Showing posts with label Fenomena. Show all posts
Showing posts with label Fenomena. Show all posts

Tuesday, 21 December 2010

Simple... Complicated

Salam juang.

Ada orang bangga dengan tahap betapa simple nya dia.

"Uiih.. aku nih simple ja. Nak kuaq pi kedai dengan baju tidur ka, seluar pendek ka, pun takpa. Start motor, vroom..vroom..sampai la kedai tu."

Simple sangat.. sampai aurat lupa nak jaga.

"Oitt.. bakpenye pikiaq complicated benor.. assignment gini buat simple aje udah le.."

Simple sangat.. sampai semua tugasan nak buat sambil lewa.

Ada orang tersusahkan diri dengan tahap complicated nya dia.

"Laa.. nak pi majlis dinner ni.. awat hang simple bebenor.. meh che' adjust kan. Eyeshadow ni kasi la terang sikit naa.. blusher ni biaq pink, tambah cantik. Hah.. tu maskara tu kasi lentik lagi bulu mata tu haa..." 

Complicated kot... yang mungkin tercecah tahap tabarruj?

"Ahha.. Majlis tunang nanti I nak ada pelamin ala-ala English style. Kanopi nak dua. Jemputan ada la dalam 150 orang kot. Tempah cameraman. Pesan ke dia, photoshoot outdoor jangan lupa cari tempat cecantik pulak. Wedding nanti kita kasi lagi gempak lah, I tak mau simple-simple.. Baru puas hati. "

Complicated kot... Adat ke.. syariat ke.. ibadat ke.. celaru sudah? Almaklum, kahwin sekali cuma.. Kot?

Nak simple ke.. Complicated ke.. terpulanglah ke kome.

Asalkan tak melanggar syariat Allah. Tak main-main dengan hukum yang ditetapkan Allah. Itu dah cukup.

Syaikh al-Islam ibn Taimiyah (w.728H) berkata: “Sesungguhnya agama Allah ini adalah pertengahan antara yang melampaui dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah (dengan cara) yang mana satu dia berjaya, iaitu sama ada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama Allah yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-Nya. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan telah berjaya mengeluarkan (menyesatkan) banyak puak umat ini (umat Islam) yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka terkeluar daripada agama sepertimana melurunya anak panah daripada busurnya” 

Sebaik-baik pekerjaan itu ialah pertengahan.

Wallahua'lam.

Wednesday, 3 November 2010

Makin dekat

Salam.


Setelah bersusah payah, akhirnya. Huhu. Kesian kat sorang tu asyik kena teman saya berusaha sampai berjaya. Tapi, belum sampai peringkat akhir. Nanti mungkin. Terima kasih puteri senyum. Yea, Alhamdulillah.

Erm. Hadis 2. Cerita tentang 3I. Islam, Iman dan Ihsan. Pengertian, penjelasan 3I daripada Rasulullah yang diminta oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Baginda menjawab dengan tenang.

ISLAM : Kesaksian kamu bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan bahawa Muhammad S.A.W. itu utusan Allah, kamu mendirikan solat dan memberikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bila kamu mampu.

IMAN : Kamu beriman kepada Allah, kepada para malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat dan kepada qadar yang baik mahupun buruk.

IHSAN : Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya, jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia selalu melihat kamu.


Kesemua jawapan dibenarkan oleh si penanya. Aik, dia tanya, dia sendiri membenarkan? Sahabat pelik.

Bila lelaki tersebut bertanya tentang hari kiamat, jawab Nabi, "Orang yang kamu tanya tidak lebih tahu dari yang bertanya."

Si lelaki tetap bersuara, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya."

Baginda bersabda, "Apabila hamba wanita akan melahirkan tuannya. Kamu akan melihat orang-orang berkaki ayam, tidak berpakaian, fakir dan pengembala kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan."

Bila si lelaki pulang, barulah diketahui bahawa itu sesungguhnya Jibril yang datang untuk mengajar sahabat tentang agama. Ajaran dalam bentuk soal jawab dengan Rasulullah.

***************************************************************************

Soalan terakhir Jibril. Tanda-tanda hari kiamat.

Zina. Sumbang mahram. Tangkap khalwat. Biasa?

Penduduk miskin, merempat, tidur merata di jalanan. Ada tak?

Dan ini yang terbaru. Hot. Bangunan 100 tingkat. Mercu tanda?

Sedar tak kita?

Apa kaitan kenyataan 2010 [sekarang] dengan jawapan yang keluar dari mulut seorang pesuruh Allah [dulu] ?

Isk.. rupa-rupanya. Dekat dah kot hari yang dijanjikan tiba?

Fikir-fikir kan dan selamat beramal.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, teguhkan iman kami sehingga nafas yang terakhir. Moga husnul khotimah di pengakhiran.

Sesungguhnya mereka mempunyai iman yang terbius tidur di dalam jiwa mereka. Mereka tidak mahu tunduk di bawah hukumnya. Mereka tidak mahu melaksanakan segala tuntutannya. Sedangkan dalam masa yang sama ia adalah keyakinan yang membara, kuat, dan sedar di dalam jiwa Ikhwan al-Muslimun.

Yosh. Hammasah weh!

Wednesday, 23 June 2010

Kendong atau Kejar?

Salam.



Ini mungkin entri yang amat ringkas.

Fenomena biasa memilih wasilah dakwah.

Hanya untuk difikirkan dengan akal, direnung dengan mata hati.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Bagi yang suka bertelagah, malulah mengaku ikhwah akhawat mahupun muslimin muslimat.

Itu bukan peribadi kita.

Harapnya nada ini tidak keras untuk dihadam.

Nah, sekarang mahu kendong atau kejar?

Dua-dua lah. Kendong dan kejar.

Mardhatillah. Bukankah itu matlamat kita?


فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ

"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." [Al-Maidah:48]

Iyalah, moga Allah redha.

Monday, 15 February 2010

Bicara DIA


Sudah merasa amankah kamu, bahawa DIA yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika ia tiba-tiba ia tergoncang? [67:16]



Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). [17:16]


Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami seksa (penduduknya) dengan seksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).
[17:58]



Lagi :Sawan di pagi hari

Atau sudah merasa amankah kamu, bahawa DIA yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKU. [67:17]

J U S T E R U



Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. [48:4]

Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. [2:21]

“ Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman ”

Friday, 27 November 2009

Allah.. Dia Maha Mendengar

Salam Eidul Adha buat semua.

Sinonimnya Hari Raya Qurban mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim A.S.

"Di sana terdapat tanda-tanda yang jelas (di antaranya) maqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah) amanlah dia. Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajiban) haji, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [ALI-'IMRAN : 97]

Tetapi.. Kali ini mahu berkongsi cerita tentang sifat Allah. Allah itu sifatnya kan Maha Mendengar. سَمْعً bukan? Kalau disingkap sejarah, Nabi Ibrahim yang mulanya tidak punya anak dengan Sarah, berdoa "Ya Tuhanku, berikanlah aku keturunan yang soleh." Walau di usia tua, mereka tetap dikurniakan zuriat.

"Dan isterinya berdiri lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya khabar gembira tentang (kelahiran) Ishak dan setelah Ishak (akan lahir) Yakub. Dia (isterinya) berkata, "Sungguh ajaib, mungkinkah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua, dan suamiku ini sudah sangat tua? Ini benar-benar sesuatu yang ajaib. Mereka (para malaikat) berkata, "Mengapa engkau merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat dan berkah Allah, dicurahkan kepada kamu, wahai ahlul bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, Maha Pengasih."[HUD:71-73].

Nah, bukti Allah mendengar doanya si Nabi itu. Itu tempoh lama. Saya pula punya kisah Allah mendengar isi hati saya dalam jangka sekejap. Dan peristiwa itu benar-benar membuka mata hati saya dan menambah kesyukuran saya pada keagunganNya.

Kisah pertama - Saya pernah kehilangan sehelai baju yang digantung pada pintu bilik di kampus. Awalnya, baju itu mahu dikirim pada sahabat saya dan kerana saya terpaksa keluar awal pagi untuk berprogram, saya sandarkan sepenuh harapan pada Allah moga semuanya selamat sehingga diambil sahabat saya nanti. Maklumlah, baju baru.. tambah pula hari cuti, siapa ja yang berhajat nak 'mengambil' baju itu tanpa izin. Itu fikir saya. Tapi, lain pula ceritanya petang itu. Zuhur sebelumnya dikirim sms supaya si sahabat itu mengambil bungkusan baju saya untuk dibawa pulang ke kampung, tapi balasnya langsung tiada sebarang plastik di pintu bilik. Saya tenang dalam panik. Balik sahaja program, puas ditanya satu aras sekiranya ternampak sebarang yang pelik berhubung dengan bungkusan saya. Diberitakan, makcik cleaner [yang hanya duty sabtu ahad] ada bertanya tentang plastik yang tergantung itu pada seorang ahli aras. Wah, hati saya berharap masih punya peluang mendapatkan semula 'harta' saya. Mujur 'kamceng' dengan makcik cleaner yang duty pada hari biasa, masalah itu saya ajukan dan dia berjanji untuk membantu. Dalam setiap kali solat, saya titipkan doa moga dibukakan hati 'insan yang terambil' agar dapat memulangkan kembali barangan itu. Kalau tak, saya sedekah sajalah. Alhamdulillah, seminggu kemudian, pintu bilik saya diketuk. Ketua makcik cleaner mengunjukkan bungkusan pada saya. Ya, baju saya kembali semula! Walaupun 'insan yang terambil' punya 'rekod' sebelum ini, saya tetap bersangka baik. Sehinggakan kisah baju saya dibawa ke mesyuarat. Saya memaafkan, dan apa pun terima kasih makcik!


Kisah kedua - Ringkas, tapi terkesan. Sahabat saya, Kakna berhajat menumpang bas UTM untuk pulang ke Johor. Dia dari workshop di UM, saya dan coursemate dari simposium di PWTC. Lecturer saya sangat mementingkan soal masa, tak boleh lewat, kena punctual! Dan saya khabarkan pada Kakna, jangan lewat. Esoknya bertolak dari rumah tamu UTM KL. Rancangannya bertolak jam 9 pagi, jam 8.30 Kakna masih belum tiba. Saya bersarapan sambil kerap menjeling jam. Rakan lain sibuk menjinjing beg, eh..bas sudah sampaikah? Tuhan saja tahu berdebarnya saya. Kakna mesej, terlepas ke jalan lain pula. Saya tetap tenang dalam panik. Eheh.. Dalam hati berdoa, moga bas sampai sama dengan ketibaan Kakna. Dan, tak lama lepas tu kelihatan kelibat besar bas UTM. Di tepi jalan sana pula, saya nampak Kakna sibuk mengeluarkan beg dari perut kereta. Lagi sekali. Alhamdulillah. Kau sentiasa mendengar hajat hambaMu. Selamat..

Kisah pada yang masih ragu-ragu kekuasaanNYA. Berdoalah sehingga ke akhirnya.

Dalam Shahih Bukhari disebutkan sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Salah seorang dari kamu akan dikabulkan doanya selama ia tidak tergesa-gesa, iaitu dengan berkata : Aku sudah berdoa akan tetapi tidak dikabulkan"."

Dan dalam Shahih Muslim, jua dari Abu Hurairah r.a, bahawa sabda Rasulullah S.A.W., "Allah senantiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa tersebut tidak mengandung dosa atau memutuskan silaturrahim, dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan". Lalu, baginda ditanya orang, "Apa maksud minta cepat-cepat?" Jawab baginda, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, "Aku telah berdoa, tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan, lalu ia putus asa dan berhenti berdoa."

Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah? Percayalah, Dia sentiasa mendengar rintihan, permintaan hambaNya.

Sahih, doa itu senjata orang mukmin. Lambat atau cepat.. Bersabarlah. Allah itu Maha Mendengar.

p/s: Tahniah buat 'rakan makmal' saya, Siti Aisah Ramli. Dah pun selamat jadi isteri orang.. Moga berkekalan hendaknya di bawah rahmat Ilahi sehingga ke akhir hayat.

Friday, 23 October 2009

Jiwa Sensitif..


Salam sejahtera..

Akhir ini kerap saja cepat 'panas'. Sedikit tersilap kata, maka saya akan diam. Malas tambah dosa, panjangkan telingkah. Saya mengambil pendekatan bahawa diam lebih baik. Yang teruk, bebel dalam hati. Tak tahu kenapa, terasa dibudak-budakkan. Suka hati anda lah mahu marahkah, perlikah, sindirkah, saya akan tetap diam. Tak pernah ditanya baik, tapi suka menyergah tiba-tiba. Apakah?

Tak mengapalah. Kerana saya faham, manusia punya pelbagai karakter. Saya sendiri pun. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan. Seteruk mana dikutuk, saya masih percaya, diri saya hanya layak buat si Dia, kerana Dia Sang Pencipta. Saya 'hak' Dia!

Bimbang sungguh kalau penyakit 'kuat marah' tu datang kembali. Ya Allah, mohon jauhkan. Biarlah. Mereka gembira buat begitu.

Itu mehnah dalam kehidupan bermasyarakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka." -RIWAYAT AHMAD-

Maaf atas entri mengarut nih. Saya redha terima. Dan saya tetap sayang dan doakan mereka, saudara semuslim.

Wallahu a'lam.


Thursday, 20 August 2009

Keliru!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...


Kelirukah?

Rasa-rasa macam saiz L, tapi kenapa saiz S menjadi pilihan?

Tak cukupkah S, nak jugak XXS?

Tengok-tengok macam selayaknya XL, tapi M gak yang terpaut dek hati.

Adehh...

[Kata mereka]...Oh! Gemuknya dia dengan baju besar itu!

[Sepatutnya pujilah]...Mak ngaih, kurus betul dia dengan fitting begitu!

Hoo..hoo.. Terlebey sudah~ Apakah??

"Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan mendorong orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."-Riwayat Bukhari dan Muslim.


Nah, aku atau kau yang keliru?

"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu"
Keliru yang haru??

Tak tahan lagi. Ku bisa jatuh sakit ='(

Wednesday, 28 January 2009

Laa ni..manusia macam-macam!

Salam alaik.. Alhamdulillah kita masih punya waktu mengecapi nikmat kesihatan, iman dan Islam. Agak terkejut bila membaca muka depan Berita Harian, "Israel cabuli gencatan senjata, lancar serangan di Gaza." Isk3..Dasar orang munafik, mana pernah nak tepati janji.. Itulah Israel laknatullah!

Bersyukur kita hidup dalam suasana aman, tak dihujani peluru, tak terkejut dek serangan bom. Tapi malangnya, tak ramai yang menghargai malah mensia-siakan keharmonian dalam Malaysia ni. Teringat pengalaman melihat seorang lelaki Melayu berbadan besar di Stesen Bas Larkin hari tu. Gelagatnya pergi ke seorang demi seorang dengan dialog, "Assalamualaikum. Saya nak mintak derma ikhlas ni. Saya sakit sawan. Kalau boleh, dermalah seikhlas pakcik." Sedangkan di kawasan berdekatan, saya nampak lelaki Cina sedang menyelongkar tong sampah, mengorek tin-tin terbuang, memijak, dan kemudian memasukkan koleksi tin kemek ke dalam guni. Cuba fikir sat, apa beza lelaki Melayu ini dan lelaki Cina itu? Bezanya, lelaki Melayu ini masih MUDA, lelaki Cina tu pula dah TUA, siap bongkok-bongkok lagi. Sekilas terdetik, baiklah duit aku nih disalurkan pada tabung bantuan Gaza nun, dan mudah-mudahan lelaki ini diberi kesihatan yang baik untuk mencari sesuap rezeki yang halal tanpa meminta-minta.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”

Riwayat At-Tabrani


Pemandangan di kampung juga membuatkan saya terfikir. Dilihat sekumpulan 'muslimah-muslimah' harapan agama dok berkumpul, berpeleseran dengan motor masing-masing. Alangkah baiknya waktu-waktu petang begitu diisi dengan study berkumpulan ke, riadah ke [kalau la nak sangat kumpul ramai-ramai kan], dapat la jugak manfaatnya, dapat la mengelak dari aktiviti-aktiviti lagha. Mungkin depa tak sedar, sahabat-sahabat mereka kat Palestin sana punya la sanggup dok belajar bawah khemah demi mencari secebis ilmu.. Tapi mereka kat sini, dok goyang kaki bila cuti sekolah mula.

Itu baru fenomena yang sedikit. Kadang-kadang, nikmat yang ada kita sia-siakan tanpa sengaja. Peringatan buat diri penulis juga, hargai 5 nikmat sebelum datang 5 perkara. Dan yang paling penting, teruslah berdoa untuk saudara seakidah kita di Palestin. Mudah-mudahan mereka diberi kemenangan.. Wallahua'lam.

Hadith :
Dari Abdullah bin Aufa r.a, "Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:” Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang”. Kemudian baginda berkata:”Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:"
Bukhari

Monday, 15 December 2008

Apabila perikemanusiaan itu hilang....

"Buat anak pandai!! Jaga anak?? Huh! Haram tak reti ape!"

Heh..kasar kan bunyinya ni? Tapi berita baru-baru ini mengesahkan kata-kata ni.

Berita tentang penemuan seorang bayi lelaki yang dibuang, mujur ditemui dalam keadaan yang masih bernyawa di dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang. Berdasarkan laporan akhbar, “Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam.”

Mana hilang perikemanusiaan insan zaman sekarang? Tindakan pelaku begini wajar dilabel binatang! Ah..binatang sendiri pun mampu mendodoi dan menjaga anak mereka sebaik mungkin. Lalu, pelaku ini wajar digelar apa ya?? Anda sendiri menilainya.

Apa punca kejadian macam ini terjadi? Saya bukanlah tukang nujum kononnya yang mampu meneka sebab sebenar bayi ini dibuang, dan saya bukanlah sesiapa yang boleh menghukum si pembuang bayi ini. Cumanya, cuba kita fikir-fikirkan.. kita renung-renungkan.. mungkin kelemahan masyarakat berpegang teguh dengan pegangan agama merupakan salah satu puncanya. Bila mana tiada pegangan, pastinya hilang pedoman. Tiada arah tuju, tiada siapa yang difikir dapat membantu. Sumbang mahram, zina dan segala macam dosa yang menghasilkan anak luar nikah kebanyakannya diakhiri dengan tragedi menyayat hati. Kenapa anak tak berdosa tu juga yang jadi mangsanya? Lepas satu, satu lagi dosa dicipta.

Ayuh saudara se-Islam ku! Bangkit dari lena yang panjang. Banyak lagi yang harus kita perjuang! Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Lekas bertaubat, sebelum kain batik lepas dibentang.....

Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,:”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.


Tuesday, 25 November 2008

Menyusul Pemergian


[17-11-08]-Berita mengejutkan sekali lagi.. Genap seminggu arwah Yai meninggalkan alam fana, Nyai Bakar menyusul pemergian suami tercinta. Kalimah "Mak nak ikut bapak" mungkin didengar dan dikabulkan permintaan hambaNya oleh sang Pencipta..Mujur sempat ditatap wajah tua itu untuk kali terakhir. Hanya doa mengiringi perjalanan mereka ke alam kekal abadi. Mungkin itulah tanda cinta sejati mereka. Al-Fatihah~

Sunday, 7 September 2008

Song dedicated to them

Lafaz Yang Tersimpan by UNIC


Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena

Kasih zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanyalah sekadartingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran

Tak mungkin terlihat cinta yang merona

Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam

Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan


ana uhibbuka fillah ~

Thursday, 19 June 2008

Akademi Al-Quran ketemu juaranya!






Baru-baru ini rancangan realiti Akademi al-Quran telah melabuhkan tirainya yang menandakan berakhirnya musim ketiganya dan sudah pun bertemu sang juara. Tahniah buat saudara Fakhrul Radhi kerana berjaya memukau para juri dan penonton dengan alunan ayat suci yang begitu merdu sekaligus muncul juara termuda berusia 22 tahun mengalahkan 3 lagi peserta lain.

Sudah pun tiga musim berlalu, Alhamdulillah masih ada yang sudi menonton. Tapi yang pasti, jumlah penontonnya tidak seramai Akademi Fantasia. Pada ana, program ilmiah sebegini banyak mendidik jiwa kita bahkan menambah lagi ilmu yang sedia ada. Dengan adanya akademi ni, dapat gak ana belajar tentang ilmu taranum, riwayat yang sebelum ni memang ana kurang tahu.Setakat baca bertajwid, bolehlah.

Dan ana terbaca, sebelum berlangsungnya episod akhir AQ 3, pihak TV 9 mengaku kurang mendapat penajaan untuk hadiah bakal juaranya. Apa yang ingin dipertikaikan di sini, ialah sikap pilih kasih pihak penganjur/penaja dalam memartabatkan al-Quran, ini kerana kalau dicongak-congak hadiah yang dibawa pulang oleh para pemenang dalam Akademi al-Quran tidak mencecah jumlah lebih dari RM100,000, berbanding dengan para juara Akademi Fantasia sebagai contoh yang sudah sampai musim keenam, kebanyakannya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan hingga memperolehi sebuah kondominium, kereta dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa juara hiburan lebih mendapat tempat di hati masyarakat berbanding juara Akademi al-Quran.

Cumanya, peranan ibu bapa untuk mencorakkan jiwa anak masing-masing. Syukur juga masih ada si kecil yang berada di dewan tersebut mendengar sama alunan suci Kitabul Quran. Harapan ana tinggi supaya tidaklah anak kecil diserapkan dengan gejala hedonisme iaitu hiburan melampau kerana kalau ditonton rancangan Tom Tom Bak di saluran Astro, kanak-kanak seusia 4 tahun sudah pandai bergelek. Aduh, apakah bangga ibu bapanya anak mereka beraksi sedemikian di depan kamera dan ditonton jutaan rakyat Malaysia?? Sebenarnya, banyak lagi cara lain untuk mendedahkan bakat2 si kecil itu.

Akhirul kalam, marilah kita bangkit memartabatkan Islam di seantero dunia! Oh ya..Akademi Al-Quran sudah berakhir, namun Akademi Nasyid baru hendak bermula. Mari sama-sama saksikannya..(",)





Thursday, 5 June 2008

Oh minyak motorku!!


Yatta!!


Heboh sana sini bila minyak sudah pun naik RM 2.70 . Pagi tadi pun, berapa banyak kenderaan beratur menunggu giliran nak isi tangki minyak masing-masing. Bayangkan la dari stesen minyak panjang sampai ke masjid, yang sebelah sana pulak sampai la ke klinik..SubhanAllah, panjang benerr! Macam-macam ragam yang dapat dilihat. Yang sabar menunggu, nampak tenang..tapi bagi yang kurang tahap kesabarannya, mula lah menyelit sana sini demi kepentingan tangki sendiri. Silap langkah, terhimpit pulak kenderaan lain. Baik2 nak save duit minyak, kena pulak keluar duit ganti rugi baiki ke'kemek'an kereta orang..haishh, malang nasib dema yek.

Bagi ana, tak banyak beza pun isi minyak sebelum tarikh kenaikan harga minyak dikuatkuasakan. Sebabnya, kita masih kena isi gak tangki tu untuk hari mendatang. Bukannya, kekal selamanya dalam tangki tu kan.. Nak tak nak, redha je la..Yang ana pasti, di luar sana banyak pihak yang rasa tak puas hati tapi tak mampu diluahkan lantaran jurang berbeza antara rakyat dan pemimpin barangkali. Kalau diimbas kembali zaman pilihan raya yang dilanda tsunami politik baru-baru ini menjanjikan manifesto2 yang manis belaka. Walaupun dibangkitkan isu bakal kenaikan harga minyak selepas pilihanraya yang lalu, namun ia dinafi keras oleh pihak kerajaan. Nah, sekarang bila isu ini benar-benar terjadi, banyak pula hujah2 mempertahankan diri tapi tidak untuk keselesaan masyarakat. Aduh, letih betul dengan situasi macam ni. Bila kat parlimen, sibuk bercakar perkara remeh bukannya sungguh-sungguh mempertahan hak rakyat.

Kalau diukur dari segi pendapatan pula, golongan yang berpendapatan sederhana bakal jatuh 'miskin' dan kemungkinan untuk golongan marhaen bakal bertambah adalah tinggi. Kasihan bila difikirkan. Natijah daripada isu kenaikan minyak pasti mengundang kenaikan untuk harga2 barangan lain. Pembekal barang mentah menaikkan harga kepada pemborong gara-gara kos pengangkutan yang dikatakan semakin bertambah. Haishh..kalau begini lah, harga semua benda akan naik dan tak akan menurun. Entah apa bakal terjadi untuk tahun2 mendatang.

Untuk warga kampus, marilah kita sama2 naik basikal, Jimat minyak, senang parking. Kalau hujan, naik la bus yang dah sedia kita bayar dalam yuran pengangkutan. Rugi jika tak diguna sebaik mungkin. Semoga pemimpin negara yang dilantik lebih prihatin dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga hal kebajikan rakyat.

Thursday, 22 May 2008

Politik


Bicara politik ni bukan benda sembarangan. Silap cakap, pasti ada pihak yang melenting. Teringat pengalaman sulung ana menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN) untuk MPP se-Malaysia la kononnya..MasyaAllah, ana akui jahilnya ana tentang politik negara ketika itu. Tapi bersyukur la, kerana ana tidak jahil agama. =) Bukan la nak kata tak sayang negara sebab tak tahu perkembangan politik, cuma rasa minat tu tak ada langsung. Sebab ana fikir, sebagai pelajar ana harus belajar sahaja.. Rupanya ana silap perhitungan..Tambahan pulak, dah jadi pemimpin pelajar mesti kena arif bab-bab cenggini kan..Masa tu pulak, ana jadi pendengar setia je lah.. Nak komen lebih-lebih, bukan ana ada ilmu politik pun. Bak kata orang, diam itu lebih baik. Sebabnya Rasulullah pernah bersabda :

"Yang bermaksud: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."

-(Diriwayatkan oleh Baihaqi).-

Haa..Langkah berdiam diri itulah yang terbaik buat ana. Bukan begitu?? :P At least, ana dengar pendapat rakan-rakan ana yang arif berdebat dan di sinilah titik permulaan ana mengenal erti politik walaupun dalam keadaan terpaksa. Hehe~ Ada jugak la sorang sahabat ana nih mengkritik ana, walaupun terguris sekejap dan ana rase mak aihh, lasernya mulut enta!, tapi Alhamdulillah ana dapat terima itu sebagai kritikan membina dan langkah untuk ana berubah. Bagi sesiapa yang belum pernah join kursus BTN tuh, silalah join untuk mendapatkan pengalaman tentang apa yang sebenarnya nak disampaikan.. *wondering*


Sekarang pulak senario politik kian gawat. Syiapa kata ekonomi je boleh gawat?? Politik pun boleh jugak tau.. Nasib baik ana bukan penganalisa politik..Kalau tak, pasti jenuh nak mentafsir di sebalik tabir isu politik yang tah pape sekarang nih..Pernah ana terfikir, apa salahnya semua parti bergabung mentadbir dengan keseimbangan rohani, fizikal, intelektual dan yang sewaktu dengannya lah.. Pastinya aman Malaysia ni, tanpa perkelahian dan mungkin mampu membentuk satu pentadbiran yang unggul dengan pengamalan agama Islam yang sebenar.. Tapi, fikiran ana selalu benar dinafikan dengan kata-kata "Cakap memang senang, nak buat tu yang susah." Then, kalau betul lah boleh buat, pastinya media cetak ngan media elektronik takde cerita hangat untuk disensasikan. Kesian pulak kat penulis, wartawan semua terpaksa menyepikan diri.

Bila pemimpin berbalah, rakyat gi mana ya?? Logikkah rakyat yang membela pemimpin?? Masing- masing pun cakap dah berbelit. Pada sudut pandangan peribadi ana lah, situasi sekarang ni mempengaruhi keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap individu-individu yang mewakili rakyat nih. Raja Nazrin pun pernah bertitah tentang sistem kehakiman negara yang dicemari dengan kes video V.K. Lingam.. Urm, ana tak boleh dan tak layak komen lelebih. Kang ada lak kena saman macam Raja Petra.. Susah kah untuk berlaku amanah, adil, jujur dan benar? Sedangkan itu sifat yang dimahukan untuk menjadi pemimpin terulung!

Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".-(Muttafaqun Alaih).-

Mintak kita dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah itu. InsyaAllah!

Sunday, 18 May 2008

Ketandusan Akhlak



Kini, di dada akhbar banyak memuatkan isu ketandusan akhlak. Bahkan bukan dari golongan muda, malahan yang veteran tidak kurang yang terlibat sama. Astaghfirullah al-Adzim! Apa mahu jadi duniaku kini?? Tidakkah mereka ingat, di saat sakaratulmaut nabi junjungan terakhir, Muhammad S.A.W baginda menyebut "Ummati..ummati..ummati" tanda kasih dan sayangnya pada umatnya..Namun apa tindakan kita membalas perasaan cinta Rasulullah terhadap umatnya?? Adakah dengan membelakangi suruhan agama, dan menuruti tuntutan hawa nafsu?? Inilah yang dinamakan 'diberi susu tapi dibalas tuba'.

Hari ini saja, di halaman Metro Ahad "Ceroboh rumah kekasih, Remaja sanggup panjat pagar untuk berasmara". Istighfar panjang ku membaca tajuk tersebut. Lupakah mereka akan dosa, pahala?? Ke manakah hilangnya maruah yang patut dipertahankan?? Rasa malu melakukan dosa telah lenyap malah diganti dengan rasa bangga..Apa gunanya? Ana malu. Sebagai muslim sejak lahir lantaran ibubapa yang sememangnya Muslim lebih mudah berbanding mereka yang dilahirkan kafir dan bersusah payah mencari sinar Islam. Kenapa tidak kita hargai peluang mengecapi nikmat Iman dan Islam itu?? Sedarlah wahai saudaraku sebelum terlambat..

"Dan janganlah kamu sengaja menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan...." (Al-Baqarah : 195)

Lantas ana teringat pengalaman jaulah ana dan kata-kata ukhti Hidayah bahawa tugas dai'e bukan mudah. Jikalau diimbas kata-kata Bung Karno sendiri, " Berikan aku sepuluh pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia ini!" Tapi sekarang, sukar hendak mencari pemuda yang penuh semangat dalam melaksanakan perjuangan..Ketandusan golongan-golongan hebat seperti Muadz bin Jabal, Abdullah Ibn Mas’ud dan Tufayl, Radhiyallahua’nhuma..Semangat mereka pudar hilang tah ke mana..

Ramai golongan muda juga leka dengan urusan duniawi melebihi urusan ukhrawi. Mereka lebih suka menghadiri konsert dari mendengar ceramah agama. Lebih senang bersosial dari menyertai usrah. Lebih gemar mendedahkan aurat di sana sini.. Atas alasan Malaysia 'panas' ke menyebabkan mereka berpakaian seperti tidak cukup kain?? Nonsense! Panas api neraka tidak pula ditakuti? Lucu sungguh!

Ana rindu..Ingin ana rasai kembali zaman kegemilangan Islam di mana umatnya mengamalkan perintah agama, tidak hanyut dibuai arus kemodenan. Kadang, ana juga alpa dalam menasihati diri sendiri dan saudara seagama. Cuma selalu ana panjatkan doa di akhir solat agar Allah mengampunkan dosa umat Islam sedunia dan hindari kami dari melalaikan tanggungjawab terhadapNya..Mudah-mudahan diperkenankan Yang Esa. Amin ya rabbal 'alamin~