Tuesday, 27 October 2009

Terbang ke bumi barokah

..Bismillah..

..Assalamualaikum..~

Mereka dah mula berterbangan secara berperingkat ke bumi barokah itu. Menunaikan rukun Islam kelima. Ada yang gembira, tak sabar. Ada yang risau dalam ceria. Pernah terbaca kan dalam majalah yang mana ada individu yang takut-takut menjejakkan kaki ke tanah suci Kota Makkah dek kerana dihantui kesilapan masa lampau. Hmm.. Jangan risaulah, selagi kita berusaha bertaubat sungguh-sungguh atas dosa yang dah dilakukan dan percaya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim si Dia, insyaAllah perjalanan kita di sana kelak bakal dipermudahkan. Macam tips periksa, usaha dulu, banyakkan berdoa dan kemudian tawakal. Boleh guna rasanya tips ni bagi bakal haji dan hajjah. Eheh..

Rasa teruja pula dengar khabar jemaah-jemaah yang bakal berlepas ke sana. Wah, bila agaknya ya giliran penulis? Teringin pergi satu keluarga, takda yang terkecuali. Sekarang, masih berkira-kira simpanan di akaun, jauh lagi dari sasaran nih. Makanya, kena usaha keras berjimat dari sekarang, mudah-mudahan bila tiba giliran, masih punya kudrat untuk melaksanakannya. Ayo yuk kita
saving! ^_^



PENSYARIATAN HAJI

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah."
- (Al- Baqarah:196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"- (Ali Imran:97)

Dan lain-lain info haji seperti sejarah, falsafah, jenis haji dan sebagainya, boleh didapati di sesawang ini.


RAKAMAN TRAGEDI IBADAH HAJI


  • 2 Julai 1990: 1.426 jemaah terkorban kebanyakan dari Asia akibat terperangkap didalam terowong di Mina.
  • 24 Mei 1994: 270 jemaah terkorban akibat saling berebut dan terpijak di Mina.
  • 7 Mei 1995: tiga jemaah terkorban akibat kebakaran di Mina.
  • 15 April 1997: 343 jemaah terkorban dan 1.500 lainnya cedera kerana sesak nafas ekoran daripada kebakaran khemah di Mina.
  • 9 April 1998: 118 jemaah terkorban kerana berasak-asak sewaktu pelaksanaan lontar jamrah.
  • 5 Mac 2001: 35 jemaah terkorban serta puluhan lainnya luka – luka kerana berasak-asak di Jammarat.
  • 11 Februari 2003: 14 jemaah terkorban di Jumrotul Mina – enam diantaranya wanita.
  • 1 Februari 2004: Sebanyak 251 terkorban selama pelaksanaan lontar jumrah.
  • 23 Januari 2005: 29 jemaah terkorban akibat banjir terburuk dalam 20 tahun terakhir di Madinah.
  • 5 Januari 2006: Sebanyak 76 terkorban akibat runtuhnya sebuah penginapan al-Rayahin di jalan Gaza, sekitar 200 meter sebelah barat Masjidil Haram.
  • 12 Jan 2006: Sedikitnya 345 jemaah terkorban di Jammarat selama pelaksanaan lontar jumrah. Insiden ini terjadi pada pukul 15.30 waktu tempatan usai solat Zuhur, setelah jutaan jamaah saling berasak-asak di pintu masuk sebelah utara lantai dua Jammarat.


Sumber diambil dari sini.

Mujur sekarang, pihak di sana yang prihatin dan kemudahan baru yang dibina memudahkan para jemaah sekaligus mengelakkan kejadian jemaah yang terpijak sewaktu melaksanakan ibadah haji daripada berulang. Justeru, mari kita doakan mereka yang berlepas ke sana selamat pergi dan selamat pulang serta mampu melaksanakan ibadah haji sebaik mungkin, insyaAllah haji mabrur. Amiiin.

Buat pakcik, makcik, abang, kakak, adik dan semua yang bakal menjejakkan kaki ke tanah barokah di sana, saya doakan muga yang baik-baik semua untuk kalian. Selamat beribadah saya ucapkan!

No comments: