Showing posts with label ini curhat. Show all posts
Showing posts with label ini curhat. Show all posts

Friday, 29 November 2013

Rindoooooo overdose

Holy Land. Oh, I miss youuuu. HE knows.

Abah told me, he miss this Holy Land. He plan to go as soon as possible. Can't wait anymore.

Uhuk. Abah, can you wait for me? I asked him.

Do you want to go together? Do you want to follow me?

For sure, abah! Hold on please. I'm planning the next trip for us to go together again. Because, you can be my VERY GOOD tourist guide! Hehee..

Last time emak said, "Lepas ni tak dapat la nak pegi sekali empat orang kita ni," with that gloomy faces.

Hek eleh. Emak, I wanna go there with you, okay. With abah too. I pray for that. Since loooong time ago. Chances, please come soon, so that we can enjoy our ibadah there together. Again.


Some times, I feel wanna fly to other countries. But, being in Mecca and Madinah really make you feel enough! And yeaa! Alhamdulillah.

Abah, emak, you are my savior!


Oh, mari rasa kerinduan yang saya rasa. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Please neglect the broken English.

..............................................................................................




Ala keri.... perasaan tak sudah. Mana post tarbawi, ruhi... nihh. Kammmooon!

Sunday, 19 May 2013

Drebar bas sekolah

Di saat proposal memerlukan belaian kasih sayang dan artikel laman sesawang menginginkan sentuhan ajaib, aku akhirnya memilih untuk menulis di blog. Ha ha! Curang kan? Minta maaf. Aku selalu begini. Perlukan rotan besar dan panjang untuk lebih disiplin. Hadiah pleaseee...

Ehem. Heart to heart memang benda paling seronok untuk dibuat. Paling best, dengan geng bas sekolah kita. Satu masa dulu, aku berborak panjang dengan puan driver. Siap drama air mata. Mohon bantuan puan driver untuk hantar aku ke satu destinasi yang aku rasa selamat dan tenang. Yes, she helped. I thanked Allah, and her.

Sekarang, aku cuba berlagak sebagai pemandu. Mencari penumpang-penumpang yang mahu isi kekosongan bas sekolah itu. Pagi tadi, kami pandu bas ke Hutan Bandar. Lama sudah tak ke sana. Aku pun tiru gaya ex-driver. Borak setengah jam setiap seorang, buat aku rasa sayang terlebih. Penumpang-penumpang, mohon reply dengan kasih sayang juga okay?

Mahap, entry ini mungkin berbaur entah ape-ape. Tapi, sila baca dengan nada neutral. Sesiapa yang mengenali aku mungkin akan paham dos kasih sayang aku yang sering terlimpah keluar. Kadang-kadang diterjemah dengan air mata, hadiah atau belanja makan. Paling percuma dan rahsia, adalah doa. Hehe..

Sebenarnya....


Terima kasih adik(S) kerana masih stay di jalan ini. Masih sayang akan bulatan yang kalian bentukkan. Biar pun berubah ketuanya. Biar pun berubah isinya. Yang mungkin bertambah, dan mungkin berkurang.

Terima kasih kerana memberi peluang. Terima kasih kerana cuba untuk faham. Walau di dada kalian mungkin terasa berat. Yang memungkinkan detik-detik ingin keluar dari bulatan.

Akak doakan, kalian tetap thabat. Moga ukhwah kita akan terus mekar mewangi. Semoga Allah mengurniakan kita sebenar-benar kefahaman tentang agama ini.

AdikS, you can do it. You know yourself well. All the best.

Dapat adik-adik macam korang, remind me of my previous self

Apa pun, korang buat akak cinta dan sayang jalan dakwah dan tarbiyyah ini. 

Terima kasih. =') 


Thursday, 25 April 2013

Best friend of mine



My lovely little snail.

She's grow wisely and politely.

Even she always said she is not good at this and that, I always feel that she is the one who inspire me. The snail and the Anaigh.

I'm not wearing this anymore.

I found both of you at early stage of my 'return'. I appreciate all those things. I learn many things not directly via words.

Thanks for being there. Thanks for bring me to the true path. How can I deny and forgot the sweet things about you?

Anaigh. Sriekandee. Snail

All the things, I'll keep it in. Deep inside my heart.

A month later, you'll be someone's wife. I believe, da'wah need the synergy both of you. Throw away the fear, build up the confidence. Have faith. My prays always for you.

The feeling at Anaigh's solemnization now come back. Shed my tears. My tears of happiness. Now, while I'm writing this, and at your beautiful day surely. :')

I know. I'll miss the moment we spent together. My sweet little snail. My lovely mummy anaigh.

After all.. The journey must be continued. I kept my story behind. And, please pray for my successful life.

Du'aS for Mrs. Snail to be

Friday, 15 March 2013

A year ago. Past is past.


A year ago, comes one time which is too miserable.

Once realized, you know, it is about you and Your Almighty.

No other ways to repair it. Just renew your relationship with Allah, and things will be better.


The recipes is forgive then forget. Even it is hard.


Now, you know.

Tuesday, 22 January 2013

Allah ada


Wooh.

Lukis dan tulis bila serabut.

Sungguh, ayat ini memujuk.

Tengkiu Allah!

Wednesday, 2 January 2013

Cantik



Cantik.

Masih lagi mengungguli carta kriteria pemilihan seorang isteri.

Tapi... Cantik saja?

Maaf, saya mahu menjadi lebih istimewa. Dalam dakwah dan tarbiyyah.

2013, cuma tinggal beberapa bulan sahaja kita boleh luangkan masa bersama. *kontrobesi*

Barakallah untuk awak-awak yang 'spesial' di hati saya.

Saya, belum masanya. Hehe!


Thursday, 10 May 2012

Good things

Hari tu saya nampak dia.

Saya nampak dia dah pakai setokin. Kool.

Moga Allah terus buka hati awak untuk jadi awak yang manis macam dulu. Lebih manis dari saya.Kan?

Saya teringin nak hadiahkan awak sesuatu. Sesuatu yang bermakna dengan perubahan awak. Hihi. Nanti eh, tunggu bulan awak tiba.

Terima kasih Allah, sebab kirimkan dia sahabat yang mengingatkan. Sahabat baik, lebih baik dari saya untuk memberi peringatan. Ternyata Engkau itu Maha Mengabulkan doa hamba kerdil Mu ini.

Awak, moga terus thabat. Doa saya tetap bersama awak. Bersama kamu. Walau saya entah di mana letaknya.

Yeehu, hamdalah. Allah, mohon redhaMu.

Monday, 16 April 2012

Banyak benda, sikit masa?


Kan?

Berencanalah, sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perencana.

Sibuk itu penyakit apa? Sehinggakan terlepas itu dan ini.

Ya Allah, murahkan rezeki ku dan insan di sekelilingku, dan jadikan kami hambaMu yang bersyukur.

Saturday, 17 March 2012

Life lesson




16 March is a Friday. People said, its a "Jumaat yang barokah."

Last year, it was my first day working at GCSSB. And, it is now a year. Yes, a YEAR. It is going to be end soon. Don't know when. But it is confirmed.

This day, Allah tests me with something that I think I still can face it.

I know, it's a reminder for me to remember Him. Knowing that He is too close. Knowing He is always by myside every second I need Him.

Handzalah was broken down. My BenQ gone. I'm blurred. It shed my tears. Luckily, akhawat were always there for supporting me.

I'm trying to be calm and cool like nothing happen. Astaghfirullah.

Dear akhawati, jazakumullahukhayr for the dua's.

Dear Mr. thief/thieves, I pray someday Allah will bring the light for you to feel the greatness of Islam, and how proud to be a Muslim. A true Muslim.

No 'maksiat', no crimes.

Please do not harm others and let me be the last victim of yours, last Friday.

You don't really know if you actually blocking someone da'wa's work. The importance of that stuff to them.

I pray, everything gonna be OKAY.


Because I know Allah is always there. 

InnAllahama'assobirin.

So, be patient.

Only then, you can called yourself SRIKANDI. :')



Sunday, 12 February 2012

Silence

Maybe.

In her own world.

Until the time heal everything.

And the prays still goes on.

Rabbuna yusahhil.


i yem dan

Sunday, 5 February 2012

Rasa Ape Lah?

Belog ini sudah kurang ruh nya kan?

Banyak benor yang aneh-aneh dipost. Haha. Entah.

Rasa apa entah ini.
"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan,kepayahan,sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"-Riwayat Bukhari dan Muslim-
Rasa terpujuk kejap.
Terhapuskah dosa-dosaku?
Dah usaha. Tapi negatif. Macam mana? 
Eh. Mukmin itu kan tidak berputus asa. Sibuk mengaku penat. Erk.. Tapi.. aku sendiri tak punya jawapan.
Mungkin biar masa yang menentukan?
"Rasulullah sentiasa tersenyum dan mendoakan kebaikan walaupun diperlakukan sebaliknya."
Hah. Suwit kan? Sangat. 
Aku cuba berakhlak seperti Baginda. Berusaha menyerap.
Entahlah. Serius. Aku tak punya jawapan. Biarlah aku invisible. Sampai menutup mata. 
Sori weh! 
Korang doakan yang terbaik boleh? Jazakumullahukhayr.
Eh dah lah. Salam Maulidurrasul 1433H.

Sunday, 8 January 2012

Himmah

Semangat.

Itu yang aku nampak pada mereka. Tahniah.

Sekarang, tugas aku menggalas amanah ini. Kerana ini amanah besar.

Kakak naqibah kata, bersyukur terpilih, dan Allah pilih bukan suka-suka. Pasti ada sebab, pasti ada hikmah.

Mungkin tak cukup baik, dan aku perlu jadi lebih baik. [Haruslah!]

Aku cuma mohon diberi kekuatan, dan kefahaman yang sahih untuk menyampaikan.

Logam oh! Doakan sukses.

Dan Islam akan menerangi bumi semesta ini.

Erk. Aku yang kena semangat dulu.

Semangat. Semangat. Semangat.


Hoyeah!


Tuesday, 1 February 2011

Closed

Bandar Kota Tinggi sudah banjir. Laluan ditutup.

Semoga cahaya matahari hari ini membantu menyejat dan mengeringkan air yang melimpah di jalan raya.

Idea penulis tak datang membanjir. Sebab tu rasa nak tutup.

Semoga nanti, banjir datang membersih sawang-sawang sekalian. Barulah operasi launch bermula semula dengan kesegar-bugaran yang super duper.


Okeh. Non-formal. Closed yang tak berapa closed.

Wassalam.

Monday, 27 December 2010

...


Oh. Mode rindu ini datang bertamu.

Hik hik. Jangan marah. Kadang sini menjadi diari saya. Tempat meluah perasaan.

Serius lah. Rindu.

Kakak Banat. Kakak Lin. Kakak Mas. Kakak Anaigh. Cik Merpati. Cik Muree. Kak Ngah. Ustazah Darul Huffaz. Yang terbaru, warga HADIM. Eh, ramaaaaii lagi rupanya dalam hati!

Rindu pada insan yang membantu memasakkan kaki di jalan ini. Moga rindu ini Lillahi Ta'ala. 

Sedang berkira-kira tentang satu perkara. Mungkinkah akan menjarakkan kita tapi tetap dekat di hati?

Sedang menunggu jawaban dari Tuhan. Sebelum meneruskan langkah akan datang.

Sungguh. Rindu itu kadang membuatkan mata berair. Rindu pada DIA apatah lagi.

Mohon dikekalkan rindu ini padaNya serta pesuruhNya.

Akhawat... Yuk dating?

Ups. Sori. Ini curhat saja. Maklumlah. Rindu overdose.

Berkasih sayanglah kerana Allah. Iman sebagai paksi persahabatan. ^__^


Tuesday, 14 December 2010

Cuti & Lapar

Salam perjuangan.

Nak tolong agama Allah, kena banyak 'makan'.

Bila cuti panjang, mulalah cepat lapar.
Sebab tu tak suka.
Suka juga, cuma tak berapa suka.
Sebab...
Tiada suapan dari tangan-tangan yang dirindui.

Maka, 
Terpaksalah mengorek periuk bagi mendapatkan kerak-kerak nasi.
Terpaksa juga menyediakan makanan sendiri setelah tiada yang berbaki.

Demi,
Sebuah istiqamah dalam perjalanan.
Mengenyangkan sekeping jiwa yang mudah kelaparan.

Okeh. 
Sudah sedar.
Masa untuk menggunakan cuti sebaik mungkin.

Mari.
Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Apabila hati telah berkarat, jiwa menjadi keruh dan semangat kian pudar, maka kisah-kisah yang meniupkan semangat, kata-kata kiasan dan madah atau syair yang tersusun indah yang terkandung di dalam kajian-kajian ini adalah sebaik-baik rawatan secara halus. Ia mengandungi pengilapan, pelembutan, pembersihan dan nyalaan api. [Al-Muntalaq]

Benar. Cuti bukan alasan. Teruslah bergerak.

Ya muqallibal qulub.. thabbit qulubana 'ala deenik.. wa'ala to'atik.

Thursday, 28 October 2010

S.A dan S.C

S.A = Secret Admirer.

S.C = Surat Cinta.

Perkenalan yang tak disangka.

Bila ditanya, katanya terasa nak kenal lepas presentation FYP yang lepas. Erk.. Ada S.A rupanya. Huhu..

Akaun laman sosial dirisik. Nombor telefon diambil. Berbalas mesej. Memberi semangat. Keluar pergi riadah bersama [kononnya].

Lama-lama makin rapat. Tumpang menginap rumah 3 hari 2 malam lagi. Borak-borak berilmu sikit.

Bila nak berpisah, berat rasanya. Dia pesan, jangan dilupa dirinya yang manis. Layankan saja

Biasanya S.A akan mengirim S.C kan?

Awal-awal lagi rupanya dia dah tulis S.C. Pastu selit dalam buku. Untuk bacaan dalam bas katanya.

Tak sempat naik bas, dah tak sabar selongkar S.C tu. Uih.. walaupun bahasa teruk, tapi tetap mengharukan.

Dia suruh senyum selalu. Sebab dia suka. Nice kononnya lah. Senyum tu dah jadi hobi la. Dia je yang tak perasan.

........................................................

Oopps.. apa kes?? hilang thiqah nih. =P

Eheh.. Su'udzhon pulop.

Ni cerita sesama jantina lah. Senior dan junior. Kitorang sebaya je rupanya.

Sebenarnya nak mengkhabarkan, indahnya ukhuwwah fillah kurniaan Ilahi. Sangat.

Dan, curhat ini sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada puteri senyum.

You know its you. Nur Fazidah. =D

Oh, one more thing. Awak memang manis. Macam gula.

Be strong until you finish your MSc. okeh? I'll staying by your side.

Juga untuk semua sahabiah saya. Uhibbukum fillah. 


 Doa saya untuk sahabat. Doakan saya juga.

Semoga Allah redha dengan kitaran kehidupan kita. Kamu dan saya.

Friday, 8 October 2010

!!


Orang bercinta, selalu telefon si dia..
Cukuplah aku dail talian 24434 dengan Dia.

Orang bercinta, menangis terluka kerana si dia..
Cukuplah aku menangis kerana banyak dosa dengan Dia.

Orang bercinta, ketawa gembira menerima kejutan dari si dia..
Cukuplah aku sujud syukur menerima nikmat kurniaanNya.

Orang bercinta, merungut mengadu itu dan ini pada si dia..
Cukuplah aku merungut kelemahan diri, mengadu nasib pada Ilahi.

Orang bercinta, mendendangkan lagu cinta buat si dia..
Cukuplah aku melagukan zikir membesarkan keagunganNya.

Orang bercinta, tersengih-sengih membaca surat kiriman si dia..
Cukuplah aku menatap lembaran Quran, tadabbur bahasa cinta si Dia pada hambaNya.

Apa fitrah mencintai manusia itu membataskan makhluk memahami fikrah mengenali Islam yang lantas menemukan cinta abadi seorang hamba terhadap PenciptaNya?

Oh. Biarlah. Biarkan aku terus bercinta dengan Dia dan pesuruhNya.