Sinonimnya Hari Raya Qurban mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim A.S.
"Di sana terdapat tanda-tanda yang jelas (di antaranya) maqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah) amanlah dia. Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajiban) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [ALI-'IMRAN : 97]
Tetapi.. Kali ini mahu berkongsi cerita tentang sifat Allah. Allah itu sifatnya kan Maha Mendengar. سَمْعً bukan? Kalau disingkap sejarah, Nabi Ibrahim yang mulanya tidak punya anak dengan Sarah, berdoa "Ya Tuhanku, berikanlah aku keturunan yang soleh." Walau di usia tua, mereka tetap dikurniakan zuriat.
"Dan isterinya berdiri lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya khabar gembira tentang (kelahiran) Ishak dan setelah Ishak (akan lahir) Yakub. Dia (isterinya) berkata, "Sungguh ajaib, mungkinkah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua, dan suamiku ini sudah sangat tua? Ini benar-benar sesuatu yang ajaib. Mereka (para malaikat) berkata, "Mengapa engkau merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat dan berkah Allah, dicurahkan kepada kamu, wahai ahlul bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, Maha Pengasih."[HUD:71-73].
Nah, bukti Allah mendengar doanya si Nabi itu. Itu tempoh lama. Saya pula punya kisah Allah mendengar isi hati saya dalam jangka sekejap. Dan peristiwa itu benar-benar membuka mata hati saya dan menambah kesyukuran saya pada keagunganNya.
Kisah pertama - Saya pernah kehilangan sehelai baju yang digantung pada pintu bilik di kampus. Awalnya, baju itu mahu dikirim pada sahabat saya dan kerana saya terpaksa keluar awal pagi untuk berprogram, saya sandarkan sepenuh harapan pada Allah moga semuanya selamat sehingga diambil sahabat saya nanti. Maklumlah, baju baru.. tambah pula hari cuti, siapa ja yang berhajat nak 'mengambil' baju itu tanpa izin. Itu fikir saya. Tapi, lain pula ceritanya petang itu. Zuhur sebelumnya dikirim sms supaya si sahabat itu mengambil bungkusan baju saya untuk dibawa pulang ke kampung, tapi balasnya langsung tiada sebarang plastik di pintu bilik. Saya tenang dalam panik. Balik sahaja program, puas ditanya satu aras sekiranya ternampak sebarang yang pelik berhubung dengan bungkusan saya. Diberitakan, makcik cleaner [yang hanya duty sabtu ahad] ada bertanya tentang plastik yang tergantung itu pada seorang ahli aras. Wah, hati saya berharap masih punya peluang mendapatkan semula 'harta' saya. Mujur 'kamceng' dengan makcik cleaner yang duty pada hari biasa, masalah itu saya ajukan dan dia berjanji untuk membantu. Dalam setiap kali solat, saya titipkan doa moga dibukakan hati 'insan yang terambil' agar dapat memulangkan kembali barangan itu. Kalau tak, saya sedekah sajalah. Alhamdulillah, seminggu kemudian, pintu bilik saya diketuk. Ketua makcik cleaner mengunjukkan bungkusan pada saya. Ya, baju saya kembali semula! Walaupun 'insan yang terambil' punya 'rekod' sebelum ini, saya tetap bersangka baik. Sehinggakan kisah baju saya dibawa ke mesyuarat. Saya memaafkan, dan apa pun terima kasih makcik!
Kisah kedua - Ringkas, tapi terkesan. Sahabat saya, Kakna berhajat menumpang bas UTM untuk pulang ke Johor. Dia dari workshop di UM, saya dan coursemate dari simposium di PWTC. Lecturer saya sangat mementingkan soal masa, tak boleh lewat, kena punctual! Dan saya khabarkan pada Kakna, jangan lewat. Esoknya bertolak dari rumah tamu UTM KL. Rancangannya bertolak jam 9 pagi, jam 8.30 Kakna masih belum tiba. Saya bersarapan sambil kerap menjeling jam. Rakan lain sibuk menjinjing beg, eh..bas sudah sampaikah? Tuhan saja tahu berdebarnya saya. Kakna mesej, terlepas ke jalan lain pula. Saya tetap tenang dalam panik. Eheh.. Dalam hati berdoa, moga bas sampai sama dengan ketibaan Kakna. Dan, tak lama lepas tu kelihatan kelibat besar bas UTM. Di tepi jalan sana pula, saya nampak Kakna sibuk mengeluarkan beg dari perut kereta. Lagi sekali. Alhamdulillah. Kau sentiasa mendengar hajat hambaMu. Selamat..
Kisah pada yang masih ragu-ragu kekuasaanNYA. Berdoalah sehingga ke akhirnya.
Dalam Shahih Bukhari disebutkan sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Salah seorang dari kamu akan dikabulkan doanya selama ia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata : Aku sudah berdoa akan tetapi tidak dikabulkan"."
Dan dalam Shahih Muslim, jua dari Abu Hurairah r.a, bahawa sabda Rasulullah S.A.W., "Allah senantiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa tersebut tidak mengandung dosa atau memutuskan silaturrahim, dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan". Lalu, baginda ditanya orang, "Apa maksud minta cepat-cepat?" Jawab baginda, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, "Aku telah berdoa, tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan, lalu ia putus asa dan berhenti berdoa."
Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah? Percayalah, Dia sentiasa mendengar rintihan, permintaan hambaNya.
Sahih, doa itu senjata orang mukmin. Lambat atau cepat.. Bersabarlah. Allah itu Maha Mendengar.
p/s: Tahniah buat 'rakan makmal' saya, Siti Aisah Ramli. Dah pun selamat jadi isteri orang.. Moga berkekalan hendaknya di bawah rahmat Ilahi sehingga ke akhir hayat.
2 comments:
keri! sgt ingt pristiwa bju tu.mge kamu sentiasa mndpt ibrah tuk stiap situasi yg trjadi.uhibbuki fillah ya ukhti!.doakn shbt mu yg sgt rndu kmu
ingat kan yanti.. kuasa Allah, dikembalikan semula.Alhamdulillah!
uhibbuki fillah abadan abada..
rndu kamu jua..muga dapat bertemu di b.pahat~amiin..
Post a Comment