3 Syawal hari bersejarah. Keluarga Pakcik Othman dengan Makcik Rahmah buat pertama kalinya berkumpul setelah 2 orang sudah berumahtangga. Saya gembira kehidupan dikelilingi oleh ahli bait yang bermacam kerenahnya ini.
NOSTALGIA ZAMAN MUDA
Darjah 1 hari Jumaat rasanya si dia mula bertudung. Tak lama pastu kekawan mula ikut. Mak dia gosokkan, mak dia sarungkan, mak dia lipatkan tudung. Stail tudung masjid tu glamer jugak la sebelum naik darjah 4, sebelum dia pandai uruskan sendiri. "Awak tengok tu, dia tiru stail tudung masjid awak." Haha, tak pasal-pasal dapat gelaran tudung masjid. Muncung tajam semacam. Mak dia tolong gosok bersungguh sampai jadi macam kubah masjid la pulak.
Naik sekolah menengah, subuh pertama nak ke surau, kawan sebelah katil dia tegur, "Awak, tudung kat sini tak boleh selimpang. Kena pin ke bawah." Alamak, ye ke?! "Eh, sori! Kita tak tau. Mekasih ek.. Jom gi surau sama." Hehe. Dia kan 2nd intake. Dulu kat asrama lama boleh pakai camtu, nasib baik ditegur sebelum dia termalu dengan ramai orang, dengan Allah.
Masuk universiti bererti masuk bilik kuliah yang sejuk (kalau sejuk la). Dari atas sampai bawah. Ada tukang bagi cadangan, "Cuba pakai stokin, mesti kurang sikit sejuk kaki tu." Teet! "Weh, bernas idea kau tu. Mekasih."
Masa zaman dia aktif dulu, selalu kena hadir banyak acara gempak. Jumpa orang besau kononnya. Ada yang bersuara. "Awak, meh saya tolong silangkan tudung tu. Mekap le sikit ke." Haha, dia alergik kot! "Ehe, takpela. Mekasih. Segan." Sampai sekarang cuma bedak sebagai alat mekap dia yang paling setia.
DEWASA
Kedewasaan menuntut perubahan. Berubah dan mengubah itu bukan menuntut masa yang sekejap. Bergantung. Kemahuan dan kekuatan seseorang.
Berubah kebaikan atau kejahatan juga pilihan kita.
Cumanya, sokong, dorong mereka yang ingin dekat dengan Dia. Walau teruk mana pun latar belakangnya. Almaklumlah, hidayah itu milik Allah. Layak diberikan pada siapa yang dikasihiNya.
Kalau sebaliknya, harap-harap jangan dicemuh sesedap rasa. Walau anak tok imam, mahu pun bekas Ketua Pengawas Maahad/SMKA mana jua. Maklumlah, iman itu bukan boleh diwariskan, apatah lagi diwarisi.
SEMANGAT HARI TUA
Berkumpul satu keluarga mengimbau kenangan lama. Abah dan mak sibuk bercerita, "Mak, abah dulu gi sekolah naik basikal je.. jalan tanah merah.. kalau hujan, bla..bla..bla.." Diulang tanpa jemu. Mengingatkan anak-anak jangan selalu biasa berada di zon selesa.
Mereka tidak pernah lupa kerenah anak-anak mereka. Selalu dicerita. Along kena bantai sebab nakal sangat. Angah yang kena buli di SDAR terus nak pindah MRSM Taiping. Akak yang dijaga rapi lepas pembedahan 2 kali. Arif yang kena jalan itik keliling sekolah sebab buat hal. Abah yang sempat sesat masa nak jemput Tina dari MRSM Kuala Krai. Si adik yang berlagak tabah depan mak abah. Semua mereka layankan. Sehinggalah anak-anak ini mampu membesar. Anak seng keri (yang terakhir) dah pun 20-an.
Oleh yang demikian, usia yang meningkat tua melahirkan rasa terima kasih saya yang tidak terhingga pada kedua ibu bapa yang sanggup bertahan demi membesarkan anaknya menjadi insan berguna.
Tahun depan, berita baik untuk Isyraf, Safiyyah wa Uswah. Saya berazam nak infaq duit raya pada anak buah, sepupu sepapat, bebudak kecik yang cukup puasa. Sahaja. Serius. Hehe! Jadi, doakan, saya cepat-cepat dapat kerja lepas graduasi ya! Ameen ya Rabb.
Eh..eh.. tapi kalau Yah dan Wah dah terbang, kira burn la eh. Tunggu MokSu sampai sana atau MokSu tunggu kome balik je. Hehe!
Erk.. saya takut soalan ni. "Kelak akan ditanya ke mana umurmu telah kau laburkan?"
Amalan, bertambahlah kau seiring dengan pertambahan usia tuanmu. Nasihatilah tuanmu itu selalu!


2 comments:
Salam Mok Su,
Pembetulan suara.. Bukan kena buli laaa.. tak sanggup tengok budak lain kena buli.. plus tak sanggup tengok maksiat berleluasa.. ish ish...
Haih... masih ada insani dalam jiwa muda yang nakal!
Wa'alaikumussalam w.b.t
Eheh..okes2.. Yah wa Wah tahu sejarah abi aa..
Hiks.. haish, SBP mana-mana pun ada kes buli. Entah bila diiktiraf, dok ahu le kan..
Jom PEMBINA menyusup ke SBP, clorox maksiat yang wujud. ^_^
Post a Comment