Friday, 23 October 2009

Jiwa Sensitif..


Salam sejahtera..

Akhir ini kerap saja cepat 'panas'. Sedikit tersilap kata, maka saya akan diam. Malas tambah dosa, panjangkan telingkah. Saya mengambil pendekatan bahawa diam lebih baik. Yang teruk, bebel dalam hati. Tak tahu kenapa, terasa dibudak-budakkan. Suka hati anda lah mahu marahkah, perlikah, sindirkah, saya akan tetap diam. Tak pernah ditanya baik, tapi suka menyergah tiba-tiba. Apakah?

Tak mengapalah. Kerana saya faham, manusia punya pelbagai karakter. Saya sendiri pun. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan. Seteruk mana dikutuk, saya masih percaya, diri saya hanya layak buat si Dia, kerana Dia Sang Pencipta. Saya 'hak' Dia!

Bimbang sungguh kalau penyakit 'kuat marah' tu datang kembali. Ya Allah, mohon jauhkan. Biarlah. Mereka gembira buat begitu.

Itu mehnah dalam kehidupan bermasyarakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka." -RIWAYAT AHMAD-

Maaf atas entri mengarut nih. Saya redha terima. Dan saya tetap sayang dan doakan mereka, saudara semuslim.

Wallahu a'lam.


No comments: