"Buat anak pandai!! Jaga anak?? Huh! Haram tak reti ape!"
Heh..kasar kan bunyinya ni? Tapi berita baru-baru ini mengesahkan kata-kata ni.
Berita tentang penemuan seorang bayi lelaki yang dibuang, mujur ditemui dalam keadaan yang masih bernyawa di dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang. Berdasarkan laporan akhbar, “Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan lemah dan sedang menghisap jari dipercayai lapar, manakala kakinya lebam.”
Mana hilang perikemanusiaan insan zaman sekarang? Tindakan pelaku begini wajar dilabel binatang! Ah..binatang sendiri pun mampu mendodoi dan menjaga anak mereka sebaik mungkin. Lalu, pelaku ini wajar digelar apa ya?? Anda sendiri menilainya.
Apa punca kejadian macam ini terjadi? Saya bukanlah tukang nujum kononnya yang mampu meneka sebab sebenar bayi ini dibuang, dan saya bukanlah sesiapa yang boleh menghukum si pembuang bayi ini. Cumanya, cuba kita fikir-fikirkan.. kita renung-renungkan.. mungkin kelemahan masyarakat berpegang teguh dengan pegangan agama merupakan salah satu puncanya. Bila mana tiada pegangan, pastinya hilang pedoman. Tiada arah tuju, tiada siapa yang difikir dapat membantu. Sumbang mahram, zina dan segala macam dosa yang menghasilkan anak luar nikah kebanyakannya diakhiri dengan tragedi menyayat hati. Kenapa anak tak berdosa tu juga yang jadi mangsanya? Lepas satu, satu lagi dosa dicipta.
Ayuh saudara se-Islam ku! Bangkit dari lena yang panjang. Banyak lagi yang harus kita perjuang! Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Lekas bertaubat, sebelum kain batik lepas dibentang.....
Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seorang sahabat bertanya,:”Apakah haraj itu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!”(Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan”.
No comments:
Post a Comment