Apa khabar nikmat iman, Islam, masa lapang, kesihatan dan segala? Harap kheir belaka.
Pelajar sains bicara tentang kontraktor. Asingkah?
Sedikit lah. Tapi, kali ini mahunya bicara tentang 'sebuah' kontraktor.
PEMBINA.
Kalau orang tanya siapa PEMBINA, saya fikir saya punya jawapan. PEMBINA itu kontraktor. Percaya atau tidak?Haruslah percaya. Tugas kontraktor sendiri adalah untuk membina bukan? Bina bangunan. Uniknya di sini, ruang lingkup tugas PEMBINA adalah membantu membina, membentuk jati diri, sahsiah, peribadi seorang belia untuk menjadi mukmin yang unggul dalam mencari redha Ilahi.
Kalaulah bahan binaan kontraktor bangunan itu simen, batu-bata mahupun cat, maka bahan binaan kontraktor PEMBINA pula adalah ukhuwwah kasih sayang yang terbentuk hasil pertemuan halaqah, kembara, seminar, riadah, solat jemaah, buka puasa bersama dan pelbagai.
Kalau orang kata, platform lain pun macam tu jugak. Namun, saya kira istimewanya PEMBINA ini kerana PEMBINA bersemangat tampil sebagai kontraktor belia, merangkap kontraktor ummah. InsyaAllah. Bukankah melihat pemimpin akan datang, lihatlah pada belianya?
PEMBINA ini bercawangan di seluruh Malaysia.
Jenguk-jenguklah laman yang utama : http://pembina.com.my
Ini cawangan yang saya sertai : http://pembinajohordt.wordpress.com
Oh, mari jadi kontraktor yang mengajak kepada kebaikan!
Promosi masuk kampus? Haha.. Tidaklah. Hanya cuma baiki diri dan seru orang lain.
Satu peringatan mungkin :
"Kalau kita tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya kita akan disibukkan dalam keburukan. Kalau kita tidak mengisi ruang dengan sesuatu, maka ruang itu pasti akan diisi dengan sesuatu yang lain. Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting."
Doakan urusan di UTM itu bakal mendapat jawapan positif. Amiin.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment