringatlah pula ia terhadap dosa-dosa lain yang pernah dilakukan. Subhanallah!

Apakah kita mempunyai mata hati sebegini? Atau kelopaknya masih tertutup dengan pasir-pasir dosa yang mengeraskan jiwa? Menangislah! Ia adalah ubat buat pelembut hatimu. Ketahuilah bahawa tangisan itu bukannya dari mata... tetapi ia datang dari hati.
Kata Ulama':
Menangislah! Menangislah mengenangkan dosa-dosamu. Sekiranya kamu tidak mampu untuk meratapi dosa-dosamu itu, menangislah kerana kamu tidak mampu menangis!



...
..............
...........................
T_T


Kredito:Tribute buat nenda  by Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Saturday, 4 September 2010

25 Ramadhan

Ya Allah, penuhnya ruang suci ini! Mak, abah, kaliankah itu? ^^

Salam 25 Ramadhan.

Siapa sangka, Ramadhan ini cuma berbaki kira-kira 5 hari lagi.

Dan siapa kita untuk mengetahui jika umur kita mampu bertahan sehingga 30 Ramadhan 1431 H ini?

Pagi tadi, saya menerima berita yang mengejutkan. 2 orang yang saya kenal, adik dan kawan kepada junior depan bilik semester lepas dijemput Allah dalam perjalanan pulang ke kampung mereka.

Kereta arwah remuk teruk.

Berita ini ada sedikit tak betul kot.

Allahu Rabbi. Sesungguhnya memang perancangan Allah yang terbaik. Takdir yang kita tak mampu nak menangguh mahu pun mempercepatkannya. Mungkin tanggal 24 Ramadhan akan tersemat rapi dalam ingatan Syarifah Najwa.


MOOD IKTIKAF

Sebenarnya, nak kabo, betapa beruntungnya kita masih diberi peluang bernafas untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Tambahan lagi, bulan puasa ini.

Tapi, sayangnya, Malaysia ini semacam adat sahaja menyambut Ramadhan. Minggu pertama puasa, sibuk dah berkumandang lagu raya. 10 hari terakhir pula lagilah malang. Iklan kuih-muih, baju raya, kasut raya plus hantu raya berebut-rebut memenuhi ruang skrin Plasma. Aduhai oh aduhai!

Kadang cemburu dengar cerita Ustazah Nurulhuda tu. Kalau kat Mesir, masjid makin meriah di akhir Ramadhan. Tidur berbumbungkan langit, qiam bersejadahkan tanah. Allahu Akbar! Manis sungguh kalau suasana di Malaysia juga begitu. Tiada mood bazar Ramadhan atau pun shopping raya di jalan Masjid India.

Saya bukan skema. Ini sebenarnya peluang terbaik yang harus dimaksimumkan pengisiannya.

Alhamdulillah, usaha radio IKIM yang kerap saja mengulang kepentingan 10 Ramadhan terakhir beserta iktikaf patut dipuji. InsyaAllah, hati yang merindukan Allah, akan mengambil berat pesanan sebegitu.

Di akhir Ramadhan, saya berdoa, moga mampu selesai dan ketemu Ramadhan pada 1432 H nanti.

Saya berdoa, semoga umat Islam kian sedar dengan keuzuran Bumi yang bakal mengalami Kiamat.

Oh kawan!

"Bulan masih Ramadhan, jangan Syawalkan ia sebelum masanya."

Yuk! Menambah amal, mengejar redha.

Apabila hilangnya mega merah di ufuk Barat (waktu Isyak), bermulalah pesta Qiamullail bagi orang yang ingin menghampirkan diri kepada Allah. Apabila terbit fajar sadik di ufuk Timur, menangislah ia sementara menunggu malam yang berikutnya.
Al-Fatihah buat yang telah tiada.

Tuesday, 3 August 2010

Question


Saya sedar, tulisan ini mungkin mengundang...wah! Banyak persoalan kot.

Bukan..! Bukan..! Betul. Ini bukan pasal saya. Tapi untuk sahabat seperjuangan satu barisan.

Almaklumlah, kala usia menginjak, ramai sahabat berwalimah, kad jemputan bertukar tangan, tentu terselit bisikan, "Bila la pulak turn aku ni yek?".

Ah, saya tak sengaja mencipta kontroversi ni lah. Maaf.

Kalau diingatkan cik puan naqibah pun, saya selalu bermain-main. Tersengih, tergelak. Belum boleh nak terima isu tu. Saya belum berperasaan begitu mungkin kerana perasan masih muda kot. Memang muda pun kan. =P

Tapi, jangan silap faham pula. Saya tidak menganggap ini perkara main-main, cuma saya rasa belum masanya saja. Heh, harap jelas ya.

Isu akhawat lebih ramai dari ikhwah bukan lagi rahsia. Semua dah sedar rasanya. Jujur, saya bukan orang yang arif untuk kupas lanjut perihal ini.

Tujuan sebenar post ini ditulis cuma nak bagi semangat pada sahabat-sahabat yang terasa masih sendiri. Hey, jangan risau, saya kan ada untuk teman awak!

Kalau hati masih sedih jodoh belum datang, maka ingatlah firman Allah :
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.... [an-Nur:26]
Pujuk hati kamu itu ya. Untuk mendapat yang soleh, jadilah solehah. Percaya saja, aturan Allah itu pasti yang terbaik.
Kadang-kadang Allah sembunyikan Matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. Kita menangis dan tertanya-tanya.. Ke manakah hilangnya sinar.. Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Hah, jangan lah berduka lara lagi, okeh? InsyaAllah, pelangi tu akan muncul. Cuma mencari masa yang sesuai. Mungkin juga bukan pelangi 7 warna. Malah pelangi yang lebih istimewa lagi. Tunggulah sikit masa lagi ya ukhti ku? Banyakkan berdoa. Kan dah nak Ramadhan ni. Keberkatan lebih sikit. Bangun lah 10 Ramadhan terakhir nanti, doa sungguh-sungguh. Bukan cuma perihal 'ini', tapi doalah untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat juga. Allah itu Maha Mendengar.

Eh, sekarang, hati awak dah lega belum?

Takpe, jangan khuatir.. Saya juga akan tolong doa untuk kamu.

Tapi..Kalau tanya saya....

"25 tahun tu muda lagi." ^_^

Wallahua'lam.

Tuesday, 15 June 2010

Palestin dan Kita

"Jika Palestin adalah sebab utama untuk Umat Islam bangkit dan bersatu, maka ketahuilah bahawa loceng itu sudah lama berbunyi.

Jika Palestin itu indikator untuk Umat Islam bangun menyusun dan memperkemas saff, ketahuilah ia sudah lama menyala. Berkelip-kelip menanti Umat Islam membuka mata dari lena.

Palestin dicipta supaya Umat Islam tidak lupa satu cabang dari sekian banyak kewajipan yang termaktub dalam islam iaitu ZIRWATU SANAM DEEN itu. Kewajiban JIHAD. Bukankah siapa yang menguasai Palestin, maka dia yang menguasai dunia?"


Dikreditkan kepada Muna Anisah dan Noor Fauzana

Ku suka. Kata-kata pembakar semangat ummah.

Friday, 11 June 2010

Proud to be Malaysian [II]

Salam.

Sambungan ya.

Di sana, banyak jenis bangunan, monumen, tugu atau bahan binaan sejarah Indonesia yang saya lihat. Sebelum berangkat, saya didedahkan dengan filem The Arrival. Ada satu episod yang mengkaji struktur bangunan seluruh dunia. Berkaitan cas positif, cas negatif, serta beberapa agenda Yahudi seperti mata satu, petak-petak hitam putih dan lambang-lambang ala mereka lah. Makanya, setiap kali memandang, saya menjadi teliti. Menafsir kalau-kalau ada terselit agenda yang menipu. Woha, terima kasih filem kerana mengerah otak saya untuk bekerja.

Apa lagenda nya, saya tidak tahu

Eh, kata ada kisah suka duka? Mananya?

Sabar. Nak mula la ni. Kenangan pertama ciptaan saya ya. Alkisah selepas solat Zohor hari pertama lawatan, kakak tour guide kami membuka pintu conference room. "Siapa ada hilang handset kat toilet?" Semua orang gelabah seluk poket, buka beg. Saya rilek. Yang bawa 2 handset pun memastikan semuanya ada. "Takda." Diorang kata. "Betul takda?" Masa soalan tu ditanya, baru saya sedar. Eh, handsetku!! Berlari ke akak tu tanya jenis apa, tapi mesti la identiti h/p dirahsiakan kan. Nak tak nak, jumpa la satpam [pakguard] kat luar bilik konferens. Habis kena soal siasat. "Mbak, namanya apa?" "Khairiah pak." Dia start speaking Indon, di pertengahan dia berhenti. "Eh, apa bisa dia mengerti bicara saya ya Pak Edi?" satpam tu toleh kat tour guide Indon kami. Haha! Aku sengih dan membalas, "Ya, bisa ajalah Pak." Tapi drama ni bersambungan la sampai ke pondok pengawal bangunan tu. Ya Allah, jauh sungguh perjalanan untuk mendapatkan kembali handset ku. Ha.. Kan dah cipta sejarah.

Di kamar kecil [toilet] sebelah bilik inilah tragedi berlaku. Ceh!

Kenangan kedua. Cerita ini bersangkut paut dengan kenangan ke-3. Edisi membeli belah di negara orang. Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan membeli dengan kalkulator wajib di tangan! Haha.. Nampak dah bukan orang Indonesia, dan sayalah pembekal kalkulator itu. Yang bestnya, ada pulak la penjual tu kata, "*Kayeknya blackberry ya mbak." Ha'ah. Blackberry CASIO la tapinya. Hehe! Hari Khamis, hari terakhir membeli belah untuk keluarga. Duit tinggal sikit. Duit untuk pergi hari Jumaat dah diasingkan siap-siap. Kalau tak, tinggal jadi bibik la kat situ. Nak dijadikan cerita, kalkulator sering bertukar tangan. Tukar punya tukar, sampai la kat kedai telekung. "Korang, mana kalkulator Krie?" "Ada pada Shud" Shud balas sambil tangan menunjuk ke poket. Eh, muat ke kalkulator masuk situ? Sampai lagi satu kedai, "Shud mintak kalkulator." Haa! Shud kata takda kat dia. Wah! Dimanakah? Linda dok ingat kat mana last tinggal. Masa dah suntuk, tak sempat dah nak patah balik gi kedai-kedai yang kitorang dah singgah. Ahah.. Yang ni memang tak dapat balik. Tercipta lah kenangan kedua, kalkulator ku tertinggal di Jakarta.

Tanah abang : Lokasi beli belah hari pertama

Ketinggalan subjek ketiga. Lokasi Bogor-Jakarta. Hari Jumaat adalah hari cuti Wesak. Makanya, kami bertolak ke Bogor dengan macet [jammed] di sepanjang jalan. Perjalanan biasa 1 setengah jam, menjadi berjam lamanya. Kami bertolak menaiki 2 Kijang [nama MPV ni].Pakcik supir [pemandu] pula sedikit tahap kesabaran. Kesian supir di MPV lagi satu, asyik kena marah. Huhu.. Kami? Saborr aje la. Cadangnya ke Puncak Pas, Botanical Garden @ Kebun Raya Bogor. Hm.. Ada kisah sedih di sebalik perjalanan ini, tapi simpan aje lah. Nak buat cemane, baiklah, saya yang menurut perintah. Teet..!

Eh.. lupa cerita. Subjek ketiga. Disedari lepas meeting kecil di lobi hotel. 'Apsal la beg aku ni kempis je?' Lepas habis geledah, ya ampun! Kamera ku dalam kereta! Haa.. kelam kabut cik rumet menelefon pak supir, mohon dikembaliin [dikembalikan]. Mujur la pakcik supir kereta lagi satu tu baik hati, dia tolong hantar. Makasih ya mas. Pakcik supir kami, mungkin dah marah-marah kot. Hehe.. Mintak maaf dong pak, kami nggak sengaja. Haish.. Di Jakarta saja 3 kali hampir kehilangan, dan satu benar-benar hilang. Akhawat kata kalau buat kerja di luar kesedaran, tanda taqwanya mengurang. Oh, sungguh itu pesanan buat diri saya.

Puncak Pas : Ala-ala Cameron Highland

Malam tu, gembira sungguh. Sabtu mahu pulang sudah! Cukuplah seminggu di negara orang. Hehe. Macam ada lagi je cerita. Ibrahnya saya sertakan kemudian ya. Ish, ada part III la nih?

Sampai ketemu lagi Jakarta.

Wassalam.

*Kayek = Seperti, ibarat, macam


Tuesday, 1 June 2010

Proud to be Malaysian [ I ]

Assalamualaikum.

Antara sedar atau tidak, cik penulis dah lama cuti berehat. Ingatkan nak pencen, tapi ada orang yang sekarang menumpang jadi akhawat Bangi mahukan stori mori pengalaman saya di oversea. Bunyi macam jauh benar, rupa-rupanya.... Jakarta je pun.. Sebelah peta Malaysia saja, ambil masa 2 jam perjalanan naik flight. Untuk akhawat itu, silalah pulang ke Johor segera. Tenagamu dibualkan setiap hari. Hehe!

Okeh, ceritera ini bakal panjang. Bacalah sehingga jenuh. Tak larat baca, berhenti saja di sini. Saya mula ya? Bismillah.

Kepadatan penduduk

Trip ini selama seminggu. Tempoh masa yang lama di negara orang membuatkan kita rindukan negara asal. Mana taknya, hari-hari lauk sama. Nasi padang! Kalau selang-seli dengan 'nasi stadium' ka, 'nasi tasik' ka, ok jugak. Lauknya banyak. Dari hujung meja ke hujung meja. Sesuai lah namanya, seluas padang kot. Apa pun, itu rezeki kami di sana, maka diterima dengan kesyukuran. Air pula, sepanjang masa air kosong. Terima kasih kerana menjaga kesihatan kami tanpa kehadiran air bergula. Eheh.. Akhirnya, kami sama-sama merindukan nasi lemak, karipap panas, pisang goreng, jus oren dan segala macam makanan , minuman buatan Malaysia. =D

Banyak kan lauk?? Alhamdulillah..

Ini trip mengutip ilmu dan kecanggihan Forensik di Indonesia. Makanya, tiada peluang lawatan ke pesantren, ataupun toko buku-buku ilmiah. Banner pameran buku Islam yang dilihat di Bogor nyata menanam rasa cemburu dalam hati. Ceh, xdan cheq nak pi! Nantilah, jaulah PEMBINA, kita borong buku banyak-banyak ya? InsyaAllah, moga berkesempatan. ^_^

Setakat lalu depan SD, SMP, SMA Muhammadiyah saja lah

Nak dipendekkan cerita, kami melawat tiga tempat penyiasatan di Jakarta. Wakil ICITAP, Dr. David menjadi tour guide kami. 1: INAFIS - tempat menganalisa cap jari, 2: PUSLABFOR - Ala-ala Jabatan Kimia Malaysia, 3: PUSDOKPOL - yang mana doktor juga dilatih menjadi sebahagian daripada polis. Wah, doktor berseragam polis! 2 dalam 1, memang menarik. Nak tahu lebih lanjut, 'Encik Google' boleh membantu anda mengenali institusi yang saya sebutkan. Oh ya, saya tak tahu cuma di Jakarta, atau memang tabiatnya mereka Indonesian menggabungkan perkataan sehingga susah ditafsir pelancong seperti kami. =p Contoh : ASPAL - asli & palsu, JATIM - Jawa Timur, dan... apa lagi eh? Banyak juga lah. Dan kami, suka-suka menyimpulkan perkataan yang satu ini, : Jom MAKNA! Ditafsirkan dalam Bahasa Melayu Malaysia : Jom Makan Nasi! Heh, jangan ikut. Gurauan semata lah.


Wah.. Toyota apakah jadi teksi di Indonesia?
[Motor cuma sekitar 550 ribu rupiah = RM 200. Hoh, patutlah ada selautan motosikal]
Sesungguhnya hanyalah harta dunia.... ^_^

Sebenarnya, bidang Forensik kalau kat Malaysia ni sedikit dirahsiakan walaupun kami pelajar kos ini. Makanya, saya tak pasti sama ada intipati lawatan ini boleh dikongsikan atau tidak. Nak tahu lebih lanjut, nanti tanya kemudian okeh? Kebanyakannya, kami didedahkan dengan kes pengeboman JW Marriot dan beberapa kes bom bersiri serta pengebom-pengebom yang dikenalpasti dari Malaysia. Cara rekonstruksi wajah penjenayah, analisis DNA, cap jari, lie detector dan macam-macam lagi. Canggih jugak. Kagum saya. Selain tu, dapat tengok koleksi gambar pembunuhan 3 sekawan dek kerana krisis agama [seperti yang dikhabarkan], kes pembunuhan sekeluarga, kes pakcik sodomi kanak-kanak : memang dahsyat rupanya. Mujur selera untuk makan tengahari lepas tu masih ada. Selera perlulah diutamakan. Hehe.

Saya banyak mencipta kenangan di sana. Kenangan apakah? Nantilah, episod suka duka di bahagian dua.

To be continue, insyaAllah.

Thursday, 20 May 2010

Adab Marah


Salam keimanan.

Entri ini panjang. Bakal boring. Cuma peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu.

Seorang akhawat yang berada di jalan tarbiyah, patut lebih hebat mengendalikan kemarahan. Dia patut tahu perbezaan antara 'mereka' dengan 'orang-orang yang di luar'. Bukan double-standard ke apa masalahnya. Cukup untuk akhawat tahu, setiap perlakuan akhawat akan dinilai sebagai seorang yang membawa imej Islam.

People might fail to follow our word but they will never fail to follow our action. If you want to be listened, listen first. If you want to be respected, respect first. Teach them with your action and if you want to deliver a message, be the message. Dakwah bil hal will never promised to you a failure. [Quote yang selalu didengar.. copy dari FB orang]

Jadi apa beza kalau akhawat juga memaki hamun sesuka hati, bermulut busuk atau apa lagi lisan yang menyakitkan?

Itu nasihat yang diterima bila 'terasa' dengan kemarahan yang dilemparkan orang. Marah apabila dimarah. Itu mungkin hasutan cik Syaitan. Saja mengapi-apikan.

Sifat marah berkait rapat dengan keimanan seseorang. Orang yang kuat, mampu bersabar, mendapat ganjaran lebih di sisiNYA. Maklumlah, Allah kan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,
Bukanlah orang yang gagah itu orang kuat bertinju. Akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Perasan tak? Marah boleh merenggangkan hubungan. Hubungan anak-mak-bapak, pelajar-pensyarah, jiran tetangga, etc. Sebabnya, perasaan marah ini menyebabkan kita sukar menerima kebaikan orang lain, dan hilang sifat lemah lembut.

Marah ni juga mencerminkan keperibadian jiwa yang tak tenteram. Aha..kantoi lah siapa yang suka marah tu. Dah, sesuka hati marah orang, mesti timbul rasa bersalah punya. Itu pasal jadi tak tenteram.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W. : "Sifat bodoh/jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya redha dalam keadaan jahil/bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerana toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh."

Dush! Kena kau b***h sekali daa..

Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab'in menerangkan bahawa syaitan berkata, "Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya."

Hah.. masing-masing cuba tengok atas kepala. Ada tak?

Tarbiyah memang mengajar metod untuk marah. Marah yang bertempat. Marah pada hal-hal yang membelakangkan hukum agama. Marah pada hal-hal kemaksiatan, keruntuhan akhlak, dan kebobrokan moral.

Diajar mengelak untuk marah memb**i buta. Kalau nak marah sangat pun, cuba kaji betul-betul, di mana silapnya. Selepas dikaji, mungkin kemarahan itu tidak perlu, sia-sia. Jadi, tak perlu teruskan benda yang sia-sia kan?

Saya cukup tidak faham dengan sikap orang yang suka marah-marah. Mungkin ada benarnya, orang yang suka marah, cepat tua. Orang yang sabar, awet muda. Heh, boleh pakai kah? Ha ha.. boleh... kot!

Pernah tengok orang kena marah? Apa anda rasa kalau anda di tempat mereka? Kalau saya, kasihan.

Kot ye nak marah pun, jangan la depan orang ramai. Boleh jatuhkan air muka.

Kot ye nak marah pun, tak payah la tinggi-tinggi suara macam Mak Lampir. Suara 'nyempreng' orang kata. Ha ha.. Jangan tanya, sebab saya pun tak tahu istilah itu. Ala-ala kenyaringan yang melampau rasanya.

'Entah ape-ape ek orang macam tu?'

'Hey, mana boleh cakap macam tu lah. Husnudzon sokmo deh. Dia ada masalah kot, tu pasal terhambur marah dia kat kita.'

'Ha'a. Masalah pelupa. Kejap cakap macam ni, lepas tu cakap macam tu.'

'Hoi, mengumpat ke? Alah, rilek sajalah. Allah tahu siapa yang benar, siapa yang salah. Kalau kau betul buat kerja, tak payah susah hati. Anggap saja dia tak layak marah kau. Mengerti?'

Dialog hati baik dan hati busuk bila bergaduh. Hehe.

Marah tu ada adab lah. Macam makan, ada adab juga. Bila ikut adab, maka semuanya terkawal. Tiada yang terguris mahupun yang mengguris.

Nak sonang cito, kalau rasa nak marah bonar, ambik wuduk segera. Istighfar. Elok-elok sang iblis nak buat parti keraian, terus dia hampa sebab tipu daya dia menemui kegagalan. Yes! Dan penawar hati yang gundah dan marah adalah dengan tundukkanlah hati pada Allah.

Buat encik/cik/tuan/puan PEMARAH, ayuh muhasabah diri kita.

Saya sedang belajar menanam kesabaran. Mahu dibaja dan dituai kelak. Tolong siram bila kesabaran saya layu, OK?

Saya sensitif. Maka, sila jangan marah saya dengan tidak beradab. Marah dengan adab, takpe. (",)

Saya doakan semua orang berjaya kawal amarah masing-masing. Jangan marah sampai orang lain nangis, tahu!

"Janganlah marah, maka bagimu adalah syurga."

Saturday, 1 May 2010

Islam itu pada nama sajakah?

Assalamualaikum.

Apa khabar hati, iman awal bulan Mei ini?

Hari ini bakal bercerita mengenai suatu perkara. Sengaja mahu menguji sensitif kita di tahap mana.

Sewaktu trip ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Petaling Jaya yang lepas, sahabat saya 'H' bertanya. "Krie, semalam kan, amoi tu ada tanya..." "Tanya apakah?"bikin gempak saja intro si 'H' itu.

"Dia tanya 'orang Islam memang kena sembahyang eh'? "

"Awat dia tanya lagu tu? Abis 'H' jawab apa ke amoi?" Hangat nampak.

"Saya pun terkejut dia tanya macam tu. Terkedu, tak tau nak jawab apa. Dia pelik tengok kita setiap waktu solat, sedangkan roomate dia dulu tak solat pun," jelas 'H'.

"Roomate dia Melayu Islam?"

"La.. Krie ni.. Mestilah Melayu Islam.. Kalau tak, takde herannya dia nak tanya soalan tu.."

"Hoho.. sori. 'Terrr'sedih, ada lagi orang yang tak ambil berat pasal solat. Itu baru tang solat, ibadah lain macam mana pulak. Tak perasan pulak terkeluar soalan yang tak relevan. Hehe..Sori yek 'H'..."

Kebas saraf sehingga ke muka akibat malu dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang non-Muslim hasil pemerhatiannya terhadap seorang Muslim yang tidak menunaikan kewajipan.

Soalan itu saya lanjutkan pada Cik Puan Naqibah dan jawapannya ala-ala reverse psychology.

"Kalau diorang tanya macam tu, tanya dia balik, kawan-kawan diorang ada tak yang tak pergi gereja, kuil? Ada tak yang tak sembah Tuhan? Setiap agama, ada penganutnya yang tak patuh ajaran agama mereka."

Cik Puan Naqibah saya memang suka mengajar teknik menjawab soalan-soalan dari mad'u. Hehe.. Saya pula perlu rajin berguru teknik seperti ini. Almaklumlah, berlatarbelakang Sains.

Coursemate saya majoriti bermata sepet dan berkulit gelap. Mereka bertujuh. Kami yang sawo matang cuma berenam, kurang seorang. Dan, saya fikir, betapa pentingnya kami yang berenam ini menunjukkan perilaku Muslim yang terbaik bagi gambaran Islam itu indah pada pandangan mereka. Apa perkara pun, mesti rujuk qudwah hasanah kan.

Jumlah asal 14 orang. Seorang quit Master sebab dapat kerja. Saya adalah si media. =p

Persoalannya, kenapa orang agama lain nak tolong prihatin hal ibadah umat Islam walhal umat Islam itu sendiri masih alpa dengan ikrarnya pada Allah S.W.T.?

Sensitif tak kamu?

Dr. Mohd Ridhuan Tee, Ustaz Farid Ravi; mereka ini golongan yang bersusah payah mencari hidayah dan sinar Islam. Kita pula, keluar sahaja perut ibu, sudah dapat nikmat Islam. Syukur Alhamdulillah. Jadi, bagaimana lagi mahu menunjukkan kesyukuran kalau bukan mengabdikan diri padaNYA seluruh jiwa?

Namun, saya masih optimis. Terus optimis. Masih berbaki lagi masa untuk sama-sama kembali mengamalkan ajaran yang dituntut agama. Dai'e perlu usaha keras mengajak orang ramai mengejar Mardhatillah.

Ya, perlu Islam KESELURUHANNYA. Firman Allah :

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." [2:208]

Sudah jelas, lagi nyata.

Wahai Dai'e, sibuklah bekerja untuk agama, jangan kau sibuk bertelagah!

Wallahua'lam.

Wednesday, 7 April 2010

Ini namanya P.E.L.U.A.N.G

Salam.

Hari ni pemilik blog ni teringat cerita zaman muda-mudinya. Kisah dahulu kala.

Selepas habis SPM, sebelum keputusan keluar, saya terfikir, universiti mana yang sudi menerima saya kelak.

Dalam hati, ranking 1st : UIAM. Dek kerana terlepas 'sesuatu' dan nak merasa bi'ah solehah, tu la antara sebab UIAM tersenarai sebagai pilihan yang utama di hati.

Itu dalam negara. Luar negara : Mesir. Teringin benar nak ke sana. Salah satu niat; dekat dah tu dengan Mekah, Madinah. Boleh la setiap kali semester ulang alik pi buat Haji ke Umrah ke.. Alahai, macam tu rupanya fikiran saya dulu.

Haa.. Disebabkan keputusan yang sangatlah biasa-biasa, maka diri ini tidak lah layak dicampakkan di kedua-dua tempat yang diangankan tu. He he. Takpa, kalau bukan sekarang, satu hari nanti insyaAllah. [p.H.D? ^_^]

Tapi saya tetap bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga selesai di UTM, tak seperti orang lain yang mungkin tak berkemampuan langsung nak jejak kaki di universiti. Ingat, bersyukur tu perkara paling penting!

Ahha.. Sudah lah. Sebenarnya, nak khabarkan satu berita baik untuk pelajar lepasan SPM dan STAM. Program khas untuk anda yang pernah sama impian dengan saya barangkali.

Peluang ini julung-julung kalinya dilaksanakan di Johor. Apa lagi? Ambil peluang ramai-ramai!


Yang luar dari kawasan Selatan, jangan sedih-sedih. InsyaAllah, SKBA ini akan berjalan-jalan mengelilingi Malaysia dan bakal menemui anda . Prihatin lah dengan iklan-iklan di sekeliling.

Akhir kalam.. Selamat meneruskan cita-cita.

Allah sentiasa bersama kita.

Wednesday, 20 January 2010

Program Masyuukk.. Dekat di Hati~

Assalamualaikum

Klik untuk TUMBESARAN imej


Blog ini tempat promosi macam-macam aktiviti.

Sila tengok dengan teliti.

Kalau terpikat, dan berkelapangan, boleh kontek Ukhti Fareha.

Kontek ana buleh juga.

Sila emel ke khairiah_othman[at]yahoo[dot]com

Nak hantar adik, kakak, sepupu, dua pupu - dialu-alukan.

Maklum segera sebelum 22 Januari ya.

Arigato nae~

Tuesday, 24 November 2009

Bingkisan buat adik-adik terpilih..

Penutup di Dewan Senat UTM

20-22 November. Saya cuba-cuba mengisi masa cuti dengan aktiviti kampus sebentar sebelum pulang ke kampung dan bakal menempuhi semester baru akan datang.

Rindu berprogram, beginilah lagaknya. Maklumlah, mak dah memanggil-manggil di kampung. Bukan sengaja, tapi memang stay seminggu untuk lab, maka diteruskanlah hujung minggu dengan menabur bakti yang tak seberapa kepada adik-adik yang juga sudah mula cuti sekolah. Eheh.. Mahap ya bonda, anakanda mu ini memang begini. Bak kata sahabat saya, mak mana yang tak risau bila anak daranya aktif benar. InsyaAllah, pandailah saya jaga diri.

Berstatus anak ke enam dari enam, membuatkan saya cukup menghargai kehadiran 16 orang adik-adik kumpulan saya. Cuba memberi yang terbaik untuk mereka. Keseluruhan peserta lebih kurang 250 orang, menjadikan fasilitator tak menang tangan untuk perkhidmatan yang ngetop. Berusaha menghulur bantuan sekadar mampu. Istimewanya, mereka ini 'nakal', tapi saya percaya, 'nakal' yang berpotensi. Hanya kerna ini program motivasi Khemah Kecemerlangan Akademik, bukan Kem Anak Soleh.

KAU, PERMATA AYAH BONDA

Sejurus sebelum program bermula malam Jumaat tu, sempat gak berborak dengan 2 orang guru pengiring. Pesan mereka, "Awak nanti jangan beri muka sangat kat diorang ni. Kat sekolah pun macam ni, menjawab je lebih." Saya sengih. Takpa cikgu, saya dah bersedia mental dan fizikal sejak pendaftaran petang tadi. Mulut saya membalas, "Biasalah cikgu, nama pun budak. Tu yang hyperaktif sikit kot. ". Azam saya, InsyaAllah, biarlah balik diorang nanti dengan manfaat hendaknya.MySpace

Heh, first impression penting. Huu.. berpasangan dengan Sofea untuk fasi kumpulan 7. Oh adik-adik, jangan boring dengan kami ya! Malam itu saja sesi pengenalan. Bukan satu sekolah, ada mereka yang berlainan sekolah. Macam-macam dalam fikiran saya. Bagaimana mereka mentafsir saya, saya juga menterjemah mereka. Eheh.. Beberapa yang pendiam, ada yang baik responnya, tak kurang yang meloyar buruk juga. Apa pun, saya berusaha kurangkan jurang antara sesama mereka dan mereka dengan kami, fasi. Jikalau saya suka nama saya diingat orang, saya juga berusaha mengingat nama setiap mereka. Muga-muga mereka berasa dihargai.MySpace

Pagi Sabtu, malam Sabtu, pagi Ahad. Tempoh yang mereka perlu lalui selepas Jumaat menutup tirainya. Maaf ya adik-adik. Elektrik padam, bekalan air tak cukup, tidoq dalam khemah, pastinya ketidakselesaan dirasa kan? Jangan mengeluh dik. Kita, jangan manja! Zaman millenia bukan alasan untuk kita berkeluh kesah, bermegah-megah, bermewah-mewah. Siapa pun kita, kaya mana pun kita, kita masih hamba pada-NYA. Ingat! Kawan-kawan kita di Palestin di sana, cuma belajar di bawah khemah, kadang-kadang berbumbungkan langit, beralaskan runtuhan timbunan bangunan. Tapi, masih boleh menuntut ilmu kan? Kita punya bilik kuliah berhawa dingin, apa masih tidak lengkap? Adik-adik, yang penting semangat belajar kalian. Tanamkan ia sehingga akarnya mencengkam bumi.

Oh ya! Ingat lagi intipati ceramah motivasi Sabtu malam Ahad tu? Ambik yang berpatutan ja ya.. Lebih banyak yang patut ditapis rasanya. Hmm.. jujur, buat saya mengantuk saja. Ish2..MySpace

Masa bengkel, akak suka tengok sikap adik-adik yang berebut nak tahu. "Kak Pya, ni macam mana?". "Kak Kay, nape soalan ni jawapannya A?".. Heh, tahniah. Sifat tu bagus. Akak pun rasa puas bila tengok adik-adik dapat jawab. Sang guru mesti lagi tinggi rasa kepuasannya bila dapat bantu anak murid kan..MySpace

Bila Ahad tiba, kami fasi rasa hiba. Bakal melepaskan adik-adik menyambung cuti. Yang awalnya pendiam, kini tak lagi. Hubungan pun dah akrab. Tak lama, 3 hari je kan. Harapnya, adik-adik puas hati dengan layanan kelas ketiga akak nih. Uhuk..MySpace

Fasilitator, masing-masing memberi amanat. Hmm.. Ingat lagi tak apa yang akak kata? Pesan akak, jaga iman, akhlak, dan diri kalian semua. Jangan biarkan ibu bapa kita menangis dengan masalah disiplin atau onar yang kita timbulkan, tapi biarkan mereka menangis menerima kejayaan yang kita nukilkan. Sehebat mana pun kita, jangan lupa jaga hubungan kita dengan Allah. Solat jangan tinggal. Jaga batas kita dengan kawan lelaki dan perempuan. Usahalah, insyaAllah, Allah tolong kita. Kalian bukan cuma harapan akak, yang lagi penting harapan kedua ibu bapa kalian yang membanting tulang mencari rezeki untuk menyekolahkan. Biar teruk mana keputusan UPSR dan PMR adik-adik, kita masih ada masa memperbetul keadaan. Akak nak, 2011 nanti, muka surat hadapan akhbar ada antara adik-adik yang keputusan SPM 2010 nya cemerlang. Semua yang 16 orang inilah. Akak percaya kebolehan adik-adik.. Jadi, adik-adik mesti lagi yakin dengan potensi adik-adik..MySpace

Buat adik- adik, Ika, Zati, Syikin, Atika, Ain, Diana, Fatin, Faiza, Faiz, Ana, Fara, Hazmil, Anuar, Azmeer, Hazli dan Hairi.. Teruskan perjuangan anda. 16 tahun baru permulaan kehidupan, muga banyak lagi masa berbaki untuk kalian berbakti pada ummah. Hazli-mudah-mudahan skor Tasawur ya, kemudian teruskan hajat nak jadi Cikgu Sejarah. Anuar-belajar rajin-rajin. InsyaAllah, ada rezeki, dapat la kami satu group naik kapal terbang yang Anuar pandu, kan? Yang lain, akak tunggu kalian. Kalau tak jumpa di UTM, kita jumpa di menara gading yang lain! InsyaAllah.

Kalau ada jodoh panjang, kita jumpa lagi program akan datang. Berharap jumpa kalian dengan 'wajah yang lain'. Jangan sesekali lepaskan peluang pendidikan percuma ni. Semoga kita akan terus berada di bawah jagaan rahmat Ilahi pada masa mendatang. Amiin. Sampai jumpa lagi jika diizinkan Allah. MySpace

Foto kenangan bersama Menteri KPT dan NC UTM

Friday, 13 November 2009

Bab 2 : Perihal Hati lagi..


Salam 'alayk..

Exam baru selesai. Saya ambil masa sebentar untuk menulis sebelum sibuk bergerak untuk kerja-kerja lain nanti. As-Syahid Imam Hasan al-Banna pernah mewasiatkan: “Kewajipan lebih banyak dari masa. Bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. Jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.”

Urusan hati dan ikhlas masih tergantung lagi. Hati. Perlu ikhlas. Ikhlas. Letaknya di hati. Saling berkait. Kalau dulu pembabitan individu dalam urusan dakwah adalah secara tidak sengaja mungkin mengundang ke'tidak ikhlasan' sebenar. Maksudnya, bukanlah nak sangat pun. Terkesan dengan kepetahan kata-kata golongan pendakwah merupakan salah satu tarikan magnet untuk individu kekal duduk dalam sesebuah majlis ilmu. Mungkin juga bersifat selektif. Sekiranya memilih antara menarik atau tidak gaya penyampaiannya.

Dipanjangkan lagi. Isu yang pernah menjadi bahan diskusi bersama seorang sahabat. Memang fitrah manusia tertarik pada perkara yang disuka. Contohnya, si fulanah tertarik pada keperibadian ustazah yang hebat membincangkan adDeen, cuma akan tertarik pada gayanya. Ustazah lain, dia tak minat. Nah, peluang ustazah mendekati si fulanah perlahan-lahan, agar dakwahnya tidak terasa keras. Menjelaskan semua niat perlu dipusatkan Lillahi Ta'ala. Berubah, menuntut dan mencari ilmu, ikhlas kerana Allah. Bukan kerana manusia.

Bereh tang tu, gerak ke fasa ikhlas seterusnya. Alhamdulillah, berkat ikhlas menuntut ilmu untuk berubah, kefahaman adDeen itu mudah dicapai. Proses-proses tarbiyah ; halaqah, usrah, mukhayyam, jaulah, daurah dirasakan mampu mendidik hati. Membersih kotoran yang berbaki.
Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya...
Dari zero to hero. Hati kini terisi dan mengerti. Pengertian itu membawa diri untuk terus ikhlas memegang panji Islam. Ikhlas akan membuatkan kita terus teguh di jalan ini. Biar satu masa dulu kita tertarik dengan golongan pendakwah, namun kini kita sendiri mencuba sehabis baik untuk menyebar ilmu dan beramal. Baru ketahuan, bahawasanya orang yang didakwah itu tak merasa sepayah orang yang berdakwah. Dengan ikhlas juga lah, kita mampu kenal erti jiddiyah. Apa erti bersungguh, tapi masih belum ikhlas?

Ketahuilah.. Ikhlas bakal menganugerahkan 1001 kemanisan dalam tindakan kita. Lebih-lebih lagi kemanisan dalam ukhwah. Ya.. Ukhwah kita. Bertemu dan berpisah kerana-Nya. Moga Allah sentiasa menyelitkan rasa ikhlas dalam hati kita. Moga dengan ikhlas, kita akan thabat dalam perjuangan yang penuh mehnah ini.

Ehem.. Saya.. masih lagi budak baru belajar.

Thursday, 29 October 2009

Perihal Hati


اﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻣﺔ ﷲ ﻮﺑﺮﻜﺘﻪ

Bismillah..


Perihal hati versi serius.

Selalu dengar orang kata, "Saya ikhlas ni," dan kemudian seorang lagi menjawab, " Eh, orang ikhlas tak pernah cakap dia ikhlas la..." Kadang ia menjadi dialog spontan yang kerap digunakan. Betul kah?

Bicara tentang keikhlasan. Sejauh mana mudahnya keikhlasan diperoleh? Ikhlas sememangnya urusan hati. Perlu ditanam kukuh, disiram, dibaja sehingga berakar umbi dalam hati. Kurang ikhlas bakal memungkinkan ke'futur'an dalam amal seharian. Untuk thabat, apatah lagi. Bahayanya penyakit futur nih. Dan bahaya lagi sekiranya beramal tidak ikhlas, tapi cuba untuk riak. Astaghfirullah.

" Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas menaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)." - [Al-Bayyinah : 5]

Ikhlas merupakan syarat untuk satu-satu amalan diterima. Dikongsikan pengisian yang pernah diperoleh, bagaimana dengan golongan begini?
  • Orang yang mati syahid, tapi hanya mahu digelar syahid
  • Orang yang menuntut ilmu, mengajar dan membaca Al-Quran, tapi cuma mahu digelar alim
  • Orang yang menginfakkan harta, tapi cuma mahu digelar dermawan
Ternyata 'gelaran-gelaran' seperti syuhada', alim, ataupun dermawan yang lebih dipentingkan berbanding nilai keikhlasan diri. Ruginya amalan bertimbun-timbun tapi ikhlas terkebelakang!

Disebutkan jua sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." -Riwayat Bukhari & Muslim.

Penekanannya dalam dunia dakwah. Ikhlas dalam dakwah sangat penting bukan? Ada idea?

Hmm.. nantilah penulis akan cuba untuk sambung. InsyaAllah. Cepat atau lambat..

Yang penting untuk diketahui, ikhlas dapat menyelamatkan diri dari syaitan.

Nantilah, jumpa lagi. Jika diizinkan Allah.

Wassalam.