Hari Jumaat lepas, saya berpeluang duduk di kandang saksi sebagai saksi pakar (chemist) dalam kes dua pembunuhan, digantung dan ditembak. Disoal prosecutor (P), biasa saja. Disoal defense council (DC), sedikit berhati-hati. Bimbang kalau-kalau jawapan yang diberi menyebabkan tertuduh terlepas, dan yang tak bersalah dihukum. Resepi kejujuran diadun baik dengan ketenangan sepanjang memberi keterangan.

Oh, pastinya itu kes 'konon-konon' untuk praktikal saya. Saya dan rakan lain merasa debaran lebih hebat daripada hari yang pertama. Mungkin kerana defense council yang lebih agresif berbanding semalamnya. Hari itu juga menjadi saksi, rakan-rakan saya terasa teruk selepas keluar dari kandang saksi.
P : What the findings of your analysis?
A : For the fingerprint identification, no conclusion can be made since the image is partial and incomplete features.
P : No more question Your Honor.
Judge : Defense council, proceed the cross examination.
DC : You are the expert in print identification. Do you find any fingerprint of my client (accused)?
A : No, Your Honor.
DC : No more question Your Honor.
Heh, maaf lah. English memang berhabuk kot... Alhamdulillah, berkat doa mak abah, sahabat sekalian, soalan saya tidak sesukar rakan yang lain. Jawapan pendek yang saya berikan nyata memuaskan hati DC dan saya tidak disoal lanjut. Perut juga tak sempat kecut ketakutan. Jujur, memang tiada cap jari yang lengkap untuk disabitkan dengan tertuduh.
Itu mahkamah dunia. Bagaimana mahkamah akhirat? Mungkinkah prosedur seperti mahkamah dunia? Direct examination-cross examination dan diakhiri dengan re-examination? Berpeluangkah untuk berbohong untuk menutup kekurangan diri? Hey, sedarlah! Kita tidak disoal tentang orang lain, tetapi kita disoal tentang diri sendiri!
Gelagat kami di kandang saksi dirakam dari pelbagai sudut untuk rujukan para junior. Dan saya terbayang, pengadilan kita kelak juga bakal ditayang dengan entah berapa inci besar skrinnya.
Kalau keterangan kita di dunia bakal meletakkan nasib seseorang dipenjara atau dilepaskan, tetapi keterangan di akhirat pula meletakkan nasib kita sama ada ditempatkan di neraka atau di syurga. Masa itu, mungkin sudah terlewat untuk merasa diri teruk. Huh!
Pernah tak terfikir kita disoal:
Pendakwa : Bagaimanakah anda memelihara maruah diri anda?
Jawapan : Kadangkala saja, tidak begitu lengkap dan tidak sepenuhnya.
Pendakwa : Tiada lagi soalan Ya Rabb. Ternyata hambaMu ini telah melanggar akta perintahMu seperti yang tertulis dalam surah an-Nur ayat 31. Tertuduh disabitkan bersalah!
Nah, berakhir episod dijilat api yang marak. Tiada langsung peluang membela diri ataupun dikurangkan hukuman. Naudzubillah!
Moleknya kalau ditanya :
Pendakwa : Adakah anda mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian?
Dan jawapan kita : Alhamdulillah, ya. Saya mengamalkannya sepenuhnya.
Pendakwa : Tiada lagi soalan Ya Rabb. HambaMu ini layak dilepaskan ke jannah.
Oh, konfem perasaan memang terbaik lah kan!
Saya yakin, debaran mahkamah dunia hanyalah secebis cuma jika dibanding dengan menanti debaran mahkamah akhirat. Tak mampu meluahkan skrip jawapan yang direka lengkap semasa kehidupan di dunia. Kalau bagus amalannya, insyaAllah lancarlah. Anggota tubuh yang lain juga bantu menyokong jawapan yang positif. Bagaimana kalau sebaliknya? Perlulah muhasabah sekarang.
Peluang berada di mahkamah dunia menyedarkan saya erti pengadilan Mahsyar. Mendapat nasihat kolumnis Solusi bahagian 'Dari Seberang' juga bernilai buat saya. Selalu diingatkan oleh sahabat seperjuangan, jadilah pakar Forensik Muslim yang menyebelahi Islam, jujur dan adil. Usah disogok harta dunia, lantas fakta mudah dibelit media. InsyaAllah, tidak. Saya minta dijauhkan dengan apa-apa korupsi. Doakanlah ya. Kalau tak, saya akan buka bisnes saja. Tiada kerenah birokrasi kan. Hehe...
Ayuhlah, masa kian suntuk. Yuk bekerja di dunia untuk bekalan akhirat!

1 comment:
Oh Acik Su,
Sungguh menggetarkan hati. Terasa kerdil di kandang saksi..
Huu... Allah.. Moga rahmatmu senantiasa bersama kami..
Fastabiqul Khairat!
A.K
Post a Comment