Assalamualaikum..
Moga dalam rahmat Ilahi hendaknya.
Dahulunya, kerapkali soalan tentang cita-cita ditanya. "Awak nak jadi apa bila besar nanti?" soal cikgu saya. "Doktor."ringkas jawapan saya ketika di bangku sekolah rendah. Sekarang pun kalau ditanya pada pelajar sekolah rendah, majoriti jawapan yang diterima mengikut skema. Tak doktor, cikgu. Profesion ini nampaknya sangatlah popular di kalangan mereka. Tambahan pula, itu harapan kebanyakan ibu bapa pada anak-anak mereka.
Naik tingkatan, ditanya lagi. "Apa cita-cita kamu?" Kali ini jawapan saya saintis. Sebabnya saya berada di aliran sains, hanya meminati kimia tetapi tidak fizik dan biologi. Tika itu, otak hanya menafsirkan saintis hanya perlu ilmu kimia sahaja. Aduhai, dhoif sungguh pemikiran waktu tu. Di zaman matrikulasi, Alhamdulillah pendirian saya masih lagi tegar, saya mahu jadi saintis. Berkat catatan A dalam subjek kimia yang tercatat pada slip peperiksaan matrikulasi, saya berkeputusan untuk mengambil jurusan kimia di universiti. Dan teruslah saya belajar dalam kos Kimia Industri di UTM selama 3 tahun.
SAMBUNG BELAJAR

Tempoh 3 tahun dah tamat. InsyaAllah, takde aral, Ogos ni sarung jubah konvo la semua graduan UTM.
Hehe.. Semua orang sibuk apply kerja, saya pun apply jugak. Orang sibuk isi borang master, saya pun isi jugak. Sebenarnya, niat hati nak sambung belajar tu lagi tinggi. Lagi-lagi bidang forensik kegemaran saya baru diperkenalkan. Alhamdulillah, permohonan diterima sudah. Mak tanya, "Siapa lagi yang mohon kos yang sama?" "Entah la.. Tak kenal pun. Budak U lain kot." Mak sambung risau, "Boleh ke kau belajar sorang-sorang? Nanti takde kawan nak mintak tunjuk ajar.." Orang jawa, 'aku-kau' tu biasalah. "Aih..mak tak percaya anak mak sorang ni ke? InsyaAllah buleh punye la." Yakin tu penting kan? Walaupun sikit je..
PENGARUH TV
Pernah tonton CSI? Siri televisyen ini la yang membuatkan saya teruja dengan ilmu kimia forensik. Angah kata saya terkena pengaruh TV bila dapat tahu kos yang saya ambil untuk Master ni. Alah.. takpelah. Pengaruh yang tak memudaratkan pun kan.. Memotivasikan ada lah.. Hehe.. Dasar keras hati punya budak.

5 stooges
Banyak jugak komen, nasihat yang saya terima."Ko berani ke nak amik forensik ni? Bedah sana, bedah sini. Bau busuk mangsa lagi."

"Awak kena berani tau. Lagi-lagi kes high profile. Kalau lemah semangat, kerja tak menjadi nanti. Jangan biar orang ambil kesempatan."

Semangat yang mulanya berapi, terasa kian disimbah air. Mujur ada semangat yang ditiup kembali oleh Ummu Saif apabila keraguan saya tentang kerjaya ahli forensik diutarakan.
"Buat kerja kita betul-betul. Setelah puas berusaha, kita bertawakkal. Bukankah itu konsep semua amalan pekerjaan."
"Buat kerja kita betul-betul. Setelah puas berusaha, kita bertawakkal. Bukankah itu konsep semua amalan pekerjaan."
Bait nasihat dari seorang doktor yang membuatkan saya lega.

Bolehlah tidur lena lepas nih.

Berkali petunjuk diminta, saya yakin ini jalan yang perlu dipilih.
“ Kamu membuat perancangan, dan ALLAH juga membuat perancangan, dan ALLAH lah sebaik-baik perancang”
Niat saya sekiranya berjaya melepasi tahap Master ini, saya mahu menjadi seorang pakar forensik dengan membantu golongan yang tertindas. Doa ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat semua amat saya harapkan. Dan kini bila ditanya sekali lagi, "Kamu mahu kerja apa?" saya dah punya jawapan yang pasti, "Pakar forensik."
Doakan kejayaan saya dalam bidang ini dan doakan saya sentiasa thabat dalam perjuangan.
Semoga diberkati Allah. Moga dipermudahkan.
8 comments:
salam ya ukhti....
sdih gak sbb kwn2 kita kte diorg xdpt smbg mster.hang check kt internet ke twran 2?check kt ne?pe2 h.pn thniah dpt smbg mster.npk nye ko dlu lah akn grad mster nnt hehehe
Acik Su,
InsyaAllah ok punya ;p Acik Su tak mboh tanya cita-cita kita ke? Kita nak jadi penterjemah pelbagai bahasa... nak kuasai banyaaaaaaaaaaaak sangat bahasa..
Alih bahasa buku.. alih sore cam kartun Sin Chan pun ok jugak.. hehe.. Leh bantu tamadun Islam bangkit semula..
Yo yo ayok!
yanti:
salam 'alaik. ana cek after dpt surat twrn tu daa.. mungkin depa lambat antaq, tu yg lewat surat sampai.. kan ke ade twrn dr fkkksa jugak, depa tak mau trima, takmau teman ana kat utm ni kot.. kena la ana mengaji sorang2..sob2~ enti kate nak blanje ana duit gaji pertama kan?? ana tunggu~~ ^__^
S.K.K.R:
Hait Safiyyah..Kabare? Nak jadi penterjemah? Tafadhal.. Nanti Mok Su blajaq ngan Safiyyah la yek.. Mok Su tau sikit2 je bahase takat nih..Kalau nak alih suara, Mok Su buley tolong sumbang sore..Nak bantu gak tamadun Islam bangkit.Hihi..
Yuk!
akk doakan awk berjaya dlm bidang yg awk amik.akk suke forensik tp bidang ku lain..huhu..buktikn muslimah Islam boleh berjaya dlm bidang ni..amin..
insyaAllah...doakan saya selalu ye kak..
mudah2an dipermudahkan Yang Esa..
Ameen~
salam alaik..
aiwah..mantOp ni. dh smbung lg ngaji..ni yg buatkan lg amat sgt jeales..huhu.
moge kak dpt jejak master soon ameenn.. nawaitu dh ada, tpi blum punyai rezeki ke arah itu..
insyaallah target 2010!!
nuthin to talk2.. slmt bermujahadah.. slmt berjuang!!
go go caiyokk ;)
salam...
kayrie jgn patah semangat...teha kan ader...nant kte same2 berjuang k....=)
Waalaikumussalam...
kak shida:
maceyh sis!
amin~muge kak pun dapat smbung blajaq nanti naa..caiyokk gok!
teha:
kite tak patah semangat..sebab kite ade family..ade kekawan..yang slalu dok sokong kite..trimass sumer~
Post a Comment