Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

Pra-Pasca


Salam W.B.T.

Satu masa dulu pernah ternampak gambar ni kat Facebook junior. Rasa macam kelakar.

Saya rasa ikon 2 bulan tu kena pada saya, genap 18/2/2014 yang lepas. BintangS were everywhere. Kalut dengan kakak, tapi buat selamba depan mak. Kasi mak percaya, "Everything is OK mum. You just have to relaxx." Heh. Terima kasih la kakak yang sudi menjadi pelakon tambahan. Dan tukang jahit yang terpaksa terlibat sama dalam konflik menyiapkan baju dalam masa sebulan. Tak boleh balik kampung, kalau tak nanti mak tanya. Phew.

Ikon 1 bulan tu applicable untuk setiap masa bermula dari sekarang. 

Peluh tersembunyi sambil muka konon takdak apa. Eheh.

Namun, Alhamdulillah. Beruntung jadi adik bongsu dalam tarbiyyah, banyak nasihat yang saya terima. "Krie, you have to do this and that. Please don't do this and that." Banyak juga contoh baik yang dapat saya lihat untuk dijadikan teladan. Pengurusan rumahtangga yang baik, tidak akan mengganggu perjalanan tarbiyyah. MashaAllah, hebatnya akhwat pilihan Allah. Saya meng-admire mereka dalam diam. 


Tangga kedua



Pembinaan jati diri individu muslim itu sebenarnya bahagian yang paling penting. Jujurnya, saya masih belum sempurna. Namun, saya yakin, ibarat dakwah yang tidak perlu sehingga sempurna (tapi ada sedikit ilmu) sebelum menyampaikannya kepada orang lain, begitu juga proses yang ini. Kehidupan adalah satu proses pembelajaran sepanjang zaman.

Teringat kata-kata saya untuk seorang ukhti hampir setahun yang lalu. "Buang ketakutan, bina keyakinan." Saya kembalikan frasa tersebut untuk diri sendiri. Kerna saya tahu, Allah akan uji kita dengan apa yang kita cakapkan. Mohon saya pada Allah, semoga dikuatkan jiwa dan raga menghadapi kehidupan akan datang.

Dikelilingi orang-orang yang hebat, menjadikan diri ini terasa kerdil. Saya percaya, mungkin ini tarbiyyah dari Allah, cara Dia untuk mendidik saya agar turut menjadi hebat.


Niat

Akhirnya, tidak mahu tidak, tengok kembali niat kita. Tajdid semula. Luruskan semula segalanya. Semoga Allah melancarkan segala perancangan kita mengikut aturanNya yang terbaik.

Correction : Marriage is not about love only

Moga Allah juga memelihara niat saya. Khas buat pembangunan diri, keluarga, masyarakat, ummah keseluruhannya.

Ke arah mencintai Allah S.W.T. di tempat yang paling tinggi.

SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar.

Monday, 30 December 2013

Refresh



Refresh. Dalam erti kata lain re-fresh = proses segar semula. Iman kita.

Masih aku ingat mukhayyam di Negeri Sembilan, tahun 2010 kalau tak silap. Sebelum itu, sempat aku menulis sepatah dua status di Facebook yang pada masa tu tak berapa ramai friends dan masih belum glamer macam sekarang yang menjadi medan fitnah dunia maya.

Status aku berbunyi : Futur is still not an option! [Tak matang betul aku masa tu weh bila difikir semula.]

Kemudian, seorang ustaz, figura dakwah yang sangat aku hormati muncul membalas komen memberi nasihat.

"Tak apa futur, sebab ia sunnatullah, macam kejadian bukit bukau dan gunung ganang, ada kemuncak dan ada cerun lembah, begitulah iman kita, ada turun ada naiknya. Kalau kita mengharapkan tiada futur, maka itu tak normal dah tuh. Cuma yang penting, apabila futur, jaga perkara fardhu dan sentiasa bersama sahabat yang membantu menasihat dan mewujudkan biah solehah. Jangan bersendirian, bahaya.

Maksud ana bukan sengaja pilih untuk futur, tapi apabila dilanda futur, kita perlu hadapinya secara tabii, mengikut undang-undangnya. Kalau kita pandang negatif 100% pada futur, problem juga. Ana bimbang jika semanga tak mahu futur sampai ke tahap menafikan hakikat tabiat jiwa manusia yang diciptakan Allah."

Hah. Nampak tak betapa berharganya nasihat macam tu? Terima kasih ustaz. Sekali seumur hidup ustaz respon status aku. La ni, sibuk dah.


REHLAH

Dan cerita rehlah tahun ini, setelah mukhayyam terakhir 2010, jaulah terakhir 2011, dapat juga dikumpulkan kami bersama tahun ini, 2013. Maha Suci Allah yang Maha Penyayang.

Akhwat itu memang lah. Dekat tapi dirindui. Duduk satu bilik pun rasa rindu, sebab tak habis bercerita itu dan ini, apatah lagi bila mana masing-masing sudah berkeluarga. Kakak doktor kata, jangan rasa akhwat bila dah kahwin, yang bujang ni rasa kejauhan dengan hubungan persahabatan yang lama. Nasihat seorang akhwat, berbeza dengan nasihat seorang zauj. Ehem. Tapi kakak, sebagai bujangan, I do feel that. Haha. Tak cakap la. Cakap dalam hati je. Sambil tersengih sekejap.

Rehlah kali ini memang lah ditunggu- tunggu. Alhamdulillah, Allah lapangkan masa yang ada. Walaupun kerja bertimbun menanti hari resign dari pekerjaan. Bulatan kecil pagi itu, berkongsi tentang sindrom futur. Ceritera yang berbeza setiap orang. Tak semua bercerita, tapi yang pasti semua punyai lipatan kisah masing-masing. Nama aku diseru, tapi terpaksa bagi peluang pada orang lain. Bimbang-bimbang bakal membanjirkan dewan kecil itu kerana kisah futur aku memang menyayat hati. Hehe. Namun apakan daya, cerita seorang ukhti tetap mengundang air mata, bukan dia seorang, malah hampir kesemua di dalam bulatan itu merasakan perasaan yang sama. Kakak doktor di sebelah menundukkan pandangan, dan 'tik', jatuhnya air mata yang membasahi kertas kajang di pehanya. Aku nampak, tapi kakak doktor cuba berlagak normal dan stay cool tanpa sebarang kesatan air mata. Eceh. Murobbiah perlu nampak kuat, itu yang dapat aku simpulkan dari tindakannya itu.


FUTUR

Pernah dengar? Futur membawa maksud,

"KELESUAN SETELAH BERMUJAHADAH ADALAH KERANA KESILAPAN DI LANGKAH PERTAMA."

Itu perbincangan kami. Bila dinilai semula, fenomena futur ada kaitan dengan niat kita di awalnya. Yang kemudiannya, niat dikaitkan pula dengan keikhlasan sesebuah niat.

Langsung aku teringat pesan ustaz 3 tahun lepas seperti di atas. Sama saja pesannya dengan mana-mana ukhti sekali pun. Itu teori. Cuba praktikkan. Pasti kau temui kebenaran di sebalik pesanan itu. 



Kepentingan yang utama adalah kefahaman yang sebenar tentang Islam akan menyelamatkan individu daripada semangat berkobar-kobar tanpa hala tuju dan kemudiannya terpadam tanpa sebarang cubaan nyalaan semula. Faham maksud aku? Maksudnya, larian yang bersungguh-sungguh, tapi bila terjatuh, tak cuba untuk bangun dan berlari semula untuk ke penamat. 

Apa? Masih bunga-bunga lagi? Straight to the point boleh?

Hmm.. Bahasa mudahnya, mengalah untuk bermujahadah dan melayan rasa futur sehingga tersungkur dalam jalan dakwah. Naudzubillah. Aku percaya, kita semua mohon untuk dijauhkan daripada Encik  Futur. Kehadiran Encik Futur tidak pernah ikhwah akhwat undang. Kalau Encik Futur tetap datang, mungkin sudah berlaku pencerobohan di sana sini.


REFRESH

Kehadiran ke rehlah kali ini aku rasakan seperti dah terbenam ke tanah akibat diketuk berkali-kali. Tapi terasa menyegar semula iman ini dek jirusan kasih sayang para murobbiah dan sahabiah. 1435 H dan 2014 kali ini, masa untuk perform yang terbaik, pesan buat diri.

Penamat mardhatillah itu tidak aku ketahui bilakah dan bagaimanakah cara aku mencapainya. Doa aku, semoga khayr belaka hendaknya.

Jawapan perasaan yang tak ikut skema seorang ukhti, 'Sahabat itu, jiran di syurga nanti.'


2014

Tinggal esok saja. Kerjaya aku bakal tamat. Bakal diinterview juga jawatan idaman hati. Tahun baru yang belum pasti permulaan dan kesudahan yang macam mana. Azamnya, mahu jadi sangat solehah dan bertaqwa. Mohon doa ukhti-ukhti solehah. Moga Allah permudahkan dan Allah kuatkan hati dan pasak kaki. Ameen ya Rabb.

Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas. Perlu dizikirkan juga untuk pentajdidan niat sehari-hari.

Allahu a'lam.


Friday, 16 August 2013

Senyuman seorang syuhada'

Angah dan bapa si syuhada', Hisham Sakr



Asmaa' Hisham Sakr.

Aku tak pernah bertemu dengannya, tapi cuma bapanya. Dan aura perjuangan bapanya melambangkan perjuangan ahli keluarganya. Begitu anggapan aku.

Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang aku berpeluang jumpa pada program-program anjuran ISMA, cuba aku manfaatkan sepenuhnya. Betapa aku menghargai kebersamaan aku bersama jemaah ini. Alhamdulillah. 

Cukup gambar ini buat aku muhasabah.

Hidup dan syahidnya ditemani senyuman di bibir. 

Aku juga berharap husnulkhatimah menemani pengakhiran aku.

Wajah berseri-seri dan senyuman melebar di pipi.

Kisah di Mesir Syawal begini menyedarkan aku, rupanya aku belum cukup kuat untuk menghadapi kehilangan. Nyawa orang mahupun nyawa sendiri.

Mungkin atas dosa-dosa sendiri.

Semangat, kau jangan datang hangat-hangat ta*i gajah. Datang biar membara selamanya.

Penyakit wahn, jangan kau hinggap ke atas hati pejuang-pejuang agama.

Ya Allah, pelihara kami dari dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil serta perkara syubhah.

Ya Allah, bantulah umat Islam dalam meninggikan agamaMu.

Ya Allah, kami mohon dengan sangat.

Amin ya Rabbal 'Alamin.



-S.K, 9 Syawal 1434H-

Wednesday, 12 June 2013

More or less time?

Play it safely.


Video ini berjaya membuatkan aku 'tacing'. Pastinya, hati-hati di luar sana juga. Terima kasih bro. Dua anak kecil itu memang hebat lakonannya. Ehe.

Sesungguhnya, kita memang kesuntukan masa. Dan masa yang kita ada, tak mungkin berbaloi untuk disia-siakan.

Sewaktu era PRU-13 yang lalu, aku terbaca satu kenyataan seorang ukhti yang aku akui kebenarannya. Dua perkara yang 'hot' di kalangan belia [baca: ikhwah akhwat], 1- Politik. 2- Beit Muslim. Iya, masing-masing berdegar-degar memperkatakannya. Lebih-lebih lagi, topik yang ke-2 tu. Yang paling entah apa-apa [baca : annoying], jadi gurauan di group yang aku hormati, S*** A*** P*****A. Urgh??

Dan ia melalut-lalut ke blog peribadi, fanpage yang beberapa orang LIKE dan seanteronya.

Entah kenapa aku rasa terkilan sangat. Marah tak boleh. La taghdab kan, nabi pesan.

Aku menganggap ia sebagai salah satu punca kemenangan Islam masih bertatih-tatih. Kerna pemuda-pemudinya punya masa untuk me'war-war'kan perasaan. Beberapa 'post' tentang hati dan perasaan yang tidak sejantina, tidak pula stress on DnT? Hm.

Weyyh.. Bakpa hang ni syadid sangat? Sound orang sampai lagu ni.. Isk, hang ni...

Ha la, weyh. Takkan aku nak main lagu dangdut pula bak hang. Hang nampak dak, depa-depa kat luaq tu? Ramai yang tunggu kita bertindak.. Tak dan dah kita nak main drama cintan-cintun ni.. Hang kata hang dai'e.. Dai'e mana dan nak layan perasaan remeh cenggini.. Ikhtilat tu penting kot kena jagaa.. Jaga hati wehh

Aku pegang kata-kata murabbiyah superwoman.

"Besarkan masalah umat, kau akan nampak masalah kau kecil."

Hm. Entah. Mungkin aku sorang yang propa. Tapi jauh kat ceruk hati, aku mengharapkan perubahan sikap.

Dai'e perlukan jiwa besaaar.

Semoga akar umbi jahiliyah kita dicabut sepenuhnya. Dan akar kefahaman Islam, membumi sekukuhnya.

Aku belum cukup baik, tapi aku akan terus berusaha untuk jadi baik. Sebab aku cik Kebaikan. Hehe!



Duhai ikhwah akhowat
Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Dikau mengalirkan air mata tangis
Kononnya menginsafi betapa peritnya umat yang sedang tragis ..
Esok-esoknya
Dikau bangkit menghilai tawa
Bersenda gurau membunuh masa ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Dikau semangat membara
Menyelar ideologi hedonisma pujaan uda dan dara ..
Esok-esoknya
Dikau terkinja-kinja
Menjerit melolong menyanyi berdansa bersama ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Dikau terkebil menggelengkan kepala
Melihat idola siswa yang tiada wibawa ..
Esok-esoknya
Dikau masih orang yang sama
Tiada usaha kurang membaca ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Dikau membebel menyumpah seranah
Keadaan umat yang tak sudah berbalah ..
Esok-esoknya
Dikau mendiam membisu sendirian
Tiada disapa rakan dan taulan ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Dikau tunduk sesal nasuha
Pada dosa yang tiada terkira ..
Esok-esoknya
Dikau ulang semula
Seolah malaikat sudah tiada nyawa ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Dikau teruja memasang cita
Berangan lagak remaja Gaza, segak mengangkat senjata..
Esok-esoknya
Dikau nyenyak Subuh di atas tilam baldu
Selimut nipis umpama besi berat nan beribu ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini 
Mulut mencebik geram. hati rasa meluat
Melihat mereka yang terhegeh selalu mengelat dan terlewat ..
Esok-esoknya
Dikau orang yang paling akhir
Hadir usrah tugasan pun selalu tercicir ..

Sudah-sudahlah
Sudah-sudahlah ..
Sudah-sudahlah ...

Kita sudah suntuk masa
Mengumpul pemuda yang tinggi izzah Islamnya ..

Kita sudah suntuk masa
Menyusun tenaga menonjol idola wibawa

Kita sudah suntuk masa
Perbaiki ummah yang parah dan celaru identitinya ..

Kita sudah suntuk masa
Mempersiap jawaban tuk ketemu Tuhan Yang Esa ..

(Umatku, masihkah punya harapan?)

Kalau tidak sekarang bila lagi?
Kalau tidak kita siapa lagi?



Wednesday, 10 April 2013

Satu

Di saat baru nak berehat sebentar, Parlimen dibubarkan. Kena ON mode bekerja semula.

Media adalah jarangan paling pantas dapat dicapai. Klik sana sini, dah tersebar. Baik atau buruk, masing-masing boleh tentukan.

Satu pesan aku. SATU je.

ITTAQULLAH.

Simpan kemas. Dalam hati. Dalam minda. Terjemah dalam tindakan.



Arus Baru. Gaya Politik Kasih Sayang.

Facebook.

Youtube.

Twitter.

Website.

Monday, 21 January 2013

Friday, 9 March 2012

Dakwah itu untuk orang yang sibuk.
Berbahagialah kamu dengan kesibukan.

Sunday, 4 March 2012

Terbitan Semula : Menyediakan Kemaafan


Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap yang beriman itu bersaudara. Allah mendahulukan iman sebelum hadirnya hubungan bersaudara. Kerana iman itu asasnya, akidah itu ikatannya, dan hasilnya semua manusia yang terikat dengan ikatan itu adalah bersaudara.

Ya, ukhwah itu dasarnya iman. Iman itu terletaknya di hati. Tahap paling rendah ukhwah adalah berlapang dada. Dan yang tertinggi adalah mengutamakan saudaranya melebihi diri sendiri. Teori sangat mudah dilafazkan. Tapi praktikalnya, bukan semudah bicara.

Cikgu baik kata, kena merancang sesuatu yang besar, mulakan dengan yang sedikit, tetapi kena bertindak sekarang. Sekarang!

Saya berhajat besar, mahu menjadi seperti orang-orang Ansar yang menjadi contoh kerana punya ukhwah yang terbaik. HIJRAH, peristiwa besar itu menyaksikan bagaimana Ansar begitu mengutamakan orang-orang muhajirin berbanding mereka sendiri. 

Saya mengaku yang saya masih lemah untuk ithar, masih belum ikhlas. Senang cerita saya belum pernah mengutamakan saudara saya melebihi diri saya sendiri. Oh, sebenarnya, saya masih bertatih untuk berlapang dada.

Baiklah, saya perlu bermula semula dengan berlapang dada. Sebut memang senang, tapi bila berhadapan dengan berbagai kerenah saudara-saudara seiman, kadang-kadang kalah juga hati saya, bermonolog yang bukan-bukan. Mujurlah ada saja cikgu baik yang mengingatkan bahawa punca ukhwah bermasalah kerana iman di hati yang bermasalah. Oh, beristighfarlah dengan ikhlas..



Saudaraku,

Sebenarnya di dalam jiwa setiap manusia, terkandung sifat pemaaf. Pastinya itu adalah anugerah dari Allah ya Ghaffur. Cuma kadang-kadang sifat itu terlindung dan ditutup oleh belengu-belenggu jahiliyyah.

Mengenangkan sifat Allah yang Maha Pengampun, pastinya akan mengalir titis-titis jernih dari mata mereka yang beriman dengan sebenar-benar iman. Tidak kira sebesar mana pun dosa yang telah dilakukan, pasti Allah memaafkan, mengampunkan, asalkan kita mahu bertaubat. Masakan ada manusia yang bersikap pemaaf sedemikian rupa. Sungguh, tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah.

Namun saudaraku, bait-bait cinta Allah dalam Al-Furqan mestilah diambil pengiktibaran. Berulang-ulang Allah menyebut... Innallaha ghafururrahim... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Innallaha tawwaburrahim... Sungguh,  Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Allah Ya Ghafur telah menyatakan bahawa Dia Maha Pengampun. Allah benar-benar mahu khabarkan kepada kita bahawa Dia telah siap sediakan pengampunan kepada hamba-hambaNya sebelum mereka melakukan apa pun dosa. Kerana Dia Maha Mengetahui bahawa setiap sesuatu di alam jagat ini hanya bergantung kepadaNya yang Maha Esa.

Pengampunan yang tersedia ini bukanlah bermakna bahawa manusia bebas melakukan apa sahaja. Tetapi ia seolah-olah adalah satu teguran lembut daripada Allah, "Tidakkah kamu mahu bersyukur?". Maha suci Allah yang Maha Penyayang.

Saudaraku, terlalu banyak duri-duri ukhwah dalam setiap langkah kita dalam perjuangan hidup ini. Harus kita ingat bahawa orang yang bertaqwa itu perlu berhati-hati dengan mengelakkan dzon (prasangka) yang bukan-bukan. Kerenah manusia pelbagai ragam. Namun, iman yang sejati pasti dapat menyelamatkan. Ingatlah... Innallaha ghafururrahim...

Maka sediakanlah kemaafan dalam hatimu kemas-kemas. Walau apa pun yang berlaku dalam ukhwah kita, ambillah kemaafan itu dan serahkanlah pada saudara-saudara kita. Kemudian ukirlah senyuman manis dan sediakan kembali kemaafan di dalam hatimu untuk episod-episod hidup yang mendatang. Itulah sebahagian yang dinamakan berlapang dada... Mudah-mudahan kemanisan iman dapat kita kecap kerana cinta kita pada saudara kita adalah semata-mata kerana Allah.



Sediakanlah kemaafan... Sebarkanlah kasih sayang...

Ya Allah... lapangkanlah dada kami, mudahkanlah urusan kami dengan rahmatMU, dan perelokkanlah akhlak dan butir bicara kami demi mengangkat kalimah Mu di hati-hati ummat ini... Amin.

p/s: diterbitkan semula kerana aku rindu tulisan ini. serius. afwan ya, ukhti. <3

Monday, 20 February 2012

Sekarang


*Gambar dari mana entah*

Gambar di atas adalah pertanyaan seorang guru kepada anak muridnya.

Siapa idola mereka. Dan berikut adalah senarai jawapannya.

Sob sob. T_T

Speechless.

Eh, bukan idola. Sepatutnya, contoh terbaik. Qudwah hasanah.

Tiada lagi Muhammad S.A.W.

Tiada juga para sahabat.

Tiada pula tabi' tabi'in.

Hatta 'Ayah Saya' pun tiada.

Salah siapa?

Ya, salah kita.

Salah aku saja mungkin.

Silap seorang yang mengaku dai'e tetapi tidak bekerja melaksanakan amanah.

Culas, malas, sambil lewa, tidak bersungguh!

Ini sebenarnya peringatan buat aku.

Supaya aku betul-betul bergerak untuk mendapat syurga Firdausi untuk kerehatan abadi nanti.

Hah, apa tunggu lagi. Gerak lah. Nanti? 

Sekarang! Ya, sekarang!


Yaa aiyyuhal muddaththir
Hai orang-orang yang berselimut

Qum Faanzir
Bangunlah, lalu berilah peringatan!

Eh, penegasan dari Allah itu tahu? 
Ayuh, segera.

Ya Allah, berkatilah, redhailah.

Monday, 6 February 2012

Motivasi diri










Ini sesi motivasi.

Ehhe.. Semalam adalah sesuatu. Ada sesuatu yang berlaku. 

Di kala mencari kekuatan dan keredhaan Allah, saya terbaca post-post di atas. Terus.... ZAAAP!

Fuh.. sentap jiwa raga ku! Haha.

Ya, tentang memberi maaf. Senyum walau dikasari. Rendahkan ego dengan meminta maaf. Doa.

Kebanyakannya berkisar benda yang sama. Dan ketenangan itu hadir beransur-ansur. Alhamdulillah.

Allah itu sangaaat suwiit. Dia gerakkan hati saya untuk melihat dan membaca post-post di atas. Sedarkan saya dengan post-post itu. 

Dan, ini bukanlah kali pertama. Kadang Dia kirimkan sahabat-sahabat yang mengingatkan. Sahabat-sahabat yang tak jemu mendengar pok pek itu ini dan kemudian menasihatkan. Makanya... Emosi yang entah apa-apa tu akan bertukar menjadi emosi yang stabil seperti sediakala. Dengan kehadiran sahabiah akhawati sekalian. Jzkk eh!

Kasih sayang Allah itu Maha Luas. Oh, tak terjangkauu tahu?

Sungguh, Allah itu mengetahu isi hati hambaNYA. Dan Dia mendengar doa hambaNYA.

Cumanya, sabarlah. Perancangan Allah buat kita kan yang terbaik saja, dan dalam masa yang dia tentukan. Sebabnya Dia itu sebaik-baik perancang.

"Kadang-kadang Allah S.W.T sengaja campak rasa bosan, untuk kita mula memikirkan Allah, mencari Allah, dan berhubung semula dengan Allah selepas beberapa ketika kita terlupa mendetikkan hati buatNYA ketika berhubung dengan manusia"-Sheikh Aitullah

Everything happen for a reason. Kan? Allah nak uji sifat sabar dan maaf saya. Maka, terimalah.

Hoyeah!

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yang bersyukur dan thabat di jalanMU. Ameen!


Friday, 22 October 2010

Langkah Kaki

 Tolong ingatkan aku

Terkadang dalam melangkah, ada kalanya kita melaju.

Adakalanya kita tersadung. Mungkin juga terjatuh, kemudian bangkit semula. Atau, terjatuh yang tidak bangun-bangun lagi.

Semua bergantung pada si pelangkah, bagaimana mencorakkan langkah kakinya.

Beberapa sahabat berkongsi, meluahkan isi hati. Heh, mujur saya sudah selesai melalui fasa puncak (menyiapkan tesis). Dapatlah saya layankan aduan manja mereka dengan kasih sayang yang melangit. Sekurang-kurangnya, peranan saya sebagai sahabat masih dipercayai, masih dihargai. Dan haruslah jaga kebajikan kawan-kawan, baru sesuai dengan maksud nama yang diberi. (",)

Mengadu kelelahan meneruskan derapan. Mengadu 'ter'stress dengan persekitaran. Mengadu 'ter'hilang punca setelah bermula.

Itu semua normal. Allah datangkan ujian bukan suka-suka.

Musibah dan ujian itu sebenarnya mahu menyedarkan kita tentang nikmat Allah, mendekatkan diri padaNya. Jadi, apa lagi yang layak dibuat kalau bukan bersyukur kepada Allah dengan mengingatiNya setiap detik waktu. Kan?

Saya juga tak terlepas dari tekanan. Bila dibuka al-Furqan-, ayat 286 surah Al-Baqarah sering memotivasi diri. "La yukallifullahu nafsan illaa wus'ahaa"-Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dan ayat itu juga dibekalkan kepada sahabat, memujuk sang hati dengan janji Allah.

Bersangka baik dengan Allah. DIA nak kita kuat. DIA nak kita belajar erti kehidupan.

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." [3:139]


Kadang-kadang 'ter'mengeluh jugak. 'Ter'lupa Allah tu sentiasa berada di sisi. Mengawasi hambaNya. Terang-terang Allah dah pesan,

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" [40:60]

Haa.. boleh la tambah lega lagi sikit. Allah memang nak kita bergantung harap pada Dia sepenuhnya. Tetapi setelah berusaha, barulah boleh bertawakal. Kalau tak menanam, manakan nak dapat hasil tuaian?
 
"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal."[3:159]


Oh, moga segala rintangan yang dihadapi meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." [65:2-3]

Nah, sekarang masa untuk meneruskan langkah. Allah tu memang pemurah. Kalau kita cintakan Dia, Dia pasti membalas cinta hambaNya.

Kalau berduka lara, ambillah wuduk, bacalah Quran. Tadabbur ayat cinta dariNya. InsyaAllah, pasti akan terawat segala kesedihan.

"Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa." [3:138]

Jangan cuma meminta diringankan ujian, pintalah juga dikurniakan kekuatan iman untuk mengharungi cabaran.

Tulisan ini pasti juga untuk rujukan semula aku bila kesedihan itu datang bertamu.

Tuesday, 19 October 2010

Kisah Safiyyah II

Salam. 

Ini kisah kedua Safiyyah. Kisah anak kecil yang kuat setelah beberapa jam ditinggalkan Abi yang pergi berjuang di benua lain.Bukan apa, ada saja gelagat Safiyyah yang terkesan. 

Sehari selepas Abinya berlepas, Safiyyah menolong Ummi mengemas kitab-kitab untuk dibawa Atuk pulang ke kampung.

"syaAllah.. syaAllah.."

"Eh, Yah buat pe tu?"

"syaAllah.. ratnye otak ni." Tangannya cuba mengangkat kotak.

Baru saya faham.

"La..sian dia.. MasyaAllah, berat kan kotak tu. Meh MakCu tolong meh."

"Olong MakCu.."  Safiyyah tersengih nampak gigi lagi.

Si kecil menyentuh hati yang dewasa. 

Eh? Bagaimana Menyentuh Hati karya Syeikh Abbas As-Sisi sudah mula dipraktis nampak?

Alhamdulillah, terserlah bakat dai'e cilik ni. 

 Kak Safiyyah dah besar, dah boleh jaga adik Uswah


Kalau si kecil mampu mengingati Allah dalam bicaranya, mengapa tidak yang dewasa?

Imam Hassan al-Banna pernah berkata, "Seandainya dapat, saya ingin sekali menyampaikan dakwah ini kepada setiap anak yang dilahirkan."

Mak Su doakan Yah, Wah, jadi anak solehah. Doakan Mak Su juga.

Dan.. Coretan ini buat tatapan si Abu Khairah yang jauh beribu batu. =D

Sunday, 10 October 2010

Terbitan semula : Perasan Futur?

Ini tazkirah tidak langsung dari [copyright] Anaigh. Semacam perasaan, tapi sebenarnya perasan.




Bismillahirrahmaanirrahim
Bila kau mengharap orang lain berbuat itsar. Lihatlah gunung-ganang, kata kau. Ada yang tinggi ada yang rendah. Ada masa iman kita di excited state, ada masa di ground state saja. Orang lain [bukan kau] berbuat itsarlah, itsarlah [pada kau]..
Istilah ni aku terperasan best bila ramai orang di sekeliling aku [termasuk aku] melaung-laung, “Oh Futur!..” atau “Futur, jangan cari aku.” atau “Siri Aku Futur”, atau “Kelab Benci Futur”, atau “Oh, Sakitnya Futur”, atau “Lawan Futur!!!” dan  sebagainya  menandakan orang itu sedang diekori haiwan berkaki tiga bernama futur.
Apa binatang futur ni?
Ikut apa yang aku faham, dan untuk mudah ini aku quote saja
Secara bahasa:
* Berhenti setelah berkesinambungan atau diam setelah bergerak
* Malas, menunda-nunda, memperlambat aktivitas setelah bersemangat.

Secara istilah :
* Suatu penyakit mental yang menimpa sebagian aktivis dakwah, minimal berupa kemalasan, sikap menunda-nunda,  dan mempelambat suatu urusan.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.
Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:

الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة:

[ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]

Maksudnya:
Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya.  Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu.  Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari  melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam  Al-Quran Allah Taala  memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan  siang tanpa jemu )).
Perasan Futur
Perasan futur pula ialah bila kau kau belum bermula pun. Belum melakukan apa-apa yang signifikan untuk   iqaamatudeen. Belum sedikitpun berjuang. Jauh lagi untuk bergadai harta dan nyawa. Tapi bila diberi tugas, tiba-tiba kau berasa lemah segala sendi kerana malas. Kemudian kau merengek-rengek mengaku futur, sebab macam pernah dengar je istilah tu.
Perasan futur saja, sebenarnya tak mahu bekerja. Alasan!
Sudah tentu aku bukan menafikan penyakit ni. Ya, betul. Futur memang ada dalam perjuangan. Ia boleh menimpa daie. Tapi hello.. sila baca balik definisinya.
..selepas awalnya suka kepadanya.  ..selepas awalnya ia bersungguh dan cergas dalam perjuangan.
Ini futur yang dipanggil futur.
Kau? Aduh, mengakulah belum satu bulu roma pun tercabut demi agama ini. Belum selangkah pun kau melangkah  berjuang. Sudah mengaku futur. Mengakulah, kau hanya BERALASAN! Perasan FUTUR! [bagi latar petir berdentum sikit]
Mengakulah kau malas, kau ragu-ragu, kau malu digolongkan dalam kumpulan orang-orang pelik, yang asing, yang  skema itu. Yang memperjuangkan kebenaran itu.
Sekali lagi, perasan futur adalah perasaan yang menimpa orang-orang yang belum berjuang, tak mahu berjuang tapi merasa “oh, aku dalam fasa futur” sebenarnya minta dibaca [oh, selama ni aku rajin beramal, hari ni boleh bagi aku  cuti?] atau [tolong berbuat itsar, ambil tugasku]. Kau telah mempergunakan  hakikat futur untuk tujuan yang tidak murni!
Itsar itu sangat terpuji, lihat golongan ansor di yatsrib ketika hijrah. Malah Allah memuji mereka di dalam alQuran, kata kau. Tapi lupakah kau bagaimana sikap muhajirin ketika itu? “Tunjukkan kepadaku jalan ke pasar” [Abdul Rahman bin Auf]. Jangan sesekali kau mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain!
Benar, Sabda Rasulullah s.a.w:

إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة

Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergas) dan setiap kecergasan ada masa jemu…”.
Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.
Tapi bila amalan pun tidak ada, dari mana muncul si jemu tu?
Sudahlah, penyakit ini kalau betul ada, sedang kau waras, kau akan malu menunjuk-menunjuk. Macam bila kau terkena cirit birit. Kau akan bergegas mencari penawar, mencari tabib. Bukan mendaftar masuk facebook kemudian mencanang “aku cirit birit!”..
Usah menipu diri, dan menyusahkan orang. Usah berfikiran rumit. Diberi tugas, bismillah saja. Bukankah redha Allah yang kita cari? Bukankah pengampunan Allah yang kita damba? Bukankah rahmat Allah yang kita idam-idamkan? Bekerjalah.
Lupakah kau amal kebajikan apa yang paling besar dizaman ini?
Sudah tentu “kau” dalam artikel ini adalah penulis sendiri. Usahlah kau terasa berlebih-lebih. Aku yang perasan futur  selama ni. Uks!..
Ketahuilah dakwah ini untuk orang yang besar hatinya!
Bila kau mengharap orang lain berbuat itsar. Lihatlah gunung-ganang, kata kau. Ada yang tinggi ada yang rendah. Ada masa iman kita di excited state, ada masa di ground state saja. Orang lain [bukan kau] berbuat itsarlah, itsarlah [pada kau]..

**************************************
Alahai perasan futur rupanya aku ni. Apa lagi.. Segera lah start enjin kereta!
Segera, tahu!

Tuesday, 5 October 2010

Kisah Safiyyah

Model baju merah.. Haha.. Jangan marah! =P

"Mi.. Mi.. udung Yah ane?"

"Miii..udung Yah ane?"

"Haa.. tudung Yah? Nanti Ummi cari eh.."

"Tudung Yah tertinggal lah.. Ummi lupa bawak.."

"Udung Yah inggal eh Mi? Udung Yah inggal aa MakCu" tersengih memandang ke MakCu.

"Ye ke? Takpe, nanti MakCu belikan baru untuk Yah eh?"

Aisehh.. Comel sungguh si Safiyyah ni. Kecik-kecik dah mintak tudung kat Ummi. Malu dengan Cik Arief kot. Hehe.. Tak jejak umur 5 tahun lagi pun.

Yo! Amacam memakcik yang umur belasan dan puluhan tahun?

Ada tercabar dop??

Status : Muhasabah