Sunday, 19 May 2013

Drebar bas sekolah

Di saat proposal memerlukan belaian kasih sayang dan artikel laman sesawang menginginkan sentuhan ajaib, aku akhirnya memilih untuk menulis di blog. Ha ha! Curang kan? Minta maaf. Aku selalu begini. Perlukan rotan besar dan panjang untuk lebih disiplin. Hadiah pleaseee...

Ehem. Heart to heart memang benda paling seronok untuk dibuat. Paling best, dengan geng bas sekolah kita. Satu masa dulu, aku berborak panjang dengan puan driver. Siap drama air mata. Mohon bantuan puan driver untuk hantar aku ke satu destinasi yang aku rasa selamat dan tenang. Yes, she helped. I thanked Allah, and her.

Sekarang, aku cuba berlagak sebagai pemandu. Mencari penumpang-penumpang yang mahu isi kekosongan bas sekolah itu. Pagi tadi, kami pandu bas ke Hutan Bandar. Lama sudah tak ke sana. Aku pun tiru gaya ex-driver. Borak setengah jam setiap seorang, buat aku rasa sayang terlebih. Penumpang-penumpang, mohon reply dengan kasih sayang juga okay?

Mahap, entry ini mungkin berbaur entah ape-ape. Tapi, sila baca dengan nada neutral. Sesiapa yang mengenali aku mungkin akan paham dos kasih sayang aku yang sering terlimpah keluar. Kadang-kadang diterjemah dengan air mata, hadiah atau belanja makan. Paling percuma dan rahsia, adalah doa. Hehe..

Sebenarnya....


Terima kasih adik(S) kerana masih stay di jalan ini. Masih sayang akan bulatan yang kalian bentukkan. Biar pun berubah ketuanya. Biar pun berubah isinya. Yang mungkin bertambah, dan mungkin berkurang.

Terima kasih kerana memberi peluang. Terima kasih kerana cuba untuk faham. Walau di dada kalian mungkin terasa berat. Yang memungkinkan detik-detik ingin keluar dari bulatan.

Akak doakan, kalian tetap thabat. Moga ukhwah kita akan terus mekar mewangi. Semoga Allah mengurniakan kita sebenar-benar kefahaman tentang agama ini.

AdikS, you can do it. You know yourself well. All the best.

Dapat adik-adik macam korang, remind me of my previous self

Apa pun, korang buat akak cinta dan sayang jalan dakwah dan tarbiyyah ini. 

Terima kasih. =') 


No comments: