Alhamdulillah, berkat hari Jumaat dan bulan Ramadhan, sambutan hari ulangtahun kali ni pastinya lebih bermakna dengan rakan-rakan di sisi walaupun tanpa kehadiran keluarga tercinta. Buat rakan-rakan seperjuangan dan sefikrah, coursemate, kenalan alam maya wa usrati- syukran atas ingatan kalian.
Rakan-rakan se'blok'-Seha, Wani, Wardah, Nas, Aya, Anis, Elin-terima kasih kerana menambahkan koleksi novel ana. Terharu sungguh! Tak lupa Yanti, Fana, Eah -sori la takde kek kali ni.. Tahan sikit nafsu makan antum bulan puasa ni ye.. InsyaAllah, ada duit biasiswa lebih boleh belanja lain kali.. Bertambahnya angka, memberi seribu satu peringatan.
| Hadith : |
| Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.w berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.” (Muslim) 'Ala barakatillah~ |
1 comment:
smoga Allah berkati kamu!
smoga pnjg umor!!
sowi erk..
hikhik
Post a Comment