Thursday, 5 June 2008

Oh minyak motorku!!


Yatta!!


Heboh sana sini bila minyak sudah pun naik RM 2.70 . Pagi tadi pun, berapa banyak kenderaan beratur menunggu giliran nak isi tangki minyak masing-masing. Bayangkan la dari stesen minyak panjang sampai ke masjid, yang sebelah sana pulak sampai la ke klinik..SubhanAllah, panjang benerr! Macam-macam ragam yang dapat dilihat. Yang sabar menunggu, nampak tenang..tapi bagi yang kurang tahap kesabarannya, mula lah menyelit sana sini demi kepentingan tangki sendiri. Silap langkah, terhimpit pulak kenderaan lain. Baik2 nak save duit minyak, kena pulak keluar duit ganti rugi baiki ke'kemek'an kereta orang..haishh, malang nasib dema yek.

Bagi ana, tak banyak beza pun isi minyak sebelum tarikh kenaikan harga minyak dikuatkuasakan. Sebabnya, kita masih kena isi gak tangki tu untuk hari mendatang. Bukannya, kekal selamanya dalam tangki tu kan.. Nak tak nak, redha je la..Yang ana pasti, di luar sana banyak pihak yang rasa tak puas hati tapi tak mampu diluahkan lantaran jurang berbeza antara rakyat dan pemimpin barangkali. Kalau diimbas kembali zaman pilihan raya yang dilanda tsunami politik baru-baru ini menjanjikan manifesto2 yang manis belaka. Walaupun dibangkitkan isu bakal kenaikan harga minyak selepas pilihanraya yang lalu, namun ia dinafi keras oleh pihak kerajaan. Nah, sekarang bila isu ini benar-benar terjadi, banyak pula hujah2 mempertahankan diri tapi tidak untuk keselesaan masyarakat. Aduh, letih betul dengan situasi macam ni. Bila kat parlimen, sibuk bercakar perkara remeh bukannya sungguh-sungguh mempertahan hak rakyat.

Kalau diukur dari segi pendapatan pula, golongan yang berpendapatan sederhana bakal jatuh 'miskin' dan kemungkinan untuk golongan marhaen bakal bertambah adalah tinggi. Kasihan bila difikirkan. Natijah daripada isu kenaikan minyak pasti mengundang kenaikan untuk harga2 barangan lain. Pembekal barang mentah menaikkan harga kepada pemborong gara-gara kos pengangkutan yang dikatakan semakin bertambah. Haishh..kalau begini lah, harga semua benda akan naik dan tak akan menurun. Entah apa bakal terjadi untuk tahun2 mendatang.

Untuk warga kampus, marilah kita sama2 naik basikal, Jimat minyak, senang parking. Kalau hujan, naik la bus yang dah sedia kita bayar dalam yuran pengangkutan. Rugi jika tak diguna sebaik mungkin. Semoga pemimpin negara yang dilantik lebih prihatin dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga hal kebajikan rakyat.

1 comment:

mohad said...

salam.. saya telah link blog ni..