Sunday, 11 January 2009

Bahang Pilihan Raya Kampus!

Sejak penamaan calon bermula 8 Januari yang lalu, keadaan sekitar UTM dirasakan semakin hari semakin hangat!

Rapat Umum, perang poster, edar flyers dan pelbagai usaha dilakukan oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai inisiatif untuk meraih undi dari warga kampus. Masing-masing cuba menonjolkan kelebihan diri masing-masing bagi menggalakkan mahasiswa memangkah mereka pada hari buang undi Selasa nanti.

Melihat fenomena apa jua jenis pilihanraya, penulis terasa ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung yang sudi melawat blog ini. Pilihanraya dianjurkan bagi memilih calon pemimpin dan semestinya pemimpin yang unggul dan berkualiti mahu dilahirkan.

Perbezaan pendapat itu rahmat. Ia membantu mematangkan pemikiran lebih-lebih lagi dalam proses membuat keputusan. Perbezaan ideologi atau idealisme kadang mencetus perbalahan kecil sesama sendiri. Penulis menulis dari skop yang umum. Jangan disebabkan perbalahan, perpecahan berlaku.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“ Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain”.
( Riwayat at-Tabarani )

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat unggul sebagai pemimpin. Dan seseorang muslim yang memimpin juga perlu mendapatkan pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu agama yang menjadi keperluan asasi. Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan diceburi secara sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas.

Jangan takbur dan merasa diri sentiasa betul. Kadang, kita harus terbuka dalam menerima pandangan luar. Bukankah manusia sentiasa melakukan kesilapan? Mungkin dengan teguran berhikmah, mampu meminimakan kesalahan yang manusia bakal lakukan..

Nak melihat kepimpinan masa akan datang, lihatlah pemudanya. Nah, masa anda untuk menilai.

"I'm and I'll stand on my own principle"

No comments: