Sunday, 15 June 2008

Abahku Heroku!


Selamat Hari Abah!

Hari Ibu sudah..Hari Guru pun sudah..Kini giliran Hari Bapa pula untuk disambut.


Buat ayahandaku Hj. Othman Hj. Ahmad yang terchenta, selamat hari bapa kuucapkan. Memang setiap hari adalah hari ibu dan bapa.. Tapi bagi ana, wujudnya hari yang dirai khas ini merupakan peluang untuk kita melahirkan dan menunjukkan penghargaan yang lebih kepada insan yang bergelar bapa ini berbanding hari-hari biasa. Yang ada rezeki lebih, mungkin hari gembira ini disambut dengan makan luar atau sebagainya. Namun cukup buat ana sekeluarga meraikan kemeriahannya di rumah. Lebih afdhal dan jimat rasanya.. =) Kek coKLaT dibuat sebagai petanda kasih sayang buat abah yang bekerja keras mengusahakan perniagaan bagi menampung perbelanjaan pengajian kami di universiti. Mak sibuk mengingatkan setiap anaknya agar tidak lupa mengucapkan “Happy Father’s Day” untuk abah, agar tidaklah abah kecil hati apabila pengorbanannya dilupai. Mujur mak ingatkan, kalau tak Angah pasti lupa, padahal dia dah pun bergelar abi. Maklumlah, Safiyyah baru berumur 8 bulan untuk mengungkapkan ucapan bermakna buat abinya. Haish, Angah..angah..

Abahku Heroku?? Semestinya..Ana kagum benar dengan sifat kepimpinan abah ana. Bagi yang tidak mengenali, pasti mengatakan abah seorang yang garang. Memang garang, tapi bertempat atau mungkin lebih tepat tegas sebenarnya. Lantang menyuarakan ketidakpuasanhati lantaran tanggungjawab yang dipikul sebagai ketua blok. Antara sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi". (Hadis riwayat Tirmizi).

Sememangnya sifat seorang bapa untuk menerapkan unsur murni dalam diri anak-anaknya. Kami adik beradik sering didedahkan dengan kesusahan mak dan abah mengharungi kehidupan ketika mereka hidup di zaman Malaysia masih berperang untuk kemerdekaan. Setiap kali balik kampung pasti kisah-kisah lampau mereka diimbas kembali. “Ni tempat abah pegi sekolah dulu, tanah merah. Kalau hujan, habis merah kasut abah. Ha ni balai polis, kalau lalu sini pulak, abah turun dari basikal..sorong. Takut kena kejar polis.” Cerita abah meledak gelak kami. Aik, takkan basikal pun nak tengok lesen kot?? Kini ana faham, tujuan abah bercerita bukan suka2 tapi kerana ingin menyedarkan kami. Hidup kami tak sesusah mereka dahulu. Berlampukan lilin mengulangkaji pelajaran, berkongsi makanan yang sedikit sekeluarga demi mengalas perut dan sikap berdikari yang paling utama. Tapi abah masih boleh mencipta kejayaan. Ana tahu, Abah mahu kami menghargai kesenangan yang diperoleh dan berjaya dunia akhirat.

Demi kepercayaan yang diberi oleh abah, akan kami buktikan kejayaan kami untuk membalas keringat gigih abah mencari rezeki membesarkan kami. Terima kasih ABAH! Terima kasih banyak-banyak!


"SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA!"

No comments: