Sunday, 18 May 2008

Ketandusan Akhlak



Kini, di dada akhbar banyak memuatkan isu ketandusan akhlak. Bahkan bukan dari golongan muda, malahan yang veteran tidak kurang yang terlibat sama. Astaghfirullah al-Adzim! Apa mahu jadi duniaku kini?? Tidakkah mereka ingat, di saat sakaratulmaut nabi junjungan terakhir, Muhammad S.A.W baginda menyebut "Ummati..ummati..ummati" tanda kasih dan sayangnya pada umatnya..Namun apa tindakan kita membalas perasaan cinta Rasulullah terhadap umatnya?? Adakah dengan membelakangi suruhan agama, dan menuruti tuntutan hawa nafsu?? Inilah yang dinamakan 'diberi susu tapi dibalas tuba'.

Hari ini saja, di halaman Metro Ahad "Ceroboh rumah kekasih, Remaja sanggup panjat pagar untuk berasmara". Istighfar panjang ku membaca tajuk tersebut. Lupakah mereka akan dosa, pahala?? Ke manakah hilangnya maruah yang patut dipertahankan?? Rasa malu melakukan dosa telah lenyap malah diganti dengan rasa bangga..Apa gunanya? Ana malu. Sebagai muslim sejak lahir lantaran ibubapa yang sememangnya Muslim lebih mudah berbanding mereka yang dilahirkan kafir dan bersusah payah mencari sinar Islam. Kenapa tidak kita hargai peluang mengecapi nikmat Iman dan Islam itu?? Sedarlah wahai saudaraku sebelum terlambat..

"Dan janganlah kamu sengaja menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan...." (Al-Baqarah : 195)

Lantas ana teringat pengalaman jaulah ana dan kata-kata ukhti Hidayah bahawa tugas dai'e bukan mudah. Jikalau diimbas kata-kata Bung Karno sendiri, " Berikan aku sepuluh pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia ini!" Tapi sekarang, sukar hendak mencari pemuda yang penuh semangat dalam melaksanakan perjuangan..Ketandusan golongan-golongan hebat seperti Muadz bin Jabal, Abdullah Ibn Mas’ud dan Tufayl, Radhiyallahua’nhuma..Semangat mereka pudar hilang tah ke mana..

Ramai golongan muda juga leka dengan urusan duniawi melebihi urusan ukhrawi. Mereka lebih suka menghadiri konsert dari mendengar ceramah agama. Lebih senang bersosial dari menyertai usrah. Lebih gemar mendedahkan aurat di sana sini.. Atas alasan Malaysia 'panas' ke menyebabkan mereka berpakaian seperti tidak cukup kain?? Nonsense! Panas api neraka tidak pula ditakuti? Lucu sungguh!

Ana rindu..Ingin ana rasai kembali zaman kegemilangan Islam di mana umatnya mengamalkan perintah agama, tidak hanyut dibuai arus kemodenan. Kadang, ana juga alpa dalam menasihati diri sendiri dan saudara seagama. Cuma selalu ana panjatkan doa di akhir solat agar Allah mengampunkan dosa umat Islam sedunia dan hindari kami dari melalaikan tanggungjawab terhadapNya..Mudah-mudahan diperkenankan Yang Esa. Amin ya rabbal 'alamin~




No comments: