Showing posts with label Femili. Show all posts
Showing posts with label Femili. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Introduction

Mak Long Inah (Abah's sister) with her daughter behind emak.

Classic picture. Complete. The six of us.

Guess, where am i?

Now, the sons and daughters of  abah & emak grown up become handsome and beautiful person. Inside, outside. InshaAllah.

A painting of family potrait (without Angah's other half). 210213.

Abah and emak.
Along, wife, a son and a daughter.
Angah alone. Kak ida and 3 daughters still in UK.
Akak and husband.
Arif and wife, with their coming child.
Tina and Rieya, still available. :p

Alhamdulillah. A big happy family.

We pray for this happiness, until we meet again in Jannah. Ameen ya Rabb.

That's all. ^_^

Wednesday, 9 January 2013

Kawan tasmi'

Kelmarin, video call dengan family Angah kat UK. Atok dah rindu. Diorang pun rindu nenek.

Tengah-tengah pujuk adik Uswah nangis, kakak Safiyyah nyorok belakang kerusi Abi sambil ngaji. Moksu dengar surah An-Naba'.

Alhamdulillah, petanda Moksu kena rajin muroja'ah hafazan lepas ni supaya tak kalah dan tak tertinggal dengan anak-anak buah kesayangan Moksu ni.

Kiranya, modal angah beli set buku hafazan tu berbaloi-baloi la. Walaupun banyak dugaan dari Malaysia nak ke UK tu.

Hm, Moksu tak dapat nak upload pulak video tu, cuma link je ada. Untuk tatapan Uswah bila dah besar nanti while saying that, "Oh, Uswah pernah rongak!" Hehe.

Uswah 3yrs

Okay, Moksu tercabar. Dan, wah! Moksu dah ada kawan tasmi'! Alhamdulillah~

The family of little Khairah with Dr. Zain and Ammu Zaim

Wednesday, 20 June 2012

Sebulan lagi



I'm a jobless after a month, starting today. Any vacancy? Do not hesitate to contact me. Hehe!

Hm, I'm not that happy, but it's a relief.

And I hope, there is another better chance for me to try.

Ramadhan. A month to go.

Hopefully I can perform well. Very well.

I miss there. And that is my reason actually.

LabbaikAllahummalabbaik

See you soon. InshaAllah.

Doakan!

**Hati bunga-bunga~Alhamdulillah

Monday, 17 January 2011

Generasi Quran

Salam.

Hari tu berkunjung ke rumah Safiyyah dan Uswah. Atuk dan nenek dah rindu sangat. Sekejap pun jadi lah.

Masa nak makan malam, Safiyyah pun sibuk-sibuk duduk sekali. Ummi kata Yah dah makan. Tapi dia saja nak raikan tetamu jugak kot. Teman Atuk, Nenek, Mak De, Cik Tina dengan MakCu dinner.

"Yah dah sekolah kan. Baca doa makan." Semua orang tadah tangan tunggu Safiyyah baca doa.

Yah angkat tangan. "Allahumma bariklana amin!" Tangannya meraup wajah.

"Aik, habis dah ke Yah baca doa? Sekali lagi lah."

"Allahumma bariklana amin!" Yah ulang sekali lagi.

Haha! Semua orang gelak. "Wah, boleh cut doa pulak eh?"

'Ya Allah, berkatilah kami padanya'. Heh? Boleh diterimalah.

Good job Safiyyah. Nanti bila jumpa Abi, dah boleh baca full doa siap dengan maksud eh. 3 bulan lagi!

Oh, itu cerita si kecik. Belajar untuk masa depan.

Hari pertama tahun Masihi yang lepas, sempat menjenguk masjid Larkin. Ruang solat wanita ada 2 orang. Kelas mengaji berlangsung rupanya. Seorang ustazah, seorang lagi muridnya yang sebaya.

Jarak dekat mengizinkan perbualan mereka didengari. Bukan pasang telinga okeh? Hihi..

Sebenarnya, kagum dengan semangat 'murid' ustazah tu. Bersungguh dia membetulkan bacaan yang kurang di sana sini. Ustazah pun sempat memuji atas peningkatan bacaan 'murid'nya itu. Paling tidak, ia menambah semangat yang belajar. Terharu oh.

"Hah, Alhamdulillah. Dah semakin baik bacaan awak minggu ni. Nanti balik, praktis banyak kali kasi lagi lancar." Sokongan diberi kepada pelajarnya.

"Ye ke ustazah? Alhamdulillah. Saya harap saya dapat belajar banyak lagi. Jangan la saya mati dulu sebelum saya pandai ni. Tak kisahlah orang nak cakap dah tua baru nak belajar ke, saya tak kisah. Buat benda baik, buat apa nak malu kan Ustazah?"

Uhh.. tersentap jiwa. Di posisi menghadap kiblat, saya 'amin' kan hasrat makcik tu.

Dan ini cerita yang dewasa. Belajar sebagai bekal menemui Tuhannya.

Semoga lebih ramai pemuda-pemudi yang bergelora kehidupannya, kembali pada Al-Quran dan sunnah.

Umur bukan alasan untuk terus belajar.

Ini Khair Isyraf. 
MakCu doakan hari ulangtahun kali ini membawa barokah dalam keluarga kamu.
Jadi anak soleh.
Cepat-cepat pandai ngaji.


Wednesday, 10 November 2010

Kisah Safiyyah III : Kapal Terbang

Salam. Boring tak? Hari ini cerita Safiyyah lagi. Maklumlah, minggu lepas jumpa dia kat Ganu. =D

Mula-mula datang, Safiyyah jenguk dari tingkap umah Tok Wan . Sambil tergelak-gelak. Wah!! Atuk, Nenek, Pak Long, Mak De, Acik Tina, MakCu ngan Isyraf datanglah!

Pakcik suruh turun jumpa atuk dengan nenek, tapi Safiyyah malu. Sengih aje laa dari tingkap.

"Gitu la dia.  Tido pun pakai tudung. Berpeluh-peluh."

Eh.. eh.. Yah pakai tudung cokelat dengan skirt panjang sikit. Hee.. tomeyy.

Dia tak nak turun, kitorang naik la. Salam-salam sayang. Uswah dan Safiyyah. Uh..Kangen!

 "Mane seluar panjang Yah?"
"Inggal.. Inggal kat umah.. Alu.." :)

"MakCu..ni ape ni?" [nampak tak kat tangan Yah tu?]

"Ni bintang ni.." [MakCu autaa je.. ada 4 bucu mane buleh jadi bintang.. tapi bagi Yah mudah paham aje laa. hihi..]

"Bintang eh? Wat apal erbang  MakCu..apal erbang.." Tangan Yah melerai 'bintang' menjadi A4.

Alamak ai! "Ups..MakCu dok pande ar buat kapal terbang Yah. Tapi takpe. Meh bak kertas tu.."

Yo.. Fail la. Kapal terbang MakCu memang takleh terbang.

Pak Long dok kutuk dari jauh je rupa kapal terbang tu. Haha. Takpe, asal Yah gembira.

"Yah nak wat pe kapal terbang ni?"

"Gi jumpe abi.. Ngan adik Wah.. Ngan Ummi." sambil mengepit kapal terbang di antara 2 kaki. Membayangkan sedang naik kapal terbang.

"Alalala.. mana muat adik Wah ngan Ummi. Tengok.. Muat Yah sorang je ni."

"Muat laa.."

"Haha.. oke.. MakCu ikut boleh?"

"Leh"

"MakCu.. ambar agi MakCu.. ambar" menunjuk-nunjuk kamera.

" Ho.. nak gambar lagi? Hah.. posing dengan Aliya meh." [Dia kata nama dia Aliya]

Orait.. comey dah dedua!

Okeh. Yah gi dulu. MakCu follow 2-3 tahun kemudian. Nanti masa tu, Yah dah lancar bercakap. Dah boleh bawak MakCu jejalan sana kan? Hehe..

Till we meet there. InsyaAllah. =)

 MakCu bebel ape tah sampai Uswah tersengih. Kiut ek?
Oh.. Abi jangan nangis ye. Sila kuat di sana! 

 "Tiada pemberian ibubapa terhadap anaknya yang lebih utama daripada pendidikan akhlak yang baik."

Tuesday, 19 October 2010

Kisah Safiyyah II

Salam. 

Ini kisah kedua Safiyyah. Kisah anak kecil yang kuat setelah beberapa jam ditinggalkan Abi yang pergi berjuang di benua lain.Bukan apa, ada saja gelagat Safiyyah yang terkesan. 

Sehari selepas Abinya berlepas, Safiyyah menolong Ummi mengemas kitab-kitab untuk dibawa Atuk pulang ke kampung.

"syaAllah.. syaAllah.."

"Eh, Yah buat pe tu?"

"syaAllah.. ratnye otak ni." Tangannya cuba mengangkat kotak.

Baru saya faham.

"La..sian dia.. MasyaAllah, berat kan kotak tu. Meh MakCu tolong meh."

"Olong MakCu.."  Safiyyah tersengih nampak gigi lagi.

Si kecil menyentuh hati yang dewasa. 

Eh? Bagaimana Menyentuh Hati karya Syeikh Abbas As-Sisi sudah mula dipraktis nampak?

Alhamdulillah, terserlah bakat dai'e cilik ni. 

 Kak Safiyyah dah besar, dah boleh jaga adik Uswah


Kalau si kecil mampu mengingati Allah dalam bicaranya, mengapa tidak yang dewasa?

Imam Hassan al-Banna pernah berkata, "Seandainya dapat, saya ingin sekali menyampaikan dakwah ini kepada setiap anak yang dilahirkan."

Mak Su doakan Yah, Wah, jadi anak solehah. Doakan Mak Su juga.

Dan.. Coretan ini buat tatapan si Abu Khairah yang jauh beribu batu. =D

Sunday, 12 September 2010

Lagenda 3 Syawal 1431H

Salam EidulFitr.

3 Syawal hari bersejarah. Keluarga Pakcik Othman dengan Makcik Rahmah buat pertama kalinya berkumpul setelah 2 orang sudah berumahtangga. Saya gembira kehidupan dikelilingi oleh ahli bait yang bermacam kerenahnya ini.


NOSTALGIA ZAMAN MUDA

Darjah 1 hari Jumaat rasanya si dia mula bertudung. Tak lama pastu kekawan mula ikut. Mak dia gosokkan, mak dia sarungkan, mak dia lipatkan tudung. Stail tudung masjid tu glamer jugak la sebelum naik darjah 4, sebelum dia pandai uruskan sendiri. "Awak tengok tu, dia tiru stail tudung masjid awak." Haha, tak pasal-pasal dapat gelaran tudung masjid. Muncung tajam semacam. Mak dia tolong gosok bersungguh sampai jadi macam kubah masjid la pulak.

Macam ni la rupanya, cuma takde bulan bintang je


Naik sekolah menengah, subuh pertama nak ke surau, kawan sebelah katil dia tegur, "Awak, tudung kat sini tak boleh selimpang. Kena pin ke bawah." Alamak, ye ke?! "Eh, sori! Kita tak tau. Mekasih ek.. Jom gi surau sama." Hehe. Dia kan 2nd intake. Dulu kat asrama lama boleh pakai camtu, nasib baik ditegur sebelum dia termalu dengan ramai orang, dengan Allah.

Masuk universiti bererti masuk bilik kuliah yang sejuk (kalau sejuk la). Dari atas sampai bawah. Ada tukang bagi cadangan, "Cuba pakai stokin, mesti kurang sikit sejuk kaki tu." Teet! "Weh, bernas idea kau tu. Mekasih."

Masa zaman dia aktif dulu, selalu kena hadir banyak acara gempak. Jumpa orang besau kononnya. Ada yang bersuara. "Awak, meh saya tolong silangkan tudung tu. Mekap le sikit ke." Haha, dia alergik kot! "Ehe, takpela. Mekasih. Segan." Sampai sekarang cuma bedak sebagai alat mekap dia yang paling setia.


DEWASA

Kedewasaan menuntut perubahan. Berubah dan mengubah itu bukan menuntut masa yang sekejap. Bergantung. Kemahuan dan kekuatan seseorang.

Berubah kebaikan atau kejahatan juga pilihan kita.

Cumanya, sokong, dorong mereka yang ingin dekat dengan Dia. Walau teruk mana pun latar belakangnya. Almaklumlah, hidayah itu milik Allah. Layak diberikan pada siapa yang dikasihiNya.

Kalau sebaliknya, harap-harap jangan dicemuh sesedap rasa. Walau anak tok imam, mahu pun bekas Ketua Pengawas Maahad/SMKA mana jua. Maklumlah, iman itu bukan boleh diwariskan, apatah lagi diwarisi.


SEMANGAT HARI TUA

Berkumpul satu keluarga mengimbau kenangan lama. Abah dan mak sibuk bercerita, "Mak, abah dulu gi sekolah naik basikal je.. jalan tanah merah.. kalau hujan, bla..bla..bla.." Diulang tanpa jemu. Mengingatkan anak-anak jangan selalu biasa berada di zon selesa.

Mereka tidak pernah lupa kerenah anak-anak mereka. Selalu dicerita. Along kena bantai sebab nakal sangat. Angah yang kena buli di SDAR terus nak pindah MRSM Taiping. Akak yang dijaga rapi lepas pembedahan 2 kali. Arif yang kena jalan itik keliling sekolah sebab buat hal. Abah yang sempat sesat masa nak jemput Tina dari MRSM Kuala Krai. Si adik yang berlagak tabah depan mak abah. Semua mereka layankan. Sehinggalah anak-anak ini mampu membesar. Anak seng keri (yang terakhir) dah pun 20-an.

Oleh yang demikian, usia yang meningkat tua melahirkan rasa terima kasih saya yang tidak terhingga pada kedua ibu bapa yang sanggup bertahan demi membesarkan anaknya menjadi insan berguna.

Tahun depan, berita baik untuk Isyraf, Safiyyah wa Uswah. Saya berazam nak infaq duit raya pada anak buah, sepupu sepapat, bebudak kecik yang cukup puasa. Sahaja. Serius. Hehe! Jadi, doakan, saya cepat-cepat dapat kerja lepas graduasi ya! Ameen ya Rabb.

Eh..eh.. tapi kalau Yah dan Wah dah terbang, kira burn la eh. Tunggu MokSu sampai sana atau MokSu tunggu kome balik je. Hehe!

Erk.. saya takut soalan ni. "Kelak akan ditanya ke mana umurmu telah kau laburkan?"

Amalan, bertambahlah kau seiring dengan pertambahan usia tuanmu. Nasihatilah tuanmu itu selalu!


13 Sep 2010 : 13 dalam sketch. ;)

Sunday, 20 June 2010

Encik Terbaik

Amaran : Entri ikut suka hati.


"Eh, ada jamuan ke dik?"

"Eh, pastilah abah. Mari!"

"Arif, baca doa selamat."-arahan Emak.

Untuk Abah, Ayah [Along], dan Abi [Angah], Selamat membina keluarga Sakinah. Bahagia hendaknya fiddunya wal akhirah.

Encik Terbaik saya memang penyayang, tapi dia ego sikit. Hehe..

Saja buat Encik Terbaik rasa terharu. Ingat jugak anak pada dia walaupun balik cuma sekali sekala.

Ehem.. Encik Terbaik ada kata nak bagi saya satu lagi Encik. Entah saya ataupun kakak yang bakal dapat Encik itu. Heh, tak sia-sia buat dia terharu kan?

Saya mahu Encik lain, tapi Encik Terbaik suruh dapatkan Encik yang lagi satu. Nasib Puan Terbaik kata, Encik yang saya idamkan lagi menarik. Terima kasih kerana mem-backup~

Oh, apa-apa sajalah. Saya mahukan Encik Dakwah beroda empat dengan segera. Wohoo.. Cepatlah bekerja hai diri. Kalau Encik Terbaik tak bagi saya, takpe. Saya beli sendirik. Ke abang dengan kakak 'terrr'baik hati nak support eh? =p


Selamat Hari Abah untuk Encik Terbaik!

Eh, sebelum perasan unik. Encik Terbaik a.k.a. Hj Othman. Encik Dakwah idaman-MyVi je la, nak Honda Jazz tak dapat kot. Pheww!

Sekian ngarutan.