Showing posts with label PEMBINA. Show all posts
Showing posts with label PEMBINA. Show all posts

Friday, 27 August 2010

Jalan-jalan untuk Mengingati

Alahai, skema benar terjemahannya. Info ada di poster di bawah.


Jom! Bulan Ramadhan bukan alasan rehat dari riadah kot. =D

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ali Imran:123)

17 Ramadhan. Nuzul Quran. Selamat mentadabbur.

Biar Gambar Bercerita

Lanjutan JEJAK Ramadhan di Pontian.

Misi : Menjejaki individu yang memerlukan dan penyampaian sumbangan.

Nenek ni mengesat air mata pada salaman terakhir penziarah rumahnya.

Uhuk..uhuk.. =_=



Pakcik ini tinggal di ex-kandang kambing, berjiran dengan ternakan lain.

Sobbesss.. +_+

Nenek menghantar di muka pintu

Srroott.. *_*

Rombongan PEMBINA Johor

dan banyak lagi.

...........................................................................

Masing-masing punya kisah, latar belakang berbeza.

Namun, kami doakan Ramadhan kali ini akan terus diberkati agar hari kemenangan kelak, gembira dirai.

Semoga kita semua terus berada di bawah lindungan rahmat Ilahi.

Amiin.

Thursday, 19 August 2010

Aku dan Dia

Sini :Sahabat PEMBINA Johor

Macam-macam ada.

Aktifkan Ramadhan mu.

Okeh, 1st task.


Wanna more?

Wait and see.

Sabar....

C ya there.

Nah.. Aku dan Dia.

Tuesday, 29 June 2010

Kontraktor

Salam.

Apa khabar nikmat iman, Islam, masa lapang, kesihatan dan segala? Harap kheir belaka.

Pelajar sains bicara tentang kontraktor. Asingkah?

Sedikit lah. Tapi, kali ini mahunya bicara tentang 'sebuah' kontraktor.

PEMBINA.

Kalau orang tanya siapa PEMBINA, saya fikir saya punya jawapan. PEMBINA itu kontraktor. Percaya atau tidak?

Haruslah percaya. Tugas kontraktor sendiri adalah untuk membina bukan? Bina bangunan. Uniknya di sini, ruang lingkup tugas PEMBINA adalah membantu membina, membentuk jati diri, sahsiah, peribadi seorang belia untuk menjadi mukmin yang unggul dalam mencari redha Ilahi.

Kalaulah bahan binaan kontraktor bangunan itu simen, batu-bata mahupun cat, maka bahan binaan kontraktor PEMBINA pula adalah ukhuwwah kasih sayang yang terbentuk hasil pertemuan halaqah, kembara, seminar, riadah, solat jemaah, buka puasa bersama dan pelbagai.

Kalau orang kata, platform lain pun macam tu jugak. Namun, saya kira istimewanya PEMBINA ini kerana PEMBINA bersemangat tampil sebagai kontraktor belia, merangkap kontraktor ummah. InsyaAllah. Bukankah melihat pemimpin akan datang, lihatlah pada belianya?


PEMBINA ini bercawangan di seluruh Malaysia.

Jenguk-jenguklah laman yang utama : http://pembina.com.my

Ini cawangan yang saya sertai : http://pembinajohordt.wordpress.com

Oh, mari jadi kontraktor yang mengajak kepada kebaikan!

Promosi masuk kampus? Haha.. Tidaklah. Hanya cuma baiki diri dan seru orang lain.

Satu peringatan mungkin :

"Kalau kita tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya kita akan disibukkan dalam keburukan. Kalau kita tidak mengisi ruang dengan sesuatu, maka ruang itu pasti akan diisi dengan sesuatu yang lain. Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting."

Doakan urusan di UTM itu bakal mendapat jawapan positif. Amiin.

Wallahua'lam.


Wednesday, 7 April 2010

Ini namanya P.E.L.U.A.N.G

Salam.

Hari ni pemilik blog ni teringat cerita zaman muda-mudinya. Kisah dahulu kala.

Selepas habis SPM, sebelum keputusan keluar, saya terfikir, universiti mana yang sudi menerima saya kelak.

Dalam hati, ranking 1st : UIAM. Dek kerana terlepas 'sesuatu' dan nak merasa bi'ah solehah, tu la antara sebab UIAM tersenarai sebagai pilihan yang utama di hati.

Itu dalam negara. Luar negara : Mesir. Teringin benar nak ke sana. Salah satu niat; dekat dah tu dengan Mekah, Madinah. Boleh la setiap kali semester ulang alik pi buat Haji ke Umrah ke.. Alahai, macam tu rupanya fikiran saya dulu.

Haa.. Disebabkan keputusan yang sangatlah biasa-biasa, maka diri ini tidak lah layak dicampakkan di kedua-dua tempat yang diangankan tu. He he. Takpa, kalau bukan sekarang, satu hari nanti insyaAllah. [p.H.D? ^_^]

Tapi saya tetap bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga selesai di UTM, tak seperti orang lain yang mungkin tak berkemampuan langsung nak jejak kaki di universiti. Ingat, bersyukur tu perkara paling penting!

Ahha.. Sudah lah. Sebenarnya, nak khabarkan satu berita baik untuk pelajar lepasan SPM dan STAM. Program khas untuk anda yang pernah sama impian dengan saya barangkali.

Peluang ini julung-julung kalinya dilaksanakan di Johor. Apa lagi? Ambil peluang ramai-ramai!


Yang luar dari kawasan Selatan, jangan sedih-sedih. InsyaAllah, SKBA ini akan berjalan-jalan mengelilingi Malaysia dan bakal menemui anda . Prihatin lah dengan iklan-iklan di sekeliling.

Akhir kalam.. Selamat meneruskan cita-cita.

Allah sentiasa bersama kita.