Hari ni hari Jumaat. Tika perjalanan mengambil bas di Bandar Penawar untuk pulang ke kampus, saya terserempak dengan beberapa muslimin yang masih berlegar-legar di depan sekolah, di kedai-kedai juga di bawah masjid [masjid atas bukit nuu]. Sedangkan pada waktu itu, azan zuhur dah lama berkumandang dan khutbah dah mula dibacakan. Lagi syok pemandangan yang saya lihat dari bawah, beberapa remaja lelaki dok bertenggek di tepi tembok sambil berborak-borak. Sekadar meramaikan jemaah barangkali. Kasihan si khatib. Pesanannya tidak didengar. Kadang-kadang tu, imam dah angkat takbir baru nak hidupkan motor, buru-buru kejar rakaat. Belum lagi yang jumpa dalam kereta di tengah jalan. Kebanyakannya kulit sawo matang. Nak kata mata sepet, tak jugak.. Hm, nak husnozhon ke tak nih?? Aih..manusia macam-macam ragamnya. Jadi, saya pun cuba memahami solat Jumaat, apa yang perlu, apa yang tidak. Mari! Sharing is caring~
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan, solat zohor dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
Nah..yang selain daripada ini, tiada alasan mahu tinggal solat Jumaat! Meh tengok Akta :
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan, solat zohor dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
Syarat wajib solat Jumaat:
- Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
- Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
- Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
- Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
- Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
- Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
- Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
Syarat sah solat Jumaat:
- Didirikan di dalam waktu Zuhur.
- Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
- Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
- Didahului dengan dua khutbah.
Rukun-rukun khutbah Jumaat:
- Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
- Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma solli 'ala Saidina Muhammad wa'ala ali Saidina Muhammad."
- Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
- Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
- Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
Syarat sah Khutbah Jumaat:
- Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
- Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
- Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
- Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
- Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
- Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahas Melayu .
- Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
- Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
- Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
- Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
- Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
- Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
- Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
- Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Nah..yang selain daripada ini, tiada alasan mahu tinggal solat Jumaat! Meh tengok Akta :
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
Seksyen 14. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.
Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
| Hadith : |
| Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” |
No comments:
Post a Comment