Memetik sedikit petikan akhbar,
- Ibu Syaza Farzana Shahrul Ridhwan (Syaza), Farah Wahida Mohd Jenun, 39, berkata program mencungkil bakat kanak-kanak Idola Kecil itu dilihat begitu positif dari segala aspek.“Saya melihat program ini bukan semata-mata untuk menjadikan mereka sebagai penyanyi profesional tetapi lebih kepada melatih keyakinan diri semua peserta yang terbabit.
- “ Ia juga diadakan tepat semasa musim cuti sekolah yang dapat mengisi masa lapang mereka daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah,”
Bagi Nazrah Ahmad Nordin, 39 ibu kepada Ridzuan Haqiem Rusli atau Haqiem, melihat kecenderungan yang ditunjukkan anaknya sejak kecil dia menyediakan set karaoke di rumah.
“Saya tidak menghalang minat yang ditunjukkan asalkan ia tidak melalaikan. Kita harus terus menyokong perkara yang baik dilakukan mereka dan bukannya menghalang.
Bagi Laila Mail, 40 ibu kepada Nur Natasya Ilyanis Idris atau Tasya, adalah satu kerugian sekiranya membiarkan saja bakat kanak-kanak ini terpendam begitu saja tanpa mengambil tindakan lanjut.
“Sejak Tasha berusia empat tahun lagi saya sudah dapat rasakan dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Walaupun pada masa itu dia masih belum pandai membaca tetapi dalam usia seperti itu dia sudah pandai menghafal lagu yang popular.
Terharu rasanya dengan kenyataan para ibu bapa seperti di atas. Mungkin dah tiada cara lain nak melatih keyakinan anak-anak barangkali?
Alangkah mulia kiranya anak yang pandai menghafal lagu popular tika usia masih muda dibentuk supaya mampu menghafal surah-surah Al-Quran..
Bagaimana rancangan realiti begini dikatakan tidak melalaikan anak-anak kecil?
"Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah." - bak kata lirik lagu Raihan. Biarlah kanak-kanak yang masih suci bersih didedahkan dengan ilmu bermanfaat. Suara yang sedap, merdu, nyaring biarlah disalurkan pada tempat yang betul.
Lagi indah andainya telinga ini mendengar alunan kalam suci mahupun nasyid dibandingkan dengan lagu yang menjerit2.
Pohonku, mudah-mudahan umat Muhammad segera sedar dan bangkit dari kesilapan. Sama-sama kita berubah mengembalikan kemuliaan Islam itu.
"Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
No comments:
Post a Comment