Cukuplah aku dail talian 24434 dengan Dia.
Orang bercinta, menangis terluka kerana si dia..
Cukuplah aku menangis kerana banyak dosa dengan Dia.
Orang bercinta, ketawa gembira menerima kejutan dari si dia..
Cukuplah aku sujud syukur menerima nikmat kurniaanNya.
Orang bercinta, merungut mengadu itu dan ini pada si dia..
Cukuplah aku merungut kelemahan diri, mengadu nasib pada Ilahi.
Orang bercinta, mendendangkan lagu cinta buat si dia..
Cukuplah aku melagukan zikir membesarkan keagunganNya.
Orang bercinta, mendendangkan lagu cinta buat si dia..
Cukuplah aku melagukan zikir membesarkan keagunganNya.
Orang bercinta, tersengih-sengih membaca surat kiriman si dia..
Cukuplah aku menatap lembaran Quran, tadabbur bahasa cinta si Dia pada hambaNya.
Apa fitrah mencintai manusia itu membataskan makhluk memahami fikrah mengenali Islam yang lantas menemukan cinta abadi seorang hamba terhadap PenciptaNya?
Oh. Biarlah. Biarkan aku terus bercinta dengan Dia dan pesuruhNya.

No comments:
Post a Comment