Sunday, 8 June 2008

Hadis Ghulam ( I )

Di sini ingin ana kongsi bersama tentang kisah ghulam yang diperdengarkan kepada ana ketika mengikuti Jaulah ke Cameron Highlands yang lalu. ‘Hadis Sihir, Ghulam dan Rahib’ ini bolehlah dianggap sebagai kisah dakwah atau sebagai hikayat iman yang telah berlaku sekian lama lagi. Mengisahkan pengorbanan seorang budak demi Risalah dan realiti kisah ini dengan diri kita sendiri..

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu’anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “ Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, berkata dia kepada sang raja, “Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Kerana itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar ku ajari sihir.” Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan bicaranya.Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan bicaranya. Begitu, dia sampai lambat kepada tukang sihir, serta merta dia dipukulnya seraya ditanya, “Apa yang menghalangimu?”, dan bila sampai di rumah, keluarganya memukulnya seraya bertanya,”Apa yang menghalangimu sehingga lambat pulang?”. Lalu, dia mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, “Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat kerana keluargaku. Dan jika keluargamu ingin memukulmu maka katakanlah, aku terlambat kerana belajar dengan tukang sihir.”

Suatu hari, dia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak bisa menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘saat ini aku akan tahu apakah perintah ahli sihir ataupun perintah rahib lebih dicintai Allah..Dia mengambil batu lalu berkata, “Ya Allah, jika perintah rahib lebih Engkau cintai dan redhai daripada perintah tukang sihir, maka bunuhlah binatang itu sehingga manusia bias menyeberang. Dia melemparkan batu itu dan binatang itu terbunuh. Kejadian itu diceritakan kepada rahib, lalu rahib berkata, “Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.” Selanjutnya, pemuda itu mampu menyembuhkan orang buta, sopak dan segala macam jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya.

Nantikan sambungan kisah ghulam dan pengajarannya pada episod akan datang… =)

No comments: