Orang kerap menuding jari. "Ye, anda proksi ****. Anda telah meLAMBATkan kemenangan Islam. Memecahkan undi. Begitu. Begini."
Mungkin mereka tak faham agenda Islam yang cuba dibawa sebagaimana aku tak faham motif tuduhan celaru itu.
Bila aku sorang-sorang, terlintas satu soalan. "Tidakkah mereka sedar, mereka itu akan memperCEPATkan kemenangan agenda Pluralisme, Liberalisme, Kristianisasi menular ke segenap pelusuk Malaysia tak mengira bandar dan ceruk?"
Pernah tak mereka ambil masa untuk hadam dan faham? Ini bukan cerita suka-suka. Kajian ada. Tinggal mahu percaya atau ambil tak endah.
Serius. Aku risau.
Baik sangka keterlaluan pada yang tidak seakidah. Buruk sangka keterlaluan pada yang sama warna kulit.
Eh, mungkin ayat ini akan mudah di-spin untuk memberi maksud lain. Alah, aku tak reti bagi bahasa mudah.
Oi. Hate the sin. Not the sinners.
Oh. Yang mana dilabel MENANG atau KALAH? Yang mana dikira LAMBAT atau CEPAT?
Tolong. Tolong jaga keharmonian Islam tu boleh?
Lau kana bainana. T_T.
Kalau kau sayang Islam, sila ambil tahu.
Tagline bawah tu, apakah sukar dimengerti?

No comments:
Post a Comment