Wednesday, 14 October 2009

Bukan Salah Saya....


"Kalau orang kata saya SEKSI, itu memang saya. Bukan salah saya, lahir-lahir je ayah saya dah bagi nama macam tu."-pelakon-

Bangga rupanya. Sangat. Bukan bangga dengan nama yang indah pada bunyi dan makna, tapi bangga dengan keSEKSIan diri. Malah ibarat disalahkan bapanya dek kerana nama yang diberi tak padan dengan personaliti diri. Kata dilafaz dengan senang, tanpa sedikit rasa bersalah pada riak muka. Astaghfirullah. Istighfar panjang saya.

Pedih sungguh bagi telinga yang mendengar, mata yang melihat. Huh, tu la! Sape suruh tengok rancangan lagho tu? Padan dengan muka sendiri lah. Adeh! Bukan apa, melihat setakat mana industri hiburan tu membawa kerosakan, untuk diambil iktibar kononnya. Dan itu rupanya hasil pencarian saya. Memang pedih. Terkedu, terkilan, apa jenis 'ter' sekalipun dok terbuku kat sudut hati.

Plastik kah ISLAM begitu? Cuma tercatat dalam MyKad, realitinya tak pernah pun diambil kira? Hmm..berat sudah masalah ummah. Daie yang sedia ada pun sibuk bertelagah sesama mereka, makanya bagaimana nasib si mad'u? Sedar tak wahai diri, sahabat sahabiah sekalian?

Saya bukanlah individu yang sebenarnya layak. Namun... Belajar dan terus mengajar lah. Tanpa henti. Mahukah kalau ditanya Rabb di Mahsyar kelak tentang tugas menyampaikan, tapi jawapan kalian, "BUKAN SALAH SAYA..."

In ISLAM, there is no word for HANDS UP... No words for SURRENDER... There are only two things : WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID !!
Jauh lagi perjalanan kita........

No comments: