Thursday, 30 April 2009

Untukmu Teman


Sedar tak sedar, pengajian dah nak habis rupanya. Banyak kenangan kat UTM mahupun di luar kampus yang dah dikumpul. Pahit dan manis, semuanya pun berharga. Nah, ana hadiahkan lagu ini buat teman-teman yang sudi menemani dan menceriakan kehidupan ana. Sahabat seperjuangan JKM KTF 06/07, sahabat MPP 07/08, sahabat sefakulti 06-09, kalian semua akan terus terpahat dalam ingatan. Moga ukhwah yang dibina kerana-Nya kekal selamanya.


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

No comments: