Salam.
Setelah bersusah payah, akhirnya. Huhu. Kesian kat sorang tu asyik kena teman saya berusaha sampai berjaya. Tapi, belum sampai peringkat akhir. Nanti mungkin. Terima kasih puteri senyum. Yea, Alhamdulillah.
Erm. Hadis 2. Cerita tentang 3I. Islam, Iman dan Ihsan. Pengertian, penjelasan 3I daripada Rasulullah yang diminta oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Baginda menjawab dengan tenang.
ISLAM : Kesaksian kamu bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan bahawa Muhammad S.A.W. itu utusan Allah, kamu mendirikan solat dan memberikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bila kamu mampu.
IMAN : Kamu beriman kepada Allah, kepada para malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat dan kepada qadar yang baik mahupun buruk.
IHSAN : Kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya, jika kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia selalu melihat kamu.
Kesemua jawapan dibenarkan oleh si penanya. Aik, dia tanya, dia sendiri membenarkan? Sahabat pelik.
Bila lelaki tersebut bertanya tentang hari kiamat, jawab Nabi, "Orang yang kamu tanya tidak lebih tahu dari yang bertanya."
Si lelaki tetap bersuara, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya."
Baginda bersabda, "Apabila hamba wanita akan melahirkan tuannya. Kamu akan melihat orang-orang berkaki ayam, tidak berpakaian, fakir dan pengembala kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan."
Bila si lelaki pulang, barulah diketahui bahawa itu sesungguhnya Jibril yang datang untuk mengajar sahabat tentang agama. Ajaran dalam bentuk soal jawab dengan Rasulullah.
***************************************************************************
Soalan terakhir Jibril. Tanda-tanda hari kiamat.
Zina. Sumbang mahram. Tangkap khalwat. Biasa?
Penduduk miskin, merempat, tidur merata di jalanan. Ada tak?
Dan ini yang terbaru. Hot. Bangunan 100 tingkat. Mercu tanda?
Sedar tak kita?
Apa kaitan kenyataan 2010 [sekarang] dengan jawapan yang keluar dari mulut seorang pesuruh Allah [dulu] ?
Isk.. rupa-rupanya. Dekat dah kot hari yang dijanjikan tiba?
Fikir-fikir kan dan selamat beramal.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, teguhkan iman kami sehingga nafas yang terakhir. Moga husnul khotimah di pengakhiran.
Sesungguhnya mereka mempunyai iman yang terbius tidur di dalam jiwa mereka. Mereka tidak mahu tunduk di bawah hukumnya. Mereka tidak mahu melaksanakan segala tuntutannya. Sedangkan dalam masa yang sama ia adalah keyakinan yang membara, kuat, dan sedar di dalam jiwa Ikhwan al-Muslimun.
Yosh. Hammasah weh!

No comments:
Post a Comment