Wednesday, 2 January 2013
Cantik
Cantik.
Masih lagi mengungguli carta kriteria pemilihan seorang isteri.
Tapi... Cantik saja?
Maaf, saya mahu menjadi lebih istimewa. Dalam dakwah dan tarbiyyah.
2013, cuma tinggal beberapa bulan sahaja kita boleh luangkan masa bersama. *kontrobesi*
Barakallah untuk awak-awak yang 'spesial' di hati saya.
Saya, belum masanya. Hehe!
Friday, 24 August 2012
Fitrah!
Selamat kembali kepada fitrah seorang hamba.
Selamat meraikan hari kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu tanpa kehadiran Syaitan.
Semoga selamat semuanya.
Maaf segala salah dan silap dari saya kepada semua. Sengaja atau tidak.
Nah, ucapan dari anak buah saya, Little KhairahS dari Oxford, mewakili ucapan MokSu kepada semua juga.
Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin.
Kullu 'am wa antum bi khair.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Wednesday, 15 February 2012
Wave
Weehu.
Saya punya tugas yang memungkinkan saya perlu mengenepikan hajat saya.
Saya sayang MEDIA, tapi saya nak berundur dari sebarang perkara. Boleh?
Semalam dah kena pukul dengan As bila hasrat berundur dinyatakan.
Haha, okeh. Respon kepada team sahaja.
Sori korang. Kalau rindu, silalah bertamu di sini.
Kalau tak rindu, tetaplah sebut namaku dalam doa Rabitahmu. *Ameeen.
Eceh, dah perasan glamer lah tu. He he!
Alrite, tamat!
Friday, 10 September 2010
Berat ku biarkan kau berlalu

Semoga Allah menerima amalan kita dan diampunkan dosa
Tuesday, 10 August 2010
Yok Diet!
Moga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak pengislahan diri untuk terus istiqamah pada bulan-bulan akan datang.
Mari merebut ganjaran sebanyak mungkin.
Minta maaf salah silap.
Moga saya dan kamu dapat menjalani ibadah puasa secemerlang yang mungkin.
InsyaAllah.
Sunday, 18 April 2010
Aishiteru fillah Merpati
Nampaknya, Merpati bakal terbang meninggalkan sarang.
Dan, kami harus redha. Akur dengan setiap pertemuan yang biasanya menjanjikan perpisahan.
Terbang si Merpati bukan suka-suka. Dia terbang dengan agenda.
Merpati,
Jangan kerna pendarahan geraham, kau berhenti menggigit batang mancis.
Jangan kerna nyalaan mancis yang terkadang padam, kau terbang terlalu rendah dan perlahan.
Merpati,
Lajulah mengibas sayap mu.
Moga ummat terkesan.
Teruskan derapan mu.
Moga ummat tersedar.
Merpati, aku nak kau tahu.
Aku bersyukur dengan ukhuwwah ini.
Menjadikan mardhatillah matlamat kita.
Ingat 'surat cinta' yang Merpati dapat?
Aku tak berkesempatan buat yang seperti itu, tapi aku kira penulis itu sependapat denganku.
Hehe, alasan. Malas kan aku nak menyatakan sendiri kecintaan aku pada persahabatan kita?
Ah, sudah. Kau orang memang sahabat terbaik aku dunia akhirat.
Merpati,
Dalam penerbangan kau, jangan lupa doakan kami di sini.
"Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan melainkan Malaikat berkata: "Dan bagimu juga seperti itu." (H.R. Muslim)
Doakan,
Agar Srikandi terus mantap peribadi.
Agar Anaigh terus menjadi aneh dalam dagangnya.
“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]
Jangan risau. Kerana kami sentiasa mendoakan kepulangan kau ke sangkar ini. Semester akan datang tau! Sebab.. Hutang buku ar-Raqaiq padamu tak langsai lagi. Hihi..
Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam.
Sob3! Sedihnya aku perpisahan kali ini.
Hingga ketemu sekali lagi, jika tidak di sini, mudah-mudahan di Syurga nanti.
Janji ya!Uhibbuki, wo ai ni, aishiteru, I love U fillah.. abadan abada!
Tuesday, 22 December 2009
K.I.T.A

Salaam..
Lenguh-lenguh..
Sakit-sakit..
Simptom orang dah lama tak bersukan. Haha..
KASBI 09' kita sertai
Mencipta pengalaman
Menjalin ukhuwwah
Menyihatkan badan
Meluaskan pandangan
Tahniah buat team ana..
Cukup kita menang SEMANGAT dan USAHA.. [eheh..]
Walau tak menang keseluruhan .. [lain kali boleh kott]
Jazakillah buat antum eh..
Buat coach, kapten.. Mabruk..
Kalian terbaeekkk!
PEMBINA cawangan yang lain..
Kita jumpa next session.. [untuk menebus kekalahan.. =p]
InsyaAllah..
Uhibbukum fillah..
Wassalamualaikum.
**ceritera laen
Wednesday, 9 December 2009
Alhamdulillah
Orang lain dapat anak, kita yang seronok..
Takpe arr.. Meraikan mujahidah al-Khair da second gamaknye.. Eheh..
Welkam to Hj. Othman's generation... Yea!
Alhamdulillah Ya Allah..
Ni anak sedare kite.. Comey kan? ^_^
Mabruk her abi wa ummi..
Tuesday, 27 October 2009
Terbang ke bumi barokah

..Assalamualaikum..~
Rasa teruja pula dengar khabar jemaah-jemaah yang bakal berlepas ke sana. Wah, bila agaknya ya giliran penulis? Teringin pergi satu keluarga, takda yang terkecuali. Sekarang, masih berkira-kira simpanan di akaun, jauh lagi dari sasaran nih. Makanya, kena usaha keras berjimat dari sekarang, mudah-mudahan bila tiba giliran, masih punya kudrat untuk melaksanakannya. Ayo yuk kita saving! ^_^

PENSYARIATAN HAJI
Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:
"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah."- (Al- Baqarah:196)
Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"- (Ali Imran:97)
RAKAMAN TRAGEDI IBADAH HAJI
- 2 Julai 1990: 1.426 jemaah terkorban kebanyakan dari Asia akibat terperangkap didalam terowong di Mina.
- 24 Mei 1994: 270 jemaah terkorban akibat saling berebut dan terpijak di Mina.
- 7 Mei 1995: tiga jemaah terkorban akibat kebakaran di Mina.
- 15 April 1997: 343 jemaah terkorban dan 1.500 lainnya cedera kerana sesak nafas ekoran daripada kebakaran khemah di Mina.
- 9 April 1998: 118 jemaah terkorban kerana berasak-asak sewaktu pelaksanaan lontar jamrah.
- 5 Mac 2001: 35 jemaah terkorban serta puluhan lainnya luka – luka kerana berasak-asak di Jammarat.
- 11 Februari 2003: 14 jemaah terkorban di Jumrotul Mina – enam diantaranya wanita.
- 1 Februari 2004: Sebanyak 251 terkorban selama pelaksanaan lontar jumrah.
- 23 Januari 2005: 29 jemaah terkorban akibat banjir terburuk dalam 20 tahun terakhir di Madinah.
- 5 Januari 2006: Sebanyak 76 terkorban akibat runtuhnya sebuah penginapan al-Rayahin di jalan Gaza, sekitar 200 meter sebelah barat Masjidil Haram.
- 12 Jan 2006: Sedikitnya 345 jemaah terkorban di Jammarat selama pelaksanaan lontar jumrah. Insiden ini terjadi pada pukul 15.30 waktu tempatan usai solat Zuhur, setelah jutaan jamaah saling berasak-asak di pintu masuk sebelah utara lantai dua Jammarat.
Sumber diambil dari sini.
Mujur sekarang, pihak di sana yang prihatin dan kemudahan baru yang dibina memudahkan para jemaah sekaligus mengelakkan kejadian jemaah yang terpijak sewaktu melaksanakan ibadah haji daripada berulang. Justeru, mari kita doakan mereka yang berlepas ke sana selamat pergi dan selamat pulang serta mampu melaksanakan ibadah haji sebaik mungkin, insyaAllah haji mabrur. Amiiin.
Buat pakcik, makcik, abang, kakak, adik dan semua yang bakal menjejakkan kaki ke tanah barokah di sana, saya doakan muga yang baik-baik semua untuk kalian. Selamat beribadah saya ucapkan!
Saturday, 19 September 2009
Eid Mubarak
Pemergian Ramadhan yang terus ditangisi, menandakan kita bakal meraikan hari KEMENANGAN melawan hawa nafsu sepanjang bulan puasa. Isikan masa yang ada dengan menziarahi saudara dan kenalan bagi mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Bagi yang memandu pulang ke kampung, hati-hati dan ingatlah orang tersayang. Akhir kalam, penulis ucapkan Salam Lebaran, Maaf salah dan silap untuk sebarang kata dan perlakuan penulis. Mudah-mudahan kita berpeluang menemui Ramadhan seterusnya. InsyaAllah.

Sunday, 10 May 2009
Hari Ibu : Apa Ertinya?
Saya gembira dapat pulang ke kampung halaman tengahari tadi bagi meraikan hari istimewa ini bersama mak saya. Namun, ketibaan Hari Ibu kali ini mungkin sekali detik yang paling hiba buat anak-anak mangsa ragut yang terbunuh baru-baru ini. Bayangkan, 3 orang yang bergelar ibu maut dek kerana tindakan tak berperikemanusiaan golongan-golongan yang 'kononnya manusia'! Geram..geram. Yang lebih menyayat hati, 2 nyawa yang baru melalui proses pembentukan di dalam rahim ibunya turut sama terkorban. Astaghfirullah, di mana nilai murni masyarakat kita sekarang ya? Terlepas berita ragut ini? Boleh baca di sini, juga di sini. Komen anda?
Kecewa! Ada juga kes-kes buang bayi yang menjadi hiasan dada akhbar. Maka nya, orang begini tak layak digelar 'ibu'. Kalau tak mahu tanggung risiko mengandung, jauhi zina. Nafsu gila anak muda tak bertempat! Teknologi diguna pada jalan yang tak sepatutnya. Aiyoo, tak salah kata Teacher Banat [senior saya di SAKTI], murid-murid sekecil di sekolah rendah kini rosak akhlaknya. Sedih yang bukan main-main. Kadang, sedikit tak faham juga dengan sikap ibu yang mendera anak sendiri. Lupakah pada tempoh masa 9 bulan menggendong perut besar itu ke sana ke mari? Lupakah pada kegembiraan menerima salinan ct-scan [uh,btulkah?] tika bayi masih dalam usia 12 minggu? Betul lah.. Manusia cepat lupa.
Hentikan. Oh, hentikan bebelan mu ini. Akhir kata, cubalah jadi anak yang terbaik untuk ibu sendiri, dan jadilah ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Biarkan kita meraikan hari Ibu itu dengan 1001 pengertian. Ya Allah, jauhkan manusia abad ini dari fitnah dunia. Ingatlah, sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu. ” [ Luqman 31 :14]"
Thursday, 30 April 2009
Untukmu Teman
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
Monday, 13 April 2009
Simposium Projek Sarjana Muda

Assalamualaikum..
Buat semua pelajar tahun akhir, selamat buat pembentangan.
Doakan giliran saya esok ya!
Bagi yang sedang menjalani peperiksaan, GUDLAK juga..
Firman Allah, " Berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan bagimu"
Friday, 3 April 2009
WARKAH buat PM ke-6
TAHNIAH! Tak lupa juga TAKZIAH..Tugas memimpin bukan mudah..
Moga duit rakyat digunakan pada jalan yang sepatutnya..
Moga pemimpin kala ini mampu mencontohi pemimpin zaman khalifah Islamiah dulu kala..
Kami [rakyat] menanti corak pemerintahan yang telus dari kepimpinan Malaysia yang ke-6 ini..
Agar kesilapan lama tidak berulang, agar pemimpin Malaysia bersih dari kontroversi..
Selamat menempuh ALAM MENCABAR..
Selamat mempertaruhkan sebelah kaki kamu sama ada ke Jannah atau sebaliknya..
TAKBIR!!
Monday, 9 March 2009
12 Rabiul Awal datang lagi

Thursday, 22 January 2009
Sejauh Manakah Perubahan?

Assalamualaikum..
Pagi-pagi tadi juga terdengar siaran radio IKIM yang membincangkan isu Palestin ni tapi dari sudut lain sikit. DJ dok cerita la, tanya pendapat pendengar apakah yang mereka ingin suarakan setelah majlis angkat sumpah BARRACK OBAMA dah pun selamat berlangsung. Maklumlah, khabarnya Obama sudi mendengar suara dari negara kecil [Malaysia ni kecik je ropenye] selepas lama berdiam diri dari membincangkan isu ini dengan alasan jawatan yang masih belum rasmi. Lagipun, rasanya manifesto-manifesto yang Obama laungkan dulu la yang mampu mengangkat kedudukannya sekarang sebagai Pak Presiden kulit hitam pertama di Amerika. Bak kata laporan kat Berita Harian, Obama tanggung tugas berat pulih imej AS di mata dunia. Nah, sekarang waktu bekerja kamu!
Rasanya, ramai juga yang berharap Obama mampu lakukan perubahan besar lebih-lebih lagi dalam menangani isu dunia. Wajarkah semua bergantung harap pada Presiden Obama itu? Janganlah terlalu berharap, takut-takut terkecewa di kemudian hari. Laksanakan usaha sedaya kita. Yang penting, kita sayangkan agama kita! Saudara kita!
Oh! Lagi satu sebelum terlupa, ana nak ucapkan Selamat Hari Ulangtahun buat Kakanda Angah di Melaka tanggal 22 Januari setiap tahun..Kini dah menginjak 28 tahun usia tua.. Moga kehidupan yang dilayari bersama famili dilimpahi barokah untuk menuju syurga abadi. Amin~
Saturday, 27 December 2008
Selamat Tahun Baru : 1430H
Alhamdulillah, masih punya waktu mencoret sesuatu di laman yang bersawang ini..

Kalau dulu pertembungan dua tarikh antara sambutan kemerdekaan dengan awal Ramadhan.
Kali ini hampir-hampir juga tarikh sambutan awal Muharam dengan sambutan awal tahun Januari.
Mudah-mudahan muslimin muslimat sekalian tidak terlupa menyambut AWAL MUHARAM dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.

Sejenak, mari kita renung kembali sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah yang telah mencetus satu perubahan besar dalam sejarah Umat Islam agar generasi masa kini tidak lupa kepada pengertian Hijrah yang sebenar serta sejarah yang berlaku di sebaliknya.
Hijrah bermula apabila Quraisy yang merasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Mekah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin dengan harapan melemahkan semangat para pejuang Islam,namun tidak berjaya. Maka mereka mencadangkan usul yang jahat agar mengusir Rasulullah sebagai ketua pimpinan pada masa itu supaya gerakan Islam lumpuh.
Allah S.W.T memelihara kekasihNya. Rasulullah S.A.W diperintahkan segera berhijrah ke Yathrib [Madinah] bagi menggagalkan rancangan kaum Musyrikin tersebut. Lantas baginda membuat perancangan rapi mengenai penghijrahannya bersama sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a diperintahkan mengambil tempat pembaringan baginda dan helah ini berjaya memperdayakan pengintip-pengintip Quraisy manakala Rasulullah s.a.w selamat melarikan diri dari kepungan Quraisy tersebut tanpa disedari oleh mereka.
Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah bertolak menuju ke Gua Thur dan bermalam di situ selama 3 malam. Dalam tempoh tersebut, beberapa individu memegang peranan penting. Abdullah bin Abu Bakar menjadi perisik bagi rancangan pembesar Musyrikin dan menyalurkan maklumat kepada baginda, serta Amir bin Fuhaira' mengembala kambing di sepanjang laluan Rasulullah bersama Abu Bakar bagi menghilangkan jejak mereka. Manakala Asma' dan Aisyah bertugas membawa bekalan makanan.
Setelah Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq r.a meneruskan perjalanan yang penuh dengan liku dan ranjau beserta kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T., akhirnya mereka berjaya tiba di Quba' sekaligus mendirikan masjid Quba'.
Kedatangan Rasulullah disambut baik oleh penduduk Yathrib dan baginda menukar nama bandar itu kepada Madinah yang merupakan tempat permulaan penyebaran agama Islam ke serata dunia. Baginda juga berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj serta mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.

"For things to change, I must change first!"





