Salam juang.
Ada orang bangga dengan tahap betapa simple nya dia.
"Uiih.. aku nih simple ja. Nak kuaq pi kedai dengan baju tidur ka, seluar pendek ka, pun takpa. Start motor, vroom..vroom..sampai la kedai tu."
Simple sangat.. sampai aurat lupa nak jaga.
"Oitt.. bakpenye pikiaq complicated benor.. assignment gini buat simple aje udah le.."
Simple sangat.. sampai semua tugasan nak buat sambil lewa.
Ada orang tersusahkan diri dengan tahap complicated nya dia.
"Laa.. nak pi majlis dinner ni.. awat hang simple bebenor.. meh che' adjust kan. Eyeshadow ni kasi la terang sikit naa.. blusher ni biaq pink, tambah cantik. Hah.. tu maskara tu kasi lentik lagi bulu mata tu haa..."
Complicated kot... yang mungkin tercecah tahap tabarruj?
Complicated kot... yang mungkin tercecah tahap tabarruj?
"Ahha.. Majlis tunang nanti I nak ada pelamin ala-ala English style. Kanopi nak dua. Jemputan ada la dalam 150 orang kot. Tempah cameraman. Pesan ke dia, photoshoot outdoor jangan lupa cari tempat cecantik pulak. Wedding nanti kita kasi lagi gempak lah, I tak mau simple-simple.. Baru puas hati. "
Complicated kot... Adat ke.. syariat ke.. ibadat ke.. celaru sudah? Almaklum, kahwin sekali cuma.. Kot?
Nak simple ke.. Complicated ke.. terpulanglah ke kome.
Asalkan tak melanggar syariat Allah. Tak main-main dengan hukum yang ditetapkan Allah. Itu dah cukup.
Syaikh al-Islam ibn Taimiyah (w.728H) berkata: “Sesungguhnya agama Allah ini adalah pertengahan antara yang melampaui dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah (dengan cara) yang mana satu dia berjaya, iaitu sama ada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama Allah yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-Nya. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan telah berjaya mengeluarkan (menyesatkan) banyak puak umat ini (umat Islam) yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka terkeluar daripada agama sepertimana melurunya anak panah daripada busurnya”
Sebaik-baik pekerjaan itu ialah pertengahan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment