Showing posts with label Tarian Pena. Show all posts
Showing posts with label Tarian Pena. Show all posts

Tuesday, 23 November 2010

Berubahlah...selagi sempat

 Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran

"Ah, sudahlah! Baik tak payah tanya!" Awatif mendengus kasar. Jarinya memicit butang merah Sony Ericsson W910.

Rakan sebiliknya, Raihanah hanya mampu menggeleng. Tersekat bacaan Qurannya sebentar akibat suara Awatif yang meninggi tiba-tiba. Entahlah, akhir ini kerap saja Awatif marah-marah. Dia pun kurang tahu apa yang membelenggu fikiran dan perasaan rakannya itu.

"Awatif, dah Zuhur? Nak pukul dua setengah dah ni.." Raihanah bersuara bila dilihat Awatif meletakkan kepala di atas bantal.

"Hish, kau nih.. Sabo le kot ye pun.. Orang sakit kepala, dia lagi nak bising! Busybody betul lah!" Awatif membentak-bentak lagi.

"Takdelah, aku ingatkan je. Takut-takut kalau satgi dalam lena kau tu, malaikat Izrail datang nak bawak kau menghadap Allah.. Hihihi.." Raihanah konon-konon cuba melawak dalam menegur.

"Yelah.. Yelah.." Taktik itu memang selalu diguna Raihanah. Menjadi juga pada rakan sebiliknya.

Siang kini berganti malam. Masa berehat setelah penat bekerja di kala siang.

"Rai...." Awatif bersuara.

Tangan Raihanah berhenti menulis. Mata yang tadi khusyuk menghadap buku diangkat menatap wajah Awatif. Ada cerita duka pada riak mukanya.

"Ye? Kenapa Awatif?"

"Rai.... Kenapa? Kenapa kau masih bersabar dengan aku? Kenapa kau tak macam kawan-kawan kita yang lain? Diorang semua dah tinggalkan aku. Dah tak nak kawan dengan aku. Kenapa Rai??" ada sendu di hujung bicara Awatif. Pernah kawan mereka menghasut Raihanah untuk menjauhi Awatif. Nak bagi pengajaran kononnya. Biar Awatif sedar, sikap dia yang pemarah dan kasar itu hanya menyakitkan hati. Namun, Rai fikir sebaliknya. Dia tak rasa itu penyelesaian yang terbaik dalam menyedarkan Awatif. Dia masih bertahan mendekati Awatif.

"Sebab kau masih sahabat aku." Rai tersenyum.

"Aku sayang kau Awatif. Tak kan aku nak tinggalkan kau. Ada hadis kata,  man la yarham, la yurham. Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi. Sebab tu la aku sayang semua orang sekeliling aku. Termasuk kau..." Panjang lebar penerangan Raihanah.

"Walaupun perangai aku macam ni?" Awatif merujuk pada sifat pemarahnya yang tak tentu hala. Marah pada orang lain, tempiasnya pada orang lain. Siapa tahan?

"Manusia boleh berubah Awatif. Mahu atau tidak saja. Nak dengar satu kisah?" Raihanah cuba menyentuh hati rakannya dengan bercerita.

"Ceritalah." Mood Awatif bertambah baik. Bersungguh dia duduk menghadap Rai, memasang telinga.

"Okeh, aku mula ya. Bismillah. Ada sorang budak ni. Dia pun suka marah-marah. Tak boleh ditegur. Tak boleh mintak tolong sikit. Mulutnya merungut saja. Tangan atau kakinya menghentak-hentak, tanda protes. Bukan cuma pada kawan, tapi juga pada ahli keluarga sendiri." Mata Raihanah memerhati Awatif. Dia masih leka mendengar.

Raihanah menyambung cerita. "Andai kan nama watak ni X ye. Satu hari, mak X berkata. "X, walid cakap dengan umi X selalu marah-marah bila walid minta tolong ajar guna komputer. X tak kesian pada walid ke? Sebab tu dia lebih suka minta tolong kakak X. Kakak ajar walid elok-elok, sampai walid pandai. Kalau walid tak pandai pun, dia tak jemu mengulang." X terkesima. Rupanya walid makan hati dengan sikap X. Walaupun sifat X itu diwarisi dari walidnya, X tak sepatutnya bersikap macam tu lebih-lebih lagi pada walid, seorang bapa yang membesarkannya bersama umi. X teringat, kadang-kadang bila umi mintak tolong, ada saja yang dibebelkan X. Itulah.. Inilah.. X rasa, umi pun mesti banyak kecik hati dengan X. Kalau walid ngadu pada umi, mesti umi ngadu pada kakak tentang perangai buruk X ni. Heh, mujurlah X ni cepat sedar. "

"Sejak hari tu, X nekad berubah. Dia tak lagi marah-marah. Balik cuti je, dia rajin tolong umi dan walid kat rumah. Apa saja kehendak umi dan walid akan cuba dipenuhi. Ibu bapa X gembira melihat perubahan anak mereka. Sampai la satu hari..." Rai berhenti bercerita.

"Aik, mengapakah Rai?" gesa Awatif.

"Sampai la satu hari, dia terima berita walid dia dah pergi bertemu Ilahi. Yang lagi sedih, walid dia dalam perjalanan nak singgah ke tempat pengajian si X usai dari seminar yang dihadirinya. Nak buat surprise hari lahir. Siap bawak hadiah buku, 'Menjadi Srikandi Agama' lagi. Tapi Allah sebaik-baik perancang. X hanya dapat hadiah itu dalam keadaan walidnya terbujur kaku.

Di dalam buku, ada sekeping sticker note. Walid tulis,
Anakku X, perubahan mu membahagiakan Walid dan Umi. Teruslah menjadi Srikandi harapan keluarga dan agama. With love, Walid & Umi.
"Ya Allahu Akbar! Tersirap darah aku dengar cerita kau. Meremang bulu roma pun ada. Sedihnya.." Awatif terkesan. Dilihat mata Raihanah berkaca. "Rai?"

"Dan X itu adalah aku, Awatif. Seorang Raihanah," jujur Rai. Air matanya jatuh. Tiada esakan. Sepi.

"Aku bersyukur Walid sempat maafkan aku. Aku bersyukur aku tak ditinggalkan dalam keadaan aku derhaka pada walid aku. Dan aku bersyukur masih ada Umi yang terus menyokong aku saat aku lemah menerima takdirNya. Dari situ, aku belajar untuk redha. "

"Maafkan aku Rai. Aku tak tahu.." Awatif mengesat air mata Raihanah lantas memeluknya.

"Takpe, itu cerita lama.  Yang penting untuk kau tahu, aku tak pernah marah kau walaupun kau marah aku. Sebab... Aku sentiasa doakan, mudah-mudahan satu hari nanti kau mampu berubah. Berubah selagi sempat. Bolehkan?" dalam sendu, Raihanah memujuk Awatif.

"Mulianya hati kau sahabat. Tolong aku Rai. Aku rasa tak mampu nak hadapi seorang diri." Awatif merintih. Dia terharu. Rai masih lagi mendoakan dia meskipun bersikap sebaliknya terhadap Rai.

"InsyaAllah. Aku akan teman kau selagi nyawa dikandung badan. Dan, paling utama, kau ada Allah. Cuba kau capai tafsir aku tu. Buka surah Al-Baqarah, tolong bacakan terjemahan ayat 186." Raihanah menunjuk pada tafsir quran di atas mejanya.

Awatif menurut. Helaian tafsir diselak. "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."

"Hidayah itu milik Allah. Berdoalah. Pohonlah pada Dia, agar hati kita tidak pernah lupa merindui dan mencintai Dia. Mencari kebenaran itu banyak caranya. Baikilah diri selagi kita masih bernyawa." Rai bertazkirah.

"Aku jahil Rai. Banyak ilmu yang aku tak tahu." Awatif tersedu-sedu dalam sebak.

"Aku pun masih bertatih Awatif. Kalau mahu tambah ilmu, mari join aku. Nak?" Raihanah meng-offer.

"Join? Ke mana? Tambah ilmu? Nakkk!!" Awatif bersungguh. Rai gembira.

"Join usrah. Makan-makan. Cerita-cerita. Kongsi ilmu. Hehe.."

"Mahuuuu! Terima kasih Rai. Aku saaayang kau! Kau lah sahabat aku dunia akhirat." Rai dipeluk erat.

"Sama-sama kawan." Rai melafaz syukur pada Ilahi. Orang yang 'mencari' akan mudah menerima. Ya Allah, moga kehadiran Awatif mengukuhkan lagi saff perjuangan kami.

"Awatif..."

"Hmm?"

"Sekali manapun kau susah, ingat ayat 214 surah Al-Baqarah ni ye. Alaaa inna nasrAllahi qariib. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." pesan Rai.

"InsyaAllah Rai."

"Raihanah..."

"Ye?" giliran Raihanah pula menoleh.

" Kalau aku tersungkur, jangan pernah kau tinggalkan aku. Bantu aku ya?" pesan Awatif pula.

"InsyaAllah Awatif. Itu gunanya sahabat. Dan kau sahabat aku dunia akhirat."

Mereka mengikat janji setia. Janji akan terus thabat mendaulatkan deen Islam sehingga putus nyawa.

Malam itu, Awatif tidur dengan dada yang lapang, fikiran yang tenang. Raihanah tidur dengan senyuman penuh kesyukuran.

Ya. Berubah selagi sempat.

Terima kasih Ya Allah! 


Sunday, 14 November 2010

Saya Mungkin Bukan.... Tapi Saya Mungkin Boleh....

Saya mungkin bukan graduan kedoktoran
Tapi, saya mungkin boleh jadi doktor
Doktor pada umat yang sedang sakit, tenat

Saya mungkin bukan mahasiswa ijazah perguruan
Tapi saya mungkin boleh jadi guru
Guru pada umat yang ingin dirinya dibimbing

Saya mungkin bukan pelajar architecture
Tapi saya mungkin boleh jadi arkitek
Arkitek pada peribadi umat yang sedang mengalami kebobrokan moral

Saya mungkin bukan usahawan mahupun dermawan
Tapi saya mungkin boleh jadi macam Saidatina Khadijah
Menginfakkan sedikit harta untuk kepentingan agama

Saya mungkin bukan petani yang tegar
Tapi saya mungkin boleh jadi petani yang berjaya
Bercucuk tanam amalan di dunia untuk hasil yang lumayan di akhirat

Oh
Saya mungkin bukan 'sesiapa'
Tapi saya mungkin boleh jadi 'somebody'

Semuanya dengan izin Allah

Ya, InsyaAllah


Apa sumbangan kita pada ummah?

Sabda Rasulullah S.A.W.,

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat."

Friday, 14 May 2010

S.A.B.A.R


Hari itu hari yang kurang baik bagi dia. Mengambil masa untuk muhasabah sebentar, mengenang kalau-kalau itu akibat dosa-dosa lampau yang berbaki. Tetapi, tiba-tiba dia teringat : "Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Dia hadapkan wajah ke kiblat di waktu Dhuha. Mengemis secebis kasih Ilahi. An-Naba' dan An-Nazi'at bersilih ganti. Mengundang titis jernih di birai mata. Entahkan memang perasaan atau keindahan ayat Al-Quran yang menyebabkan dia begitu.

"Mohonlah pertolongan dari Allah dan bersabarlah........Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." [7:128]

Sesudah mengadu pada Yang Esa, dia mengadu pada si teman. Adunya, takut kalau diri menjadi fitnah kepada agama. Fitnah kepada jalan dakwah. Dia cuma mengharap, langkahnya kekal dan istiqamah. Mengharap nasihat dan kata semangat dari sahabat seperjuangan.

"........Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [2:214]

Semakin dia berhati galau, semakin banyak dia ketemu ayat pujukan.

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman"[3:139]

Dia sudah boleh bertenang. Kan Allah tidak pernah membebankan hambaNya melainkan dengan kesanggupannya? Dia juga tahu, Allah sedang menguji tahap kebergantungan dia kepadaNya.

Tetapi, suatu hari kesabaran dia digugah lagi. Mujur, satu tazkirah ringkas memotivasi dia. Pesan Rasulullah S.A.W., " La Taghdob!" Sebanyak 3 kali ulangan. Jangan kamu marah. Ingat?

Doa Rabitah pengerat hubungan dibaca. Dibayangkan wajah-wajah kesayangan dia. Tidak mengira apa pun hubungannya, hanya atas dasar ukhuwwah Islamiah yang kuat. Mohon dikembalikan keeratan seperti sediakala. Air mata tetap menjadi modal utama sang pengemis.

Dia membaiki diri dan berkongsi dengan sahabat lain.

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." [2:153]

Dia muhasabah untuk sabar dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya, dia tidak pernah keseorangan. Dia ucapkan : Terima kasih manual Al-Quran!

Wednesday, 28 April 2010

Zon Meraikan


"Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada di hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu perbuatan kamu itu."[2:284]

Zass!! Allah dah tahu hati hambaNYA! Nyata, kau sedang diuji.

Kesedihan itu perasaan yang mengada-ngada. Datang menyibuk tanpa diundang. Harus bijak mengendalikannya agar diri tidak dikuasai kesedihan, kemarahan dan apa saja perkara negatif.

Berkorban, membantu meringankan beban, berlapang dada, mengutamakan sahabat lain mungkin sedikit payah bagi yang masih bertatih-tatih di awal gelaran akhawat. Nah, sekarang senior akhawat lah yang perlu bekerja, berdikit-dikit membantu menyemaikan sifat-sifat mahmudah dalam diri si junior.

Malang sungguh bila si senior [yang mengaku dai'e] enggan 'meraikan' justeru membiarkan si junior [a.k.a. mad'u] hilang dilambung ombak. Hey, mari kerja berjemaah! Ayuh, dukung-mendukung!

Itu pesan Puan Naqibah berkali-kali terhadap anak buahnya. Sila meraikan! Raikan mereka seperti kau pernah diraikan. Tak payah marah-marah, bersedih-sedih, kerana itu mungkin hasutan syaitan untuk menghentikan usaha dakwah yang dilakukan.

Dushh!! Nyah kau Enchik Syaitan!

Kuatkan semangat Ansorullah! Biarkan kumpulan-kumpulan syaitan kecewa dengan kekentalan semangat juang kita.

Yang masih bertotal rendah di borang cerapan diri, Ayuhlah!

Yang masih bermalas-malasan dalam sesetengah perkara, Bangkitlah!

Yang punya masalah hati, jangan lupa cek hubungan dengan Allah.

Sungguh, ini pesanan buat diri yang kerdil lagi kecil pada pandangan Rabbnya.

"Dan barang siapa yang mengerjakan amal-amal yang soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula)akan pengurangan haknya."

Thursday, 18 February 2010

[Nak bagi tajukkah?]

"Assalamualaikum." Arina masuk ke kelas.

"Waalaikomsalam." Mata Arina terbeliak sekejap. Apesal suara yang jawab ni ada slang?

"Eh, Cindy, you pandai jawab salam ek?" Nani, rakan kuliah Arina bertanya.

"Aku bagi salam suruh orang Melayu Islam yang jawab." Sinis. Arina nampak dingin. Bengang agaknya.

"Alhamdulillah, pandai la sikit-sikit. I ramai kawan Malay." Balas Cindy bangga. Arina terjegil lagi.

"Boleh ke orang bukan Islam cakap macam tu? I mean, Alhamdulillah, InsyaAllah semua tu?" Muthu pula mencelah ingin tahu.

"Boleh je, asalkan dia tak niat nak main-mainkan perkataan tu. Kawan I non-muslim dekat U dulu pun selalu je sebut perkataan-perkataan tu," Si Nani menjawab.

Arina tersedak. Hampir tersembur air yang baru nak masuk ke kerongkongnya. Hello! Kau tahu ke sama ada niat dia nak main-mainkan ayat itu atau tidak?

"Betulkan Ustazah?" Ustazah? Siapa pulak dah? "Eh, silap. Kan Arina kan?" Nani bersuara lagi.

"Eh, suka hati jek. Arina tak pernah dengar pulak hukum dibolehkan." Dia menjawab setahunya. "Pada Arina, itu isu sensitif. Better dielakkan ye Encik Muthu, Miss Cindy. Takut ada yang marah pada you all nanti. Lepas you all convert, then barulah boleh cakap semua benda tuh. Hehe.." Cubaan memancing. Mereka tersengih macam kerang busuk.

Tuhan aku Allah. Maha Esa. Satu sahaja, tiada dua mahupun banyak. Tuhan kau kan konsep trinity. Banyak. Lembu lah, patung lah. Jadi, mana boleh disamakan. Aku sensitif tau bila kau suka hati menyebut kalimah Allah. Kalau menyebut dengan keinsafan nak masuk Islam, tu lain cerita. Aku tak tahu niat kau. Sebab Allah saja lah yang tahu.

*******************************************************************************

"Hey friends, heppi holiday, heppi Valentine day and Gong Xi Fatt Choy yaa! Let's enjoy!!" Ramasamy menjerit pada seisi kelas.

Ha yolah. Sukati korang. Den tak sambut valentine semuo nih. Tapi, dalam hati je lah.

"Nani, balik bila?" Sekadar berbasa-basi sebelum kami semua bercuti panjang.

"Tak tahu lagi. Rama belikan saya tiket hari Jumaat. Awak?"

"Arina bila-bila boleh balik. Hehe.. Memain je lah. Hari Sabtu kot."

"Oh, lagi lambat. Hah Nani, awak tengok tu Alin. Kemain seronok nak balik kampung. Yo lah, nak poie dating la katakan. 14hb dah dokat dah haa.." Nani cuba-cuba mengajuk loghat nogori si Alin yang sedang berkemas-kemas hendak pulang.

"Biasolah jang. Orang hepi jangan dikaco." Alin menyanyi-nyanyi kecil.

Arina juga menyengih lebar. Hatinya memanjat doa, Ya Allah peliharalah aku dan sahabatku dari sebarang kemungkaran.

Sebelum beredar, Arina sempat berpesan, "Alin, kau hati-hati balik nogori. Jangan mudah terpedaya dengan sambutan Valentine tu ye.."

"Aiyoo.. InsyaAllah. Aku tak lah macam tu. Pecayo bonar ekau dengan Nani tu buek apo jang oii.." Arina disakat balik.

"Idok le. Aku berleter ni pun sebab aku sayang kek ekau la. Ekau nak dongar pun dah cukup baguih la. Den pun suko. Buke apo, masalah ummah dah ketara bebeno atenye. Cekup khalwat lah, buang bayi lah. Macam-macam haa.. Kalo ekau tak pecayo.. kita tengok la nanti.. Mesti ada tangkapan dekat hotel-hotel, rumah murah masa 14hb tu. Cinta beno la masa tu. 9 bulan lepaih tu kang, banyak pulok kes-kes bayi tercampak. Silap-silap mau dibakar dolu bayi tu. Konon-konon biaq orang tak dapat cam la gamaknya. Sedih benor hati aku ni tau.. Mu tahu dop?" bebel si Arina.

"Aduss.. kau ni pun. Tahu lah 1 Malaysia. Habis semua loghat negeri kau campur aduk, apesal?? Pencemaran bahasa weh.. Haha!" Arina cuma tersenyum bila diketawakan Alin. "Yelah, akan ku simpan nasihat-nasihat kau dalam kepala otak aku ni, akan ku semat rapi dalam hati. Terima kasih la yek my pren,"ucap Alin ikhlas.

"Samo-samo pren..."Menegur bukan untuk memalukan.

*******************************************************************************

"Assalamualaikum!" Pinggang Arina dicucuk.

"Ooo..Waalaikumussalam warahmatullah!"

"Haha! Melatah jugak ukhti kita ini," Farah dan Fatin galak menggelakkannya. Dan, Arina ikut tergelak sama.

"Alamak, kantoi sudah latahanku! Penatku menunggu, di mana aiskrim ku??"

"Hek eleh.. Aiskrim apanya? Mana ada anti order kat kami.." Kehairanan.

"Hak enna.. Kan ke tu denda yang termaktub bila seseorang tu terlambat hadir halaqah?" Farah dan Fatin saling berpandangan.

"Ada kah?" Serentak mereka bertanya.

"Ada. Dalam agreement yang kita sain ni. Lupakah? Lalalala~" Arina menggoyang-goyangkan beberapa helai kertas yang dicantum bersama.

"Alah.. Fatin ni lambat. Ana tunggu dia lah tadi." Jelas Farah.

"Perut ana lah yang meragam. Hah, anti nak salahkan siapa? Hehe.." Fatin kenakan si Farah.

"Eh, ukhti ku sekalian.. Mana boleh menyalahkan orang lain saja. Sebaiknya, kita mesti akui silap kita jugak. Manusia itu kan tak lepas dari kesilapan," Arina menyejukkan keadaan.

"Baik!" mereka akur.

"Minggu depan Maulidur Rasul. Perarakan di mana?" soal Fatin.

"Hah.. hok tu la nak ghoyak nih."

"Sila berbahasa Melayu tatabahasa tinggi ya," berbaur amaran sudah.

Arina menyerah kalah. "Maafkan tuan hamba wahai sahabat. Begini, ustaz ada khabarkan pada ana.. Minta sokongan rakan-rakan untuk sama-sama berhimpun pada hari kejadian nanti. Kawasan mana, itu akan diberitahu kemudian."

"Oh, ada ya? Kufikir dibatalkan.." Farah angkat kening sebelah.

[Farah...]

[Ya Fatin. Ada apa?? Ana tidak bilang apa-apa okay.]

[Farah.. Fatin.. Biarlah politik itu yang berlandaskan Islam, jangan sesekali Islam berlandaskan politik. Konsep dah silap. Apapun, jangan mudah terpengaruh. Usah taksub tak tentu fasal. Menilai lah dengan mata hati antum. InsyaAllah, petunjuk itu ada.]

Mereka bertelepati dalam jarak dekat nampaknya.

"Wallahu'alam. Tidak ku tahu. Itu berita ku dapat minggu lepas. Nanti ana kasi tahu semula lah kalau ada sebarang perubahan."Arina semacam tahu bisikan-bisikan hati mereka.

Dari kejauhan, seorang yang berjubah berlari kemengahan.

"Hoh..hoh.. Afwan deh. Ana lewat. Baru pulang kelas nih," Fatimah melepaskan lelah.

"Yea! Farah, Arina, kita ada mangsa baru," kenyit Fatin pada sahabatnya.

Sedang Fatimah kebingungan, mereka bertiga senyum penuh muslihat.

"Belanja aiskrim!!"

Fatimah menepuk dahinya. "Aiyark, ku kena denda kelewatan!"

Begitulah eratnya ukhuwwah yang cuba mereka bina. Saling melengkapi, memberi dan menerima. Mengingatkan apabila terlupa. Membaiki diri dan masyarakat. Jujur, tidak menipu. Menjaga rahsia. Menjadi refleksi contoh Muslim terbaik pada ucapan dan amalannya. Menasihati dengan hikmah. Berusaha mencipta kualiti terbaik!

المؤمن مرأة المؤمن

"Seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin yang lain."(HR:At-Thabbrani dari Anas ra.)


Isu-isu dalam negara yang menyesakkan.

Dan mereka dilatih untuk tenang dengan sebarang serangan dari pelbagai sudut. Tidak gopoh.

Hasil tarbiyyah! Alhamdulillah.

Sunday, 7 February 2010

Kawan-kawan.. Ini aku dan makanan


Khas buat kawan-kawan di sekelilingku.

Ini perihal aku dan makanan.

Ku ingin memberitahu..
Bahawa ku tidak mahu dan tidak ingin makan segala jenis fastfood..
Kerana ku sensitif dengan isu saudara seagamaku di sana..

Terpulang..
Mahu dikatakan aku boikot atau apa pun..
Mahu menafi atau mengiakan, bahawa duit-duit kita digunakan untuk membedil mereka..
Yang pasti,
Fastfood tetap musuh utamaku..
Musuh utama jarum penimbang berat semestinya..

Kau kan 'sealiran' denganku..
Ayuh tinggalkan fastfood itu..
Banyak makanan sihat yang boleh kita telan..
Biarkan.. biarkan mereka yang lain Tuhan dengan kita makan segala jenis makanan..
Barangkali, mereka tak faham dan tak perlu berpantang kan..

Tapi..
Kalau ku masih diajak menelan..
Akan ku beli roti berbungkus-bungkus sebagai bekal..
Kelak, jangan kau tanya sang perut dan si tuan..
Pastiku lebih selesa, asalkan prinsipku kekal.

Sekarang, dulu, kini, dan selamanya,
Ku ingin jaga berat badan.. [Hiperbola kah?]
Nah, jangan kau cuba-cuba menghasut agar prinsip itu ku gadaikan.

Aku mencuba sehingga berjaya. Selesai!

Tuesday, 19 January 2010

Kewajipan lebih banyak dari masa

Maaf..

Maaf..Maaf..

Memang.. Kewajipan lebih banyak dari masa.

Maaf eh..

Tugasku belum dilaksana sebaiknya..

Tugas yang perlu berdamping dengan si Benq dan internet nya

Hello, sila bagi wifi yang sempurna.

Encik BB [baca:broadband], adakah kau penting sekarang?

Ah..nanti lah.

Nak tunggu U.K.K.R tolong support bil bulanan Encik BB. Sudi tak?

U.K.K.R sila tolong MokSu!

Ya.. moga dipermudahkan urusan KITA.

Tiada nanti, sekarang! [baik..]

'Uluwwul himmah! [baikk..]

PAUwer!!

Oh, Allah the Almighty.

Sunday, 3 January 2010

Dah lama tak jawab tag.

Kak Adawiah punya pasal, saya buat sat.

A.write five(5) interesting facts about the person who gave you this award.

1. Yang pasti dia seorang muslimah.
2. Baru sambung Master kat KUIS, if i'm not mistaken.
3. Kenalan alam maya saya, teringin nak jumpa!
4. Dia kata saya berjiwa besar, tapi dia lagi KUAT SEMANGAT
5. 'Kakak' yang amat baik..

B.Jot down ten(10) interesting facts about yourself and your hobbies.

Hobi ku :
1. Membeli buku
2. Membaca
3. Menyurfing
4. Memerhati
5. Buat kek. Better in baking, rather than cooking. Haha!

Diriku:
1. I am muslim
2. Menghargai persahabatan
3. Menyayangi keluarga dan sahabat
4. Mencari ilmu baru
5. Orang jawa!!

Tak berhasrat nak mengetag orang lain..

Kak Adawiah..Uhibbuki fillah!

Thursday, 24 September 2009

Hadiah Syawal buat kalian...


Salam Aidilfitri..

Ukhtiku, ku terkejut dengaq perkhabaran itu..
Selama ini puas cuba kuterokai gerangan si 'sludupelmu' itu..
Rupanya gerangan kamu yang berada cuma seinci di sebelahku..
Ohh..Pandai betul menyembunyikan dirimu...

Mek ku sayang..
Patut ku pernah ditanya.. " Tak pergi demo ke?"
Lalu ku jawab, "Takde geng nak pi sama la kak"
Tak ku sedari, mek sekeluarga mangsa keadaan
Mujahidah anak si pejuang kebenaran
Kalau ku tahu, mek adik beradik ku ajak jua
Lagi-lagi 'D', si kecik darjah dua yang comel itu
Biar ucapan raya nya, gambar bunga dan ikannya yang lalu
Menjadi bukti kerinduan teramat kalian pada si dia di situ

Maafkan ku ukhti..
Tak pernah ku selami hati mu selama ini..
Tak pernah cuba sungguh mengenali..
Bukan, bukan tak mahu.. bimbang ukhti hanya akan berdiam diri
Menyimpan segala rasa di hati..
Kerna kalian beradik memang sentiasa merendah diri..
Memang ku tak silap lagi.

16 September, tarikh bermakna buat kalian..
Yang semalamnya kita tak dapat bersama..
Kuagak barangkali itu emergency yang ukhti maksudkan..
Haha..kalau salah agak, tolong maafkan..
Setelah 3 Jan yang lampau kalian ditinggalkan..
Kini, sosok tubuh itu kembali ke pangkuan..
Kembali untuk meraikan..
Kembali untuk bermaafan..
Setelah kira-kira 7-8 tahun tidak berpeluang bersalaman..

Kutahu kalian bisa tabah..
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad: 31)
Dan jua,
Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Allah memang adil.. Tak lupa, ar-Rahman, ar-Rahim juga kan?

Mek,
Ku gembira bila mek gembira
Alhamdulillah, kalian bersama semula
Hadiah Syawal yang bermakna

Mek, ku sayang ukhuwwah kita.
Jazakillah mek..

p/s : Mek, nak gi raya umah mu.. haa..haa..haa..


Sunday, 28 December 2008

Ulangtahun terindah buat ayahanda bunda ku

25hb Disember - Hari Ulangtahun Perkahwinan insan yang saya sayang..

Dan saya fikir tahun ini ulangtahun terindah buat mereka dengan penganugerahan Ibu Mithali buat bonda tercinta sempena MaalHijrah.

Terima kasih kerana mendidik dan memelihara kami dengan penuh kasih sayang!


Semoga bahagia fiddunya wal akhirah

Saturday, 27 September 2008

Konvokesyen Ramadhan



Berdoalah mudah-mudahan segala amalan wajib dan sunat kita sepanjang Ramadhan diterima-NYA.

Pohonlah keampunan selagi mana nyawa terlekat di badan.

Titipkanlah harapan semoga Ramadhan yang bakal diakhiri merupakan Ramadhan yang bermakna buat kita dengan segulung ijazah FIRST CLASS di genggaman.

Kami juga mohon Ya ALLAH, berikan peluang kepada kami untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya..

Amin ya Rabbal 'Alamin..

Friday, 12 September 2008

12 Ramadhan 1429H

Menginjak usia 21 melambangkan masa muda kian singkat. Mudah-mudahan dengan sisa usia yang masih berbaki ini mampu mendekatkan diri ana dengan Pencipta Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, berkat hari Jumaat dan bulan Ramadhan, sambutan hari ulangtahun kali ni pastinya lebih bermakna dengan rakan-rakan di sisi walaupun tanpa kehadiran keluarga tercinta. Buat rakan-rakan seperjuangan dan sefikrah, coursemate, kenalan alam maya wa usrati- syukran atas ingatan kalian.

Rakan-rakan se'blok'-Seha, Wani, Wardah, Nas, Aya, Anis, Elin-terima kasih kerana menambahkan koleksi novel ana. Terharu sungguh! Tak lupa Yanti, Fana, Eah -sori la takde kek kali ni.. Tahan sikit nafsu makan antum bulan puasa ni ye.. InsyaAllah, ada duit biasiswa lebih boleh belanja lain kali.. Bertambahnya angka, memberi seribu satu peringatan.

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.w berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”
(Muslim)

'Ala barakatillah~

Sunday, 7 September 2008

Song dedicated to them

Lafaz Yang Tersimpan by UNIC


Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena

Kasih zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu

Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah

Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang

Kasih yang terlimpah hanyalah sekadartingkah

Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran

Tak mungkin terlihat cinta yang merona

Jika hanya renungan mata yang bersuara

Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam

Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan


ana uhibbuka fillah ~

Friday, 1 August 2008

Kitaran Masa


Sudah bertukar bulan rupanya.. Hari ini 1 Ogos 2008. Esok pula masuk 1 Syaaban 1428 H.. Waktu berganti waktu.. Terus berlalu tanpa boleh melangkah kembali ke belakang.. Antara kebijaksanaan kita merancang perjalanan kehidupan dengan perkara bermanfaat atau sebaliknya menentukan kejayaan kita pada masa mendatang.

Hati tiba-tiba rasa sedih. Rasanya, makin dewasa makin banyak dosa yang dilakukan. Bila tengok anak-anak buah saya yang teramat comey tuh, terasa untungnya mereka masih terpelihara. Cemburu.. tapi untuk kita kembali ke zaman kanak-kanak, itu mustahil.. Cuma kenangan yang mampu diimbas berulang kali. InsyaAllah hati yang rosak, akan cuba dirawat kembali seperti mana sucinya hati ibarat anak yang baru lahir. Mudah-mudahan segala taubat dan amalan kita diterima Yang Maha Esa.

"Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api." [at-Tirmidzi]

Sunday, 20 July 2008

Dugaan Realiti Kehidupan

Setiap yang dinamakan kehidupan pasti berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Baru – baru ini, tersirap darah saya sejurus selepas mesej dari abah dibaca, “Mak sakit tak boleh bangun. Dah bawa ke klinik semalam.” Lantas punat segera ditekan mendail nombor abah. Khabarnya, seluruh kawasan Felda saya telah dijangkiti wabak Chikungunya yang dibawa oleh nyamuk Aedes. SubhanAllah. Rupa-rupanya berita yang saya baca semalamnya telah pun dialami oleh penduduk kampung sendiri, sungguh tak disangka.

Membaca riak kerisauan dari nada suara anaknya, abah cepat-cepat memberitahu yang penyakit tu cuma beri kesan kepada sendi tapi tidak membawa maut. Mendengar penjelasan tu, saya sedikit lega namun hati tetap meronta untuk pulang menjenguk emak. Alhamdulillah, Allah dengar permintaan saya. Apabila akak call untuk mengajak pulang ke kampung, saya terus bersetuju. Lecturer kata, kes saya boleh diklasifikasi sebagai kes kecemasan, dan nasiblah jugak kelas esoknya start agak lewat. Kalau tak sempat balik kampus, cuti la sehari jawabnya. Hehe.. Kepulangan yang tak dikhabarkan mengundang rasa terkejut mak dan abah. Ku jenguk bilik mak kot-kot masih terlantar, tapi takde. Alhamdulillah dipanjatkan sekali lagi apabila mak dah mampu berjalan walaupun perlahan gerakannya dengan bantuan tongkat. Sedih sungguh rasa hati ini, tapi cuba disembunyikan.

Namun begitu, saya percaya ada hikmah di sebalik kejadian. Berita kesihatan emak mengumpulkan kami sekeluarga. Along dan Angah yang sudah berkeluarga turut pulang, mak dan abah pun gembira dapat jumpa dengan cucu-cucu kesayangan mereka. Syukran Ya Rahman atas ujian yang Kau timpakan ke atas hambamu. Jazakallah juga untuk rakan-rakan yang sudi mendoakan ‘kesembuhan’ parents saya, hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Mudah-mudahan kehidupan kita semua sama-sama dirahmatiNya.

“Tidaklah Allah menurunkan ujian terhadap hambanya, melainkan yang mampu ditanggung hambanya.”

Berpegang dengan ayat ini, kita akan dapat rasakan hikmah pada setiap kejadian. InsyaAllah.

Friday, 4 July 2008

It’s hard to make decision!

“Kila, akak kompius la..Akak habis 11hb nih. Program tu pulak on 12 n 13 hb kat KL. Tentative quite good.. Kila rasa, akak patut pegi tak?"

"Ha. Kila syorkan supaya akak pegi. Kata akak, jangan lepaskan peluang yang ada dekat depan mata. takper kalau akak takder geng..Kita kena hidup berdikari. Tapi tak tentu lagi kan..Ntah-ntah kat sana akak dapat kawan baru..Kan best ada ramai kawan. Akak kena pegi tau! Coz bukan calang-calang orang terpilih pegi program tu. Kira akak ni bertuah tau. Kalu akak pegi, Kila bangga tau, coz akak sahut cabaran..."


Aduh..terkena balik. Tak sangka nasihat yang pernah diberikan dahulu, dipulangkan semula kepada tuan punya diri. Gerak hati telah disokong. Thanx Kila. Cuma perlukan sedikit kata semangat dan dorongan untuk mengorak langkah seterusnya..Made up my mind..I've made my real decision n i'll grab this opportunity.. I'll go for CASFUMAL! Rahmati aku Ya Allah!

"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)...." (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)

Sunday, 15 June 2008

Abahku Heroku!


Selamat Hari Abah!

Hari Ibu sudah..Hari Guru pun sudah..Kini giliran Hari Bapa pula untuk disambut.


Buat ayahandaku Hj. Othman Hj. Ahmad yang terchenta, selamat hari bapa kuucapkan. Memang setiap hari adalah hari ibu dan bapa.. Tapi bagi ana, wujudnya hari yang dirai khas ini merupakan peluang untuk kita melahirkan dan menunjukkan penghargaan yang lebih kepada insan yang bergelar bapa ini berbanding hari-hari biasa. Yang ada rezeki lebih, mungkin hari gembira ini disambut dengan makan luar atau sebagainya. Namun cukup buat ana sekeluarga meraikan kemeriahannya di rumah. Lebih afdhal dan jimat rasanya.. =) Kek coKLaT dibuat sebagai petanda kasih sayang buat abah yang bekerja keras mengusahakan perniagaan bagi menampung perbelanjaan pengajian kami di universiti. Mak sibuk mengingatkan setiap anaknya agar tidak lupa mengucapkan “Happy Father’s Day” untuk abah, agar tidaklah abah kecil hati apabila pengorbanannya dilupai. Mujur mak ingatkan, kalau tak Angah pasti lupa, padahal dia dah pun bergelar abi. Maklumlah, Safiyyah baru berumur 8 bulan untuk mengungkapkan ucapan bermakna buat abinya. Haish, Angah..angah..

Abahku Heroku?? Semestinya..Ana kagum benar dengan sifat kepimpinan abah ana. Bagi yang tidak mengenali, pasti mengatakan abah seorang yang garang. Memang garang, tapi bertempat atau mungkin lebih tepat tegas sebenarnya. Lantang menyuarakan ketidakpuasanhati lantaran tanggungjawab yang dipikul sebagai ketua blok. Antara sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi". (Hadis riwayat Tirmizi).

Sememangnya sifat seorang bapa untuk menerapkan unsur murni dalam diri anak-anaknya. Kami adik beradik sering didedahkan dengan kesusahan mak dan abah mengharungi kehidupan ketika mereka hidup di zaman Malaysia masih berperang untuk kemerdekaan. Setiap kali balik kampung pasti kisah-kisah lampau mereka diimbas kembali. “Ni tempat abah pegi sekolah dulu, tanah merah. Kalau hujan, habis merah kasut abah. Ha ni balai polis, kalau lalu sini pulak, abah turun dari basikal..sorong. Takut kena kejar polis.” Cerita abah meledak gelak kami. Aik, takkan basikal pun nak tengok lesen kot?? Kini ana faham, tujuan abah bercerita bukan suka2 tapi kerana ingin menyedarkan kami. Hidup kami tak sesusah mereka dahulu. Berlampukan lilin mengulangkaji pelajaran, berkongsi makanan yang sedikit sekeluarga demi mengalas perut dan sikap berdikari yang paling utama. Tapi abah masih boleh mencipta kejayaan. Ana tahu, Abah mahu kami menghargai kesenangan yang diperoleh dan berjaya dunia akhirat.

Demi kepercayaan yang diberi oleh abah, akan kami buktikan kejayaan kami untuk membalas keringat gigih abah mencari rezeki membesarkan kami. Terima kasih ABAH! Terima kasih banyak-banyak!


"SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA!"

Monday, 2 June 2008

Walimah Cuti Sekolah


Selamat pengantin baru buat sepupuku,Siti Radziah dan pasangannya Zilnizam serta rakan zaman sekolah, saudari Hanis Azman bersama Mohamad Nasuha Rahmat.

Berderet-deret kereta sepanjang perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga ke Kg. Sg. Linau, Simpang Renggam, menandakan ramai yang mengambil peluang menyempurnakan sebahagian tuntutan agama untuk berkahwin pada musim cuti persekolahan ini.

Kalau sebelum ini, ana gembira menyaksikan pernikahan kedua-dua abang ana, tapi kali ini rasa sebak dan sedih bertamu dahulu sebelum gembira. Mungkin faktor persamaan umur dan status 'bongsu' antara ana dan sepupu menghadirkan perasaan yang sebegitu..Mungkin lah kan..Tak sangka kan, dalam umur yang baru menjangkau awal 20-an, tanggungjawab sebagai zaudjah sudah bermula. Apa2 pun, Alhamdulillah, mereka sudah pun bersedia memikul amanah masing-masing dalam berkeluarga.

Dan bagi saudari Hanis, tahniah ana ucapkan ditemukan jodoh antara yang terawal di kalangan batch 5ive.. Tapi kalah sikit dengan saudara Izuan Sukeri yang khabarnya juga telah pun menikah dengan pilihan hati.. Dah dua orang rupanya skulmate ana kawin ye..?? Di kala tangan membelek kad jemputan, terbayang-bayang di ruang mata gurau senda kita sewaktu di kelas dulu kan hanis..rancangan nakal balik prep awal gara-gara nak beratur paling depan kat dewan makan..riadah sesama..rehearsal lakonan yang pelbagai ragamnya..dan macam2 kenangan lah yang sukar untuk ana lupakan. Kadang terlintas di kepala, mungkin selepas kahwin ni, enti mesti banyak berubah. Maklumlah, orang kata perkahwinan ni proses mematangkan.. Sedangkan kami yang single ni, masih lagi perangai kebudak-budakan yang entah bila ketemu penghujungnya, riang sana sini seperti kanak2 ribena..sebabnya dunia kita yang berbeza.. dunia remaja vs dunia dah kawen..Hee, rasanya belum puas menikmati zaman remaja nih.. Namun, ana harap, ukhwah persahabatan kita tetap terjalin selamanya.

Akhirul kalam,ana hadiahkan ucapan tahniah dan ana doakan kebahagiaan rumahtangga kalian. Mudah-mudahan kehidupan kalian terus diberkati dan dikurniakan sedozen zuriat yang soleh dan solehah untuk menjadi pewaris Islam akhir zaman, InsyaAllah..

Monday, 26 May 2008

PRAKTIKAL GAYA STUDENT

Urmm..31 Mei ni genap sebulan sudah ana ber ‘praktikal’ di kilang sawit Adela nih.. Ada lagi lebih kurang sebulan 2 minggu nak habis kan misi nih.. Cepatlah masa berlalu hendaknya! Tak tahu lah ape perasaan.. Nak kata takde perasaan, tak boleh jugak. Perasaan penat bekerja tuh sure ade.. (erk, penat = perasaan ke??) Sumtyme boring, tak best, dan kadang2 boleh bertukar jadi best pulak secara tiba-tiba.. Weird

1st equation - Assignment + translater + report = bingung + apekah ini??

Hehe.. Tu la dinamakan praktikal gaya student. Sebenarnya ni masa kita nak kuarkan segala ilmu2 yang dah dipelajari untuk di ‘apply’ kat mana2 ruang bekerja. Seronok gak, bile masanya ade orang tanya about chemical dan ana berjaya menjawab dengan confident lagak seorang chemist yang di ‘approve’ kononnya.. =P Eh, terlebih sudah..Ya Allah jauhkan perasaan takabbur dalam diri hambamu ini..Amin~

2nd equation -> tugasan merawat air = jar test

3rd equation -> translate material safety data sheet = terjemah risalah data keselamatan kimia = chemist + interpreter

4th equation -> Report untuk En. Hashim + Hj. Yusuf + Fakulti Sains = struggle to finish it + sure pening kapla..

Aha..timbullah equation yang tah pape ni dari fikiran ana..Bila naik semester nanti, ada gak terfikir persamaan nih :

Study hard but smart + pointer gempak = Master in Forensic + restu walid wa ummi

Eit, tinggi benar matlamat?? Uikk, mesti lah! I’m trying to make it real! InsyaAllah…

And at last, u’ll find written in da paper, “Pakar Forensik dari Makmal Jenayah, saudari Hajah Khairiah Haji Othman mengesahkan….”

And at that time, I just realize that MY DREAMS BECOME TRUE!!

aLhamdulillah (“,)

Wednesday, 21 May 2008

Peribadi Mulia


Saudariku,


Aku suka sekiranya kau seperti Mawar

Aspirasi setiap Mujahidah

Bentengi lah dirimu dengan perasaan malu

Yang bertunjangkan keimanan

Dan keindahan taqwa kepada Allah..


Hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk

Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah

Ia tidak melihat kepada lelaki

Dan lelaki tidak melihat kepadanya


Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga

Jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah


Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum

Dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas tertutup

Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi

Melebihi daripada permata yang terdedah


Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq

Dalam melayari liku-liku kehidupan

Adalah harapan setiap insan

Insan yang bergelar ADAM