Refresh. Dalam erti kata lain re-fresh = proses segar semula. Iman kita.
Masih aku ingat mukhayyam di Negeri Sembilan, tahun 2010 kalau tak silap. Sebelum itu, sempat aku menulis sepatah dua status di Facebook yang pada masa tu tak berapa ramai friends dan masih belum glamer macam sekarang yang menjadi medan fitnah dunia maya.
Status aku berbunyi : Futur is still not an option! [Tak matang betul aku masa tu weh bila difikir semula.]
Kemudian, seorang ustaz, figura dakwah yang sangat aku hormati muncul membalas komen memberi nasihat.
"Tak apa futur, sebab ia sunnatullah, macam kejadian bukit bukau dan gunung ganang, ada kemuncak dan ada cerun lembah, begitulah iman kita, ada turun ada naiknya. Kalau kita mengharapkan tiada futur, maka itu tak normal dah tuh. Cuma yang penting, apabila futur, jaga perkara fardhu dan sentiasa bersama sahabat yang membantu menasihat dan mewujudkan biah solehah. Jangan bersendirian, bahaya.
Maksud ana bukan sengaja pilih untuk futur, tapi apabila dilanda futur, kita perlu hadapinya secara tabii, mengikut undang-undangnya. Kalau kita pandang negatif 100% pada futur, problem juga. Ana bimbang jika semanga tak mahu futur sampai ke tahap menafikan hakikat tabiat jiwa manusia yang diciptakan Allah."
Hah. Nampak tak betapa berharganya nasihat macam tu? Terima kasih ustaz. Sekali seumur hidup ustaz respon status aku. La ni, sibuk dah.
REHLAH
Dan cerita rehlah tahun ini, setelah mukhayyam terakhir 2010, jaulah terakhir 2011, dapat juga dikumpulkan kami bersama tahun ini, 2013. Maha Suci Allah yang Maha Penyayang.
Akhwat itu memang lah. Dekat tapi dirindui. Duduk satu bilik pun rasa rindu, sebab tak habis bercerita itu dan ini, apatah lagi bila mana masing-masing sudah berkeluarga. Kakak doktor kata, jangan rasa akhwat bila dah kahwin, yang bujang ni rasa kejauhan dengan hubungan persahabatan yang lama. Nasihat seorang akhwat, berbeza dengan nasihat seorang zauj. Ehem. Tapi kakak, sebagai bujangan, I do feel that. Haha. Tak cakap la. Cakap dalam hati je. Sambil tersengih sekejap.
Rehlah kali ini memang lah ditunggu- tunggu. Alhamdulillah, Allah lapangkan masa yang ada. Walaupun kerja bertimbun menanti hari resign dari pekerjaan. Bulatan kecil pagi itu, berkongsi tentang sindrom futur. Ceritera yang berbeza setiap orang. Tak semua bercerita, tapi yang pasti semua punyai lipatan kisah masing-masing. Nama aku diseru, tapi terpaksa bagi peluang pada orang lain. Bimbang-bimbang bakal membanjirkan dewan kecil itu kerana kisah futur aku memang menyayat hati. Hehe. Namun apakan daya, cerita seorang ukhti tetap mengundang air mata, bukan dia seorang, malah hampir kesemua di dalam bulatan itu merasakan perasaan yang sama. Kakak doktor di sebelah menundukkan pandangan, dan 'tik', jatuhnya air mata yang membasahi kertas kajang di pehanya. Aku nampak, tapi kakak doktor cuba berlagak normal dan stay cool tanpa sebarang kesatan air mata. Eceh. Murobbiah perlu nampak kuat, itu yang dapat aku simpulkan dari tindakannya itu.
FUTUR
Pernah dengar? Futur membawa maksud,
"KELESUAN SETELAH BERMUJAHADAH ADALAH KERANA KESILAPAN DI LANGKAH PERTAMA."
Itu perbincangan kami. Bila dinilai semula, fenomena futur ada kaitan dengan niat kita di awalnya. Yang kemudiannya, niat dikaitkan pula dengan keikhlasan sesebuah niat.
Langsung aku teringat pesan ustaz 3 tahun lepas seperti di atas. Sama saja pesannya dengan mana-mana ukhti sekali pun. Itu teori. Cuba praktikkan. Pasti kau temui kebenaran di sebalik pesanan itu.
Kepentingan yang utama adalah kefahaman yang sebenar tentang Islam akan menyelamatkan individu daripada semangat berkobar-kobar tanpa hala tuju dan kemudiannya terpadam tanpa sebarang cubaan nyalaan semula. Faham maksud aku? Maksudnya, larian yang bersungguh-sungguh, tapi bila terjatuh, tak cuba untuk bangun dan berlari semula untuk ke penamat.
Apa? Masih bunga-bunga lagi? Straight to the point boleh?
Hmm.. Bahasa mudahnya, mengalah untuk bermujahadah dan melayan rasa futur sehingga tersungkur dalam jalan dakwah. Naudzubillah. Aku percaya, kita semua mohon untuk dijauhkan daripada Encik Futur. Kehadiran Encik Futur tidak pernah ikhwah akhwat undang. Kalau Encik Futur tetap datang, mungkin sudah berlaku pencerobohan di sana sini.
REFRESH
Kehadiran ke rehlah kali ini aku rasakan seperti dah terbenam ke tanah akibat diketuk berkali-kali. Tapi terasa menyegar semula iman ini dek jirusan kasih sayang para murobbiah dan sahabiah. 1435 H dan 2014 kali ini, masa untuk perform yang terbaik, pesan buat diri.
Penamat mardhatillah itu tidak aku ketahui bilakah dan bagaimanakah cara aku mencapainya. Doa aku, semoga khayr belaka hendaknya.
Jawapan perasaan yang tak ikut skema seorang ukhti, 'Sahabat itu, jiran di syurga nanti.'
2014
Tinggal esok saja. Kerjaya aku bakal tamat. Bakal diinterview juga jawatan idaman hati. Tahun baru yang belum pasti permulaan dan kesudahan yang macam mana. Azamnya, mahu jadi sangat solehah dan bertaqwa. Mohon doa ukhti-ukhti solehah. Moga Allah permudahkan dan Allah kuatkan hati dan pasak kaki. Ameen ya Rabb.
Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas. Perlu dizikirkan juga untuk pentajdidan niat sehari-hari.
Allahu a'lam.


No comments:
Post a Comment