Wednesday, 13 February 2013

Wassap

Wassap. Ke wazzup?

WhatsApp, pengguna smart phone pasti tahu istilah apakah itu. Ia adalah aplikasi telefon smart yang memberi ruang kepada penggunanya untuk berkomunikasi secara percuma. Dengan syarat, ada WIFI atau connect to Internet.

Hampir beberapa kali saya ditegur dek kerana status WhatsApp saya itu. Nak tahu?

"Ye. Saya ahli ISMA." Begitu bunyinya. [If u have no idea what is ISMA about, do 'Googling'. And get some ideas, at least. :p ]



Dan situasi sekarang yang menghampiri pilihan raya, serta keputusan ISMA untuk menyertai PRU-13 sering mengundang persoalan, "Hey ISMA, wazzup bro?" Tak kurang kejian, tohmahan, dan cacian. Pujian? I don't think so. Positif dibandingkan dengan negatif, mungkin peratusnya 10% pun tak sampai.

Dulunya bila mana ISMA keluar kenyataan politik, ada suara begini, "Alaah, ISMA tak masuk politik. Mana depa nak tau keadaan dalam tu. Tau cakap saja..."

Kemudiannya selang tak lama tu, ISMA keluar kenyataan nak masuk bertanding pilihan raya, suara yang sebelum ni kembali berkumandang, "ISMA ooh ISMA. Buat pa hang ni nak dok pecah undi rakyat? Lupakanlah hasrat hangpa nak masuk bertanding. Membaziaq deposit hangpa semua jaa... Hang tau dak?"

Newsfeed, Timeline laman sosial sibuk dengan isu pilihanraya. Pages kendalian Ikatan Muslimin Malaysia penuh, mendapat sambutan hangat. Cubalah skrol, anda akan dapat lihat akhlak rakyat Malaysia. Tak pasti mahu bertepuk tangan sorak gembira, atau mengalirkan air mata sambil menggeleng kepala dan beristighfar.

Tarbiyyah tidak menghasilkan ikhwah akhawat yang duduk di depan laman Mukabuku, berbalas komen menggunakan bahasa '#@$%%&+#@!!!!'. Ibarat orang biasa-biasa yang tidak pernah hadir atau tidak pernah kenal dengan bulatan gembira. Naah.. Apa erti 'Ijlis bina nu'min sa'ah' bagi kamu? 

Saya pahatkan dalam-dalam pesan ustaz,"Ikhwah akhawat, tahan nafsu untuk beri sebarang komen di FB. Sabar." Dan, kami akan terus bersabar. Teori-teori dalam usrah perlu dipraktikkan usai tasbih kafarah dan surah al-'Asr dibaca.

Pendidikan di dalam bilik kuliah dan 'tarbiah' dalam bulatan gembira harus dibumikan dengan gerak kerja di lapangan agar berjaya melahirkan produk yang kompeten untuk bekerja di medan nyata. -Dr.Z

Berkorban dalam menghadapi perbezaan. Ini baru perbezaan politik. Beza parti.

Perpaduan hanya akan dapat dilaksanakan apabila Allah menjadi matlamat utama kita. Bukan PUTRAJAYA. 

Matlamat mesti SATU, walau jalan berbeza. InshaAllah, kita akan bertemu di titik yang SATU.

Saya akan tetap memegang pendirian, agenda seorang Muslim Melayu itu wajib dimenangkan tanpa sebarang alasan. Tanpa ada pujuk rayu untuk mencairkan hukum-hakam yang sudah pun Allah tetapkan.

"Jauhilah berdebat sekadar nak tunjuk hebat atau menang, katakan kepada mereka, "Maaflah, suruhlah ia buat baik dan berpalinglah dari orang yang jahil" -Ustaz Lah

Mulut manusia takkan pernah berhenti mengata. Hati manusia takkan bisa dipuaskan.

Hanya orang yang punya hati nurani yang bersih sahaja sukakan perpaduan dan bencikan perpecahan. (As-Syahid Syed Qutb)

Kerjalah semampu kita. Sungguh, Allah sebaik-baik penilai.

"Ya Allah, jika ISMA benar-benar ikhlas memperjuangkan agenda ISLAM, KAU berikanlah kemenangan dalam perjuangan ISMA."

Akhir kata, "Saya Undi Calon MUSLIM Berwibawa."


p/s: Salam PRU di Wall telah diterima. You and your friend(s) may not agreed. But, if you have something to ask or not clear about it, please do so dear sis.

No comments: