Ohh.. Macam ni rupanya aku.
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts
Wednesday, 2 April 2014
Tuesday, 12 October 2010
Friend
A Best Friend..
A friend that really cares
All my secrets i can share
There when i need a hand
There to understand
When i cry
She will be by
If i am away
She will call me day by day
She will be by
If i am away
She will call me day by day
If i need her at all
She'll be there to stand tall
Anything i say will be heard
She will listen word by word
She'll be there to stand tall
Anything i say will be heard
She will listen word by word
If I am late
She will open the gate
She will open the gate
As she looks in my eyes
The sparkle she realize
She is the one that cares
And the one thats there
That's a best Friend!!
The sparkle she realize
She is the one that cares
And the one thats there
That's a best Friend!!
A friend in need is a friend indeed.
Traitez-moi comme votre ami normale, et nous pouvons devenir un bon ami jusqu'à la fin
Monday, 27 September 2010
Cerita Kawan Saya
Saya ada kawan lemah lembut. Macam Anna Althafunnisa.
Saya pun bertekad nak jadi lemah lembut.
Saya ada kawan pemalu. Macam anak Nabi Syuaib.
Saya pun nak berubah jadi pemalu.
Saya ada kawan hafaz Quran. Macam adik Muhammad.
Saya pun teringin nak jadi hafizah.
Saya ada kawan hebat memasak. Macam Chef Wan.
Saya pun berkobar-kobar nak belajar memasak.
Saya ada kawan penyabar. Sesabar si ibu melayan anak.
Saya pun berazam nak tingkatkan kesabaran.
Saya ada kawan yang baik pekertinya.
Saya ada kawan yang mengutamakan sahabatnya.
Saya ada kawan...
Saya ada kawan...
Ya, saya ada kawan yang mengilhamkan saya pelbagai perkara.
Tapi... saya belum tentu mengilhamkan kawan saya.
Ah, sahabat. Terima kasih ya bau-bau minyak wangi yang anda sudi calitkan!
Betul-betul dihargai.
Rasulullah saw bersabda," Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang hanyir (busuk)"
Wednesday, 22 September 2010
Kedai Fotostat
Sambil menunggu bahan cetaknya keluar,
Amoi : "You mahu kuih laya? Makan laa.."
Senyum.
Imad : "Takpe, mekasih.."
Amoi : "You dah makan belum? Ambil la makan.."
Senyum lagi.
Imad : "Puasa."
Amoi : "Oh, soli haa.. Eih ini olang puasa laa.."
Adik manis : "Puasa ganti ke bang?"
Erk. Bila pulak aku ponteng puasa?
Imad : "Tak. 6."
Adik manis : "6? Bagusnya!"
Erk. Bagus?
Adik manis : "Memang buat setiap tahun ke?"
Erk lagi. Senyum, kemudian angguk.
Adik manis : "Rajinnya..."
Oh. Ingatkan ramai yang berkobar-kobar puasa enam Syawal.
Imad : "Takpe. Adik pun boleh kalau nak buat. Syawal ada lagi.
Semua senyum.
Janganlah puasa hanya cuma kerana fadilatnya. Puasa lah ikhlas Lillahi Ta'ala.
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.
Friday, 30 July 2010
Kebetulan dan Kebiasaan
Lumrahlah bila manusia suka membuat sesuatu yang dianggap dah menjadi kebiasaannya.
Walaupun kadang, perkara tu tak betul.
Misalnya bersolek lebih-lebih [tabarruj] ke kuliah.
Lazimnya manusia sedikit sukar melakukan sesuatu perkara yang dia tak biasa buat atau tak pernah buat.
Walaupun perkara tu konfem betul. Tiada keraguan untuk pelaksanaan.
Solat malam contohnya.
Apapun..
Biasakan yang betul. Betulkan yang biasa.

Friday, 11 June 2010
Proud to be Malaysian [II]
Salam.
Sambungan ya.
Sambungan ya.
Di sana, banyak jenis bangunan, monumen, tugu atau bahan binaan sejarah Indonesia yang saya lihat. Sebelum berangkat, saya didedahkan dengan filem The Arrival. Ada satu episod yang mengkaji struktur bangunan seluruh dunia. Berkaitan cas positif, cas negatif, serta beberapa agenda Yahudi seperti mata satu, petak-petak hitam putih dan lambang-lambang ala mereka lah. Makanya, setiap kali memandang, saya menjadi teliti. Menafsir kalau-kalau ada terselit agenda yang menipu. Woha, terima kasih filem kerana mengerah otak saya untuk bekerja.
Apa lagenda nya, saya tidak tahu
Di kamar kecil [toilet] sebelah bilik inilah tragedi berlaku. Ceh!
Eh, kata ada kisah suka duka? Mananya?
Sabar. Nak mula la ni. Kenangan pertama ciptaan saya ya. Alkisah selepas solat Zohor hari pertama lawatan, kakak tour guide kami membuka pintu conference room. "Siapa ada hilang handset kat toilet?" Semua orang gelabah seluk poket, buka beg. Saya rilek. Yang bawa 2 handset pun memastikan semuanya ada. "Takda." Diorang kata. "Betul takda?" Masa soalan tu ditanya, baru saya sedar. Eh, handsetku!! Berlari ke akak tu tanya jenis apa, tapi mesti la identiti h/p dirahsiakan kan. Nak tak nak, jumpa la satpam [pakguard] kat luar bilik konferens. Habis kena soal siasat. "Mbak, namanya apa?" "Khairiah pak." Dia start speaking Indon, di pertengahan dia berhenti. "Eh, apa bisa dia mengerti bicara saya ya Pak Edi?" satpam tu toleh kat tour guide Indon kami. Haha! Aku sengih dan membalas, "Ya, bisa ajalah Pak." Tapi drama ni bersambungan la sampai ke pondok pengawal bangunan tu. Ya Allah, jauh sungguh perjalanan untuk mendapatkan kembali handset ku. Ha.. Kan dah cipta sejarah.

Di kamar kecil [toilet] sebelah bilik inilah tragedi berlaku. Ceh!Kenangan kedua. Cerita ini bersangkut paut dengan kenangan ke-3. Edisi membeli belah di negara orang. Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan membeli dengan kalkulator wajib di tangan! Haha.. Nampak dah bukan orang Indonesia, dan sayalah pembekal kalkulator itu. Yang bestnya, ada pulak la penjual tu kata, "*Kayeknya blackberry ya mbak." Ha'ah. Blackberry CASIO la tapinya. Hehe! Hari Khamis, hari terakhir membeli belah untuk keluarga. Duit tinggal sikit. Duit untuk pergi hari Jumaat dah diasingkan siap-siap. Kalau tak, tinggal jadi bibik la kat situ. Nak dijadikan cerita, kalkulator sering bertukar tangan. Tukar punya tukar, sampai la kat kedai telekung. "Korang, mana kalkulator Krie?" "Ada pada Shud" Shud balas sambil tangan menunjuk ke poket. Eh, muat ke kalkulator masuk situ? Sampai lagi satu kedai, "Shud mintak kalkulator." Haa! Shud kata takda kat dia. Wah! Dimanakah? Linda dok ingat kat mana last tinggal. Masa dah suntuk, tak sempat dah nak patah balik gi kedai-kedai yang kitorang dah singgah. Ahah.. Yang ni memang tak dapat balik. Tercipta lah kenangan kedua, kalkulator ku tertinggal di Jakarta.
Ketinggalan subjek ketiga. Lokasi Bogor-Jakarta. Hari Jumaat adalah hari cuti Wesak. Makanya, kami bertolak ke Bogor dengan macet [jammed] di sepanjang jalan. Perjalanan biasa 1 setengah jam, menjadi berjam lamanya. Kami bertolak menaiki 2 Kijang [nama MPV ni].Pakcik supir [pemandu] pula sedikit tahap kesabaran. Kesian supir di MPV lagi satu, asyik kena marah. Huhu.. Kami? Saborr aje la. Cadangnya ke Puncak Pas, Botanical Garden @ Kebun Raya Bogor. Hm.. Ada kisah sedih di sebalik perjalanan ini, tapi simpan aje lah. Nak buat cemane, baiklah, saya yang menurut perintah. Teet..!
Eh.. lupa cerita. Subjek ketiga. Disedari lepas meeting kecil di lobi hotel. 'Apsal la beg aku ni kempis je?' Lepas habis geledah, ya ampun! Kamera ku dalam kereta! Haa.. kelam kabut cik rumet menelefon pak supir, mohon dikembaliin [dikembalikan]. Mujur la pakcik supir kereta lagi satu tu baik hati, dia tolong hantar. Makasih ya mas. Pakcik supir kami, mungkin dah marah-marah kot. Hehe.. Mintak maaf dong pak, kami nggak sengaja. Haish.. Di Jakarta saja 3 kali hampir kehilangan, dan satu benar-benar hilang. Akhawat kata kalau buat kerja di luar kesedaran, tanda taqwanya mengurang. Oh, sungguh itu pesanan buat diri saya.
*Kayek = Seperti, ibarat, macam

Tuesday, 1 June 2010
Proud to be Malaysian [ I ]
Assalamualaikum.
Antara sedar atau tidak, cik penulis dah lama cuti berehat. Ingatkan nak pencen, tapi ada orang yang sekarang menumpang jadi akhawat Bangi mahukan stori mori pengalaman saya di oversea. Bunyi macam jauh benar, rupa-rupanya.... Jakarta je pun.. Sebelah peta Malaysia saja, ambil masa 2 jam perjalanan naik flight. Untuk akhawat itu, silalah pulang ke Johor segera. Tenagamu dibualkan setiap hari. Hehe!
Okeh, ceritera ini bakal panjang. Bacalah sehingga jenuh. Tak larat baca, berhenti saja di sini. Saya mula ya? Bismillah.

Trip ini selama seminggu. Tempoh masa yang lama di negara orang membuatkan kita rindukan negara asal. Mana taknya, hari-hari lauk sama. Nasi padang! Kalau selang-seli dengan 'nasi stadium' ka, 'nasi tasik' ka, ok jugak. Lauknya banyak. Dari hujung meja ke hujung meja. Sesuai lah namanya, seluas padang kot. Apa pun, itu rezeki kami di sana, maka diterima dengan kesyukuran. Air pula, sepanjang masa air kosong. Terima kasih kerana menjaga kesihatan kami tanpa kehadiran air bergula. Eheh.. Akhirnya, kami sama-sama merindukan nasi lemak, karipap panas, pisang goreng, jus oren dan segala macam makanan , minuman buatan Malaysia. =D
Ini trip mengutip ilmu dan kecanggihan Forensik di Indonesia. Makanya, tiada peluang lawatan ke pesantren, ataupun toko buku-buku ilmiah. Banner pameran buku Islam yang dilihat di Bogor nyata menanam rasa cemburu dalam hati. Ceh, xdan cheq nak pi! Nantilah, jaulah PEMBINA, kita borong buku banyak-banyak ya? InsyaAllah, moga berkesempatan. ^_^
Nak dipendekkan cerita, kami melawat tiga tempat penyiasatan di Jakarta. Wakil ICITAP, Dr. David menjadi tour guide kami. 1: INAFIS - tempat menganalisa cap jari, 2: PUSLABFOR - Ala-ala Jabatan Kimia Malaysia, 3: PUSDOKPOL - yang mana doktor juga dilatih menjadi sebahagian daripada polis. Wah, doktor berseragam polis! 2 dalam 1, memang menarik. Nak tahu lebih lanjut, 'Encik Google' boleh membantu anda mengenali institusi yang saya sebutkan. Oh ya, saya tak tahu cuma di Jakarta, atau memang tabiatnya mereka Indonesian menggabungkan perkataan sehingga susah ditafsir pelancong seperti kami. =p Contoh : ASPAL - asli & palsu, JATIM - Jawa Timur, dan... apa lagi eh? Banyak juga lah. Dan kami, suka-suka menyimpulkan perkataan yang satu ini, : Jom MAKNA! Ditafsirkan dalam Bahasa Melayu Malaysia : Jom Makan Nasi! Heh, jangan ikut. Gurauan semata lah.
Wah.. Toyota apakah jadi teksi di Indonesia?
[Motor cuma sekitar 550 ribu rupiah = RM 200. Hoh, patutlah ada selautan motosikal]
Sesungguhnya hanyalah harta dunia.... ^_^
Sebenarnya, bidang Forensik kalau kat Malaysia ni sedikit dirahsiakan walaupun kami pelajar kos ini. Makanya, saya tak pasti sama ada intipati lawatan ini boleh dikongsikan atau tidak. Nak tahu lebih lanjut, nanti tanya kemudian okeh? Kebanyakannya, kami didedahkan dengan kes pengeboman JW Marriot dan beberapa kes bom bersiri serta pengebom-pengebom yang dikenalpasti dari Malaysia. Cara rekonstruksi wajah penjenayah, analisis DNA, cap jari, lie detector dan macam-macam lagi. Canggih jugak. Kagum saya. Selain tu, dapat tengok koleksi gambar pembunuhan 3 sekawan dek kerana krisis agama [seperti yang dikhabarkan], kes pembunuhan sekeluarga, kes pakcik sodomi kanak-kanak : memang dahsyat rupanya. Mujur selera untuk makan tengahari lepas tu masih ada. Selera perlulah diutamakan. Hehe.
Saya banyak mencipta kenangan di sana. Kenangan apakah? Nantilah, episod suka duka di bahagian dua.
To be continue, insyaAllah.
Ini trip mengutip ilmu dan kecanggihan Forensik di Indonesia. Makanya, tiada peluang lawatan ke pesantren, ataupun toko buku-buku ilmiah. Banner pameran buku Islam yang dilihat di Bogor nyata menanam rasa cemburu dalam hati. Ceh, xdan cheq nak pi! Nantilah, jaulah PEMBINA, kita borong buku banyak-banyak ya? InsyaAllah, moga berkesempatan. ^_^
Nak dipendekkan cerita, kami melawat tiga tempat penyiasatan di Jakarta. Wakil ICITAP, Dr. David menjadi tour guide kami. 1: INAFIS - tempat menganalisa cap jari, 2: PUSLABFOR - Ala-ala Jabatan Kimia Malaysia, 3: PUSDOKPOL - yang mana doktor juga dilatih menjadi sebahagian daripada polis. Wah, doktor berseragam polis! 2 dalam 1, memang menarik. Nak tahu lebih lanjut, 'Encik Google' boleh membantu anda mengenali institusi yang saya sebutkan. Oh ya, saya tak tahu cuma di Jakarta, atau memang tabiatnya mereka Indonesian menggabungkan perkataan sehingga susah ditafsir pelancong seperti kami. =p Contoh : ASPAL - asli & palsu, JATIM - Jawa Timur, dan... apa lagi eh? Banyak juga lah. Dan kami, suka-suka menyimpulkan perkataan yang satu ini, : Jom MAKNA! Ditafsirkan dalam Bahasa Melayu Malaysia : Jom Makan Nasi! Heh, jangan ikut. Gurauan semata lah.
[Motor cuma sekitar 550 ribu rupiah = RM 200. Hoh, patutlah ada selautan motosikal]
Sesungguhnya hanyalah harta dunia.... ^_^
Saya banyak mencipta kenangan di sana. Kenangan apakah? Nantilah, episod suka duka di bahagian dua.
To be continue, insyaAllah.
Monday, 25 May 2009
AWARD tanpa trofi
Bertuahnya dapat AWARD daripada adik junior x-KMJ, Aida [walaupun saya warga x-KMN9].. Perkenalan melalui web iluvislam sempena menjadi runner sewaktu sesi jati diri di KMJ yang lepas ternyata mengekalkan ukhwah itu sehingga kini. Terima kasih ya dik..Maka, award ini harus dianugerahkan kepada 10 rakan yang lain. Sesiapa rakan blogger yang nak ambil, silakan ya. Nah, senarai insan terpilih.
- Adeq Mira..rajin-rajin belajar ye dik..

- Farah.. sahabat sekolej, sefakulti..

- Nurul Farhana kawan gaduh, kawan ngadu, kawan sembang..mintak mahap bebanyak Yanto!

- Anna - kawan sekelas dari f1-f3 kat SAKTI dulu..sanggup layan kerenah kita kan anna..

- Aisya chann..duduk depan saya masa f5..jangan usik time die badmood, naya je.hehe..sangat baek..comey dan bijak..thanx koshao ilmu2 SPM dulu!

- Syahida..amik la award ni..ikhlas dari sahabat maya~

- Iszuwan..tak pernah kenal erti mengalah. keep up da gudjob wan!

- Siti Hajar Rozi.. rumet kat KMN9..slalu tadah telinga dengar masalah saya..

- Rakan-rakan SSC & SSA 06-09..kalian di hati..

- Sahabat seusrah.. Seronok dengan ukhwah kita!

Tuesday, 5 May 2009
Sahabatku meminta..
Saya tidak mengenali tuan empunya diri, tapi saya senang mengenali beliau di alam maya. Kalau punya peluang, mungkin boleh meluangkan masa bersama-sama membincangkan masalah ummah dan mungkin ilmu kimia yang dah kami pelajari. Khas buat Syahidah, saya jawab tag yang kamu berikan tu..
1. Nama awak boleh dikatakan sempena nama siapa?
Khairiah. Takde sempena nama sapa-sapa kot..Mak abah nak anak depa jadi baik, selalu wat kebajikan..tu yang kasi nama tu
2. Kali terakhir awak menangis?
Uh..kena bitau? Aritu, dok sebelah Fareha masa tengok tayangan penderitaan Palestin..
3. Awak suka tulisan awak?
Maksudnye?
4. Makan tengahari yang digemari?
Aish..takde yang feveret nye.. Halal, sodap...Layan je..
5.Awak akan berkawan dengan diri sendiri jika awak adalah orang lain?
Pasti! Saya suka kumpul ramai kawan
6.Sarcasm?
Hm..agak-agak?
7.Setuju dengan kempen memboikit barang Yahudi? Barang yang susah untuk boikot?
Setuju banget~
Erk..saya masih menggunakan Nokia comel 3100. Yang lain, berusaha untuk tidak menggunakannya..Caiyok!
8.Bijirin kegemaran?
Cereal kah? No idea.
9.Ais krim?
Sedap..CREMO murah la..
10. Perkara pertama bila lihat orang lain?
Apa ek? Tapi mesti la terpandang bahagian muka dulu
11.Merah atau merah jambu?
Pinkish purple
12.Paling awak rindu?
Black, kucing jantan yang sayang kat saya dah mati lama dulu.
13. Mahu orang lain selesaikan masalah ni?
Masalah ape? Sapa boleh tulung jawab tag ni sampai abis??
14.Warna kasut?
Crocodile hitam. Murah je, sebab cetak rompaknyer..
15. Sedang mendengar?
IKIMdotfm
16.Warna pilihan jika awak adalah crayon?
Crayon Shinchan lah!
17.Orang terakhir waktu berbual dengan telefon?
Kak Ecah x-ketua jabatan yang mantop~
18.Suka tak orang yang beri soalan ni?
Cik Syahidah mesti nak dengaq jawapan molek deh. Saya suka..betul nih..tak tipu
19.Sukan?
Nak masuk netball masa darjah 6 tapi tak lepas even nak jadik 'center'..Sekolah menengah xsuke riadah time..Matrix kene koQ kawad [sukan jugak le tuh]..Masuk UTM, joging pepetang di kala tensen bersama Yanti..pukul bulu tangkis bersama Soleha.. pegang raket tenis, kompem kejar bola aje la. Bola? Menonton di kala abang-abangku meng'kongker' remote TV
20.Rambut?
Rambut sama hitam, hati lelain
28.Mata?
Alhamdulillah, mampu melihat
29.Kaca mata?
Kanan dan kiri almost 300 punye power daa..jangan senyum kalau saya tak pakai spek, dikhuatiri saya tidak membalas senyuman itu!
30.Makanan?
Orang offer, saya makan..
31.Cerita hantu atau happy ending?
Cerita hantu boleh jadi happy ending what..hehe
32.Movie terakhir?
Movie Korea itu membuat saya lagho..astaghfirullah..
33.Musim panas atau sejuk?
Oh, saya berbangga menetap di bumi Khatulistiwa ini
36.Pencuci mulut?
Ishh..jangan cuci dengan arsenik mahupun asid hidroklorik..guna air paip dah afdhal..
37.Paling tak suka cakap?
Bercakap bila perlu je lah.
38.Buku?
Saya pencinta buku! Nak bagi hadiah buku masa besday saya pun jadilah..hehe..Hari tu kirim kak Faizah belikan buku Ustaz Hasrizal.. teringin nak beli buku Fatimah Syarha.. Tadi baru beli buku Haji Muhd Kamil dengan cerita pasal Gaza..apa eh tajuknye? Yeah..cuti ni baca buku puas-puas!
40.Apa yang awak lihat di TV semalam?
Maaf, saya hidup bersederhana, tak punya TV. [hostel ni mmg xde tv pun]
41.Lagu?
Dulu layan gak lagu-lagu cenel radio lain. Skarang bila orang tanya tajuk lagu tu, lagu ni- saya lost la jugak..hee..dok dengaq IKIM ja..takpun nasyid kat laptop usang nih..tapi banyak2 lagu nasyid pun boleh lagha bila kita abaikan ayat2 suci kan?
42.Jarak paling jauh dari rumah yang awak pernah pergi?
Mane ek? Alhamdulillah, dah jejak singgah Baitullah n Madinah
43.Lahir di mana?
Kat rumah saya..Felda Tunggal, Kota Tinggi nun kat Johor nih..Saya anak jawa Felda~
44.Tag orang lain?
Sape nak jawab tag ni, bolehla emelkan jawapan kepada saya kat alamat emel macam biase..
Uih..abis dah soklan?
Nah, rasa masih belum cukup mengenali saya kan?
Takpa, meh sama-sama cipta momentum menjadi muslimah unggul yuk!

Saturday, 21 February 2009
Permintaan FARAH
Farah tag saya.. Follow je la, relaxkan minda jap.
1- postkan satu gambar kenderaan yang anda sudah pandu
2- nyatakan berapa laju anda pernah bawak dengan kenderaan tersebut
3- nyatakan sebab anda memandu selaju itu
4- nyatakan sama ada anda pernah di saman atau tidak
5- tag lagi kawan-kawan lain
Jawapan soalan 1 :

Jawapan soalan 3 : Sebab mak saya dok guide kat sebelah.. Kalau jarum meter naik, mak cepat2 sound
Jawapan soalan 4 : Mestilah tak pernah.. Polis saman orang drive laju ngan tak ikut peraturan.. Saya follow rules.. ^_^
Soalan 5 : Sape rasa nak suka2 jawab, silakan...
1- postkan satu gambar kenderaan yang anda sudah pandu
2- nyatakan berapa laju anda pernah bawak dengan kenderaan tersebut
3- nyatakan sebab anda memandu selaju itu
4- nyatakan sama ada anda pernah di saman atau tidak
5- tag lagi kawan-kawan lain
Jawapan soalan 1 :
"Si putih" abang saya
Jawapan soalan 2 : 80 km/j..laju ke?Jawapan soalan 3 : Sebab mak saya dok guide kat sebelah.. Kalau jarum meter naik, mak cepat2 sound
Jawapan soalan 4 : Mestilah tak pernah.. Polis saman orang drive laju ngan tak ikut peraturan.. Saya follow rules.. ^_^
Soalan 5 : Sape rasa nak suka2 jawab, silakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)