اﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻮﺮﺤﻣﺔ ﷲ ﻮﺑﺮﻜﺘﻪ

Perihal hati versi serius.
Selalu dengar orang kata, "Saya ikhlas ni," dan kemudian seorang lagi menjawab, " Eh, orang ikhlas tak pernah cakap dia ikhlas la..." Kadang ia menjadi dialog spontan yang kerap digunakan. Betul kah?
Bicara tentang keikhlasan. Sejauh mana mudahnya keikhlasan diperoleh? Ikhlas sememangnya urusan hati. Perlu ditanam kukuh, disiram, dibaja sehingga berakar umbi dalam hati. Kurang ikhlas bakal memungkinkan ke'futur'an dalam amal seharian. Untuk thabat, apatah lagi. Bahayanya penyakit futur nih. Dan bahaya lagi sekiranya beramal tidak ikhlas, tapi cuba untuk riak. Astaghfirullah.
" Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas menaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)." - [Al-Bayyinah : 5]
Ikhlas merupakan syarat untuk satu-satu amalan diterima. Dikongsikan pengisian yang pernah diperoleh, bagaimana dengan golongan begini?
- Orang yang mati syahid, tapi hanya mahu digelar syahid
- Orang yang menuntut ilmu, mengajar dan membaca Al-Quran, tapi cuma mahu digelar alim
- Orang yang menginfakkan harta, tapi cuma mahu digelar dermawan
Ternyata 'gelaran-gelaran' seperti syuhada', alim, ataupun dermawan yang lebih dipentingkan berbanding nilai keikhlasan diri. Ruginya amalan bertimbun-timbun tapi ikhlas terkebelakang!
Disebutkan jua sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." -Riwayat Bukhari & Muslim.
Penekanannya dalam dunia dakwah. Ikhlas dalam dakwah sangat penting bukan? Ada idea?
Hmm.. nantilah penulis akan cuba untuk sambung. InsyaAllah. Cepat atau lambat..
Yang penting untuk diketahui, ikhlas dapat menyelamatkan diri dari syaitan.
Nantilah, jumpa lagi. Jika diizinkan Allah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment