Thursday, 20 May 2010

Adab Marah


Salam keimanan.

Entri ini panjang. Bakal boring. Cuma peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang mahu.

Seorang akhawat yang berada di jalan tarbiyah, patut lebih hebat mengendalikan kemarahan. Dia patut tahu perbezaan antara 'mereka' dengan 'orang-orang yang di luar'. Bukan double-standard ke apa masalahnya. Cukup untuk akhawat tahu, setiap perlakuan akhawat akan dinilai sebagai seorang yang membawa imej Islam.

People might fail to follow our word but they will never fail to follow our action. If you want to be listened, listen first. If you want to be respected, respect first. Teach them with your action and if you want to deliver a message, be the message. Dakwah bil hal will never promised to you a failure. [Quote yang selalu didengar.. copy dari FB orang]

Jadi apa beza kalau akhawat juga memaki hamun sesuka hati, bermulut busuk atau apa lagi lisan yang menyakitkan?

Itu nasihat yang diterima bila 'terasa' dengan kemarahan yang dilemparkan orang. Marah apabila dimarah. Itu mungkin hasutan cik Syaitan. Saja mengapi-apikan.

Sifat marah berkait rapat dengan keimanan seseorang. Orang yang kuat, mampu bersabar, mendapat ganjaran lebih di sisiNYA. Maklumlah, Allah kan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,
Bukanlah orang yang gagah itu orang kuat bertinju. Akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Perasan tak? Marah boleh merenggangkan hubungan. Hubungan anak-mak-bapak, pelajar-pensyarah, jiran tetangga, etc. Sebabnya, perasaan marah ini menyebabkan kita sukar menerima kebaikan orang lain, dan hilang sifat lemah lembut.

Marah ni juga mencerminkan keperibadian jiwa yang tak tenteram. Aha..kantoi lah siapa yang suka marah tu. Dah, sesuka hati marah orang, mesti timbul rasa bersalah punya. Itu pasal jadi tak tenteram.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W. : "Sifat bodoh/jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya redha dalam keadaan jahil/bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerana toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh."

Dush! Kena kau b***h sekali daa..

Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab'in menerangkan bahawa syaitan berkata, "Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya."

Hah.. masing-masing cuba tengok atas kepala. Ada tak?

Tarbiyah memang mengajar metod untuk marah. Marah yang bertempat. Marah pada hal-hal yang membelakangkan hukum agama. Marah pada hal-hal kemaksiatan, keruntuhan akhlak, dan kebobrokan moral.

Diajar mengelak untuk marah memb**i buta. Kalau nak marah sangat pun, cuba kaji betul-betul, di mana silapnya. Selepas dikaji, mungkin kemarahan itu tidak perlu, sia-sia. Jadi, tak perlu teruskan benda yang sia-sia kan?

Saya cukup tidak faham dengan sikap orang yang suka marah-marah. Mungkin ada benarnya, orang yang suka marah, cepat tua. Orang yang sabar, awet muda. Heh, boleh pakai kah? Ha ha.. boleh... kot!

Pernah tengok orang kena marah? Apa anda rasa kalau anda di tempat mereka? Kalau saya, kasihan.

Kot ye nak marah pun, jangan la depan orang ramai. Boleh jatuhkan air muka.

Kot ye nak marah pun, tak payah la tinggi-tinggi suara macam Mak Lampir. Suara 'nyempreng' orang kata. Ha ha.. Jangan tanya, sebab saya pun tak tahu istilah itu. Ala-ala kenyaringan yang melampau rasanya.

'Entah ape-ape ek orang macam tu?'

'Hey, mana boleh cakap macam tu lah. Husnudzon sokmo deh. Dia ada masalah kot, tu pasal terhambur marah dia kat kita.'

'Ha'a. Masalah pelupa. Kejap cakap macam ni, lepas tu cakap macam tu.'

'Hoi, mengumpat ke? Alah, rilek sajalah. Allah tahu siapa yang benar, siapa yang salah. Kalau kau betul buat kerja, tak payah susah hati. Anggap saja dia tak layak marah kau. Mengerti?'

Dialog hati baik dan hati busuk bila bergaduh. Hehe.

Marah tu ada adab lah. Macam makan, ada adab juga. Bila ikut adab, maka semuanya terkawal. Tiada yang terguris mahupun yang mengguris.

Nak sonang cito, kalau rasa nak marah bonar, ambik wuduk segera. Istighfar. Elok-elok sang iblis nak buat parti keraian, terus dia hampa sebab tipu daya dia menemui kegagalan. Yes! Dan penawar hati yang gundah dan marah adalah dengan tundukkanlah hati pada Allah.

Buat encik/cik/tuan/puan PEMARAH, ayuh muhasabah diri kita.

Saya sedang belajar menanam kesabaran. Mahu dibaja dan dituai kelak. Tolong siram bila kesabaran saya layu, OK?

Saya sensitif. Maka, sila jangan marah saya dengan tidak beradab. Marah dengan adab, takpe. (",)

Saya doakan semua orang berjaya kawal amarah masing-masing. Jangan marah sampai orang lain nangis, tahu!

"Janganlah marah, maka bagimu adalah syurga."

No comments: