Penutup di Dewan Senat UTM
20-22 November. Saya cuba-cuba mengisi masa cuti dengan aktiviti kampus sebentar sebelum pulang ke kampung dan bakal menempuhi semester baru akan datang.
Rindu berprogram, beginilah lagaknya. Maklumlah, mak dah memanggil-manggil di kampung. Bukan sengaja, tapi memang stay seminggu untuk lab, maka diteruskanlah hujung minggu dengan menabur bakti yang tak seberapa kepada adik-adik yang juga sudah mula cuti sekolah. Eheh.. Mahap ya bonda, anakanda mu ini memang begini. Bak kata sahabat saya, mak mana yang tak risau bila anak daranya aktif benar. InsyaAllah, pandailah saya jaga diri.
Berstatus anak ke enam dari enam, membuatkan saya cukup menghargai kehadiran 16 orang adik-adik kumpulan saya. Cuba memberi yang terbaik untuk mereka. Keseluruhan peserta lebih kurang 250 orang, menjadikan fasilitator tak menang tangan untuk perkhidmatan yang ngetop. Berusaha menghulur bantuan sekadar mampu. Istimewanya, mereka ini 'nakal', tapi saya percaya, 'nakal' yang berpotensi. Hanya kerna ini program motivasi Khemah Kecemerlangan Akademik, bukan Kem Anak Soleh.
KAU, PERMATA AYAH BONDA
Sejurus sebelum program bermula malam Jumaat tu, sempat gak berborak dengan 2 orang guru pengiring. Pesan mereka, "Awak nanti jangan beri muka sangat kat diorang ni. Kat sekolah pun macam ni, menjawab je lebih." Saya sengih. Takpa cikgu, saya dah bersedia mental dan fizikal sejak pendaftaran petang tadi. Mulut saya membalas, "Biasalah cikgu, nama pun budak. Tu yang hyperaktif sikit kot. ". Azam saya, InsyaAllah, biarlah balik diorang nanti dengan manfaat hendaknya.

Heh, first impression penting. Huu.. berpasangan dengan Sofea untuk fasi kumpulan 7. Oh adik-adik, jangan boring dengan kami ya! Malam itu saja sesi pengenalan. Bukan satu sekolah, ada mereka yang berlainan sekolah. Macam-macam dalam fikiran saya. Bagaimana mereka mentafsir saya, saya juga menterjemah mereka. Eheh.. Beberapa yang pendiam, ada yang baik responnya, tak kurang yang meloyar buruk juga. Apa pun, saya berusaha kurangkan jurang antara sesama mereka dan mereka dengan kami, fasi. Jikalau saya suka nama saya diingat orang, saya juga berusaha mengingat nama setiap mereka. Muga-muga mereka berasa dihargai.

Pagi Sabtu, malam Sabtu, pagi Ahad. Tempoh yang mereka perlu lalui selepas Jumaat menutup tirainya. Maaf ya adik-adik. Elektrik padam, bekalan air tak cukup, tidoq dalam khemah, pastinya ketidakselesaan dirasa kan? Jangan mengeluh dik. Kita, jangan manja! Zaman millenia bukan alasan untuk kita berkeluh kesah, bermegah-megah, bermewah-mewah. Siapa pun kita, kaya mana pun kita, kita masih hamba pada-NYA. Ingat! Kawan-kawan kita di Palestin di sana, cuma belajar di bawah khemah, kadang-kadang berbumbungkan langit, beralaskan runtuhan timbunan bangunan. Tapi, masih boleh menuntut ilmu kan? Kita punya bilik kuliah berhawa dingin, apa masih tidak lengkap? Adik-adik, yang penting semangat belajar kalian. Tanamkan ia sehingga akarnya mencengkam bumi.
Oh ya! Ingat lagi intipati ceramah motivasi Sabtu malam Ahad tu? Ambik yang berpatutan ja ya.. Lebih banyak yang patut ditapis rasanya. Hmm.. jujur, buat saya mengantuk saja. Ish2..

Masa bengkel, akak suka tengok sikap adik-adik yang berebut nak tahu. "Kak Pya, ni macam mana?". "Kak Kay, nape soalan ni jawapannya A?".. Heh, tahniah. Sifat tu bagus. Akak pun rasa puas bila tengok adik-adik dapat jawab. Sang guru mesti lagi tinggi rasa kepuasannya bila dapat bantu anak murid kan..

Bila Ahad tiba, kami fasi rasa hiba. Bakal melepaskan adik-adik menyambung cuti. Yang awalnya pendiam, kini tak lagi. Hubungan pun dah akrab. Tak lama, 3 hari je kan. Harapnya, adik-adik puas hati dengan layanan kelas ketiga akak nih. Uhuk..

Fasilitator, masing-masing memberi amanat. Hmm.. Ingat lagi tak apa yang akak kata? Pesan akak, jaga iman, akhlak, dan diri kalian semua. Jangan biarkan ibu bapa kita menangis dengan masalah disiplin atau onar yang kita timbulkan, tapi biarkan mereka menangis menerima kejayaan yang kita nukilkan. Sehebat mana pun kita, jangan lupa jaga hubungan kita dengan Allah. Solat jangan tinggal. Jaga batas kita dengan kawan lelaki dan perempuan. Usahalah, insyaAllah, Allah tolong kita. Kalian bukan cuma harapan akak, yang lagi penting harapan kedua ibu bapa kalian yang membanting tulang mencari rezeki untuk menyekolahkan. Biar teruk mana keputusan UPSR dan PMR adik-adik, kita masih ada masa memperbetul keadaan. Akak nak, 2011 nanti, muka surat hadapan akhbar ada antara adik-adik yang keputusan SPM 2010 nya cemerlang. Semua yang 16 orang inilah. Akak percaya kebolehan adik-adik.. Jadi, adik-adik mesti lagi yakin dengan potensi adik-adik..

Buat adik- adik, Ika
, Zati, Syikin, Atika, Ain, Diana, Fatin, Faiza, Faiz, Ana, Fara, Hazmil, Anuar, Azmeer, Hazli dan Hairi.. Teruskan perjuangan anda. 16 tahun baru permulaan kehidupan, muga banyak lagi masa berbaki untuk kalian berbakti pada ummah. Hazli-mudah-mudahan skor Tasawur ya, kemudian teruskan hajat nak jadi Cikgu Sejarah. Anuar-belajar rajin-rajin. InsyaAllah, ada rezeki, dapat la kami satu group naik kapal terbang yang Anuar pandu, kan? Yang lain, akak tunggu kalian. Kalau tak jumpa di UTM, kita jumpa di menara gading yang lain! InsyaAllah.Kalau ada jodoh panjang, kita jumpa lagi program akan datang. Berharap jumpa kalian dengan 'wajah yang lain'. Jangan sesekali lepaskan peluang pendidikan percuma ni. Semoga kita akan terus berada di bawah jagaan rahmat Ilahi pada masa mendatang. Amiin. Sampai jumpa lagi jika diizinkan Allah.


3 comments:
keri partner ngan piah ke?? noore sofia nabella kn?hehe xsgke.she's my adik usrah
a'ah..
owhh..patut tengok kat FB common fren dgn u...cpatnye u tangkap 'piah' yg mane satu yek..eheh..
kechik dunia nih..yanti...rindu nak gaduh ngan kamu!hik2..
jaga diri kat bangi tau, jangan nenakal!
hehe i pn rndu nak gduh ngan u.kalo xdulu either i gduh ngan u or fana sengal.hahaha.i kne jd matang ckit kt cni.tp ngan korg sume still xmtng lg hahaha.biler kita bkl ketemu.IAllah 12/12 akn ke jhor.hope ko ade di sna.see u! hahaha uhibbuki fillah
Post a Comment